Jalan-jalan Pantai Timur - Day 05 - Part 11 - Muzium Islam
Last sekali kami ke Muzium Islam pula. Masa tu dah pukul 4:00 petang so memang lah dah penat. Tapi teruskan jugak sebab cuma berjalan je :).
Cantik bangunan muzium ni.
Oh my, cuma hanya ada 45 minit saja lagi sebelum muzium tutup!
Ok, let's see what's inside shall we.. :)
I just love this chart!
Kebetulan ada pameran ni: Pameran Fotografi Kaligrafi Islam.
Juga kebetulan masa saya di muzium ni ada Pameran Tok Guru, allahyarham Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Mula-mula saya ok. Tetapi selepas melihat satu per satu barangan pameran serta foto-foto tuan guru saya mula merasa sebak.
Saya akui berlinang air mata saya masa tu. Mujurlah cuma saya seorang saja yang berada di situ.
Salah satu foto tuan guru yang sangat mengesankan pada diri saya.
Saya tinggalkan muzium ni dengan perasaan sedikit hiba. Susah saya nak explain. Semoga Allah tempatkan tuan guru bersama-sama orang yang soleh.
Muzium Islam ni adalah destinasi yang terakhir pada hari ke 5 dalam program Jalan-jalan Pantai Timur kami. Terus balik ke hotel sebab rasa letih sungguh. Tapi happy dapat cover tempat-tempat yang dah disenaraikan untuk dilawat. Syukur Alhamdulillah.
Lepas rehat, mandi dan solat, kami keluar makan. Simple je :). Saya order suhun goreng. Saje la nak try something different :).
Ok, ni ringkasan hari ke 5 dalam program Jalan-Jalan Pantai Timur saya:
1) Pasar Siti Khadijah
2) KB Permai Silvercraft
3) Nordin Batik
4) RS Serunding Enterprise
5) Dodol Hajjah Wan Nab
6) Burung Candik
7) Bahulu Pasir Hor
8) Galeri Wau Pak Sapie [tutup]
9) Cik Minah Songket
10) Restoran Nasi Ulam Cikgu
11) Muzium Kraftangan
12) Muzium DiRaja [Istana Batu]
13) Masjid Muhammadi
14) Muzium Perang [Memorial Peperangan Dunia Kedua]
15) Muzium Islam
Huihhh... tak sangka sempat jalan-jalan ke semua 15 tempat-tempat ni dari pagi sampai petang.
Kami sempat sebab untuk tempat-tempat no. 2 hingga 9 kami guna travel agent with tour guide. Jadi semua tempat-tempat dapat dituju dengan cepat dan sebab dengan package tour kami boleh tentukan samada nak lama atau sekejap di satu-satu tempat yang dilawati. Sebab kedua ialah kerana tempat-tempat no. 1 dan dari no. 10 hingga no. 15 semua within walking distance je.
Syukur Alhamdulliah.
Bersambung......
Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
masjid Kampung Laut..
ReplyDeletemasjid tertua di Malaysia
ada di Nilam Puri sekarang..
masjid ke2 tertua ..
masjid Kampung Hulu
masih tegap di Banda Melaka
satu hari nanti sanay nak ke Masjid Kampung Hulu tu..
Saya memang teringin nak tengok masjid kg laut tu tapi macam jauh la dan also dah tak cukup masa....
DeleteBtw, since you mentioned Melaka, saya dah memang ada fikir2 nak gi jalan-jalan Melaka pulak. Tapi tak tau bila lagi la :).