Friday, August 7, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - RS SERUNDING ENTERPRISE

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 05 - Part 04 - RS Serunding Enterprise.

Jom kita gi tengok macam mana serunding dibuat pulak di Kampung Laut :).



Tapi sebelum tu saya share beberapa shots tangkap dari dalam kereta menuju ke Kampung Laut. Sawah padi yang terbentang luas dengan langit biru :).





Kejap je perjalanannya dari Nordin Batik. Kami pun tiba di Kampung Laut Palekbang, Tumpat, Kelantan. Kampung Laut ni adalah sebuah perkampungan Melayu yang terletak di tepi Sungai Kelantan kira-kira 10 km dari bandar Kota Bharu. Kampung Laut ni memang terkenal dengan perusahaan serunding yang diproses secara tradisional. Masa tu ada lebih kurang 62 pengusaha serunding yang kebanyakkannya dibuat secara kecil-kecilan bagi memperolehi pendapatan tambahan keluarga.

Kami dibawa Khairil ke RS Serunding Enterprise Hjh Ramlah Salleh. Puan Hajjah Ramlah Salleh adalah pengilang dan pembekal serunding di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.

Serunding yang dibuat adalah serunding daging, ayam dan ikan. 

Actually masa keluar dari kereta lagi dah saya terbau masakan yang sangat sedap! 

Haaa... dari sinilah punca bau yang sedap hebat tu! 

Kelihatan daging yang dah dicarik-carik tengah menggelegak dalam kawah bersantan. Yum!

Saya pun apa lagi, berkeliaranlah ambik gambar... hehehe... 

RS Serunding ni saya noticed menggunakan dapur gas. Saya baca ada pengusaha-pengusaha serunding yang masih menggunakan kayu api yang menghasilkan aroma serunding yang berbeza dan rasanya lagi sedap.  

Haaa... kawah yang ni dah nak kering dah. 

Cik-cik tadi tak la saya nampak menunggu dan menggaul kawah-kawah ni berterusan. Boleh ditinggalkan sekejap-sekejap sementara mereka membuat kerja-kerja lain. 

Tentunya sambil ambik gambar-gambar ni saya berbual-bual la sikit dengan cik-cik ni :). 

Kata salah seorang staff ni, nak merebus perlu masa antara 6 ke 7 jam untuk melembutkan daging. 


Selepas merebus, daging akan dicarik-carik pula sebelum ditumis dan di masak. 


Tapi saya tak nampak pulak mesin pencarik daging. Lupa pun nak tanya. Ke daging dicarik secara manual dengan tangan?

Ini pula adalah mesin memproses serunding. Ia adalah kuali elektrik yang digunakan untuk menggoreng. Baru la saya tahu serunding perlu digoreng supaya kering. Lama saya dok tenung kuali ni berpusing-pusing.. hehehe... fascinated saya.. hehehe... 

Sesekali cik ni akan mengacau-ngacau supaya serunding tu rata digoreng. Oh, did I say how fabulous the smell was! :)

Sebelum dimasak dengan daging, santan mesti dikacau-kacau selama lebih kurang 2 jam supaya rasa serunding lebih lemak. 

Memproses dan memasak serunding boleh ambik masa seharian. I wonder how many tong gas diperlukan sehari. Again, lupa nak tanya. Agaknya saya hilang kosentrasi disebabkan bau yang sedap sangat tu! Hahahaha...  

Menunggu kuali letrik ini sampai cukup panas sebelum daging [yang dah kering selepas masak di kawah] dimasukkan. 

Haaa.. nampak tak motion berpusing-pusing tu? Hehehehe.. 


Cili dicedok dan ditimbang mengikut sukatan yang ditetapkan. 

Pemandangan sungai Kelantan dari ruang masak RS Serunding Enterprise. 

Lepas tu kami pun ke bahagian serunding yang dah masak. 

Ada yang dalam bekas-bekas besen besar dan yang dah siap pack. 

Apa yang kami nampak masa tu, cuma itu je lah serunding yang tinggal. Semua dah habis terjual dan ada yang dah siap dibungkus sebab ada banyak tempahan. 


Maunya kami tak beli lepas dah nak dekat 40 minit menghidu bau kesedapan serunding yang fresh baru dimasak! Hehehehe.... Tak sempat bawak balik rumah pun, habis saya ratah.. hahahaha... 

Ok lah, a few more shots before we left RS Serunding Enterprise.

Suatu pengalaman yang begitu menarik bagi saya. Yang paling saya tak akan lupa ialah bau sedap masakan serunding di situ.. hehehe... 


Lebih menarik lagi kerana adanya usaha sebegini di dalam Program Memperbagai dan Menambah Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. 


Bersambung......


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. roomate saya masa belajar dulu asal Palekbang ni
    setiap kali balik cuti.. balik dublin mesti bawak banyak stok serunding ni..
    mak dia buat sendiri rasanya..
    sedappp sangat
    serunding lain tak boleh lawan serunding kampung laut ni !!

    saya pernah tidur kat rumah dia seminggu
    tepi sungai Kelantan tu
    ada sekali dia ajak naik bot penambang.. ke seberang sana.. ke bandar
    saya tak berani!!dah lah kecik..
    tak asa life jacket lak!!
    hahahhaaaa..
    dia dah biasa..
    selamba je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Masa study dulu2 serunding is a must. Boleh terus dimakan dan sedap dimakan dgn apa saja.
      Betul, tour guide pun kata serunding kg laut memang top. Dan lepas saya rasa serunding tu, confirm serunding dari situ lah serunding yg paling sedap pernah saya makan.

      I totally understand. Sungai tu besar! Lebar! Dan keruh sungguh. Pulak tu masa tu air tengah deras.Saya nak pergi dekat tebing pun seram.. hehehe...

      Delete
  2. kalau nak rasa serunding yang segar blh lah datang sini, cuti sekolah yang lepas pertama kali sy datang sini sbb dekat juga dengan rumah yg saya baru beli di kota bharu, memang sedap dan segar kalau nak dibandingkan serunding2 yang dijual diluar sana...sudah semestinaya serunding kg laut la yg paling sedap dan popular.

    ada serunding daging tempatan, daging import dan serunding ikan.

    hashamudin yacob

    cheritacafe.com

    ReplyDelete