Jalan-jalan Pantai Timur - Day 05 - Part 05 - Dodol Hajjah Wan Nab - Burung Candik.
Tak jauh dari RS Serunding Enterprise adalah rumah Hajjah Wan Nab yang membuat dodol lemak dan gelembung buaya. Ke situlah kami seterusnya :).
Tapi nampak kambing-kambing ni pulak so stop kejap ambik gambar.. hehehe..
Kami berjalan kaki sahaja sebab dekat je dari RS Serunding Enterprise tu. Kami lalu celah-celah rumah-rumah di kampung ni. Then bila kami turned one corner, terus berdepan dengan 2 rumah yang tersergam ni. Uwaaahhh! Terkejut kejap saya.. hehe...
Inilah rumah Hajjah Wan Nab bt Wan Ali. Tempat membuat dodolnya di bahagian bawah rumah. Terdapat beberapa mesin pengacau dodol.
Terus saya terkagum dengan mesin ni! Hehehehe....
Ye la kan, dah demand for dodol banyak, mana la larat nak kacau secara manual. Pakai mesin senang. Tekan butang maka berputarlah batang pengacau tu :).
Berbuih buih! Jangan dekat sangat takut gelembung tu meletus dan terpercik pulak.. hehehe...
And let me tell you... baunya sedap betul! Bau lemak, bau manis.. hmmm..... :)
Kuih gelembung buaya dan dodol lemak Hajjah Wan Nab. Kata Hajjah, yang ni semua adalah untuk memenuhi tempahan pelanggan-pelanggan.
Hajjah Wan Nab. Dalam sibuk sempat juga dia melayan kami.
Yang gelembung buaya ni super manis so saya tak beli.
Saya beli dodol lemak tu 2 bungkus [ke 2 kepal or potong?]. Satu yang warna gelap dan satu lagi yang warna hijau pandan tu. Verdict: Dua-dua sedap!
Lepas tu kami ke kedai membuat bahulu pulak. Masa dalam perjalanan saya ternampak padang ni yang penuh dengan tiang-tiang. In fact, saya dah ternampak a few padang macam ni. Curious, saya pun tanya la Khairil dan dia kata di padang-padang tu la diadakan Pertandingan Burung Candik. Wah! :)
Terus saya minta Khairil buat U turn patah balik ke padang ni sebab saya nampak ada beberapa sangkar-sangkar burung disangkut di tiang-tiang tu.
Uwahhh... ada banyak rupanya sangkar-sangkar burung. Dari jauh, dari dalam van bergerak saya tak berapa nampak. So imagine my excitement.. hehehe...
Kata Khairil Pertandingan Burung Candik diadakan setiap minggu tapi hanya pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Say what!?? Oh no..... saya di situ hari Isnin... :(. So kalau kawan-kawan nak menyaksikan Pertandingan Burung Candik, make sure plan untuk berada di Kota Bharu pada hari Jumaat atau Sabtu.
Sebenarnya dekat tepi padang ni ada sepohon pokok yang rendang dan di situlah tuan-tuan burung-burung ni duduk berehat di pangkin dan bangku plastik.
Saya approached dulu pak cik-pak cik dan abang-abang di situ dulu dan beri salam. Perkenal diri dan sembang-sembang sikit sambil bertanya itu ini tentang pertandingan burung candik. Salah seorang dari pak cik-pak cik tu bertanya saya ni dari TV3 ke..? Hehehehe....
Lepas tu baru la saya minta izin untuk ambik gambar. Mereka ok je :).
Kalau tengok lebih dekat cantik jugak cover sangkar-sangkar ni :).
Alhamdulliah, langit pun cantik biru hari tu.
Ada juga beberapa sangkar yang tidak di sangkut tinggi di tiang-tiang tadi. So dapat la saya dapat a few close shots of the birds.
Tapi saya rasa ni bukan burung candik. Kalau tak silap ni burung merbuk kampung.
Selesai ambik gambar, saya berjumpa semula pak cik-pak cik dan abang-abang tadi dan ucap terima kasih. Mereka ajak saya makan tembikai ni. Memang nampak juicy betul dan masa tu pulak memang tengah panas. Tapi terpaksa saya decline politely sebab van dah tunggu.. hehehe.
Now barulah nak bertolak tengok orang buat bahulu pulak.. hehehe....
Bersambung......
Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment