Friday, December 15, 2023

TAIWAN - TAIPEI CITY TOUR - WUFENPU CLOTHING MARKET

Assalamualaikum.
Ok, tempat lawatan seterusnya dalam itinerari kami ialah ke Wufenpu Shopping District atau Wufenpu Clothing Market. Rata-rata di situ adalah tempat shopping pakaian. 

Dari Section 5, Xinyi Rd, kami dibawa masuk ke Shifu Road. Kelihatan Grand Hyatt Taipei (left building) di persimpangan Shifu Road dan Songshou Rd ini. 

Di persimpangan Shifu Road dan Section 4, Ren'ai Rd. Sebelah kanan itu adalah bangunan Taipei City Council dan Taipei City Council Library. 

Persimpangan Shifu Road dan Sanggao Rd. Kanan sekali ialah bangunan World Trade Financial Plaza Building. Kawasan berpohon hijau besar itu pula adalah Xinyi 350 Green Space. Di Taipei kami perasan ada banyak juga city gardens seperti ini. 

Citibank building.

Bangunan tinggi itu adalah Fubon Xinyi A25 building. Ia adalah bangunan ketiga tertinggi di Taipei, dan kelima tertinggi di Taiwan. Tingginya 266.3 meter dan ia terdiri daripada 56 tingkat di atas tanah, serta 4 tingkat bawah tanah.

Masuk ke Section 1, Keelung Rd.
Foto kiri: JustCo Taipei (right) and World Trade Financial Plaza (left)
Foto kanan: From right: Yangsheng Zhongxiao Building (office building), United Dazhe Building (housing complex) dan United Daily News Building (office and apartment building).

Taipei City Hall Bus Station building.


Masuk ke Songlong Rd.

Xingya Fude Temple.  It is a Taoist temple dedicated to Fude Zhengshen. The temple was built in 1818. 

Ada poster besar kempen di atas kuil ini. It's the campaign for the 2024 Taiwan's Presidential election.

Ini terjemahannya. Lai Ching-te, juga dikenali sebagai William Lai, ialah seorang ahli politik Taiwan yang telah menjadi naib presiden Republik China sejak 2020.
Choosing the right person will get things done!

Bangunan tinggi di belakang itu adalah Ivy English Lutheran School (English language school).

Bangunan kanan itu ialah Fo Guang Shan Taipei Taoist Temple. Bangunan sebelah kiri itu ialah Songshan Station (a train station). 




Kami pun sampai di kawasan Wufenpu Shopping District. 

Kawasan membeli belah ini juga dikenali sebagai Wufenpu Clothing Market kerana di sini terdapat sangat banyak kedai-kedai menjual pakaian. 

Ini peta Wufenpu Clothing Market.

Kalau ada yang bertanya di Taipei ini di mana tempat nak beli pakaian secara retail atau memborong, pasti dijawab "Wufenpu". Philip kata Wufenpu Clothing Market ini memang cukup popular untuk membeli pakaian dan aksesori yang trendy dengan harga yang murah. 


Daerah beli-belah Wufenpu ini berasal daripada tempat perhimpunan awal penduduk kawasan tengah dan selatan Taipei yang bekerja mencari rezeki di situ. Saki baki kain yang tidak terpakai atau fabrik pakaian eksport yang tidak boleh dijual mereka jahit menjadi seluar dalam, pakaian kanak-kanak atau pakaian kerja dan dijual kepada penjual tepi jalan dan kedai runcit untuk dijual semula, yang secara beransur-ansur menjadikan nama Wufenpu popular.


Terdapat lebih dari 100 buah kedai pakaian di sini. Pakaian yang murah menarik perhatian peniaga runcit di sini untuk membeli-belah secara borong atau runcit, dan ramai anak-anak muda Taiwan juga datang membeli-belah di sini kerana pelbagai jenis stail dan reka bentuk yang bergaya.

Wufenpu Market ini bagaikan sebuah labirin besar dengan lorong-lorong besar dan kecilnya yang sesak tapi teratur dengan begitu banyak sekali kedai-kedai pakaian. Dikatakan boleh lengkap penuh almari pakaian di rumah selepas hanya beberapa jam berbelanja di sini. 


Pengalaman membeli-belah di sini boleh dikatakan seperti pengalaman membeli-belah di sebuah Shopping Outlet. Harganya rendah dan berpatutan dengan pilihan pelbagai jenis pakaian dari pakaian mengikut musim hingga ke pakaian renang. Segala macam "fesyen" boleh dicari di Wufenpu Market ini. Pet clothing pun ada 😃🐱.

Pada asalnya milik orang Asli Ketagalan, tanah di sini telah dibeli oleh lima keluarga Fujian, dan menamakan semula kawasan ini sebagai “Wufenpu” ((Wǔ fēn bù). Ketika itu kawasan ini adalah tanah ladang. Selepas Perang Dunia II pada tahun 1958 kawasan ini telah digunakan untuk menempatkan semula penduduk yang terjejas oleh taufan yang membanjiri Bandar Taipei.

Kata isteri, pakaian wanita di sini stylish sangat dan tidak sesuai dengan imej Muslimah. Saiznya petite, short, low cut and tight/figure hugging. Ada juga yang jarang kainnya dan banyak juga yang “peek-a-boo”. Of course yang decent pun ada juga.

Kata Philips, wanita muda Taiwan memang suka shopping pakaian sampaikan ada yang kata mereka akan beli pakaian baru setiap dua hari.

Kawasan ini menjadi tempat tinggal pembuat-pembuat pakaian, yang biasanya mengendalikan kedai di tingkat bawah dan tinggal di tingkat atas. Hari ini, kawasan ini masih merupakan daerah pakaian terbesar di Taipei City, kini mengkhusus dalam kedai-kedai pakaian trendy.

Sebenarnya gurauan "Taiwanese youngsters buy new clothes every two days" yang dinyatakan di atas is not far from the truth. Philips cerita masa dia belajar di universiti di Taipei dulu, pada satu hari di hujung-hujung tahun pasti ada ramai pelajar-pelajar perempuan yang sudah habis belajar akan melonggokkan pakaian mereka yang mereka tidak mahu bawa balik ke rumah/kampung. Longgokkan pakaian yang macam gunung itu kata Philip boleh saja diambil oleh sesiapa pun. 

Kedai kasut.


Seperti kebanyakan pasar di Taiwan, waktu operasi untuk kedai-kedai di sini biasanya sangat fleksibel, biasanya dibuka selepas tengah hari dan terus dibuka sehingga tiada pelanggan, selalunya sekitar jam 10 malam hingga tengah malam. Isnin ialah hari kebanyakan kedai sibuk membuat stok semula dan berurusan dengan vendor luar. Jadi disyorkan untuk melawat pada hari Selasa untuk mendapatkan peluang pertama melihat produk-produk baharu, atau melawat pada hari Ahad untuk mendapatkan diskaun bagi barangan yang tidak terjual.


Kata Philip penduduk Taipei, terutamanya yang muda, begitu mementingkan trend, especially fashion trends. Kalau nak beli pakaian dengan latest Europen fashion, tentulah mahal. Itulah sebabnya ramai yang membeli-belah di Wufenpu Market ini.

Tempat perniagaan juga adalah tempat tinggal mereka.


Selain kedai-kedai pakaian, di kawasan Wufenpu Market ini juga ada beberapa kedai-kedai jualan lain seperti Family Marts. Masa lalu di sini kami perhatikan barang-barang di mart ini diletakkan begitu saja di luar depan kedai. Tak nampak pun staff mart yang menjaganya. Kami pun bertanyalah pada Philip. Dia kata itu perkara biasa sebab di Taiwan aman, tak pernah ada kes di mana barang-barang ini dicuri. Low crime rate kata dia. 

Perangkaan jenayah menunjukkan bahawa kadar jenayah di Taiwan adalah antara yang terendah di dunia, dan secara relatifnya rendah berbanding kebanyakan negara maju. Laporan 2020 menamakan Taiwan sebagai negara kedua paling selamat di dunia, berdasarkan kadar jenayah yang rendah dan bilangan responden tinjauan yang tinggi yang menunjukkan bahawa mereka berasa selamat berjalan bersendirian pada waktu malam.



Kalau tengok harga barangan di luar ini, bukanlah barangan murah. Ada yang berharga lebih RM 70. 


Di atas jalan lorong ini ada tertera tulisan 消防通道 yang bermaksud 'Fire Exit'. Wajarlah ada laluan kecemasan begini especially untuk tempat yang padat seperti market ini.

Agaknya uncle ini adalah Taipei City cleaners, mengutip kotak-kotak untuk recycle.

Nak melintas di lorong-lorong di sini juga perlu melihat ke kiri dan kanan. Selalu ada motorsikal lalu. Masa berjalan dalam lorong kena lebih berhati-hati sebab ada banyak juga motorsikal letrik yang senyap. Tau-tau je kena horn dari belakang. 

Kebanyakkan perniagaan di sini adalah family business.

Ini contoh motorsikal letrik yang senyap itu. Beberapa kali jugalah saya terkejut bila tiba-tiba ada motorsikal letrik begini yang nak lalu di belakang... hihi 😅.

Upon closer inspection, memang pakaian di sini kualitinya bagus.


Kedai t'shirt.




Di antara kedai-kedai pakaian di sini terdapat juga restoran-restoran.


Bersiar-siar di lorong-lorong sempit di pusat beli-belah Taipei ini boleh mengambil masa berjam-jam. Terdapat begitu banyak kedai, lorong, laluan dan begitu banyak barangan yang dijual. Jika ingin berjalan di setiap lorong dan melalui setiap kedai di sini, pastinya akan mengambil masa berjam-jam.

Sebahagian besar harga adalah dipamerkan dan telus. Kebanyakan item berharga antara NT $100-$1,000 dengan beberapa antaranya berharga lebih mahal. Di sini tawar menawar bukanlah satu perkara yang luar biasa.

Ada beberapa bahagian Wufenpu Market ini berbumbung. Jadi tidak perlu risau kepanasan ketika hari panas atau kebasahan jika hujan. 

Kedai buah-buahan.

Di persimpangan Songshan Rd dan Yongji Road.

Di persimpangan ini pejalan kaki boleh melintas diagonally pada waktu-waktu seperti yang tertera di atas jalan raya ini.













Saya nampak kebanyakan kedai-kedai di sini menjual pakaian wanita. Jadi bila jumpa kedai pakaian lelaki ini, saya jadi excited dan kebetulan ada pula t’shirt yang sesuai dengan harga terjangkau, maka saya pun belilah sehelai.

Gembira dapat beli sehelai t'shirt... hihi 😄.

Masa berjalan di lorong-lorong ini, sekali sekala kami terpaksa ke tepi lorong atau masuk sekejap ke kedai-kedai berhampiran untuk mengelak lori kecil, kereta, basikal, skuter dan kenderaan lain yang lalu di lorong-lorong sempit di sini. So must stay alert lah! 



Banyak pakaian dan aksesori dipamerkan, namun, banyak kedai yang kami nampak meletakkan saja pakaian jualan mereka di atas lantai di dalam tong-tong besar atau beg-beg plastik yang digunakan oleh vendor untuk menghantar pakaian-pakaian ke kedai-kedai di sini. I think itu semua untuk dijual secara borong. 

Semua pakaian dalam tong dan beg itu adalah untuk dijual. Saya baca semuanya adalah pakaian baru dan bukannya yang sudah terpakai. Ada juga saya baca pekedai tidak membenarkan pembeli mencuba dulu pakaian yang hendak dibeli, walaupun ianya sehelai jaket yang hendak dicuba over your clothing. Tapi masa saya beli t’shirt, I did try a few on over my clothing, and there was no issue. Mungkin sebab Philip ada bersama kami masa itu. 

Kami juga perhatikan kebanyakkan kedai-kedai di sini kecil saiznya dan dikendalikan oleh seorang dua staff. Daripada menghabiskan masa untuk membentangkan semua pakaian yang ada, mereka hanya meninggalkannya di dalam beg di atas lantai. Ia menjadikan pakaian mereka lebih mudah dipamer dan dikemas/simpan waktu tutup kedai. Tentulah ini juga dapat  mengurangkan kos operasi perniagaan. 

Setiap kedai ada sangat banyak pakaian. Membeli rak pakaian adalah mahal dan memakan masa untuk diselenggara. Oleh itu, mereka letak saja pakaian dalam beg pakaian di atas lantai.




Kata Philip ini adalah kotak-kotak berisi pakaian yang di order oleh pelanggan dan sedang dalam proses penghantaran.

Seterusnya Philip bawa kami ke Songshan Station untuk relaks dan minum-minum. Sebabnya next we'll be going to Raohe Street Night Market dan market itu cuma buka pada pukul 5 petang. Masa itu baru pukul 4 petang. Bagus la juga dapat rehat sekejap kerana di night market itu nanti kami juga akan membuat walking tour. 


Suasana dalam Songshan Station.













Kami pun melepak di Louisa Coffee di Aras 3 station ini.




Our afternoon tea.

We had bagel with honey and French Toast with blueberry jam. And tea.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
  
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment