Jalan-jalan Pantai Timur - Day 05 - Part 10 - Masjid Muhammadi dan Memorial Peperangan Dunia Kedua.
Next kami singgah di Masjid Muhammadi untuk bersolat.
Pengenalan:
Masjid Muhammadi Kota Bharu adalah merupakan masjid negeri yang terletak di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Ia mempunyai latar belakang sejarahnya yang tersendiri bermula sejak awal pembinaannya hingga ke hari ini. Kedudukannya di tengah –tengah bandar Kota Bharu telah menjadikan Masjid Muhammadi dikenali dan dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat.
Sejarah awal Masjid Muhammadi:
Dahulu bernama Masjid Besar Kota Bharu Didirikan pada tahun 1867. Asalnya ialah sebuah masjid kayu yang dipindahkan dari tapak asal di Sungai Budor, Seberang Paloh akibat ancaman banjir dipercayai masjid pertama wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (akhir 1830an-Oktober 1886) Ada pendapat yang menyatakan masjid ini dibina lebih awal iaitu pada zaman Sultan Muhammad I (1801-1837).
Sumber: http://masjidmuhammadi.e-maik.my/
Masjid Muhammadi yang terletak di pusat bandar ini menjadi pilihan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sehingga digelar sebagai ‘serambi ilmu’ baginda. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa masjid itu menjadi tempat utama baginda untuk menunaikan solat lima waktu secara berjemaah dan mengikuti kuliah ilmu sekiranya baginda tiada urusan di tempat lain.
Meskipun tempat bersemayam baginda di Istana Telipot juga berdekatan dengan sebuah masjid besar, namun Masjid Muhammadi dan ahli kariahnya cukup bertuah kerana menerima kedatangan seorang raja hampir setiap hari. Sultan Kelantan mempunyai bilik khas di bahagian hadapan kiri dewan solat utama yang menjadi tempat baginda beristirehat sebelum tiba waktu solat dan membaca serta menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran bersama imam-imam bertugas.
Beduk Besar yang pernah digunakan satu waktu dahulu dipalu sebelum azan berkumandang.
Tiga blok bangunan utama Masjid Muhammadi boleh memuatkan sehingga 5,000 jemaah dan bilangan yang menghadiri solat Jumaat pula akan meningkat sekali ganda apabila mereka memenuhi setiap ruang dalam dan luar masjid.
Sumber: Utusan Malaysia
Selesai solat kami pun gerak ke Muzium seterusnya iaitu Muzium Perang.
Info dari phamplets.
Dalam perjalanan ke Muzium Perang tu, saya ternampak rumah lama ni dengan rekaan tradisional Melayu. Sangat cantik!
Ok, dekat je jalannya dah pun sampai ke Memorial Peperangan Dunia Kedua ni.
Cantik pulak gambar kat body lori ni.. hehehe...
Info ringkas.
Okeh, jom kita masuk :).
Masuk je ada patung si Harimau Malaya ni, Leftenan General Tomoyuki Yamashita.
Elok rasanya saya share a few shots showing the Japanese invasion.
Periuk api dan peluru mortar.
The General.
Ada begitu banyak sekali info yang boleh dibaca pengunjung. Best!
Baru saya tahu machine gun diterjemah dalam bahasa Malaysia ialah mesingan :).
Batu peringatan.
Peralatan yang digunakan oleh tentera Jepun semasa menyerang Malaya tahun 1941- 1945. Ada kelongsong peluru, trompet, beg peluru, tali pinggang, topi besi, topeng gas, lampu minyak tanah, pelita kabaid, bekas minyak, seterika, bekas nasi dan bekas-bekas minuman.
Topeng gas. It looked scary cool!
Jalan keretapi maut.
Lagu kebangsaan Jepun 'Kamigayo' or 'Kimi Ga Yo'.
Saya dah dengar dah kat YouTube....
Duit Jepun.
Kisah-kisah mereka yang dijadikan Buruh Paksa.
Mesin taip jawi.
Selesai round-round di dalam, kami check out the pameran luar pulak.
Okeh, siap dah jalan-jalan dalam dan luar muzium ni. Banyak sungguh info sejarah yang sangat menarik. Tentu lah saya tak cukup masa nak baca walau sebahagian pun tapi dapatlah juga the overall feel. I wonder ada ke info-info seperti yang ada dalam muzium tu available somewhere? Kalau ada that would be awesome! Memang la ada buku-buku sejarah tapi yang dalam muziun tu are the gists and nicely presented.
Anywayyy.... kami ada satu lagi muzium nak lawat before calling it a day.
Bersambung......
Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
babyak banyak muzium yang en syed pergi..
ReplyDeleteyang ni paling saya suka..
banyak benda menarik..
yamashita tu jahat dan kejam sangat..
kalaulah saya dapat jumpa seorang buruh paksa landasan keretapi maut tu.. bestnya..
pasti banyak ceritanya ..
saya ada banyak setem-setem lama yang macam tu..
i wonder berapalah harganya sekarang kan..?
simpan sampai anak cucu ..
khazanah negara tu
:)
Betul. Banyak benda dipamerkan. Dan yg paling best banyakkkk info!! :)
DeleteMasa saya jalan2 baca di muzium ni saya cannot help it but membayangkan kesusahan hidup org dulu2. Lepas tu bila fikir balik keadaan hidup kita sekarang, buat saya sedar dan insaf dan bersyukur...
Now wouldn't that be the best thing ever! Imagine all the questions you can ask! How they endure the inhumane treatments etc...
Really? Ehh... cuba la get them valued. Cause kalau betul berharga you may want to consider to get them insured. Also I think can contact Arkib Negara dan enquire tentang cara yg terbaik nak simpan setem2 tu supaya tahan lama.