Wednesday, February 21, 2024

NEGERI SEMBILAN - MASJID SRI SENDAYAN

Assalamualaikum.
Selesai jalan-jalan di Pasar Besar Seremban dan melawat Masjid Jamek Bandar Seremban, saya pun join semula dengan Mr. K, my Grab driver/tour guide for my Seremban Jalan-Jalan Program untuk ke satu lagi masjid iaitu Masjid Sri Sendayan. 


Rumah Pangsa Tun Dr Ismail.

One Heritage Hotel Sdn Bhd.

Colorful street decorations at Jalan Lobak near Dataran Lobak, Seremban.

Inilah Mr. K yang baik hati setuju bawa saya jalan-jalan 😀.

KPJ Seremban Specialist Hospital, Jalan Toman 1, Kemayan Square, Seremban, Negeri Sembilan.

Ini Gerbang Jalan Sungai Ujong, di salah satu jalan utama di Seremban yang cukup sibuk kerana bahagian ini mempunyai banyak lampu isyarat dan jalan cawangan, dan boleh menuju ke Bandar Baru Seremban, Taman Oakland, Jalan Labu, Bandar Seremban dan bersambung ke Jalan Lingkaran Tengah. 

Menuju ke Bandar Sri Sendayan.

Terowong kecil/pendek di Seremban - Bukit Nenas Highway.

Sudah kelihatan menara Masjid Sri Sendayan.

Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

Dan kami pun tiba di Masjid Sri Sendayan.

Merakam gambar masjid ini dari luar pagar masjid. Kawasan di luar pintu masuk masjid ini cantik dihiasi dengan landskap berpokok kurma.

The main entrance.

Pemandangan Masjid Sri Sendayan dari tempat parking.

Ada disediakan tempat parking yang luas untuk para jemaah dan juga pelawat.

Laluan untuk ke bangunan masjid.

Terdapat dua blok bangunan putih dengan menara berjam. 

Di kiri kanan laluan utama untuk ke bangunan masjid terdapat dua blok bangunan. Bangunan kanan adalah bangunan Dewan Serbaguna dan yang kiri pula adalah bangunan Pejabat Pentadbiran, Perpustakaan, Madrasah, tempat wuduk, tempat pengurusan jenazah dan tandas.

Inilah Masjid Sri Sendayan yang cukup indah sekali. 
🔸Masjid Sri Sendayan merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. 
🔸Masjid ini merupakan salah sebuah masjid tercantik di Malaysia dan selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong. 
🔸Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. 
🔸Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain (pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB) dan telah menelan belanja kira-kira RM100 juta. 

Warisan seni bina Abbasiyah dan Mamluk telah dijadikan sebagai sumber inspirasi pembinaan Masjid Sri Sendayan disamping diterapkan juga dengan gaya seni bina indah Umayyah dan Uthmaniyah. 

Kepelbagaian warisan dan kesenian dalam tradisi Islam ini diraikan melalui pemilihan dan proses yang teliti untuk setiap elemen dalam pembinaan masjid ini. Gabungan ini telah mencipta keharominian yang menghasilkan suasana indah dan ketenangan.

Papan tunjuk arah.

Direktori Masjid.

Ada petugas beruniform di masjid ini. 

Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid serta mempunyai pusat untuk anak-anak yatim yang boleh menempatkan 52 penghuni.
Bangunan Dewan Serbaguna


Terletak dalam kawasan seluas 4.5 hektar, masjid ini dibina dengan tiga dewan solat besar. Dewan solat utamanya boleh memuatkan seramai 3,000 orang jemaah sementara dewan solat kedua dengan 800 orang jemaah dan dewan solat wanita dengan 800 orang jemaah. 
Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Selain itu terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid.

Keindahan seni reka bentuk menara-menara masjid ini cukup terserlah dengan puncak menara bulat sabit keemasan against the beautiful blue sky. Jelas kelihatan ada pengaruh seni bina seperti masjid-masjid bersejarah di Turki dan Mesir.


Pejabat Pentadbiran.

Di antara bangunan Pentabiran/Dewan Serbaguna dan bangunan masjid ada dataran/courtyard yang cukup luas. 

Pemandangan ke arah laluan masuk.

Di kiri kanan dataran ini juga ada dibina tempat berwuduk.

Tempat berwuduk dengan reka bentuk bumbung pohon tamar.

Tersergam Indah. 

Jom kita masuk ke dalam.

Pintu masuk utama membawa pelawat ke dalam ruang gerbang berkubah tiga. 

Keindahan tiang-tiang tinggi yang menyokong gerbang ini memberikan masjid ini a sense of magnificence and grandeur.

Bahagian dalam tiga kubah gerbang ini turut dihias cantik dengan design geometri Islam dan ukiran motif tumbuh-tumbuhan. 

Ketiga-tiga kubah ini juga dilengkapi dengan chandeliers dengan reka bentuk mirip chandeliers di masjid-masjid bersejarah di timur tengah. 


Such intricate and impeccable designs, which I personally feel as excellent and admirable efforts of bringing the exquisite timeless Islamic designs and patterns to evolve and flourish to more modern narratives that harmoniously infuse the classical and the contemporary while being absolutely mindful and vigilant of and honouring the essential concepts of the classical Islamic arts and designs.

Beautiful classically designed copper chandelier with embellishments and Syahadah engravings. 

Cornice siling dengan reka bentuk geometri Islam dan motif tumbuhan yang begitu mempesonakan.

Terukir Dua Kalimah Syahadah pada chandeliers di masjid ini.





Selepas melalui ruang bawah gerbang berkubah tiga tadi, pelawat akan masuk ke ruang konservatori yang luas berbumbung kaca telus ini pula. 

Walau pun ketika itu cuaca sedang panas di luar, namun di ruang ini suasana cukup nyaman sekali. I guess these glass roof are the heat preventing kind. Tambah pula ruang ini dilengkapi dengan HVLS fan. 
🔸Kipas besar HVLS memainkan peranan penting dalam menambah keselesaan keseluruhan ruang. Kipas ini, dengan menyebarkan sejumlah besar udara, meningkatkan peredaran udara dan peraturan suhu, terutamanya penting dalam ruang terbuka yang luas yang mencabar untuk menyejukkan suasana dalaman ruang dengan berkesan.
🔸"High-volume low-speed fan" ini ialah sejenis kipas mekanikal yang berdiameter lebih daripada 7 kaki. Kipas HVLS biasanya kipas siling tetapi ada juga yang dipasang pada tiang. Kipas HVLS bergerak perlahan dan mengedarkan sejumlah besar udara pada kelajuan putaran rendah - maka dinamakan kipas "volume tinggi, kelajuan rendah".


Lapisan pemantul haba matahari dipasang pada bahagian atas panel kaca bumbung untuk memantulkan haba matahari sebelum ia memasuki ke dalam konservatori. Ia adalah telus untuk membiarkan cahaya masuk dan mengurangkan silau.

Pemandangan dalam konsevatori dengan menara masjid.

Gerbang-gerbang tinggi dengan hiasan bermotif tumbuh-tumbuhan di puncak yang sering terdapat dalam masjid-masjid besar seperti ini.

Di luar sana adalah laluan tanpa kasut yang memagari sebelah kiri masjid.

Laluan tanpa kasut ini menyambungkan bangunan Dewan Solat Utama masjid ke tandas dan tempat wuduk muslimin dan muslimah dan juga bilik urusan jenazah.

Pemandangan menara masjid dari koridor bahagian kiri masjid.


Ruang ini dikelilingi oleh gerbang atau arches yang tinggi dan indah. Gerbang adalah salah satu ciri seni bina Islam yang paling tersendiri dan terdapat di hampir setiap jenis bangunan. Secara simbolik, ia membawa kita menuju ke ruang dalaman. Arkitek Islam banyak meminjam daripada reka bentuk Yunani dan Rom untuk reka bentuk gerbang dan pintu tetapi kemudian telah menghasilkan satu siri bentuk gerbang Islam yang tersendiri.

Gerbang adalah penting dalam seni bina Islam, kerana kepentingan simboliknya dan bagaimana ia membenarkan pembina mencipta masjid yang mencerminkan kepentingan ajaran seperti perpaduan, keindahan dan cahaya dalam kepercayaan Muslim. Masjid terawal adalah halaman terbuka yang dikelilingi oleh arked, atau deretan gerbang. Ini akhirnya berkembang menjadi dewan hypostyle, atau ruang dengan beberapa tiang. Dalam seni bina Islam, deretan gerbang ini melambangkan pembahagian antara ruang suci dan sekular.

Menara masjid dapat dilihat menerusi bumbung kaca ini.

Di ruang ini kelihatan ada disediakan kerusi dan meja mungkin untuk tujuan acara-acara seperti Mesyuarat, Program Fardhu A’in dan Ilmiah dan Majlis Akad Nikah beserta jamuan.

Boleh juga dilihat tiga kubah kecil yang ada di atas gerbang masuk masjid. Ramai ahli sejarah seni percaya gerbang runcing berasal dari seni bina Islam. Seawal Kubah Al-Sakhrah yang dibina pada 691, boleh dilihat ada bahagian meruncing pada puncak gerbang. Gerbang runcing mempunyai kelebihan seni bina yang besar kerana ia memusatkan tujahan menanggung beban bangunan pada titik menegak, supaya lebih banyak berat bangunan dapat disangga di bahagian luar, biasanya dengan menggunakan penopang, bukannya dengan dinding dan lajur dalaman. Ini membenarkan tiang yang lebih kecil (kurus), siling yang lebih tinggi, sokongan kubah yang lebih besar dan secara keseluruhan memberikan bangunan itu rasa yang lebih selesa dan lebih terbuka.

Pintu-pintu masuk ke dalam Dewan Solat Utama.

Ada petugas beruniform di entrance ini. Tak pasti saya apa tugas beliau. Mungkin sebagai penyambut tetamu / tour guide kerana masjid ini cukup popular dan sering didatangi pelawat. Tentu juga beliau turut menjaga keamanan masjid ini.

Ada papan info ini dengan pengumuman khas tentang menyumbang kepada dana pembelian van jenazah masjid. 


Buletin Masjid Sri Sendayan

Sumber: www.masjidsrisendayan.com.my
Aspirasi untuk Masjid Sri Sendayan agar ia dapat menjadi pusat komuniti yang berperanan luas dalam segenap aspek kehidupan. Selain sebagai pusat ibadah, Masjid Sri Sendayan turut berfungsi sebagai pusat ilmu dan aktiviti kemasyarakatan. Masjid Sri Sendayan mengalu-alukan kunjungan sekalian warga muslimin dan muslimat, dari jauh dan dekat.

Operasi Masjid Sri Sendayan bergantung sepenuhnya kepada dana yang diperoleh melalui sumbangan orang ramai untuk membiayai setiap kos yang berkaitan seperti gaji kakitangan, bil utiliti seperti elektrik, air dan internet, kos penyelenggaraan masjid, kos landskap serta kos menjalankan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh masjid. Tiada sumber rasmi lain yang disalurkan oleh pihak Kerajaan Pusat atau Negeri untuk membiayai kos seperti yang dinyatakan di atas.

Program yang dikendalikan di masjid ini adalah seperti berikut. Antara aktiviti asas yang dijalankan termasuklah:
• Solat fardhu berjemaah • Tadarus al-Quran • Solat Jumaat • Program Fardhu A’in dan ilmiah • Majlis akad nikah beserta jamuan • Urusan pengurusan jenazah


Ini ruang antara pintu masuk utama dan Dewan Solat Utama.


Ruang ini cukup luas dan boleh memuatkan ramai jemaah dengan selesa.


Hiasan siling 'central cornice' ini dibuat dari kayu keras (hardwood) yang tahan lama dengan reka bentuk geometri Islam, yang pada pandangan mata saya sangatlah indah sekali.

I can't help but zoomed-in to see more of the exquisite details. 

Intricate, rich and sublime. Terdapat elemen berulang dalam seni Islam, seperti penggunaan reka bentuk bunga atau tumbuh-tumbuhan geometri dalam ulangan yang dikenali sebagai arabesque. Arabesque dalam seni Islam sering digunakan untuk melambangkan sifat Tuhan yang transenden, tidak dapat dibahagikan dan tidak terhingga.

Ruang ini turut dihiasi dengan chandeliers dan hiasan siling geometri. Tiga jenis hiasan seni Islam ialah kaligrafi, arabesque dan corak geometri. Dalam seni Islam, corak geometri ialah reka bentuk artistik yang rumit yang dibuat dengan mengulang, menjalin dan menggabungkan bentuk geometri asas iaitu bulatan, segi empat sama, bintang dan poligon berbilang sisi yang dibuat dalam tatasusunan yang besar.

Up close, the brass chandelier adorn with the Islamic oath and creed looks so exquisite. 

Sudut siling di ruang ini turut dihiasi dengan ayat-ayat suci Al Quran. Ini adalah Surah Al Ikhlāṣ. Kaligrafi Islam secara tradisinya adalah di dalam bahasa Arab, mengekalkan skrip dan bahasa Arab asal dalam mana al-Quran diturunkan. Kaligrafi Islam juga dikenali sebagai kaligrafi Arab atas sebab ini. Dalam bahasa Arab, ia dipanggil khatt, berasal daripada perkataan "garisan," "reka bentuk," atau "pembinaan."

Brass lamps atau lampu tembaga dengan Islamic classic design ini juga digunakan untuk menghiasi interior masjid ini.

Turut menghiasi pintu masuk ke ruang ini ada beberapa kaligrafi. Unfortunately, saya tidak tahu ayat atau surahnya. 



Inilah Dewan Solat Utama Masjid Sri Sendayan. Cukup indah sekali.
Rekaan dalaman masjid ini diilhamkan oleh Tuan Haji Zailan Yusop yang merupakan kontraktor interior. Banyak factor telah dipertimbangkan untuk projek pembinaan masjid ini oleh Tuan Haji Zailan dan pasukannya, termasuk juga oleh Tan Sri Abd Rashid sendiri.

Tan Sri Abd Rashid sangat prihatin tentang reka bentuk masjid ini dan akan memeriksa dan memantau setiap butiran dengan teliti. Setiap sudut masjid ini mempunyai sentuhan peribadi beliau. Kos pembinaan asal masjid ini sebenarnya pada awalnya tidak mencecah RM50 juta. Namun Tan Sri Abd Rashid sendiri telah menambahkannya menjadi RM100 juta kerana beliau berhasrat untuk melakukan yang terbaik.
Beberapa bahan binaan masjid ini telah diterbangkan dari Mesir, Turki, Dubai dan Maghribi.

Masjid Sri Sendayan ini adalah merupakan masjid ketiga yang dibina dengan bantuan sumber kewangan dari Tan Sri Abd Rashid. Masjid pertama adalah Masjid A'ishah Sg. Mengulu di Langkawi, Kedah dan yang kedua adalah Masjid Hussain (Masjid Putih) di Seremban 2, Negeri Sembilan. 
🕌Masjid A'ishah Sg. Mengulu:
🔸Masjid yang bernilai RM 3 juta ini mula dibina pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada hujung tahun 1997.
🔸Kos pembinaannya dibayai dengan sumbangan anak kariah sebanyak RM600,000.00 sebagai asas dana dan selebihnya oleh Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
🔸Masjid ini mula digunakan pada 25 Disember 1997 dan Almarhum  Tuan Guru Dato' Dr. Haji Haron bin Din sebagai pembaca khutbah Jumaat yang pertama.
🔸Sebagai mengenang jasa murni penyumbang terbesar, masjid ini diberi nama Masjid A`ishah iaitu sempena nama bonda Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
🔸Masjid A`ishah dirasmikan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muazam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 30 April 1999 bersamaan14 Muharram 1420 Hijrah.
🔸Ketika itu masjid ini adalah masjid pertama di Langkawi yang dilengkapi dengan penghawa dingin.
🕌Masjid Hussain:
🔸Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 dibina dengan kos RM22.6 juta.
🔸Ia telah dibuka secara rasmi pada 24 Oktober 2014.
🔸Masjid Hussain terletak di tengah bandar Seremban 2, Negeri Sembilan.
🔸Masjid ini mempunyai dua ruang solat iaitu dewan solat utama yang merangkumi ruang solat untuk jemaah lelaki serta wanita, dan ruang solat tambahan.
🔸Masjid Hussain mampu menampung sehingga 3,500 orang jemaah pada satu-satu masa.

Design gerbang mihrab yang ada persamaan dengan gerbang-gerbang interior Masjid Nabawi, Madinah.

Ruang solat di bahagian kanan dewan.

Ruang solat di bahagian kiri dewan.

Ini pemandangan bahagian dalam kubah masjid ini. Kelihatan sangat cantik terang kerana dilimpahi cahaya dari tingkap-tingkap pada kubah dan di bawah kubah. 

Dalam seni bina Islam, cahaya juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan keseimbangan dan keharmonian dalam masjid. Khususnya, penggunaan kubah bulat dapat mengubah ruang solat menjadi lebih terang dan selesa. Suasana ini dapat dipertingkatkan dengan penggunaan banyak tingkap-tingkap pada kubah, yang membolehkan cahaya semula jadi memancar melaluinya dan mencipta kesan pencahayaan pada siling kubah, serta menonjolkan bahagian-bahagian permukaan dalaman yang berbeza. Dalam situasi kubah ini, kesan pencahayaan sebegitu menjadikan keindahan warna emas pada dalaman kubah ini kelihatan jadi lebih terserlah dan gemilang.
🔸Bahagian dalam kubah utama masjid ini dilapisi dengan ‘kertas emas’ 24K menjadikannya kelihatan cukup indah keemasan bila cahaya memancar masuk melalui tingkap-tingkap di keliling dasar kubah utama. 
🔸Jika diperhatikan dengan lebih teliti kita juga dapat melihat betapa indah dan halusnya hiasan ukiran keemasan di sekeliling lingkaran bahagian bawah kubah iaitu hiasan yang dibuat betul-betul di bawah tingkap-tingkap kubah ini. 

Bahagian dalam puncak kubah utama ini dihias dengan ayat-ayat suci Al Quran surah Al-Ikhlāṣ (Surah ke-112 dalam al-Quran - penyataan ringkas tauhid dan keesaan mutlak Allah) yang kaligrafinya dibuat membulat mengelilingi sudut puncak kubah yang memegang chandelier utama masjid ini.

Cukup indah sekali chandelier ini. Reka bentuknya mirip chandelier yang kami pernah nampak di masjid-masjid di Turki dan Mesir. Pada lingkaran bulat chandelier ini ada tertulis Syahadah لا إله إلا الله محمد رسول الله.

Glorious golden dome and classical chandelier.

Di siling pada ruang-ruang sisi kiri dan kanan dewan solat utama ini turut dihiasi dengan chandeliers yang cantik bersaiz lebih kecil dari chandelier utama. Pada chandeliers ini turut di ukir Syahadah لا إله إلا الله محمد رسول الله.





Di bahagian atas ini pula adalah ruang solat untuk wanita.



Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan dinding berjubin berhampiran mimbar. 


Di kedua-dua belah mihrab terdapat dua niche yang di bahagian atasnya ada salah satu bentuk hiasan dalaman seni bina Islam yang dipanggil Muqarnas vault atau juga dikenali sebagai honeycomb vaulting.

Tujuan hiasan muqarnas digunakan adalah untuk mewujudkan zon peralihan yang licin dalam ruang struktur yang kosong. Struktur ini memberikan keupayaan untuk membezakan antara bahagian-bahagian utama bangunan, dan berfungsi sebagai peralihan dari dinding bilik ke siling berkubah. Di atas muqarnas ini pula ada kubah separa yang dihiasi dengan begitu indah sekali dengan kombinasi hiasan motif tumbuh-tumbuhan dan geometri yang disadur dengan warna-warna emas, merah dan biru permata. 

Bahagian atas tiang-tiang dalam Dewan Solat Utama ini juga dihias indah dengan ukiran motif tumbuh-tumbuhan yang pada mata mata saya kelihatan seperti seni ukiran tradisional Melayu. Mungkin designer masjid ini ingin menerapkan juga unsur-unsur kesenian negara kita dalam satu infusion yang harmoni.

Tiang-tiang juga dihias indah dengan reka bentuk tiang indented segi empat yang bahagian bawahnya dijadikan tempat meletakkan Al Quran. Dan pastinya saiz indent tersebut mestilah bertepatan dengan saiz Al Quran tersebut.

Hiasan muqarnas bersaiz besar turut digunakan sebagai hiasan di sudut-sudut bumbung bawah kubah.

The grandeur reminded me of the magnificence of mosques in Türkiye and Egypt.








Seterusnya saya ke 'Laluan Tanpa Kasut' ini.

Laluan ini menyambungkan bangunan Dewan Solat Utama masjid ke tandas dan tempat wuduk muslimin dan muslimah dan juga bilik urusan jenazah.

Bolehlah buat 'leading-the-eye' photography di sini.

Sri Sendayan Mosque's minarets, from which the faithful are called to prayer five times each day by a muezzin.

🔸Menara masjid ini dibina dalam bentuk segi lapan dengan 3 balkoni. 
🔸Di bawah balkoni paling bawah dibuat tingkap-tingkap berbalkoni kecil mengelilingi dinding menara. Juga terdapat tingkap-tingkap dari balkoni kedua dan ke atas.  
🔸Kelihatannya juga balkoni menara-menara ini dihiasi dengan muqarnas cornices yang sangat cantik. 
🔸Saya baca sesetengah menara masjid mempunyai dua atau tiga tangga sempit yang dipasang di dalam satu sama lain untuk membolehkan berbilang individu turun dan naik dengan selamat serentak. Tak tahu saya menara ini ada berapa tangga.

Ada laluan dan taman di bahagian kiri masjid ini.

Pokok hiasan otacanthus caeruleus (Blue Cat's Eye / Brazilian snapdragon) yang berasal dari Brazil.

Beautiful and bright yellow allamanda.


Pemandangan Masjid Sri Sendayan dari sebelah kiri.

Masjid Sri Sendayan dan tempat wuduk.



Tempat wuduk muslimin.




Courtyard kecil dalam kawasan bangunan Pentadbiran.

One more shot before taking my leave. 

Bergambar kenangan.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment