Saya teruskan dengan catatan hari ke 3 Umrah 2017 kami.
Seawal 3:30 pagi kami dah berjalan ke Masjidil Haram untuk solat Subuh. Sejuk nyaman masa tu.
Waktu solat Subuh masuk pukul 4:49 pagi.
Di perkarangan Masjidil Haram.
Kami naik solat di tingkat 1 dan berjanji akan berjumpa lepas solat di King Fahad Gate di tingkat 1 ni.
Ni area solat untuk wanita. Kalau area yang dekat dengan pintu utama, memang selalunya sesak. Actually, tak perlu bersesak. Cuma perlu berjalan sikit sahaja to the left or to the right from the pintu and there are so many empty places. Mereka yang bersesak tu tak tahu kot.
Haaa.. banyak tempat kosong. Selesa nak solat.
Beginilah suasana selepas solat Subuh.
Perjalanan balik ke hotel ambil masa 11 minit sahaja. Ni sebab jalan-jalan semua dibuka.
Boleh tahan juga traffic jam di Kota Makkah ni walaupun masa tu dah pukul 6:30 pagi.
Pukul 9 pagi dah achieved target.. hehe.
Sarapan pagi roti Arab dan kari ayam yang sedap 😋.
Bergambar di depan hotel sementara menunggu bas. Kami akan ke Tanaim pada hari tu.
Suasana pagi di depan hotel kami.
Bas pun tiba.
Hari tu kami ke Tanaim, yang terletak di tanah halal lebih kurang 7.5 km dari Kota Makkah. Maka siapa yang nak buat umrah bolehlah bawa atau memakai terus pakaian ihram. Di Tanaim, kami akan ke Masjid Saidatina Aisyah. Ia juga dikenali sebagai Masjid Tanaim. Kami tidak membuat umrah hari tu kerana ingin berehat setelah melakukan umrah semalamnya sebelum melakukan umrah seterusnya pada hari lain.
Al-Hajlah Health Center, Makkah.
Perjalanan ke Tanaim.
Kawasann perumahan di pergunungan.
Di beberapa tempat ada banyak pokok-pokok hujau.
Melalui beberapa terowong menebusi gunung-gunung batu.
Kelihatan Clock Tower, di situlah lokasi Kaabah.
Tiba di Umm Al Mua'mieem Aishah Mosque.
Inilah Masjid Saidatina Aisyah.
Group foto.
Sebelum kami masuk ke Masjid Aisyah, Ustaz memberikan penerangan. Kami sangat suka penerangan begini kerana ia amat penting bagi kami untuk mengetahui tentang tempat-tempat yang kami lawati.
Masjid ini dibina sebagai menandakan peristiwa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah r.a. Saidiatina Aisyah r.a meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk menunaikan umrah selepas menunaikan haji. Lalu Rasulullah SAW menyuruh Saidatina Aisyah untuk pergi ke Tanaim ini iaitu tanah halal yang terdekat dari Kota Mekah untuk berniat ihram umrah. Jadi sebagai menandakan tempat Saidatina Aisyah berniat umrah ini maka sebuah masjid didirikan. Yours truly diberi tugasan merakam penerangan yang Ustaz berikan.
Seperti di tempat-tempat lain di mana ada ramai dikunjung orang, maka yang berjual juga ramai.
Di sini ada tanda pada tiang menunjukkan di mana tanah Haram bermula.
Masjid Saidatina Aisyah. Besar masjid ni.
Kami pun bergerak ke masjid untuk menunaikan solat. Group members yang lain memakai pakaian ihram dan membuat Solat Sunat Ihram. Kami yang tidak membuat umrah pada hari itu melakukan solat sunat Dhuha.
Suasana di depan masjid.
Pintu masuk utama ke dalam masjid bagi lelaki.
Suasana di dalam Masjid Saidatina Aisyah.
Menukar pakaian ke pakaian ihram boleh dibuat di bahagian belakang masjid ini. Dah siap, bolehlah bersolat sunat ihram.
Berikut adalah beberapa foto di dalam masjid.
Sementara menunggu group members yang lain bersiap, kami berdua pun explore kawasan masjid. Masa trip umrah yang dulu kami tak dapat berbuat demikian.
Di jejantas inilah ada tiang-tiang tanda sempadan tanah halal dan Tanah Haram.
Inilah tiang-tiang tanda sempadan.
Bila semua dah siap, kami pun pulang semula ke Makkah.
Semasa dalam perjalanan ke Makkah, Ustaz bercerita pada kami tentang satu lagi kisah yang berlaku di Tanaim.
Satu ketika satu peristiwa yang hebat berlaku di bumi Tanaim ini. Khubaib ibn Adiy (خبيب بن عدي) r.a, seorang sahabat Rasulullah SAW telah diutuskan oleh Rasulullah SAW sebagai salah seorang ahli dalam rombongan dakwah kepada Bani Adhal dan Qaran ke kawasan yang berhampiran dengan Makkah. Sesampai mereka di kawasan Tanaim ini di sekitar kawasan Usfan dan Makkah, mereka telah ditahan oleh tentera Quraisy.
Seperti yang disebut dalam kisah, Khubaib ibn Adiy r.a dianggap sebagai tawanan yang istimewa dan hebat. Beliau telah dibawa ke Makkah untuk dijual sebagai hamba. Bila diketahui oleh Bani Harits, mereka telah membeli Khubaib ibn Adiy r.a kerana mereka sangat berdendam pada beliau disebabkan beliau telah membunuh Harits bin Amir, seorang pemuka Makkah ketika perang Badar.
Ketika Khubaib ibn Adiy r.a diikat dan dirantai, kaum kafir Quraisy melihat beliau sedang memakan buah-buahan, diantaranya buah anggur yang ketika itu bukan musimnya. Sudah tentu rezeki ini datangnya dari Allah SWT oleh kerana keimanan dan ketakwaannya kepada Allah SWT.
Dan pada satu ketika, puteri Al Harits meminjamkan sebilah pisau kepada Khubaib ibn Adiy r.a. Kemudian puteri Al Harits telah terlupa yang dia ada meminjamkan pisau tersebut dan ketika itu dia telah meninggalkan anak perempuannya dekat dengan Khubaib ibn Adiy r.a. Dalam kerisauan itu, puteri Al Harits pun terus berjumpa ayahnya dan mengadukan kebimbangan yang Khubaib ibn Adiy r.a akan membunuh anaknya.
Bila melihat kerisauan di wajah puteri Al Harits, lalu Khubaib ibn Adiy r.a pun bertanya, "Adakah engkau risau aku akan membunuh anakmu ini? Tidak, sama sekali tidak. Ini bukan sifat aku dan bukan sifat orang-orang yang beriman pada Allah SWT".
Seterusnya, ketika Khubaib ibn Adiy r.a dipalang untuk dibunuh secara besar-besaran di hadapan kafir quraisy, Khubaib ibn Adiy r.a meminta satu permintaan yang tidak pernah diminta oleh sesiapa pun sebelum itu. Beliau meminta untuk mengerjakan solat 2 rakaat sebelum dia dibunuh. Inilah permintaan pertama, seorang manusia yang meminta untuk bersolat 2 rakaat sebelum dihukum bunuh. Ini merupakan satu ibrah atau pengajaran yang kita boleh ambil terutama pada tahanan-tahanan kita yang mungkin ada di dalam penjara menunggu hukuman bunuh. In general, kalau kita sudah sampai ke pengakhiran hidup kita, maka sebaik-baik pengakhiran hidup kita itu kita cubalah untuk akhiri dengan sujud kepada Allah SWT.
Khubaib ibn Adiy r.a berkata, "Demi Allah, jika aku tidak menyangka Quraisy akan menyangka aku memanjangkan solat aku kerana takutkan hukuman bunuh, nescaya akan aku panjangkan solat ku ini".
Akhirnya Khubaib ibn Adiy r.a telah dibunuh dengan cara yang sangat kejam. Anggota-anggota tubuhnya ditanggal satu persatu. Kuku-kuku beliau ditanggal satu persatu. Di saat darah beliau mengalir, kafir Quraisy bertanya kepada Khubaib ibn Adiy r.a, "Apakah kamu mahu jika tempatmu ini digantikan oleh Muhammad?'. "Demi Allah, sama sekali tidak. Aku tidak mampu untuk melihat Rasulullah SAW berada di tempatku ini, walaupun baginda tercucuk satu duri pun". Itulah gambaran cinta yang teristimewa di bumi Tanaim ini. Sebuah kisah cinta yang tiada tolok bandingnya. Semoga kita dapat mencontohi sirah dan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat yang mendokong agama Islam.
Tiba di Kota Makkah.
Tiba di Makkah, kami diturunkan di sebuah terowong di bawah Masjidil Haram. Kata Ustaz, dia purposely meminta driver bas turunkan kami di sini untuk menunjukkan tempat ini pada kami. Sebenarnya ini adalah laluan VIP yang untuk ke Masjidil Haram. Naik je escalator terus dah di dataran Masjidil Haram.
Rakan-rakan lain terus mengerjakan umrah mereka. Since masa tu baru pukul 8:30 pagi dan kami dah pun berada di Masjidil Haram, maka kami pun masuk sama dan kami ke dataran Kaabah untuk berdoa di Multazam.
Berjalan ke Masjidil Haram.
Masa kami ke nak Mataf, kami ditegur oleh seorang pemuda Indonesia dan diberikan headset yang boleh kami pasang pada handphone untuk mendengar terjemahan Khutbah Jumaat by tuning to FM90.50 frequency. Ini adalah satu projek terjemahan langsung mereka. Selain ke bahasa Indonesia, ada juga frequencies untuk English, French, Urdu dan Turki.
Sampai di dataran, kami pun terus ke Multazam dan berdoa.
Selepas itu, kami pun balik ke hotel untuk berehat sekejap, freshen up, berwudhu dan bersiap sedia untuk menunaikan Solat Jumaat. Kami sangat gembira kerana dapat sekali mengerjakan solat Jumaat di Masjidil Haram. Syukur Alhamdulillah.
Seawal pukul 10:30 pagi kami dah gerak ke masjid.
Kelihatan masih belum ramai orang lagi masa tu.
Tapi bila dah dekat masjid, wah! Ramainya manusia!
Disebabkan akan bersolat Jumaat, banyak pintu-pintu utama ke Masjidil Haram yang berdekatan dengan dataran Kaabah telah ditutup. Berpusing juga kami nak mencari pintu mana yang boleh kami masuk. Panas terik dah masa tu.
Pintu utama yang kami sering masuk dah pun dihalang oleh pagar-pagar. Tentunya dah sesak di dalam tu. Kami rasa ini wajar kerana jika kesesakan tak dikawal ia boleh menyebabkan kejadian yang tak baik berlaku.
Pagi Jumaat yang terik tapi syahdu.
Rupanya pagar-pagar sementara itu disusun to divert para jemaah ke bangunan baru, ke King Abdullah Prayer Extension Area.
Di kawasan dataran di bangunan King Abdullah extension ni memanglah tidak sesak.
Bila dah masuk, sesak juga rupanya. Tapi kesesakan itu bukan sebab tak cukup tempat tapi sebab ramai jemaah yang bertumpu di kawasan bersolat yang berhampiran pintu-pintu utama.
As I walked further in, suasana sungguh selesa. No doubt kena jalan jauh sikit ke dalam, tapi yang penting dapat tempat yang selesa untuk bersolat tanpa perlu berasak-asak.
Ada 3 tingkat ruang bersolat yang sangat luas. Very impressive King Abdullah extension ni.
Because of the diversions, hari tu kami telah berjalan selama hampir 30 minit sejauh 2.37 km dari hotel ke Masjidil Haram untuk bersolat Jumaat.
Risaukan isteri saya, saya pun mesej dia.
Ini pula suasana di tempat solat wanita. Jemaah lelaki pun ada di situ.
Membaca Surah Al-Kahfi.
Selesai solat, sementara menunggu laluan keluar reda sedikit kerana begitu ramai jemaah yang sedang berjalan keluar, saya rakam beberapa foto di King Abdullah Entension ni.
Tapi tak boleh lama sebab nanti lama pulak isteri saya menunggu.
Sambil berjalan keluar tu saya ambik lagi beberapa foto extension ni. Memang impressive sangat!
Beginiah kesesakannya jemaah selepas solat Jumaat. Nyaman extension ni sebab fully air-conditioned.
Sempat berselfie.. hehe.
Lama jugak masa berjalan keluar tu, so saya pun alert my wife.
Akhirnya keluar ke dataran dan terus ke pintu 122 di mana isteri saya sedang menunggu.
Berjalan balik ke hotel.
Pada pemerhatian kami, mereka ni kami nampak kurang jumlahnya berbanding masa kami di sini dulu.
Sampai hotel dalam masa 19 minit. Sebab semua pagar dah dialih.
Itinerary dan waktu solat ditampal di dinding ruang makan.
Selepas solat Asar kami berkumpul untuk bersama Ustaz di tempat makan untuk mendengar ceramah dan updates on the itinerary.
Bersolat Maghrib di tingkat 1.
Selepas solat Maghrib saya ke depan ke arah Mataf untuk melihat Kaabah. Dalam perjalanan tu sempat saya rakam suasana di tingkat ground floor.
Mataf dan Kaabah di malam hari.
Minum air zam zam sepuasnya. Akak-akak ni siap isi dalam botol.
Berehat sementara menunggu Isyak.
Berjalan pulang ke hotel.
Begitulah catatan hari ke 3 kami di Makkah.
Bersambung....
Saya list di bawah semua entries Umrah 2017 for easy reference:
DAY 01 - PREPARATION & DEPARTURE
DAY 02 - ARRIVAL & UMRAH PERTAMA
DAY 03 - MASJID SITI AISYAH, TANAIM
DAY 04 - JABAL ABU KUBAIS, JABAL THUR, MASJID AL RAJHI, UMM AL-QURA UNIVERSITY, ARAFAH, MASJID NIMRA, JABAL RAHMAH, AIN ZUBAIDAH, WADI MUHASSIR, MASJID MASYA'IR HARAM, MUZDALIFAH, MINA, JABAL QURBAN, KOMPLEKS JAMRAH, MASJID BAIAH AQABAH, JABAL NUR, JAARANAH & UMRAH KE 2
DAY 05 - TAIF, MASJID ANDULLAH BIN ABBAS, MASJID KU', EMPANGAN IKRIMAH, PASAR BUAH-BUAHAN, MASJID MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH KE 3
DAY 06 - LADANG UNTA, EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE & YAYASAN JAMIYYAH KHAIRIYYAH
DAY 07 - BERANGKAT KE MADINAH, MASJID JIN, TANAH PERKUBURAN MAA'LA, KAWASAN ABU LAHAB, MASJID SITI AISHAH & WADI QUDAID
DAY 08 - MASJID GHAMAMAH, MASJID QUBA', LADANG KURMA, TELAGA YASEERAH, JABAL UHUD, MASJID SAYYID AL-SHUHADA, JABAL RUMAT, PERKUBURAN SHUHADA, MASJID QIBLATAIN, KAWASAN KHANDAK, MASJID SAB'AH, MASJID FATH, MASJID KHANDAK, PASAR KURMA, ZIARAH MASJID NABAWI, TELAGA HA DAN PERKUBURAN BAQI'
DAY 09 - PART 01 - MASJID BANI MUAWWIYAH, MASJID IMAM BUKHARI, SANDSTORM AREA, HIJAZ RAILWAY MUSEUM, MADAIN SALEH
DAY 09 - PART 02 - AL-HIJR (MADAIN SALEH)
DAY 10 - MASJID BILAL BIN RABAH, MASJID JUMMAH, BUKIT TSANIYATUL WADA', MASJID QUBA, TELAGA ARIS, KUBU KAAB BIN ASYRAF, BUKIT KHURAIDAH, KUBU URWAH BIN ZUBAIR, HIJAZ RAILWAY STATION MADINAH, MASJDI AMBARIAH
DAY 11 - PART 01 - MASJID QUBA, THE REFUGE OF FAITH EXHIBITION, UNIVERSITI ISLAM MADINAH, WADI AQIQ, MASJID QIBLATAIN
DAY 11 - PART 02 - SOKAIFAT BANI SAEDAH & MUHAMMAD MESSENGER OF ALLAH EXHIBITION
DAY 12 - GOING HOME
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
'saya ' dan 'awak'
ReplyDeletecomel sungguh ..
:)
Hehehe... malu la... :)
Deleteterima kasih atas perkongsian ilmu. Saya nak save gambar untuk kenangan dan ingatan
ReplyDeleteSama-sama. Boleh, silakan...
Deleteasslmualaikum..akk minta permision utk print..utk koleksi peribadi agar dapat mengimbas kenangan ketika berada disana memandangkan hp rosak ketika itu dan banyak gambar yg hilang.membaca dan melihat gambar yg tuan syed kongsikan terasa seolah2 akk berada kat sana.terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumsalam.
DeleteSama-sama. Alhamdulillah. Boleh, silakan..