Wednesday, January 2, 2019

EGYPT - DAY 08 - PART 05 - MASJID AL HUSSEIN & KHAN AL-KHALILI

Ok, dalam bahagian ke 5 ini adalah bahagian yang terakhir untuk hari ke 8 dalam cerita percutian kami ke Mesir. Saya sambung ceritanya.

Setelah selesai dengan lawatan ke Masjid al-Azhar, next dalam program kami akan ke Al Masjid Hussein dan ke bazar Khan el-Khalili. 

Dari Masjid al-Azhar, kami berjalan sahaja ke Masjid al-Hussein. Tak jauh, cuma about 10 minit jalan kaki. 

Perjalanan kami melalui laluan pejalan kaki bawah tanah. 
Setelah selesai kerja-kerja pemulihan Masjid al-Azhar dan Masjid al-Hussein selama 2 tahun, sebuah terowong bawah tanah dibina di bawah al-Azhar Street bagi menjadikan kawasan antara kedua-dua masjid itu lebih pedestrian friendly dengan memberi easy access ke jalan al-Mu'izz dan kawasan bazar Khan al-Khalili.

Lokasi Masjid al-Azhar dan Masjid al-Hussein.

Dan kami pun tiba di jalan Al Mashhad Al Husseini. Dari sini boleh nampak menara Masjid al-Hussein. 


Bangunan ini adalah sebahagian dari kawasan bazar Khan al-Khalili. Banyak restoran dan cafe di sini.



Penjual karpet. Actually the carpets look very nice with beautiful patterns and designs. Kalau nak beli definitely kena haggle la.

Masjid Al Hussein yang dibina pada 1154 terletak di kawasan bazar paling sibuk di Cairo yang bernama Khan Al Khalili. Ia dinamakan Masjid Al Hussein sempena makam milik cucu Rasullullah SAW, Imam Hussein bin Ali bin Abu Talib yang berada di dalamnya. Makam Saidina Hussein ini sebenarnya hanya menguburkan kepala beliau sementara jasad Saidina Hussein dikebumikan di Karbala, Iraq.


Di depan masjid ini ada bumbung payung besar seperti yang ada di Masjid Nabawi, Madinah.

Pihak berkuasa di Mesir setiap tahun mengambil langkah-langkah meningkatkan tahap keselamatan semasa perayaan budaya "Mawlid Al-Hussein" untuk menghindari sebarang pertempuran antara Salafi, Syiah dan Sufi. Perayaan "Mawlid Al-Hussein" ini adalah bertujuan untuk memperingati kelahiran cucu nabi Muhammad SAW.

Kebanyakkan bahagian masjid ini adalah dibina pada tahun 1870 kecuali stucco panel abad ke 14 pada menara masjid.

Pintu masuk ke masjid.

Pemandangan di ruang solat utama Masjid Al Hussein. 








Di hujung ruang solat ini adalah pintu masuk ke bilik makam Imam Hussein.

Mihrab dan minbar.

Masjid Al Hussein ini juga terkenal kerana di dalamnya ada tersimpan manuskrip lengkap tertua Al Quran.

Dari Masjid Al-Hussein Al Quran ini sekarang sudah dipindahkan ke Centre Library for Islamic Manuscripts, Masjid al-Sayyida Zaynab, Cairo, Egypt.


Seterusnya kami ikut Ustaz Faiz masuk ke bilik makam Imam Hussein.

Ini makam Imam Hussein dari bahagian lelaki.

Ketika Saidina Husein bin Ali, cucu Rasullullah dan keluarganya berniat berangkat ke Kufah, beberapa orang sahabat mencegahnya, termasuk Abdullah Bin Abbas. Kufah adalah tempat para penyokong Ali bin Abi Talib, dan penduduknya meminta Husein datang dan tinggal di sana. 

Ibnu Abbas dengan pandangan hatinya yang tajam berkata kepada Husein, "Janganlah engkau lakukan itu! Sesungguhnya aku mempunyai firasat yang engkau akan dibunuh di tengah-tengah isteri dan anak-anak perempuanmu, sebagaimana Uman (bin Affan) dibunuh!"

Namun mungkin telah menjadi jalannya takdir Allah, Husein tetap berangkat ke sana. Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Jabir bin Abdullah dan beberapa sahabat lainnya mengiringi pemergiannya dengan deraian air mata. 

Ketika mereka telah sampai di wilayah Iraq, tetapi belum sempat sampai ke Kufah, tepatnya di Padang Karbala, mereka ditahan oleh pasukan yang dikirim oleh Ubaidillah bin Ziyad atas perintah Khalifah Yazid bin Muawiyah. 4,000 anggota pasukan itu menyerang dan membunuh rombongan Husein bin Ali yang hanya berjumlah kira-kira 80 orang, yang sebahagiannya terdiri dari wanita dan kanak-kanak. Peristiwa itu yang berlaku tepat seperti yang 'dilihat' oleh Abdullah Bin Abbas berlaku pada Hari Asyura, tanggal 10 Muharram.

Sewaktu jenazah-jenazah dikumpul untuk dikebumikan, sudah tak dapat lagi dikenali yang mana satu jasad milik Imam Hussein. Maka jasad Imam Hussein dimakamkan di Padang Karbala bersama para pengikut beliau. Kepala Imam Hussein dibawa ke Mesir oleh adik beliau yang bernama Zainab.

Kematian Hussein di Karbala, Iraq, menimbulkan keretakan antara cabang Sunni dan Syiah Islam. 

Dikatakan bahawa Masjid Umayyad di Damsyik juga mendakwa kepala Hussein dikebumikan di sana.


Ada laluan lain untuk wanita ke makam Imam Hussein.

Laluan ke makam Imam Hussein for ladies.

Makam Imam Hussein dari bahagian wanita.


Selesai lawatan ke Masjid Al Hussein dan makam Imam Hussein, kami pun berkumpul semula di depan masjid ini. 

Masjid al-Azhar dilihat dari Masjid al-Hussein. 

Last sekali program pada hari ke 8 ini ialah shopping. Most of our group members were super excited. Maklum la dah 7 hari menahan diri dari bershopping besar-besaran. Ustaz Faiz pun memberi penerangan apa yang ada dijual dan di mana barangan itu dalam pasar Khan al-Khalili ni. Bagus la begitu supaya masa yang diberi untuk shopping dapat digunakan sebaiknya tanpa wondering aimlessly mencari and while doing so wasting precious time. 

Pada kami berdua yang memang tak de plan nak shopping still excited jugak untuk jalan-jalan dalam bazar ni sebab paling best kalau ambil gambar di pasar memandangkan setakat ini kami banyak ambil gambar di tempat-tempat bersejarah, masjid-masjid dan ambil gambar dari dalam bas. 

Honestly, for me personally, ke bazar inilah antara lawatan yang saya look forward to because of the photographic opportunities. Although Ustaz said generally mereka di bazar ni tak kisah diambil gambar, still we had to be careful where we point our cameras.







Ada beratus-ratus kedai di Pasar Khan Al Khalili dan kesemuanya menjual barangan yang hampir-hampir sama. Untuk membantu kami, Ustaz Faiz menunjukkan sebuah kedai yang banyak menjual barangan cenderamata yang sering dicari oleh pelancong-pelancong dari Malaysia dan Indonesia.




Naik ke tingkat satu di bangunan ini untuk ke kedai cenderamata yang Ustaz Faiz beritahu tadi.




Kedai ini bernama Galal (disebut: Jalal) dan terletak agak tersorok sedikit kedudukannya. Tapi seperti kata Ustaz Faiz, barangan yang dijual sesuai dengan citarasa kita. Harga barangan yang dijual juga terjangkau.

Kedai Galal ni agak sempit tapi sarat dengan pelbagai barangan.

Penuh dengan barangan dari lantai sampai ke siling. Let's have a closer look apa barang yang dijual di kedai ni.

Sementara group members lain yang dilengkapi dengan bakul-bakul tengah sibuk memilih, kami sibuk ambil gambar.. hehe.




Lampu Aladin pun ada. Kalau digosok keluar genie, apakah 3 permintaan anda? 😊

Saya rasa agak kurang selesa bila nampak ada banyak patung-patung yang dijual di sini.

Ada pulak kucing Kaherah ni! Comel la sangat! 😊


Selesai di kedai Galal, masih lagi ada masa so kami spent the rest of the time dengan exploring further on our own.



Ada seorang akak tu nak follow kami. Nak cari souvenir untuk anak-anak kata dia. So kami pun tolong la. 





Dan pastinya souvenirs dengan subjek piramid dan sphinx banyak dijual di bazar ni.

Pakaian belly dancers yang sexy macam ni pun ada dijual.

Salah satu kedai handicrafts yang besar di sini.

Ternampak juga penjual roti.

Potret penyanyi veteran yang popular Mesir, Umi Kalsum atau Umm Kulthum (poster kiri) juga banyak dijual di sini. Beliau adalah seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon filem Mesir yang terkenal di peringkat antarabangsa yang aktif dari tahun 1920-an hingga 1970-an. 

Umm Kulthum terkenal dengan kemampuan dan gaya vokalnya yang luar biasa, dan dianggap sebagai penyanyi paling hebat dan paling berpengaruh pada abad ke-20. Beliau menjual lebih daripada 80 juta rekod di seluruh dunia. Umm Kulthum dianggap ikon kebangsaan di Mesir dan telah digelar sebagai 'The voice of Egypt' dan 'Egypt's fourth pyramid'. Dia adalah salah seorang penyanyi yang paling dihormati di Mesir dan seluruh dunia berbahasa Arab.
Egypt National Treasures.

Hari kematian Umi Kalsum dipanggil 'The Black of Egypt'. Begitu sekali kesedihan rakyat Mesir dengan pemergian Umi Kalsom. 

Ehh.. cerita pasal Umi Kalsom pulak kan.. hehe. Actually saya suka insert bits of stories like this because somehow it gives me a glimpse of what the society is like, in this case, their reverence towards an iconic figure, how a singer can be elevated to such a stature. Masa jalan di pasar ni pun sentiasa berkumandang nyanyian Umi Kalsom dari banyak kedai-kedai. She died in 1975, till today she is still very much remembered and ingrained in the people's psyche.

Ok, kita sambung sikit lagi cerita. 

Saya sangatlah suka ambil gambar lorong macam ni 😊.

Penjual souvenirs. Nampaknya yang dijual ada patung-patung firaun dan berhala Anubis. 

Di sebelah kiri adalah Masjid al-Hussein.

Kami make a quick detour nak tengok ada apa dalam bangunan ni. Ada courtyard dengan fountain rupanya. 

Bumbungnya sudah ditutup. Mesti cantik courtyard ni masa zaman dulu dengan suasana open air.


Dan tiba masanya kami untuk berkumpul semula dengan group members lain. Masa tengah menunggu tu, ada beberapa penjual scarfs datang.

Beramai-ramai berjalan ke bas.

Suhu dah panas, lebih kurang di Malaysia. Suasana dah mula kelam walaupun baru pukul 5 petang.

Dalam perjalanan balik ke hotel tu sempat la rakam a few more shots of Kaherah. City of the Dead (kawasan perkuburan) dan di horizon tu Saladin Citadel dan Mohamad Ali Pasha Mosque.

Sunset over Cairo / City of the Dead.

Kalau di Kuwait, masjid berlampu hijau begini adalah masjid Syiah. Tidak di Mesir.

Jalan ke arah Giza Pyramids.

Sesak jalan masa ni sebab orang tengah balik kerja.





Lebih kurang pukul 6 petang kami sampai ke hotel. Dah gelap macam malam dah masa tu.





Makan malam kami disediakan oleh hotel. Sedap! Alhamdulillah.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment