Friday, December 1, 2023

TAIWAN - TAIPEI CITY TOUR - CHIANG KAI-SHEK MEMORIAL - PART 03

Assalamualaikum.
Ok, lepas jalan-jalan di luar bangunan memorial hall ini, kami masuk semula ke dalam kerana sudah dekat waktu acara Changing of the Guards akan bermula.


Kelihatan sudah ramai pengunjung berkumpul di depan patung besar ini untuk menyaksikan. 

Tidaklah terlalu ramai sesak mengunjung ketika itu. Dapatlah kami menyelit ke depan 😄. 

Pertukaran pengawal Chiang Kai-shek adalah top ceremony di Taipei dan Taiwan. Ia adalah tarikan popular untuk pengunjung dan penduduk tempatan. Upacara pertukaran pengawal di CKS Memorial Hall ini berlangsung di hadapan patung gangsa CKS pada setiap awal jam. Dewan ini dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang, dan pertukaran pengawal berlaku dari 9 pagi hingga 5 petang setiap jam dalam jumlah sembilan kali setiap hari. Dewan ditutup pada malam Tahun Baru Cina, hari Tahun Baru Cina dan hari penyelenggaraan.

Pengawal-pengawal tentera ini ditugaskan di sini oleh Kementerian Pertahanan Taiwan sebagai pengawal tentera tetap untuk mengawasi patung gangsa besar ini dan sebagai simbol melindungi ketua negara.

Tugasan sebagai pengawal tentera di memorial ini dilakukan secara bergilir-gilir antara tentera darat, tentera laut dan tentera udara Taiwan. Tentera darat akan memakai seragam hijau, seragam hitam oleh tentera laut ketika musim panas dan putih ketika musim sejuk dan tentera udara pula memakai seragam berwarna biru. 

Kira-kira 10 minit sebelum acara pertukaran pengawal bermula, kawasan depan patung besar CKS akan dihadang dengan red retractable belt barriers. Semua pengunjung mesti berada di belakang hadangan ini untuk memberi ruang kepada para tentera melakukan acara. 

Tepat pukul 10 pagi, dari sebelah kanan (dari arah lift yang kami guna untuk naik ke tingkat 4 ini), datang berkawad 3 orang tentera berseragam penuh biru masuk ke ruang di depan patung besar CKS.


Kedengaran bunyi klik-klik synchronize setiap kali kasut-kasut berladam mereka menghentak/menyentuh lantai marmar dewan ini. 


Berkawad dengan pergerakan tangan dan langkah kaki yang serentak. Cukup kemas sekali.






Ketua tentera pengawal di depan diiring oleh 2 orang tentera di belakang di sisi kanan dan kiri. Mereka berdualah yang akan menggantikan tentera-tentera pengawal yang sudah lengkap bertugas selama 1 jam di situ. 



Berkawad bergerak ke ruang berkarpet merah di depan patung.


Berdepan dengan patung CKS dan memberi penghormatan.










Seterusnya tentera pengawal yang sedang bertugas turun dari pedestal mereka dan berkawad ke arah depan patung besar dan menyertai ketua tentera pengawal dan 2 tentera pengawal tadi.





Tentera pengawal yang sudah selesai tugas berkawad ke arah depan patung.

Dan sertai ketua tentera pengawal dan 2 orang tentera pengawal yang baru tiba.


Selepas itu kedua-dua pasangan tentera pengawal saling berhadapan, memberi hormat sesama mereka.

Seterusnya mereka bertukar tempat sebagai tanda pengambilalihan tugas. 









Selepas itu kesemua tentera pengawal mengadap ke arah pintu depan dewan ini dan melakukan persembahan kawad senjata (not sure what's it called actually 😅).





Seterusnya tentera pengawal baru berkawad ke pedestal masing-masing.




Menaiki pedestal. Maka bermulalah tugasan tentera pengawal baru ini selama lebih kurang 50 minit, sehingga ke Changing of the Guards ceremony yang seterusnya. Ini tentera pengawal sebelah kanan.

In tentera pengawal sebelah kiri (foto kiri).

Ketua pengawal dan 2 orang tentera pengawal yang sudah selesai bertugas memberi penghormatan pada CKS sebelum meninggalkan dewan ini. 


Mereka bertiga pun berkawad keluar dari dewan.











Kelihatan tentera pengawal yang bertugas sedang diperiksa dan diperkemaskan pakaian seragam mereka. 

Setelah selesai menyaksikan Changing of the Guards ceremony yang menarik tadi, kami pun turun semula ke tingkat 1 dengan lift. 

Ada pameran model-model cadangan pembangunan masa depan Chiang Kai Shek Memorial di tingkat ini.














Ada mesin water dispenser di sini. Apa yang menarik? Mesin ini biasa saja, ada air panas, suam dan sejuk. Yang menariknya ada disediakan paper cup berbentuk keping macam dalam foto. Nak guna kena kuak cawan kertas ini dan tadahlah air. Susah juga kami nak minum sebab tak biasa... hihi 😄.

Cara nak guna paper cup yang eco-friendly ini. 

Pilihlah air yang mana. Lepas minum, buang dalam tong sampah. As you can see, sikit je air yang boleh ditadah dalam cawan kertas ini. Kalau pilih hot water tak tau la macam mana. 

Tak puas minum dari mesin tadi dengan cawan kertas yang kecil dan lembik. Mujurlah isteri ada beli sebotol air mineral dari kedai souvenir ini. Harga sebotol air mineral 600 ml yang dijual adalah NTD 19 (RM 3).

Resit beli air mineral.

Macam-macam souvenir ada dijual di sini, termasuklah Taiwanese cakes/tarts.

Other souvenir items.



Berjalan keluar meninggalkan CKS Memorial Hall.







Untuk keluar dari kompleks memorial ini, kami dibawa Philip ke Daxiao Gate. Earlier kami masuk melalui gate on the opposite side which is the Dazhong Gate.  



Sambil menunggu Mr. Liu our driver tiba, ambil lagi beberapa foto di depan gate ini. 



Ini antara tingkap-tingkap yang menarik yang ada pada di dinding luar memorial hall ini. 


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
  
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment