Wednesday, August 12, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - BAHULU PASIR HOR

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 05 - Part 05 - Bahulu Pasir Hor.

Lepas di Kampung Laut tengok orang buat serunding dan dodol, kami ke Jalan Pasir Hor pula untuk melawat kedai buat bahulu.



Tak tau pulak nama kedai ni sebab tak nampak any signboard. Cuma ada small sign 'Bahulu Pasir Hor'. Anyway, jom have a closer look. 



Ada bahulu dan kuih akok. Mereka ada juga kedai di Kampung Tini. 



Bukan sahaja bahulu tapi ada juga bermacam kuih muih lain yang dijual di sini. 




Hmmm.... sedap betul bau bahulu sedang dibakar dalam oven. Bahulu panas tu! Yum! :)



Acuan disapu minyak dulu supaya tak melekat.



Adunan kemudian dicurah ke dalam acuan. 



Begitu mahir, cermat dan cepat betul akak ni!





Bahulu yang baru keluar dari ketuhar! Gemok dan gebu! :)



Ketuharnya betul-betul belakang akak ni. Masa dia buka oven tu terasa bahangnya. And I am behind the table. Akak tu sebelah oven! Dah biasa kot.



Yang dah masak dibawak keluar. Acuan yang baru dituang adunan dimasukkan. 





Bahulu panas yang baru je dikeluarkan dari oven. Baunyaaaaaa!!!



Lepas tu akak ni dengan pantas mencungkil keluar bahulu-bahulu dari acuan dan di 'flick' ke dulang. 




It was quite exciting for me tengok for the first time orang bakar bahulu secara mass production macam ni.. hehehe..



Kuih akok yang dah hampir nak habis dijual. 



Kemudian saya ke meja pekerja ni pula. 



One of my favourite shot.. hehe..




Prosesnya samalah dengan akak tadi. 






Di meja sebelah ada cik ni tengah membancuh adunan. 



Saya rasa ni kerja yang agak payah juga sebab nak kacau adunan bukannya senang since adunan tu agak pekat juga. 



Ni mesin bancuh adunan tapi bukan adunan bahulu. 



Next saya ke meja packaging. 



Adik dok sengih je saya ambik gambar dia.. hehehe... 




Selesai tengok dan ambik gambar di kedai bahulu Pasir Hor, kami ke gerai sebelah sekejap untuk rehat dan minum. 



Saya pun cubalah bahulu yang dibeli. Uwwahh.... manisnyaaaa.. jadi seketul je la saya makan.. hehehe.... 



Next kami pergi ke Galeri Wau Pak Sapie.. tapi..... :(


Bersambung......


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. manis eh?
    biasa bahulu memang manis kan?
    saya tak suka yang lembut
    saya suka yang ' naik gua' dia..
    yang keras sikit permukaan dia .. rapuh gitu..
    manis lah tapi
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya manis sangat. But then saya ni since dah kurangkan makan gula, yg tak manis [according to my wife] pun saya kata manis. So bila makan bahulu ni yg memangnya manis, maka berkenyit la mata saya menahan rasa kemanisannya.

      Hehehe.. I know right! Yg dah macam bercengkerang sebab luarnya crispy tu.. hahaha... I used to like.. now cannot already.. hehehe...

      Delete
    2. ade nombor telefon akak tu x?
      kalau ade boleh x wasap kt 0133206135...

      btw kalau ade nk tempah tshirt boleh wasap saya..

      Delete
    3. Maaf Wan, saya tak de nombor akak tu.

      Delete