Seterusnya kami akan dibawa ke Masjid Nabi Daniel.
Kelihatan Laut Mediterranean yang biru.
Kelihatan Laut Mediterranean yang biru.
Penjaja buah-buahan di tepi jalan.
Ini adalah Eastern harbor. Kawasan perairan di waterfront di Corniche ini juga dikenali sebagai Al Mina' ash Sharqiyah.
Ternampak sebuah perahu style zaman firaun ni. Pada zaman itu perahu saiz kecil begini dibuat dari jerami pokok papyrus yang diikat serumpun dan dibentukkan menjadi bentuk sampan.
Penjual cotton candy.
Di seberang sana Eastern Harbour ni kelihatan Qaed Ibrahim Mosque.
Enjoying the late afternoon in the company of friends by the Corniche Waterfront.
It would be lovely to take a slow ride in one of this while enjoying the beautiful city of Alexandria.
Svenska Institutet I Alexandria.
Ini bangunan Family Court - El Mansheya.
Masa passed by bangunan ini, Ustaz kata bangunan ini dulu pernah dibakar ketika satu rusuhan rakyat secara besar-besaran pada tahun 2011. Though dah hampir 8 tahun lamanya, kesan kebakaran pada bangunan ini masih dapat dilihat sekarang.
Saya pun check la dalam internet. Bangunan ini ialah bangunan National General Court. Rusuhan itu objektifnya ialah untuk menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama hampir 30 tahun ketika itu. Revolusi ini berlaku di seluruh negara Mesir, termasuk di Cairo dan Alexandria.
Ini El Gondy El Maghool Square. Ramai locals gatherings di sini.
Ini Tomb of the Unknown Soldier, Alexandria, Egypt.
We also passed by Ahmed Oraby Square.
Ramai penjual di dataran ini.
Agaknya ini penjual minuman/jelly aloe vera.
Ahmed Oraby Square ni tak lebar tapi memanjang. Ia terletak antara Jalan Ahmed Ourabi dan Jalan Al Gonday Al Manghool.
Suasana di jalan Ahmed Oraby.
Ada banyak bangunan-bangunan lama seperti ni yang jelas nampaknya memerlukan pemuliharaan.
Penjual buah-buahan. Nampak tak alat penimbang traditional tu?
Then we passed by El Tahrir Square. Di sini ada patung Mohamed Ali Pasha. Dataran ini terletak antara jalan El Tharir Square dan jalan Salah Salem.
Meneruskan perjalanan ke Masjid Nabi Daniel.
Tiba di El Nabi Danial Street.
Kerana bas tidak dapat masuk dan berhenti di jalan berhadapan Masjid Nabi Daniel, kami pun berjalan kaki. Tak jauh, cuma lebih kurang 10 minit. Dan kami tak dapat ambil gambar semasa berjalan tu sebab Masjid Nabi Daniel terletak di sebelah sebuah bangunan tentera yang besar dan ada larangan fotografi di sini.
Tiba di Masjid Nabi Daniel.
Perkarangan depan Masjid Nabi Daniel.
Pemandangan di dalam Masjid Nabi Daniel.
Kami pun masuk ke dalam bilik makam. Masjid Nabi Daniel di Alexandria menjadi tumpuan pengunjung kerana di sini terdapat makam Nabi Allah Daniel dan Luqman Al Hakim. Kedua-dua makam ini terletak di dalam sebuah bilik di bawah tanah di masjid ini.
Kami diberi penerangan mengenai Nabi Daniel dan Luqman Al Hakim sebelum turun ke bilik di bawah tanah ini. Nabi Daniel adalah seorang Nabi Allah yang tidak termasuk dalam senarai 25 orang Rasul yang wajib kita imani. Walau pun begitu, ahli sejarah Islam dan mufassirin mengatakan bahawa beliau termasuk nabi yang pernah hidup dan meninggal di Mesir. Seorang Nabi yang diutus oleh Allah swt kepada Bani Israil.
Kisah mengenai Nabi-nabi yang tidak dicerita di dalam Al Quran ini terkandung di dalam Surah Al Ghafir (40) : Ayat 78:
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah."
Luqman Al Hakim pula adalah seorang insan mulia yang namanya diabadikan pada Surah Luqman di dalam Al Quran.
Pemandangan tangga turun ke bawah yang menuju ke Makam Nabi Allah Daniel dan Luqman Al Hakim.
Pemandangan Makam Nabi Daniel yang terletak betul-betul di bawah tangga.
Turun ke bawah untuk menziarahi makam.
Walaupun kisah Nabi Daniel tidak diceritakan di dalam Al Quran, kisah beliau tercatat di dalam kitab Yahudi dan Kristian. Dia dipercayai seorang Nabi dari keturunan Bani Israel.
Nabi Daniel dikatakan hidup di zaman pemerintahan seorang raja yang sangat kejam bernama Nebuchadnezzar. Pada suatu saat, Nebuchadnezzar menawan ramai rakyatnya, termasuk kanak-kanak yang salah seorang di antara mereka adalah Nabi Daniel.
Suatu hari Nebuchadnezzar mengalami mimpi yang menakutkan. Dia bertanya kepada para dukun dan juru ramal saat itu, tetapi semuanya tidak dapat menafsirkan mimpinya tadi. Lalu datanglah seorang laki-laki yang pernah dipenjara bersama Nabi Daniel yang mengkhabarkan kepada Nebuchadnezzar tentang kebolehan beliau menafsir mimpi. Nabi Daniel dengan sangat jelas menafsirkan mimpi Nebuchadnezzar sehingga beliau kagum akan kehebatan Nabi Daniel. Nabi Daniel dibebaskan dari penjara dan dijadikan pegawai kepada Nebuchadnezzar.
Keakraban Nebuchadnezzar dengan Nabi Daniel menimbulkan kemarahan ketua-ketua agama Majusi. Mereka membuat perancangan untuk membunuh Nabi Daniel. Maka digalilah sebuah lubang besar dan dimasukkan Nabi Daniel ke dalamnya bersama binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, selepas beberapa hari Nabi Daniel berada di dalam lubang tersebut, Nebuchadnezzar mendapati Nabi Daniel masih berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.
Setelah Raja Nebuchadnezzar meninggal dunia, Nabi Daniel berangkat ke Alexandria dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana. Bahkan beliau meninggal dunia dan dikuburkan di sana. Menurut ahli sejarah Islam, kubur Nabi Daniel ditemui pada zaman Khalifah Umar bin Al Khattab, sewaktu pembukaan Mesir oleh Amru Al-'As.
Amru dan tenteranya melihat ada tempat tersembunyi yang dikunci dengan mangga besi. Bila mereka membukanya, terdapat di dalamnya sebuah lubang kecil yang ditutup dengan marmar berwarna hijau yang ditutup dengan marmar berwarna hijau lainnya. Ketika dibuka, ternyata di dalamnya ada jenazah seorang lelaki dengan kain kafan yang ditenun dengan benang emas dan memiliki tubuh yang sangat besar.
Kejadian itu dilaporkan kepada Khalifah Umar dan Umar segera bertanya kepada Ali bin Abi Talib. Dengan pengetahuan yang dikurniakan Allah swt kepadanya, Ali menjawab bahawa jenazah tersebut adalah jenazah Nabi Daniel. Umar segera memerintahkan Amru Al-'As untuk mengkafani kembali jenazah tadi dan memintanya untuk menguburkan jenazah tersebut di sebuah tempat yang tidak dapat dijangkau orang. Amru Al-'As lalu membuatkan kuburan tersebut di kota Alexandria yang pada saat ini dibangunkan di atasnya sebuah masjid yang dinamakan Masjid Nabi Daniel.
Amru dan tenteranya melihat ada tempat tersembunyi yang dikunci dengan mangga besi. Bila mereka membukanya, terdapat di dalamnya sebuah lubang kecil yang ditutup dengan marmar berwarna hijau yang ditutup dengan marmar berwarna hijau lainnya. Ketika dibuka, ternyata di dalamnya ada jenazah seorang lelaki dengan kain kafan yang ditenun dengan benang emas dan memiliki tubuh yang sangat besar.
Kejadian itu dilaporkan kepada Khalifah Umar dan Umar segera bertanya kepada Ali bin Abi Talib. Dengan pengetahuan yang dikurniakan Allah swt kepadanya, Ali menjawab bahawa jenazah tersebut adalah jenazah Nabi Daniel. Umar segera memerintahkan Amru Al-'As untuk mengkafani kembali jenazah tadi dan memintanya untuk menguburkan jenazah tersebut di sebuah tempat yang tidak dapat dijangkau orang. Amru Al-'As lalu membuatkan kuburan tersebut di kota Alexandria yang pada saat ini dibangunkan di atasnya sebuah masjid yang dinamakan Masjid Nabi Daniel.
Ada pendapat-pendapat lain mengatakan yang makam Nabi Daniel ada di negara-negara lain seperti Iraq, Iran, Turki, Uzbekistan dan Morocco. Wallahu a'lam.
Di sebelah Makam Nabi Daniel ini pula ialah Makam Luqmanul Hakim.
Di sebelah Makam Nabi Daniel ini pula ialah Makam Luqmanul Hakim.
Luqman merupakan seorang lelaki yang dikurniakan oleh Allah swt ilmu agama dan kebaikan di dalam segala tindakan dan ucapan beliau, sehingga ia termasuk seseorang yang mendapat keutamaan di dalam Al Quran. Bahkan namanya di abadikan sebagai nama salah satu surah di dalam Al-Quran.
Menurut pendapat majoriti ulama, Luqman ialah seorang ahli hikmah dan bukan seorang nabi kerana di dalam Al Quran disebutkan bahawa Allah swt memberikan hikmah kepadanya.
Menurut pendapat majoriti ulama, Luqman ialah seorang ahli hikmah dan bukan seorang nabi kerana di dalam Al Quran disebutkan bahawa Allah swt memberikan hikmah kepadanya.
Dari Surah Luqman, Ayat 12:
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji".
Hanya ada dua orang sahaja manusia yang bukan dari golongan Rasul yang nama mereka diabadikan sebagai nama surah di dalam Al Quran. Mereka adalah Maryam (ibu Nabi Isa as) dan Luqman Al Hakim. Begitu tinggi ketakwaan mereka sehingga penghargaan sebegitu diberi oleh Allah swt kepada keduanya.
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji".
Hanya ada dua orang sahaja manusia yang bukan dari golongan Rasul yang nama mereka diabadikan sebagai nama surah di dalam Al Quran. Mereka adalah Maryam (ibu Nabi Isa as) dan Luqman Al Hakim. Begitu tinggi ketakwaan mereka sehingga penghargaan sebegitu diberi oleh Allah swt kepada keduanya.
Pada suatu hari ketika beliau sedang duduk di sebuah majlis ilmu dan memberikan ceramah kepada orang ramai, datanglah seorang lelaki menemuinya dan bertanya “Bukankah engkau yang tadi menggembala kambing di tempat ini?”
Luqman menjawab, “Benar”. Lalu lelaki itu bertanya, “Lalu apa yang menghantarkanmu sampai pada kedudukan terhormat seperti saat ini?” Luqman menjawab, “Benar dalam berbicara dan diam terhadap hal-hal yang bukan menjadi urusanku”
Diriwayatkan bahwa Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang, iaitu: Bilal bin Robah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab) dan Luqman al-Hakim. Orang yang ke tiga pula ialah an-Najasyi (Raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi Muhammad saw).
Dengan selesainya lawatan kami ke makam-makam Nabi Daniel dan Luqman Al Hakim, maka berakhirlah program lawatan kami ke Alexandria ini.
Syukur dalam masa yang ditetapkan kami sempat membuat lawatan ke beberapa tempat menarik dan penuh sejarah di Alexandria ini:
1- Corniche Alexandria - waterfront promenade
2- Bibliotheca Alexandrina (lihat dari luar)
3- Alexandria City Tour
4- Qaitbay Citadel
5- Masjid dan Makam Imam Al Busiri
6- Makam Mursi Al Abbas
7- Masjid dan Makam Nabi Daniel
8- Makam Luqman Al Hakim
Kami pun naik semula bas untuk perjalanan pulang ke Kaherah. Dari tingkap bas ternampak pula sebuah runtuhan peninggalan Rom di Alexandria yang dinamakan Ampitheatre.
Tengok dari luar pagar je sebab tempat ini tiada dalam program lawatan kami.
Begini la rupa Ampitheatre di dalam kawasan runtuhan tu.
Bas pun meluncur balik ke Kaherah. Bracing myself for another 2 hours and 30 minutes bus ride. Letih dah, plan nak tidur je.. hehe.
Saw this bronze statue of a footballer di luar Stadium Alexandria. Adakah patung Mohamed Salah Ghaly? Don't think so cause the hair is wrong... hehe. Ini patung Egyptian legendary footballer Abdel Fattah El Garem dari tahun 1950an.
Beberapa foto bandar Alexandria sebelum leaving for Cairo.
Faten Elhelw Circus.
International Garden Mosque terletak di dalam kawasan International Garden.
Circus Mundial.
Tasik Mariout yang sumber airnya dari Sungai Nil via beberapa cabang, bukan dari Laut Mediterranean.
Sungai Nil.
Tasik Mariout dengan pemandangan Bandar Alexandria di horizon.
Dah nak petang dah masa ni.
Ada telaga minyak/natural gas di sini agaknya.
Pigeon houses atau dovecotes.
Passed by zon perindustrian.
Masa dalam bas tu, mula-mula tak perasan ada inscription pada serombong asap kilang ni.
So zoom la lagi dekat.. ehhh... cantik pulak. Agaknya nak make these 'evil chimney' (kan selalunya gas emission dari serombong macam ni adalah dikatakan mengugat alam sekitar) to look less evil.
القاهرة lagi 189 km.
Kawasan ladang dan kebun.
Dovecotes.
Highway ni ada laluan khas untuk lori-lori.
Senja menjelang tiba.
Jauh lagi perjalanan maka driver stop sekejap di RnR ni. Kebetulan memang tengah sunset sangat.
SubhanAllah, cantik sungguh senja di kawasan padang pasir.
Tetiba rasa nak ngunyah.. hehe. Lepas tu terus tertidur.
Tersedar je dah sampai Kaherah. Dah gelap malam dah masa tu.
Makan malam kami pada malam itu ialah nasi Arab, bukan yang disediakan oleh Hotel Amarante Pyramids tapi yang Ustaz order dari restoran luar. Ada pilihan ayam dan kambing. Since my wife tak suka kambing dan saya pulak tak boleh makan kambing, maka kami pilih la ayam.
Alhamdulillah, nasi Arab tu memang sedap. Even though portion besar kami boleh habiskan! Dah kelaparan sangat agaknya.. hehe. So kelaparan sampai lupa nak ambil gambar nasi Arab ni sebelum start makan like we always do. Tengah sedap ngunyah, tetiba teringat.. hahaha.
Esok nak gi tengok piramid. Excited 😊.
Bersambung...
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
at last !!!!!
ReplyDelete* tak sabar tunggu esok !!! *
apesal tak boleh makan kambing ?
Ok dah post dah. Huishh... *sambil lap peluh di dahi**
DeleteHebat sekali..Subahanallah
ReplyDeleteSubhanAllah...
Delete