Jalan-jalan Pantai Timur - Day 06 - Part 02 - Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2015.
And finally we were going to the final event, lawatan terakhir dalam program Jalan-jalan Pantai Timur sebelum balik ke KL :).
Seperti yang saya share dalam entry sebelum ni, destinasi saya yang terakhir ialah ke Pantai Geting untuk menyaksikan Pesta Wau.
Okeh, jom ke sana :).
Kami tiba di Pantai Geting lebih kurang pukul 9:45 pagi. Memanglah kami plan nak sampai awal sebab by noon dah kena drive back to KL. Jadi saya akan ambik je gambar mana yang sempat. Also I am very aware that it is very likely the event will not have started or still not in full swing early in the morning.
Di jalan masuk ke Pantai Geting sudah ada pasukan RELA bertugas. Parking masa tu pun masih banyak kosong. Baru ada 3, 4 kereta je. Since kami nak balik awal, kami park dekat dengan exit.
Ini lah Pantai Geting. Kawasan berpasirnya luas sesuai sangat untuk melancarkan layang-layang. Luasnya sangat sampai saya tak nampak dengan jelas laut... hehe... Masa tu saya perasan angin tak berapa kuat.
Sebenarnya, antara faktor yang triggered saya buat Program Jalan-Jalan Pantai Timur ni ialah kerana Pesta Wau ni. In fact, aturan tarikh juga dirancang to coincide dengan pesta ni. Dalam lain perkataan, Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2015 ini adalah the main event for the entire Jalan-Jalan Pantai Timur program. The Grand Finale so to speak.
Wah... ada "Grand Finale'... hehehehe....
Jadi, kenapa saya allocate time di pantai ni cuma till noon je? Kenapa tak spend the whole day there?
Sebenarnya memang saya dah allocate masa selama 1 hari untuk berada di pesta wau ni, iaitu for 1 day pada 25/05/2015 dan on 26/05/2015 terus je balik KL. Ini berpandukan pada booklet 'Malaysia Mega Events & Festivals 2015' published by Tourism Malaysia, Ministry of Tourism and Culture Malaysia dan juga pada calender 'Program Promosi Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Kelantan 2015' seperti di bawah. Both references stated event Pesta Wau ni started on 25th May 2015.
Program Promosi Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Kelantan 2015 (Kelantan Tourism Events Calendar 2015)
Bil | Tarikh | Program | Tempat |
10 | 25 - 30 Mei (Isnin - Sabtu) | Pesta Wau Antarabangsa Kelantan IMT-GT (Kelantan IMT-GT International Kite Festival) | Pantai Geting, Tumpat |
Tapi sebenarnya tarikh Pesta Wau ni bermula adalah pada 26th May 2015! Dan saya terjumpa tarikh baru ni hanya selepas dah buat all the itinerary/plans and hotel reservations. Adoii... so nak tak nak kena la adjust. Jadinya kami hanya dapat ke pesta ni cuma pada 26/05/2015 waktu pagi sedangkan 26/05/2015 tu sebenarnya adalah hari kami had to drive back to KL. Ingat nak bertolak balik ke KL awal pagi supaya boleh sampai KL awal dan berehat. Oh well, kita hanya boleh merancang.... Half day pun half day la, janji dapat spent a few hours there.. hehe...
Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2015 ni dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Pelayang Negeri Kelantan dan Majlis Pelayang Malaysia.
Here's a closer look at the event's aturcara for the 5 days. As you can see, the highlight of the entire event was on 29/05/2015 sebab ada acara persembahan layang-layang peserta antarabangsa dan malamnya ada pertandingan wau bercahaya. Since I had missed the highlights, makanya ini adalah salah satu lagi alasan yang cukup kukuh untuk saya kembali ke Kelantan lagi.. hehehe...
Oh ok, sebelum saya teruskan, nak bagitau sikit ni..... penjodoh bilangan bagi wau adalah 'ekor' bukan buah atau biji... seekor wau ya bukan sebuah atau sebiji wau... Saya pun baru tau.. hehehe...
Selepas saya checked out the venue, saya terus tertarik untuk ke khemah-khemah ini. Ada ramai peserta-peserta wau sedang berada di bawah khemah bersama teams dan keluarga. Saya pun apa lagi terus le gi join.. hehehe... segan tentu la segan tapi dah excited punya pasal... hahaha...
Terus saya bertegur dengan encik baju biru/putih ni. Saya pun bertanyalah itu ini curious nak tahu tentang wau dan pertandingan wau yang inilah kali pertama dapat saya hadiri. Dah kali ke 33 dah pertandingan ni, baru ni lah saya dapat peluang... hehehe...
Anyway, pertanyaan-pertanyaan curious saya telah mendapat responses baik dari encik ni. Terus dia bercerita pada saya serba sedikit pengenalan tentang wau. Saya tak la ingat semua tapi antara lain encik ni bagitau anatomi wau ada 5 iaitu kepala, busar [yang bunyi dengung tu bila di udara], sayap, pinggang dan ekor.
Tambah encik ni lagi, kat Malaysia ni ada 3 jenis wau tradisional: bulan, jala budi dan kucing. Haaa.... ni saya tahu sebab baru je tadi pergi Muzium Wau sebelum ke pesta ni.. hehehe...
Dari apa yang saya baca, pecahan dari tiga jenis wau tradisional tersebut terdapat beberapa lagi jenis wau tradisional mengikut negeri seperti; Wau Merak, Wau Puyuh, Wau Kikik, Wau Cenderawasih, Wau Seri Bulan, Wau Helang, Wau Kotak, Wau Kapal, Wau Dodo Helang, Wau Seri Negeri dan Wau Kangkang.
Lepas tu saya bersembang pulak dengan pak cik ni. Sambil duduk kami berbual dan pak cik ni banyak bercerita. Now ni barulah saya terfikir bukan ke bagus kalau saya record perbualan kami tu. Hari tu saya berbual dengan beberapa orang peserta pertandingan wau ni so mana la nak ingat apa yang telah kami bualkan. So the next best thing to do for me to recall is to do some readings on wau and on the pertandingan itself. Bila baca certain info barulah akan trigger dan teringat balik apa yang dibualkan.. hehehe.... I know, I know macam leceh benor bunyinya. Macam banyak kerja. Tapi pada saya ok je sebab dah minat.. hehehe.. Lagi pun kan ni event 'Grand Finale', so kena la saya catatkan di sini sebanyak info yang saya dapat semampunya :).
Huih.. panjang pulak celotehnya kan.. hahaha.. Bukan apa, agar aku tidak lupa... hehehe...
Ok, sambung balik. Kata pak cik ni nak buat wau ni bukan senang. Rumit dan ambik masa lama serta perlukan kosentrasi dan ketekunan. Kena meraut buluh dengan ukuran ketebalan berlainan pada length of the rangka dan mengikut anatomi wau [contohnya rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya], buat/pasang rangka, kasi rangka wau tu seimbang, tampal kertas bercorak dan buat hiasan pada wau tu. Pak cik ni kata ini semua boleh ambik masa sampai 2 minggu untuk siap.
Lepas tu saya tanya pada pak cik ni tentang part favourite saya iaitu corak pada wau tu. Pak cik ni kata [ni saya kena refer other sources also sebab tak berapa ingat tapi inilah yg pak cik ni cerita pada saya], rangka kemudian ditampal dengan 3 lapis kertas. First one dengan kertas berkilat. Lepas tu dengan kertas warna berbeza yang ada corak awan larat, pucuk rebung contohnya, yang dah ditebuk-tebuk dan last sekali dengan kertas yang coraknya berlainan.
Pak cik tu tambah yang seekor wau tak lengkap kalau tak de hiasan. Hiasan? Haaa.. nampak tak rambu-rambu kuning tu? Haaa.. tu la hiasannya yang dipasang pada kepala dan kepak wau.
Lepas tu saya berteguran pulak encik ni. Saya suka betul wau jala budi [waaa... now I can identify jenis-jenis wau lah.. hehehehe] beliau. Cantik sungguh corak rekaannya. Pada encik ni saya bertanya tentang perkara lain pulak. Tak nak la tanya benda-benda yang dah saya tanya pada peserta-peserta lain sebelumnya, ye tak. Pada encik ni saya tanya serba sedikit pasal pertandingan wau.
Beliau kata pada asasnya ada 2 jenis pertandingan. Pertama wau yang diterbangkan. Kedua ialah wau yang dinilai kecantikannya. Untuk wau terbang mestilah diadili kehandalan peserta menerbangkan wau tu. Also diukur berapa tinggi wau tu boleh diterbangkan. Bunyi pun dinilai juga. Untuk wau cantik pula, penilaian dibuat tentulah pada kecantikkan dan keunikkan rekaan corak dan daya kreatif peserta.
Tali wau pula kata encik ni boleh pakai benang, nylon atau tali tangsi. Encik ni pakai tali pancing ikan ni, Perlon Fishing Line.
Saya juga ternampak pada wau encik ni sesuatu yang metalic dililit pada hujung atau muncung wau dia. Encik ni kata, logam lembut tu digunakan sebagai pemberat untuk mengseimbangkan wau.
Encik ni dengan bantuan rakan dia menunjukkan pada saya cara mengimbang wau. Needless to say, saya rasa seronok sangat bila mendapat penerangan sebegini. Sungguh tak sangka. Alhamdulillah.
Dari cara encik ni beri penerangan, I am very sure that he is very very passionate about making and flying wau. In fact, dia kata dia dah mula ajar anak dia buat wau :).
Lepas tu saya join group encik topi biru ni pulak :). He seemed very popular. Agaknya beliau adalah peserta pertandingan tiap tahun kot sebab saya nampak dia kenal ramai peserta-peserta lain dan keluarga mereka. Riuh kat bawah khemah encik ni :).
Saya bertanya apakah yang sedang encik topi biru ni dan encik baju merah tengah buat. Encik topi biru kata mereka sedang buat repair pada wau jala budi mereka. Tambah encik topi biru lagi kerja menyiapkan wau tidak benar-benar siap sehinggalah wau tersebut berada di udara melayang seperti it was intended to do. Jadi masa testing jika ada sesuatu yang tak kena, wau tersebut perlu diperbaiki. Oleh itu penting mempastikan peralatan membaik pulih ada dibawa bersama ke lokasi.
Beliau juga menambah oleh itu adalah penting someone yang mahir membuat wau dan kerja repair ada on site semasa mana-mana pertandingan. Pakar tersebut juga perlu ada pengetahuan tentang aerodinamik seekor wau.
Encik yang berbaju biru berkerusi roda itu sedang melakukan salah satu proses dalam membuat wau yang dinamakan meraut buluh. Meraut perlu dilakukan untuk membuang parts yang tidak perlu seperti kulit buluh dan ruas buluh. Dan yang sangat penting juga ialah melakukan meraut dengan betul untuk memastikan wau akan seimbang pada bukan sahaja dari sudut berat wau terutama di bahagian kepak wau tetapi juga memberi keseimbangan pada bentuk wau itu sendiri.
Saya tidak bertanya apa-apa pada encik berkerusi roda tu sebab dia kelihatan begitu tekun meraut. Jadi saya tanya encik baju hijau ni :). Saya tanyakan tentang proses meraut yang sedang dibuat oleh encik berkerusi roda. Beliau pun menunjukkan pada saya pisau raut yang digunakan dan cara yang betul dan selamat pisau itu dipegang semasa meraut.
Encik ni kata nak meraut buluh, pisau ni kena betul-betul tajam supaya mudah meraut. Kalau tumpul nanti kerja akan susah dan buluh yang diraut akan tidak menepati spesifikasi dan ketebalan yang hendak dicapai. Membazir buluh pulak nanti kan. Saya ingat sangat bila encik baju hijau ni cerita untuk rangka buluh bahagian sayap, penting memastikan yang semakin ke hujung sayap buluh mesti diraut semakin halus atau menirus, sampai halus macam lidi kelapa. Kalau saya lah nak meraut buluh sampai sehalus lidi penyapu lidi kelapa, hiusshh... asyik patah je lah.. hehehe.... Tapi saya tengok encik berkerusi roda tu meraut dengan begitu mahir sekali. Tentunya dia dah punya bertahun pengalaman.
Bila buluh-buluh sudah siap diraut, lepas tu semua buluh-buluh tu mesti digosok dengan kertas pasir pulak. Oihh... banyak kerjanya! Definitely kena ada skill dan pengalaman nak buat setiap proses ni. Kalau tak, menjunam je lah wau tu setiap kali wau tu cuba dilancarkan.
Ayah adik ni suruh adik ni tegakkan wau jala budi untuk saya ambik gambar! Wah! Bestnya. Terima kasih ya encik topi biru! :).
Saya juga pinjam sekejap wau yang cantik sangat coraknya ni untuk diambil gambar :).
Selepas tu saya ke khemah sebelah pulak dan jumpa sekumpulan adik-adik student perempuan ni. Saya sempat berbual dengan cikgu mereka, seorang guru lelaki [tapi terlupa nak ambik gambar dia pulak] dan saya bagitahu yang saya suka layang-layang mereka ni sebab unik-unik belaka. And very creative too! Cikgu tu kata layang-layang ni semua murid-murid dia yang buat. Cool!
Pandai betul mereka buat wau-wau ni. Cantik-cantik pulak tu reka bentuk corak dan patterns yang digunakan. Dan yang paling saya suka ialah both elements seemed to be in harmony and yet made the designs popped! Hehehe.. saya ni bukannya reti nak comment pasal reka corak wau. Cuma based on what I see and I really like what I saw.. hehehe...
Beautiful! Well done adik-adik!
Pak cik ni adalah pengadil dari Majlis Pelayang Malaysia.
Jauh saya dah mula nampak beberapa students sedang testing wau-wau mereka. Students tu adalah dari team yang bertanding dalam kategori 'Pertandingan Wau Bulan Sekolah'.
Dari khemah-khemah tadi saya berjalan pula ke bahagian bengkel untuk tengok pertandingan membuat wau yang dipanggil kalau tak silap saya 'Pemarkahan di Bumi' i.e untuk kategori wau cantik di mana penilaian adalah pada kecantikan dan keunikan wau-wau dan tidak dinilai semasa di udara / dilayangkan therefore 'di Bumi'. Dan ini adalah tanda bengkel untuk tiga kategori.
Students sedang membuat wau bulan di bengkel sekolah [wau bulan].
Cantik!
Hmm.... memanglah comel tengok adik-adik ni meraut buluh siap bertanjak dan bersampin tapi saya jadi risau pulak sebab seperti yang saya diberitahu oleh encik baju hijau tadi, pisau raut ni sangat tajam! Saya tanya encik topi putih ni dan dia kata jangan risau sebab adik-adik ni dah pandai meraut. Oh ok... still saya risau.. hehe...
Comel kan mereka ni.. hehehe...
Kalau saya lama di situ tentu saya dapat ambik gambar mereka buat wau dan layangkan wau... :).
Huishhh... ngeri saya tengok.. hehehe...
Haaa.. mereka ni saya tak risau sangat tengok mereka meraut.. hehehe...
Peserta diwajibkan menghasilkan rekaan corak wau berdasarkan tema yang diberi.
Pemarkahan juga akan dibuat jika peserta memakai pakaian tradisional semasa bertanding. Nice!
Yang juga menarik bila saya buat sedikit research ialah tentang petua dan pantang larang pemilihan buluh untuk dibuat wau. Saya share di sini ya:
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam
semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu.
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.
Sumber: http://myrepositori.pnm.gov.my/
Huuu.. yang no.9 tuuu.... ada kot kejadian sesuatu yang mengikut penebang buluh balik rumah... :o
Juga saya nak share cara-cara penyimpanan buluh:
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia.
Antara petua-petua yang diguna pakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah:
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.
Sumber: http://myrepositori.pnm.gov.my/
Huisshhh... rumitnyaaa.....!
Mengukur, melukis dan menyobek corak
Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat:
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.
Sumber: http://myrepositori.pnm.gov.my/
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.
Sumber: http://myrepositori.pnm.gov.my/
Hanya wau-wau baru je yang boleh dipertandingakn. Wau-wau yang lama tidak dibenarkan. So tak boleh recycle tahun lepas punya wau. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan wau-wau lama. Wau pasang siap juga tidak dibenarkan. Wah... ada juga rupanya wau pasang siap! May be referring to, contohnya, buluh-buluh yang dah siap diraut kot.
Untuk pertandingan wau cantik seperti wau bulan, corak berdasarkan tema yang diberi boleh dibuat secara benar [real] atau ringkas [stylised]. Corak yang dah diukir atau ditebuk mestilah atas satu kertas utama yang sama. Tak boleh tampal asing-asing atau bercerai-cerai. Pemilihan warna adalah bebas tapi jangan over i.e mesti dalam keadah yang terkawal.
Wau juga perlu dihias sebab ada markah untuk hiasan pelengkap wau. Contohnya dipasang rambu dan busar.
Antara peralatan penting yang digunakan untuk membuat wau yang berkualiti untuk dipertandingkan. Very sharp tools. Must keep out of children's reach at all time!
Untuk peserta mendapatkan 'Markah Bonus', semasa judging peserta boleh buat presentation atau sesi penerangan secara lisan tentang kajian dan ilham motif pilihan yang dihasilkan. Elok juga disertakan kertas kerja sekali. Tu dia... bukan calang-calang orang boleh masuk pertandingan ni!
Sempat juga saya tangkap gambar arahan penganjur bagi pertandingan wau cantik ni dari peserta di bawah. Pada pertandingan ini motif wau bulan mestilah bertemakan batang rayap pokok labu manis.
Kata peserta ni kalau nak pakai motif tumbuhan lain nak kasi corak lebih mantap juga boleh. Tapi jangan motif tumbuhan lain tu sampai over take motif pokok labu manis tu.
Arahan tu saya dapat dari peserta ni. Terima kasih encik sampin batik :).
Saya rasa encik ni akan dapat markah bonus sebab sarung dia cantik :).
Ni rakan encik sampin batik yang juga bersarung kain batik tengah meraut buluh.
Selesai round-round di bengkel saya ke pantai pulak dan ternampak pak cik baju merah ni tengah melayang wau dia.
Bila pak cik ni dan mendaratkan wau dia, saya terus bertegur sapa. Pak cik ni very very nice. Terus je dia posing bila saya requested for a couple of shots :).
Since pak cik ni tadi tengah melayang wau dia, saya pun bertanyalah tentang cara-cara wau dimainkan. Saya dah tak berapa ingat dah steps yang pak cik ni terangkan pada saya jadi saya cari di internet which was lebih kuranglah seperti yang pak cik ni ceritakan.
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
Sumber: http://myrepositori.pnm.gov.my/
Masa buat sedikit research tu saya juga terjumpa items untuk pemarkahan dalam pertandingan wau seperti berikut:
a) Membuat Wau (100%)
- Pakaian Tradisi - 10 markah
- Kreativiti - 30 markah
- Bentuk - 30 markah
- Corak/Hiasan - 30 markah
b) Menaikkan Wau (100%)
- Dengung - 10 markah
- Markah Dibumi - 20 markah
- Ketahanan Diudara - 20 markah
- Ketinggian - 50 markah
Pak cik baju merah dan anak-anak buah dia sedang berkumpul untuk tunjuk ajar dari pak cik baju merah.
Pak cik baju merah sedang menunjukkan cara testing keseimbangan seekor wau.
Lepas tu saya ke meja hakim pulak. Seriusnya muka mereka.. hehehe... tengah sibuk kot...
Terus saya tertarik ada device yang ada di meja hakim ni. Saya pun bertanyalah pada salah seorang pengadil yang ada di situ dan dia kata itu adalah Pancang meter.
Pengadil tu pun menerangkan pada saya yang pancang meter digunakan oleh pengadil untuk mengukur ketinggian wau yang dilayangkan dengan mengikat pangkal tali wau pada pancang meter tersebut. Jadi untuk 'markah ketinggian' angka yang dicatatkan adalah berdasarkan pada bacaan pancang meter.
Cara permainan (Pancang Bermeter)
1) Benang wau hendak lah diukur terlebih dahulu sebelum diterbangkan dengan ukuran 100 meter.
2) Benang hendaklah berwarna jernih.
3) Sebelum diterbangkan benang wau mestilah ikat di pancang dahulu dengan ukuran 100 meter.
4) Pelayang hendaklah menerbangkan wau dan menghabiskan benang yang telah yang diukur.
5) Benang yang di ikat akan dibuka dan diikat semula berhampiran jangka sudut untuk merekodkan ketegakan wau tersebut.
6) Pengadil akan merekodkan ketegakan wau tersebut setelah masa yang diberikan tamat.
7) Ketua pengadil akan mengutip semua kertas rekod setiap penerbangan untuk menilai setiap keputusan untuk menambil keputusan tiga tertinggi.
Okeh, selesai dah saya bertanya itu ini mengumpul maklumat. Banyak yang saya dapat tahu dan peserta-peserta dan pengadil yang saya tanya semua telah memberikan saya such an interesting insight into the world of Pertandingan Wau.
Saya pun rayau-rayau la di pantai ambik gambar orang tengah main wau :).
Sempat saya minta izin untuk ambik gambar pak cik dan pemuda ni. Kami berbual sikit dan saya noticed nampaknya macam wau mereka ada masalah.
Saya pun bertanya apakah masalah wau mereka. Pak cik tu pun menunjukkan wau dia dah koyak di bahagian hujung sayap! Spontan je saya kata kat pak cik tu, 'Ya Allah, sayangnya! Dah koyak wau pak cik ni!'. Then pak cik tu sengih je dan kata tak perlu risau sebab masih boleh di repair. Dia tambah kata kalau patah rangka, haaa..... itu masalah besar.
Saya round lagi sikit and took more photos.
Masa tu dah dekat pukul 11:15 pagi. Saya rasa elok lah kalau kami bertolak balik ke KL masa tu. Jauh perjalanan nak balik dan with the stops for prayers and rests, tentu sampai KL masa dah malam.
Sempat saya ambik beberapa gambar penjaja-penjaja ni :).
Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dan gembira dengan pengalaman saya di Pesta Wau ni. Sungguh pun tak dapat melihat layang-layang yang beraneka bentuk dan warna di hari ke 4 event ni, saya tetap bersyukur kerana pengalaman yang saya dapat cukup menarik, maklumat yang interesting dan also I get to meet so many nice people :).
Syukur Alhamdulillah.
Bersambung......
Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
best nye....
ReplyDeletedapat tengok pesta Wau...
kecik2 kan.... dulu.... rasanya masa tu duduk teluk kemang, batu 10, PD.
bila abah balik dari hutan.. abah akan buat wau....
2 minggu abah balik tu.. dapat satu wau...
abah buat dengan kertas kaler2... cantek.... memori tu cuma dapat di simpan dalam kotak memori saya ja..
tapi sekarang dah takde lah wau nya...
owh... abah ajar kiteorang buat layang2.... (sweet sgt masa tu..) ..
abah raut kan buluh.... atau kiteorang guna penyapu lidi ja buat tulang dia... tapi kulit dia pakai surat khabar je.... hehehe.. ade ekor panjaaanngggg.... !!!
(lepas tu kena marah dgn mak saya sebab lidi dia berterabur kiteorang kecah kan... hahaha)...
En.Syed: En Syed ni sumber inspirasi saya tau.... sumber semangat nak menulis blog semula... terima kasih...
owh... kakak Dr Singa saya juga.... tq too kakak jugak... :)
Syukur akhirnya saya dapat juga gi tengok pesta wau tu. Lama dah teringinnya pun :). Ingat lain kali nak pegi masa hari ada event wau antarabangsa tu...
DeleteKenangan yang sangat indah.. terima kasih share ya CPL. Mula la saya teringat all the nice things my abah did for me.... :).
Hehehe... layang2 pakai lidi dengan suratkabar siap ekor panjang tu pun saya pernah buat! Terpaksa guna newspaper sebab tak de duit nak beli kertas kaler2.. hehehe... Masa tu saya tak de gam so pakai nasi je.. hahahaha... Seronok betul bila dah siap! Hehehehe...
Sama2 CPL. Dulu CPL dan Doc banyak beri sokongan pada saya, so mestilah saya do the same for you too :).
Bukan saya saje, ramai kawan2 bloggers CPL juga beri sokongan :).
mesti lupa nak tanya nama atau dah tanya tapi lupa nama nama encik encik tu semua..
ReplyDelete:)
esok sambung baca dan komen..
nak balik..
:)
Hahahahaha... betul dan betul.. hhehehe :D [***embarrass**]
Deletetahun ni festival layang2 antarabangsa kelantan bermula 31 mei. tuan jemputlah hadir sekali lagi untuk memeriahkan lagi festival..
ReplyDelete