Wednesday, August 5, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - NORDIN BATIK AND CRAFT SDN BHD

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 05 - Part 03 - Nordin Batik and Craft Sdn Bhd.

Seterusnya kami dibawa Khairil ke Nordin Batik, sebuah gedung batik yang it seemed very popular di Kota Bharu ni. Saya tanya Khairil, ada tak peluang saya nak tengok orang melukis batik. Kata dia ada sebab ada bengkel lukis batik di sebelah emporium batik tu. Saya lebih minat nak ke bengkel tu actually.. hehehe...



Inilah gedung Nordin Batik. It is a huge complex.



Info tentang Nordin Batik.



Ada batik digital, batik lukis, batik blok, batik sarung, songket dan pakaian siap. Barangan kraftangan dan souvenirs juga ada. Dan ada juga bengkel batik! Yay! :).



Saya tak terus masuk ke kedai tapi ke bengkel dulu :).



Since kami sampai awal pagi masih tak ramai pekerja yang ada. Luas sungguh bengkel ni dengan hamparan-hamparan kain yang bakal dilukis dengan corak batik. 



Masa tu ada beberapa staff yang sedang melukis. Jom kita tengok dengan lebih dekat lagi :).



Nampak macam senang je. Kalau saya lukis, agaknya habis rosak.. hehehe... 



Peralatan yang digunakan untuk melukis - gayung, berus dan pewarna. 



Memang saya jadi terpegun kejap tengok kemahiran cik ni melukis. Lagi pun lama dah saya nak teringin nak tengok demo melukis batik ni :).




I noticed mesti ada a certain 'elegance' kalau nak melukis batik ni. 



Soooo beautiful! 





Other designs. Equally beautiful!



Ada juga cik ni masa tu. Sambil dia melukis, cik ni juga banyak bercerita tentang kerja dia. 



Then saya pun merayau-rayau ke bahagian lain bengkel batik ni. 



Ni bahagian pembancuhan warna. 



Ada macam-macam warna. Tapi saya tak tau apa warna 'palo itik' dan 'biru k.n.r' dan 'sulor gado'. 




Ok lah, since dah sampai sini, jom masuk gedung batik ni. 



Wah... memang hebat. Semua cantik tersusun dan very well organized. Products are very well displayed. Memang la siapa yang suka batik dan songket mesti suka gedung ni. Walau pun saya tak membeli apa-apa, staff yang melayan saya sangat peramah. Dia juga sangat knowledgable about batik and songket. 



Ada juga a couple of very comfortable lounge areas. Ni mesti untuk para suami duduk berehat sambil menunggu isteri membeli belah. How thoughtful! Hehehe..




Such beautiful batik designs. Very classy. 



Juga ada banyak barangan kraftangan. 





Bengkel batik masa zaman tahun 80an. 



Saya bertanya pada staff yang mengiringi saya tentang cop batik ni adakah untuk dijual. Dia kata oh tidak, semua tu for display sahaja sebab dah kira barangan antik. Kata dia mahal cop-cop tu. Dan ada ramai peminat seni dan pengumpul barangan antik bertanya soalan yang sama kerana ada yang sangat berminat nak beli. I totally understand why! 


Ok, selesai di Nordin Batik ni, kami teruskan program jalan-jalan kami ke tempat lain dalam itinerary. 


Bersambung......


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. rasanya 'palo itik' tu warna hijau..
    cuba gugel itik mallard
    :)
    kawan kelantan saya pun suka kata warna ijau pala itik gitu..

    paham tak biula kakak tu kecek kelate?
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... itik mallard namanya. Cantik hijau tu kan :).
      Ehh... bila dia tau saya dari KL, dia cakap guna bahasa M'sia standard.. hehehe...

      Delete