Wednesday, August 26, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM WAU

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 06 - Part 01 - Muzium Wau.

Aaaa... hari ke 6 adalah hari terakhir dalam program Jalan-Jalan Pantai Timur kami. Hari ni kami akan balik ke Kuala Lumpur.


Tapi sebelum tu mesti sarapan dulu lah! Sebab semalamnya penat sungguh berjalan, pagi ni bangun je rasa lapar sangat.. hehehe... Ke mana lagi kalau tak ke Pasar Siti Khadijah for breakfast :).



Dalam perjalanan nak gi breakfast sempat lagi saya click-click.. hehe...



Mereka ni adalah penjual barangan pasar ikan dan sayur serta barangan runcit bermotorsikal ke taman-taman dan kampung-kampung berdekatan. Ada saya bertanya pada pemuda bert'shirt merah tu, berapa orang penjual bermotosikal cover sebuah kampung? Dia kata ada beberapa bergantung pada kampung. Tapi ada juga penjual yang cover lebih satu kampung. Sebahagian yang dah diikat bungkus siap-siap tu adalah untuk pelanggan-pelanggan yang dah pre-order. Tak dapat saya bertanya banyak sebab mereka nampak sedang sibuk. Ada seorang dari mereka tu bertanya pada saya, "Abang ada sini semalam ambik gambar kan?". Sambil sengih saya jawab, "Ye, betul". Hehehe... ada yang perasan saya kat sini rupanya.. hehehe...



Memang dah puas dah ambik gambar-gambar pemunggahan tangkapan laut ni semalam. Saya share sikit lagi lah ya.. hehehe...






Saja je sepintas lalu di bahagian lain di pasar ni menuju ke tempat sarapan.. hehehe...





Saya makan laksa dan meratah paru-paru goreng [semalam geram tengok nampak sedap!] dan sedikit daging masak kari.. hehehe...



Pagi hari ke 6 ni sebelum balik ke KL, kami ada satu lagi tempat untuk dilawati. Tarikh-tarikh yang kami pilih untuk program Jalan-jalan Pantai Timur ni telah ditentukan supaya coincide dengan tarikh satu acara yang diadakan di Kelantan ni.



Apakah acara itu? Ia adalah Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2015 :).



Lepas sarapan, kami check out dan terus drove ke arah Pantai Geting, Tumpat Kelantan di mana Pesta Wau itu bakal berlangsung. Tapi sebelum tu kami nak singgah dulu di Muzium Wau :).




Hujan renyai pagi tu.



Kempen macam ni pun ada juga :). Lumayan hadiahnya!



Menuju ke Tumpat.



Sambil dalam perjalanan, sambil berzikir.



Buddhist temple ni kami tak lawat.




Saya suka merakam suasana semasa perjalanan :).



Dan kami terjumpa pulak sceneries yang awesome ni!! Kalau tak silap ini adalah tempat ternakan ikan dalam sangkar Pantai Sri Tujoh, Tumpat.



Such a beautiful scenery!



Kalau kawan-kawan drive di sini, saya sarankan berhentilah di tepi jalan and take a few snaps :).




Dan kami pun sampai ke Muzium Wau. Rasa elok singgah sini dulu sebelum ke Pesta Wau tu. Lagi pun kami memang nak bertanya petugas muzium ni bagaimanakah nak ke Pantai Geting tu :).



Muzium Wau, Pantai Sri Tujoh, Tumpat, Kelantan.



Muzium ini dibina sebagai pusat rujukan dan maklumat mengenai sejarah perkembangan dan seni kraftangan wau seluruh dunia.



Pengunjung diminta register di buku lawatan.



Muzium ni simple saja tapi penuh dengan pelbagai jenis wau yang selama ini tak pernah saya tahu ujud! 



Jom kita tengok jenis-jenis wau yang sangat menarik!





Saya rasa agaknya di meja kecil tu, yang ada rangka wau tu, sepatutnya ada pembuat wau mendemonstrasi cara-cara buat wau. Agaknya la :). 



Needless to say, wau ni adalah wau favourite saya.. hehee.. meow... :)



Di ruang tengah muzium ini ada pameran wau-wau mengikut negeri-negeri di Malaysia. 



Perbandingan wau-wau Tradisi Kebangsaan: Wau Kucing, Wau Bulan dan Wau Jala Budi.



Wau-wau ni saya rasa sengaja diletakkan di lantai dalam ruang yang besar supaya pengunjung-pengunjung boleh dengan selesa duduk bersila sambil meneliti keindahan rekaan wau-wau di situ. 



Yang ini Wau Daun yang berasal dari Thailand. Juga dikenali sebagai Wau Barat atau Wau Leper. 




Seterusnya saya kongsikan di sini Wau-wau Tradisi Negeri. 













Di siling juga digantung pelbagai jenis wau dengan bermacam rekaan-rekaan yang cantik. Angry Birds pun ada.. hehehe... 






Layang-layang dari luar negara. 











Okeh, selesai dah di Muzium Wau. I wished I had more time but we need to go to Pantai Geting untuk menyaksikan Pesta Wau. Kalau lama di muzium ni, nanti end up kami lambat bertolak ke KL pulak. 



Tapi sebelum tu ambik gambar scenery ni dulu which is betul-betul sebelah Muzium Wau ni! Awesome! 



Saya bertanya pada petugas ni arah ke Pantai Geting. Kebetulan dia memang hendak ke Pesta Wau tu juga jadi dia cadangkan kami ikut motor dia. Excellent! Alhamdulliah. 


Bersambung......

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. banyak nak komen tapi tak sempat..
    dah nak balik..
    nanti sambung..
    :)

    ReplyDelete
  2. boleh saya tahu dekat muzium wau tu mereka ada ajar x cara2 untuk buat wau?. harap sangat en. jawab soalan saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dyra, muzium ni lebih kepada pusat rujukan dan maklumat mengenai sejarah perkembangan dan seni kraftangan wau. Saya tak pasti samada pihak muzium ada buat kelas mengajar bagaimana membuat wau. Jika tidak ada, mungkin Dyra boleh tanya mereka sendiri di manakah boleh dipelajari cara2 membuat wau. Perhaps they can give a few suggestions.

      To confirm, elok jika hubungi mereka terus:
      Alamat: Pantai Sri Tujoh, 16200, Tumpat, Kelantan, Malaysia
      No telefon:+60 9-725 2224

      Delete
  3. assalammualaikum encik syed, saya syahirah pelajar dari uitm shah alam. Saya sangat suka dan sangat berminat dengan pengalaman encik terutama tentang wau. Saya pelajar dari bidang tekstil yang sedang mengkaji subjek Wau. Sekarang ini saya sedang mengkaji tentang design,motif dan bentuk-bentuk wau tersebut. Jika di izinkan, bolehkah saya ambil gambar-gambar mengalaman encik di muzium wau tersebut untuk lengkapkan kajian saya? Jika boleh, encik tinggalkan email encik dan saya akan emailkan butiran saya untuk bukti kajian saya sebelum apa-apa pengesahan dilakukan.

    Maklum balas segera encik amat saya hargai.

    TERIMA KASIH.

    SITI NOR SYAHIRAH BINTI MOHD KHISHAM
    FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA TEKSTIL
    KAMPUS UiTM SHAH ALAM

    No. TELEFON : 0199009003
    EMAIL: kewciuk123@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cik Siti.
      Email saya: ezdy@hotmail.com

      Delete