Selesai melawat Masjid Ibnu Tulun kami pun proceed dengan program lawatan seterusnya. Kami akan melawat beberapa makam-makam wali Allah.
Sambil tu terus merakam. Kelihatan di satu lorong wanita-wanita dan anak kecil sedang makan.
Sambil tu terus merakam. Kelihatan di satu lorong wanita-wanita dan anak kecil sedang makan.
The school children.
Zabbaleen dan kereta kuda mereka making rounds di bandar Kaherah mengumpul sampah yang boleh dikitar semula.
Kedai-kedai di laluan kami.
Binaan segi 8 ini adalah sebuah sabil atau water fountain bernama 'Sabeel Om Abbass' yang dibina pada abad ke 19 oleh Emina Ilhamy. Beliau adalah cucu Abbas I, yang memerintah Mesir dari 1848 hingga 1854 A.D, dan ibu kepada Abbas II. Emina Ilhamy atau Amina al-Hamy (1858 - 1931) adalah seorang puteri Mesir dan Utsmaniyah dan ahli Dinasti Muhammad Ali.
Memang sudah menjadi trend di kalangan royalties dan orang kaya di Kaherah ketika itu untuk membina sabil sebagai hadiah kepada Kota Kaherah dan rakyatnya sebagai tempat berteduh dan minum. |
Street side food seller. Kain hadang yang colorful tu nampak familiar.
Familiar sebab mirip kain siling yang digunakan di sebuah khemah orang Badwi semasa lawatan kami ke Saint Catherine di Semenanjung Sinai.
Saya found out such colorful designed fabric selalunya digunakan untuk khemah-khemah lelaki dan wanita/kanak-kanak semasa majlis perkahwinan orang Badwi. How festive!
Then ternampak Postal Service Center ni. Tahukah anda Mesir mempunyai perkhidmatan pos tertua di dunia? Yes indeed.
Mesir kuno adalah salah satu tamadun tertua dunia yang mempunyai sistem hierarki yang paling sistematik. Setelah penulisan diperkenalkan terutama di kalangan bangsawan Mesir, mereka mula mencari jalan untuk berkomunikasi antara daerah. Dan dengan penggunaan kertas papyrus secara beransur-ansur kaedah baru untuk berkomunikasi tercipta. Maka terciptalah sistem pos.
Perkhidmatan pos Mesir kuno bermula pada tahun 2000 SM, yang merupakan sistem pos tertua di dunia. Cara utama pengangkutan adalah melalui Sungai Nil. Surat-surat itu diletakkan dalam kotak yang dikawal oleh pengawal. Pada masa itu, perkhidmatan pos adalah eksklusif kepada firaun sahaja. Di Muzium Pos Mesir ada dipamerkan messages antara Amenhotep dan Akhenaten updating each other about the latest political development.
2 buah masjid bersejarah di Kaherah: Masjid Sultan Hassan (kanan) dan Masjid Rifa'i (kiri).
Masjid Almahmodyah.
Kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi.
Passed jalan Kobri Al Sayeda Aesha. Jalan ni dah beberapa kali kami lalui semasa dalam perjalanan-perjalanan ke tempat-tempat lawatan.
Melalui kawasan Sayeda Aisha Market.
Di sinilah semua jenis pasar Kota Kaherah seperti Pasar Selasa, Pasar Ahad dan Pasar Haiwan berkumpul pada setiap hari Jumaat.
Then ternampak lelaki-lelaki jual minuman teh tradisional ni.
Pastinya berat bekas minuman panas yang perlu digendong di belakang badan.
Just look at the belt and harness. Lelaki dalam foto kiri strap on padding di perut dia where the belt is. Kalau tak buat macam tu boleh senak perut agaknya. Imagine betapa beratnya container tu masa penuh dengan minuman. Then kena jalan sana sini cari pelanggan. Dan jual secawan teh atau kopi dengan harga yang sangat murah. Lelaki dalam foto kanan pula has his tea and coffee condiments belted on his front.
Dan kalau nak tuang minuman dari dalam container tu ke dalam cawan, mereka perlu membongkok. It is really hard work. Btw, ini foto-foto yang saya rakam semasa percutian ke Istanbul pada tahun 2014 to demonstrate cara minuman itu dituang.
Ini adalah Masjid Sayyidah Aisyah. Kami tak berkunjung ke masjid ini walaupun selalu nampak masa dalam perjalanan ke tempat lawatan. Di dalamnya ada makam Sayyidah Aisyah binti Imam Ja’far Ash-Sadiq bin Muhammd bin Ali Zainal Abidin bin Sayyidina Husain cucu Rasulullah saw.
Anak-anak Zabbaleen sedang mencari sampah yang boleh dikitar semula.
Adik beradik agaknya mereka ni. Ini kerana dalam masyarakat Zabbaleen kerja mengumpul sampah dan mengitar semula dibuat oleh seluruh ahli keluarga dan setiap keluarga adalah pakar mengitar semula barangan tertentu.
Seronok nampaknya adik kecik ni nak pergi sekolah 😊.
Fyi, di Kaherah ni like 99.5% sign boards adalah dalam bahasa Arab. Termasuk bangunan-bangunan kerajaan yang kami nampak. So how we know itu bangunan kerajaan? Ustaz bagitau la. Dia kan boleh read and write Arabic. Yang non-Arabic contohnya ialah Postal Service Center tadi. Kalau tak, saya tak tau pun tu pejabat pos.
Coffee, tea, cigarettes and shisha.
Untuk ke makam-makam wali, kami dibawa ke kawasan perkuburan di kaki Bukit Mokattam. Dalam perjalanan tu kami ternampak sebuah masjid yang cukup unik sekali kerana ia dibina pada lereng Bukit Mokattam. Dan lebih unik lagi kerana nampaknya seperti masjid ini dibuat dari potongan bukit itu sendiri.
Nama masjid ini ialah Masjid dan makam Shahin al-Khalwati. Kata Ustaz ia kini sudah ditutup kerana sudah tidak selamat dimasuki.
Sekarang masjid ini dalam keadaan terbiar dan keturunan al-Khalwati menuntut kerajaan Mesir memulihkan masjid ini kerana ia adalah dianggap sebagai tapak warisan oleh penduduk awam yang tinggal di kawasan perkuburan di situ.
Melalui jalan Kobri Al Ebageah.
Menuju ke kawasan perkuburan di kaki Bukit Mukattam.
Memasuki kawasan tanah perkuburan.
Lorong-lorong di kawasan perkuburan dengan plot-plot persendirian untuk menguburkan ahli-ahli keluarga.
Tidak semua plot dikepong dengan binaan dinding-dinding. Ada pusara yang terbuka begini.
Bumi Mesir ini bukan sahaja bumi para Nabi, tetapi juga para aulia atau wali wali Allah. Di sini ada banyak makam-makam para alim ulama dan tokoh sufi, seperti Imam Syafie dan Ibnu Athoillah as Sakandari. Di sini juga terdapat makam-makam keturunan Rasulullah saw seperti Imam Hussein, Sayyidah Nafisah, Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Zainab.
Firman Allah swt:
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka itu ialah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat” - Surah Yunus: Ayat 62- 64.
Wali dari segi bahasa bermaksud 'dekat'. Jika seseorang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah swt dengan memperbanyakkan kebajikan, keikhlasan dan ibadah, dan Allah menjadi dekat kepadanya dengan limphan rahmat dan pemberianNya, maka di saat itu orang itu menjadi wali. Seorang wali sentiasa dipelihara dan dijauhkan Allah swt dari perbuatan maksiat.
Dan wali sering dikaitkan dengan karamah. Karamah berasal dari kata 'Ikraam' yang mempunyai erti penghargaan dan pemberian. Allah swt mengurniakan wali-waliNya berbagai kejadian luar biasa atau yang biasa disebut karamah. Hal itu diberikan kepada mereka sebagai rahmat dari Allah swt dan bukan kerana hak mereka. Karamah biasa disebut sebagai kejadian yang luar biasa yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya yang selalu meningkatkan taraf ibadahnya dan ketaatannya.
Apabila kita membahaskan tentang kewalian serta karamah mereka, tidak mungkin kita mengenepikan kepentingan kehidupan para Nabi dan Rasul serta Mukjizat-mukjizat mereka. Terkenanglah kita kepada kisah Nabi Musa serta tongkat dan cerita terbelahnya Sungai Nil. Tak lupa juga kita Allah s.w.t. menggambarkan dengan begitu nyata sekali penggambaran perbicaraan semut yang didengari oleh Nabi Sulaiman as Kisah Nabi Khidhir dan cara beliau menuntun Nabi Musa as menjadi iktibar kepada kita. Maka tentu sekali, selepas kisah-kisah mereka kita hayati, kita berkunjung pula kepada kisah-kisah manusia awam yang telah digambarkan Allah swt di dalam Al-Quran dengan kelebihan serta karamah mereka. Kisah Siti Mariam serta makanan yang dihidangkannya, kisah Ashabul Kahfi dan tidur mereka yang lama dan banyaklah kisah yang lain. Maka jika Al-Quran telah mengisikan kisah-kisahnya dengan mereka, maka menjadi kewajiban kitalah mengenali orang-orang yang dicontohi Al-Quran sebagai mereka yang soleh yang dikasihi Allah swt.
Sumber: link
Turun dari bas dan kami berjalan sedikit dibawa Ustaz Faiz ke makam yang pertama dalam rangka lawatan makam-makam wali Allah. Ketika ini kami di kawasan Al Abageyah, Qism El-Khalifa Cairo Governorate.
Firman Allah swt:
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka itu ialah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat” - Surah Yunus: Ayat 62- 64.
Wali dari segi bahasa bermaksud 'dekat'. Jika seseorang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah swt dengan memperbanyakkan kebajikan, keikhlasan dan ibadah, dan Allah menjadi dekat kepadanya dengan limphan rahmat dan pemberianNya, maka di saat itu orang itu menjadi wali. Seorang wali sentiasa dipelihara dan dijauhkan Allah swt dari perbuatan maksiat.
Dan wali sering dikaitkan dengan karamah. Karamah berasal dari kata 'Ikraam' yang mempunyai erti penghargaan dan pemberian. Allah swt mengurniakan wali-waliNya berbagai kejadian luar biasa atau yang biasa disebut karamah. Hal itu diberikan kepada mereka sebagai rahmat dari Allah swt dan bukan kerana hak mereka. Karamah biasa disebut sebagai kejadian yang luar biasa yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya yang selalu meningkatkan taraf ibadahnya dan ketaatannya.
Apabila kita membahaskan tentang kewalian serta karamah mereka, tidak mungkin kita mengenepikan kepentingan kehidupan para Nabi dan Rasul serta Mukjizat-mukjizat mereka. Terkenanglah kita kepada kisah Nabi Musa serta tongkat dan cerita terbelahnya Sungai Nil. Tak lupa juga kita Allah s.w.t. menggambarkan dengan begitu nyata sekali penggambaran perbicaraan semut yang didengari oleh Nabi Sulaiman as Kisah Nabi Khidhir dan cara beliau menuntun Nabi Musa as menjadi iktibar kepada kita. Maka tentu sekali, selepas kisah-kisah mereka kita hayati, kita berkunjung pula kepada kisah-kisah manusia awam yang telah digambarkan Allah swt di dalam Al-Quran dengan kelebihan serta karamah mereka. Kisah Siti Mariam serta makanan yang dihidangkannya, kisah Ashabul Kahfi dan tidur mereka yang lama dan banyaklah kisah yang lain. Maka jika Al-Quran telah mengisikan kisah-kisahnya dengan mereka, maka menjadi kewajiban kitalah mengenali orang-orang yang dicontohi Al-Quran sebagai mereka yang soleh yang dikasihi Allah swt.
Sumber: link
Turun dari bas dan kami berjalan sedikit dibawa Ustaz Faiz ke makam yang pertama dalam rangka lawatan makam-makam wali Allah. Ketika ini kami di kawasan Al Abageyah, Qism El-Khalifa Cairo Governorate.
Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Khalwah Sayyidah Nafisah. Khalwah Sayyidah Nafisah bukanlah sebuah makam. Ia sebaliknya adalah sebuah bilik di mana Sayyidah Nafisah yang telah kami ziarahi makamnya pagi tadi sering bersendirian untuk bermunajat kepada Allah swt. Lawatan kami ke Masjid Sayyida Nafisah boleh dibaca di sini.
Pintu masuk ke kawasan Khalwah Sayyidah Nafisah.
Pemandangan di kawasan Khalwah Sayyidah Nafisah.
Ini adalah perkuburan beberapa orang biasa yang meminta dimakamkan di sini untuk menumpang keberkahan Sayyidah Nafisah.
Ada beberapa penjaga yang tinggal di kawasan Khalwah Sayyidah Nafisah ini. Menurut Ustaz Faiz, mereka bukanlah penduduk miskin seperti kebanyakan orang yang menumpang tinggal di kawasan perkuburan ini. Sebaliknya mereka memilih untuk tinggal di sini untuk berbakti menjaga makam Wali-wali Allah di sini.
Inilah ruang di mana Sayyidah Nafisah beribadah pada masa dahulu.
Pemandangan ke dalam Khalwah Sayyidah Nafisah. Khalwah ertinya ‘berserah diri’, berserah diri dalam ketaatan dan pengabdian sejati kepada Allah.
Ada 2 orang kakak dari group kami yang bersolat di sini.
Mendengar penerangan dari Ustaz Faiz mengenai Khalwah Sayyidah Nafisah
Di sebelah Khalwah Sayyidah Nafisah, ada makam seorang wali Allah yang bernama Sayyidi Muhammad bin Sayyidi An-Nas.
Pintu masuk ke makam Sayyidi Muhammad bin Sayyidi An-Nas. (Shrine of Sidi Abdallah ibn Abi Jamra).
Di dalam bilik makam Sayyidi Muhammad bin Sayyidi An-Nas. Peti sejuk dan perabut di sekeliling makam ini digunakan oleh penjaga makam.
Penjaga Khalwah dan makam ini turut offer kami buah kurma.
Sebuah lagi makam wali Allah yang terdapat berdekatan dengan Khalwah Sayyidah Nafisah ini ialah makam Sayyidi Abdullah bin Abi Jamrah. Beliau adalah penulis kitab Bahjatun-Nufus dan Mukhtasar Sahih Bukhari. Abdullah bin Abi Jamrah berasal dari Andalus dan datang ke Mesir demi untuk mencari ilmu. Antara guru beliau adalah Sheikh ibn Athoilah As-Sakandari yang akan kami ziarah makamnya selepas ini.
Pada dinding di luar makam Abdullah bin Abi Jamrah terdapat tulisan yang bermaksud bahawa Imam Ibnu Athoilah pernah bermimpi bertemu Rasulullah saw dan Rasulullah saw berkata kepadanya, “Kenapa kamu tidak berziarah kepada Raja Barat dan Timur?” Lalu Imam Ibnu Athoilah berkata, “Siapakah itu wahai Rasulullah?” Maka Rasulullah saw menjawab, “Dialah Abdullah bin Abi Jamrah!”
Di dalam bilik makam Abdullah bin Abi Jamrah.
Inilah penjaga-penjaga yang tinggal di kawasan Khalwah Sayyidah Nafisah ini yang memilih untuk tinggal di sini untuk berbakti menjaga makam Wali-wali Allah di sini.
Seterusnya kami dibawa ke Masjid Ibnu Aithoilah Al-Sakandari (Sidi Ibn Ataa Allah Alsakandari Mosque) yang juga merupakan makam beliau. Ibnu Aithoilah Al-Sakandari adalah anak murid kepada Sheikh Abu Al Abbas Al Mursi. Beliau dibukakan lautan ilmu hikmah oleh Allah swt melalui kata-katanya yang berhikmah. Beliau adalah juga pengarang sebuah kitab yang masyhur yang bernama Syarah Hikam.
Masjid Ibnu Athoilah Al-Sakandari. Nama sebenar Ibnu Athoilah Al-Sakandari ialah Ahmad Bin Athoilah Al-Sakandari.
Pemandangan di dalam masjid.
Makam Ibnu Athoilah Al-Sakandari terletak di sebuah bilik di bucu masjid.
Pemandangan ke dalam bilik yang menempatkan makam.
Makam Ibnu Athoilah Al-Sakandari.
Kepada yang ingin mengetahui, eloklah dipelajari tentang amalan ziarah makam para auliya' dan sebagainya dan seterusnya memahami dengan jelas segala jenis permasalahan hukum, seperti hukum mencium makam, bersolat di masjid yang terdapat makam di dalamnya dan lain-lain amalan.
Syekh Ibnu Atha'illah atau Syekh Ahmad ibnu Muhammad Ibnu Atha’illah As-Sakandari (lahir di Iskandariah (Mesir) pada 648 H/ 1250 M, dan meninggal di Kaherah pada 1309 M) adalah tokoh Tarekat Syadziliyah yang merupakan salah satu tarekat sufi terkemuka di dunia dan di Indonesia. Julukan Al-Iskandari atau As-Sakandari merujuk kepada kota kelahirannya.
Mendengar penerangan yang disampaikan oleh Ustaz Faiz mengenai Ibnu Athoilah Al-Sakandari.
Diceritakan oleh Ustaz pada suatu hari Syeikh Kamal bin Hammam berziarah ke makam Imam Ibnu Athoilah. Di sana, Syeikh Kamal membaca Surah Hud. Ketika sampai pada ayat yang bermaksud 'Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia', tiba-tiba terdengar suara dari dalam kubur. Imam Ibnu Athoillah dari dalam kuburnya menjawab dengan suara yang keras, “Wahai, Kamal! Tidak ada di antara kita yang celaka”. Setelah menyaksikan karamah Imam Ibnu Athoilah yang agung itu, maka Syeikh Kamal berwasiat kepada sahabat-sahabatnya supaya apabila beliau meninggal nanti jenazahnya dimakamkan di dekat makam Ibnu Athoilah.
Sebenarnya tidak hanya Ibnu Athoilah yang dimakamkan di kawasan ini. Di belakang masjid ada makam Kamal bin Hammam. Syeikh Kamal bin Hammam ini tercatit di dalam Kitab Jami’u Karamatil Aulia yang menceritakan tentang karamah para wali Allah.
Makam Syeikh Kamal Bin Hammam terletak di bahagian kanan dari pintu masuk utama masjid.
Makam Syeikh Kamal Bin Hammam.
Minum sebentar di Masjid Ibnu Aithoilah Al-Sakandari.
Meneruskan lawatan ke makam.
Makam wali terakhir yang kami lawati ialah Makam Wali Saghir (Wali Kecil). Nama sebenar beliau ialah Ashraf Rifaie Al-Husaini. Ketika berumur 3 tahun, Wali Saghir telah menghafal Al-Quran dan telah didengar dan disemak oleh sheikh-sheikh Al-Azhar. Didapati bacaan beliau tiada yang salah. Seperti kebanyakan wali-wali kecil yang lain, Wali Saghir juga wafat sewaktu masih kanak-kanak.
Lorong menuju ke Makam Wali Saghir.
Pintu masuk ke Makam Wali Saghir.
Mendengar penerangan dari Ustaz Faiz mengenai Wali Saghir.
Potret Wali Saghir yang masih disimpan oleh keluarganya.
Menurut maklumat yang kami terima, Wali Saghir ini wafat sekitar tahun 1973. Ini bermakna Wali Saghir adalah wali yang segenerasi dengan kami. Makam Wali Saghir masih dijaga oleh kedua-dua ibu dan bapanya. Inilah ibu dan bapa Wali Saghir.
Makam Wali Saghir.
Kelebihan Wali Saghir ini disedari oleh ayahnya Syeikh Jabir apabila dia dapat menceritakan mimpi ayahnya dengan begitu terperinci, seolah-olah dia turut berada di dalam mimpi itu. 15 hari sebelum beliau wafat, Wali Saghir telah memberitahu ayahnya yang dia akan pergi menemui Allah dan individu lain yang juga telah pergi. Karamah Wali Saghir juga telah disaksikan oleh ramai penduduk Cairo sewaktu pengebumiannya.
Pemandangan lebih dekat Makam Wali Saghir.
Papan keterangan mengenai sejarah Wali Saghir yang ditulis dalam Bahasa Melayu.
Saya crop dan besarkan untuk perkongsian di sini.
Papan keterangan dalam Bahasa Melayu ini disediakan oleh sekumpulan pelajar Malaysia yang datang berziarah ke sini.
Bergambar kenangan dengan ibu dan bapa Wali Saghir. Terharu, saya siap peluk dan cium pipi si ayah. Tak tahu kenapa saya rasa sebak.
Selepas melawat Makam Wali Saghir, tamatlah program lawatan kami untuk Hari Keenam ini. Masa kami beredar tu, dah hampir pukul 4 petang.
Lebuhraya Kobri Al Ebageah.
Egyptian National Railways track berhampiran dengan kaki Bukit Mukattam.
Nampaknya trek keretapi ni macam lama dah tak digunakan.
Kalau lalu di highway ni mesti boleh nampak Kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan Masjid Muhammad Ali Pasha.
Passed by districts El Khalifa dan Al Abajiyyah.
El Khalifa adalah salah satu dari Municipal Divisions dalam Cairo Governorate. Dan Al Abajiyyah adalah daerah kecil yang merupakan salah satu kawasan penduduk yang paling moden di Kaherah timur. Terdapat kawasan kediaman yang besar serta zon perindustrian kecil di daerah ini.
Melalui Salah Salem Street.
Passed by sekali lagi di kawasan Sayida Aisha Market.
Ini adalah bangunan Children's Cancer Hospital di El-Sayeda Zainab district, Cairo. Ia adalah salah satu hospital terbesar yang pakar dalam kanser kanak-kanak di dunia. Juga dikenali sebagai 57357 Hospital. 57357 adalah nombor akaun bank untuk menderma kepada hospital ini. Ia sebuah hospital yang telah dibina sepenuhnya dari sumbangan derma.
Yang kiri tu ialah bangunan National Cancer Institute Egypt.
Ustaz Faiz sengaja meminta pemandu bas kami untuk menggunakan jalan yang menyusuri Aqueduct ini untuk pulang ke hotel. Pada masa ini kami sedang lalu jalan Magra El Eyoun.
Ini peta Aqueduct Cairo atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai 'Wall of the Arched Canal'. Juga dipanggil 'Magra El-Eyoon Aqueduct'. Satu ketika dulu pernah dikenali sebagai “the Paris of the East” because of its Parisian-style architecture. Aqueduct ini terletak dari tebing Nil di kawasan Fum al-Khalij, ke Dataran Sayyida Aisha berdekatan dengan Citadel Salah al-Din. Binaan aqueduct yang masih ada sekarang panjangnya kira-kira tiga kilometer dan dipintas oleh beberapa jalanraya moden.
Akuakultur abad pertengahan di Kaherah ini telah menyaksikan pembangunan Kota Kaherah berabad-abad lamanya tapi selama itulah juga ia sendiri terbiar.
Pada abad ke-12 Sultan Salah Al Deen Al Ayoubi mengarahkan saliran air dibina untuk membawa air melalui terusan di atas tembok berhampiran bekas ibu kota Al Fustat ke kubu Kaherah, dengan menggunakan roda air.
Ia dikendalikan melalui roda yang membawa air ke aqueduct, yang kemudian mengalir sepanjang jalan ke Citadel.
Kemudian pada awal abad ke-14, pemerintah Mamluk Mesir Al Nasser Mohammad Bin Qalawoun mengarahkan pengubahsuaian saluran air itu dan membina sebuah empangan besar yang menempatkan empat roda air di tebing Sungai Nil untuk menaikkan air ke benteng untuk memenuhi keperluan askarnya yang semakin meningkat dan juga untuk tujuan pengairan.
Pada era berikutnya, aqueduct ini makin kurang digunakan dan ditukar menjadi fasiliti ketenteraan semasa ekspedisi Perancis ke-18 ke Mesir, dengan beberapa gerbangnya ditutup untuk dijadikan kubu.
Pada October 2018, kerajaan Mesir telah melancarkan rancangan untuk membaikpulih saluran air itu sebagai sebahagian daripada objektif menjadikan Kota Kaherah sebuah kota warisan untuk menarik pelancong datang ke Kaherah.
Pelan pembangunan adalah berdasarkan memulihkan peninggalan sejarah, menghapuskan pencerobohan dan mengubahsuai seni bina persekitarannya serta mewujudkan masyarakat kediaman yang mesra alam.
Saya noticed ada ramai juga peniaga kulit di kawasan yang kami lalu ini. Saya baca mereka peniaga yang tidak berlesen dan perniagaan mereka ini telah menyebabkan kerosakan pada aqueduct ini kerana berlaku pencemaran dari sistem sanitasi yang primitif yang mereka gunakan. Perumahan tidak rasmi di kawasan aqueduct ini juga telah menyebabkan kerosakan.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pihak berkuasa telah memulakan pembongkaran berpuluh-puluh kedai peniaga kulit di selatan saluran air ini dan memindahkan mereka ke zon yang dibina khas di luar Kaherah.
Kebanyakan peniaga kulit telah bersetuju dengan penempatan semula mereka ke Al Robeiky, sebuah bandar di luar Kaherah. Yang lain telah menerima pampasan dari kerajaan. Kerajaan Mesir juga telah berjanji untuk menyediakan unit perumahan untuk pekerja di lokasi baru mereka, yang terletak kira-kira 45 kilometer dari Kaherah.
Objektif utama penempatan semula adalah untuk memodernisasikan industri penyamakan melalui penggunaan mesin canggih. Peniaga-peniaga juga tidak perlu membuat sebarang bayaran untuk mesin-mesin ini.
Banyak arches yang saya nampak dah ditutup dengan dinding batu bata.
Semakin ke arah Sungai Nil, semakin tinggi dinding tembok aqueduct ini.
View Cairo Aqueduct dari atas. Ianya bukan lurus tapi bengkang bengkok, tapi tidak melengkung.
Bukanlah sepanjang-panjang aqueduct yang ada sekarang ni dalam keadaan yang teruk. Ada juga yang saya nampak masih elok begini. Pasti kerja baikpulih bahagian ini lebih mudah berbanding bahagian-bahagian yang dah diruntuhkan atau yang arches sudah ditutup.
Side track kejap. Masa tengok Aqueduct Cairo ni, teringat saya kepada Aqueduct of Valens yang sempat saya rakam fotonya (di bawah) semasa bercuti di Istanbul. Ianya satu sistem pengaliran air yang besar ke kawasan bandar/kediaman yang dibina oleh Emperor Roman bernama Valens sebab pertambahan penduduk. Dari zaman Roman, ia terus digunakan oleh Byzantines dan Ottomans.
Seorang pak cik sedang berehat tidur di tepi jalan di atas kereta kuda. Pemandangan yang kalau saya tengok lama-lama akan buat saya merasa sebak 😡.
In my opinion kerosakan yang paling teruk pada aqueduct ini ialah sebahagiannya diruntuhkan seperti dalam foto bawah.
View dari atas. Habis melopong!
Ada lagi bahagian lain yang rongak macam ni. I wonder though, kenapa perlu diruntuhkan kesemua bahagian tembok ini sampai sebesar itu? My theory is, mereka masa tu perlu membuat jalanraya yang lebar merentang aqueduct ini. Dan demi keselamatan tidak boleh sekadar dilobangkan di bahagian bawah tembok ini tapi perlu juga diruntuhkan sekali bahagian atasnya.
Bahagian aqueduct yang masih tegap dan kukuh.
Dekat kereta merah tu, bahagian arch tembok ini dah ditutup.
Street peddler menjual ubi.
Ada juga bahagian tembok ini dibina extension berbentuk separuh kubah tinggi. Tak pasti samada these are part of the original aqueduct.
Boss kedai kopi and his customers.
Di bahagian ini pula di bawah tembok ini penuh dengan what looks like construction waste.
Akhirnya kami pun sampai ke hujung aqueduct.
Bangunan ini berada di tepi Sungai Nil dan di dalamnya ada roda air yang digunakan untuk mengaut air naik ke aqueduct dan seterusnya disalirkan ke Citadel.
Needless to say my wife and I were happy la sebab Ustaz bawa kami lalu jalan Magra El Eyoun ni supaya kami dapat tengok aqueduct ni. It is a very important monument in Cairo yang suatu ketika dahulu merupakan cara membekal air kepada ribuan penduduk Kaherah dan juga untuk pengairan ladang. That fact that usianya dah berabad-abad juga got us very excited, how it had survived all this while. Saya personally juga happy bila kerajaan Mesir sudah merancang untuk revive aqueduct ni to its former glory.
Ok sambung lagi perjalanan balik ke hotel.
Menyeberang Sungai Nil kecil.
Jambatan pejalan kaki yang menghubungkan El Roda Island dan Nile Corniche.
Peniaga berkereta kuda bersama dua orang anaknya.
Kesibukan jalanraya di Kota Kaherah di waktu petang.
Menyeberang Sungai Nil.
Dinner kami malam itu disediakan di Amarante Pyramids Hotel. Makanan Arab. Very heavy. Saya paling suka fruits tu 😋.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
haahhhh !!
ReplyDeletefruit cocktail tu nampak sedap!
dan manis !
interestingnya aquaduct tu !! so.. dia gunakan roda air continuously untuk angkut air ke atas aquaduct .. so air akan mengalir sepanjang aquaduct tu dari bahagian yang tinggi ke rendah ..amazing kan teknologi zaman dulu. the precision and the construction
sayangnya bahagian yang dah runtuh tu , yang ditembokkan.. susah nak restore age old construction gitu ..
i wonder macamana depa nak buat nanti
he passed away in 1973 . saya umur 3 tahun masa tu .. sebaya
Memang sedap sangat. Fresh fruits tu. And sweeeet! Hehehe...
DeleteYes, very interesting! Masa saya teringat aqueduct di Istandbul tu I also teringat your travels ke Portugal where you shared photo of the Águas Livres Aqueduct.
Betul. Kerja restoration bukannya senang. Semua kena check dari segi kekuatan struktur hinggalah analsis bahan binaan yang digunakan. Huii.. major work!
Al-Fatihah...