Assalamualaikum.
Tepat pukul 9 pagi, Philip pun sampai untuk bawa kami touring. Per initenary, we will be going to the northern part of Taiwan, to Yehliu, Tamsui and Shifen.
Ini peta lokasi-lokasi Taipei, Yehliu, Tamsui and Shifen. Pagi itu, firstly, kami akan ke Yehliu. Jarak dari Hotel PaPa Whale ke Yehliu adalah sejauh lebih kurang 40 km, about 1 hour ride.
Dalam kereta Philip beri kami souvenir ceramic coaster made in Taiwan dari Taiwan Tourism Bureau, M.O.T.C.
Very nice and thoughtful souvenir.
Di bawah flyovers ini ada this wall yang memisahkan jalan raya dan sebuah taman di tepi sungai Tamsui. Kami ada ke taman tepi sungai itu pada esok harinya.
Passed by Dadaocheng Pier Plaza, Datong District, Taipei City. Jeti besar ini lokasinya tidak jauh dari hotel kami, cuma lebih kurang 20 hingga 30 minit jalan kaki. Nanti saya cerita morning walk day 4 kami ke pier ini.
Beautiful mural in front of the entrance to Dadaocheng Pier.
Berikut adalah beberapa foto-foto suasana bandaraya Taipei di pagi hari dirakam semasa kami dalam perjalanan keluar dari bandaraya ini menuju ke Yehliu.
Bangunan menara dengan dome itu adalah Blessed Imelda's School, a National Secondary School.
Banner Taipei Fashion Week.
Sebelum meneruskan perjalanan ke Yehliu, kami dibawa singgah dulu ke Gift Shop ini yang ada menjual kek nenas Taiwan yang terkenal itu yang terletak di Datong District, Section 3, Chengde Rd.
Apparently, Taiwan memang terkenal dengan kek nenasnya yang selalunya dibeli sebagai souvenir. In fact, it is Taiwan's top 10 souvenirs. |
ζ‘θΏε
θ¨ means "Welcome" |
Suasana di dalam gift shop ini. Very nice.
Nampaknya setting dalam kedai ini dibuat/reka untuk boleh melayan big groups of tourists.
There are so many varieties of pineapple cakes.
Kaunter gift pick up area, checkout area dan ada juga currency exchange service.
Cantik dan colorful kotak-kotak kek nenasnya.
Kami dilayan oleh salah seorang staff yang memberi penerangan tentang pelbagai jenis kek nenas yang ada dijual di gift shop ini.
Inilah order form yang menyenaraikan jenis-jenis kek dan snek-snek lain berserta harganya yang ada dijual di sini.
Ada cakes, cookies, nougats and candies as well as teas and coffees.
Kami juga diberi rasa beberapa samples kek. Pada kami semuanya sedap especially kek nenas yang rasanya seperti macam kuih tart nenas kita. Tapi yang saya paling suka ialah kek nenas di sini tidak manis. Ya, tentulah ada rasa manis nenasnya tapi bukan manis sebab ada banyak sugar content. Which means I can really taste the pineapple instead of being overwhelmed by sugar taste.
Dan yang terpaling bagusnya, semua produk di kedai ini adalah halal, mempunyai perakuan Halal dari Taiwan INHART Halal Certification Authority (TIHCA). |
Pihak Berkuasa Pensijilan Halal INHART Taiwan (TIHCA - Taiwan INHART Halal Certification Authority) ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan dan produk halal yang penting, termasuk makanan halal dan hotel mesra Muslim. Di samping itu, Persatuan Pembangunan Industri Pelancongan Muslim Antarabangsa (IMTIDA - International Muslim Tourism Industry Development Association) telah bekerjasama dan memberi sumbangan besar dalam pelbagai aktiviti berkaitan perkhidmatan Halal dan Mesra Muslim. |
Kotak Pineapple Cake yang cantik, elegan dan presentable. Sangat sesuai dijadikan souvenir untuk family and friends.
Di bucu kanan bawah kotak ini ada halal ceritfication TIHCA.
Ok, jom kita tengok dan rasa samples yang ada disediakan untuk pengunjung. Pada tagging ada tertera nama-nama samples ini dalam 6 bahasa.
I like free samples... hihi π.
Lain kek, lain warna kotaknya.
Jom kita round tengok produk-produk lain yang ada dalam gift shop yang best ini.
Milk tea and manggo pudding.
Bottled mixed nuts and dried fruits.
Free WiFi and Halal Certifications.
Cookies and nougats samples.
Saya suka betul salted egg yolk square cookies ini. Jadi kami belilah sebotol π.
Bayar di kaunter.
The receipt. 8 kotak Pineapple Cake : NTD 2,910 atau RM 485.00.
Bergambar kenangan bersama staff.
Ini kek yang kami beli ~ Pineapple Cake. Yang ini rasanya sedap macam tart nenas Malaysia. So crumbly soft.
And Indigenous Pineapple Cake. Yang ini pun sama juga rasanya, cuma jem nenasnya sedikit masam. Saya lebih suka yang ini actually π.
Selesai beli souvenir kek nenas, kami meneruskan perjalanan ke Yehliu.
Dalam perjalanan, kami bersembang dengan Philip. Kami jadi curious tentang dia, seorang warganegara Indonesia yang bekerja mencari rezeki di Taiwan ini. Antara yang kami tanya adakah dia telah mendapat kerakyatan Taiwan. Jawab Philips, dia masih warganegara Indonesia dan sudah pun 5 tahun mendapat status Permanent Resident Taiwan. Dia tidak menjadi warganegara Taiwan kerana seperti Malaysia, Indonesia juga tidak membenarkan rakyatnya memiliki dua kerakyatan.
Philips seterusnya bercerita tentang ramai warganegara Taiwan yang mempunyai dua kerakyatan kerana dual citizenship dibenarkan di negara ini. Negara kerakyatan kedua yang popular di kalangan penduduk Taiwan adalah Amerika Syarikat.
|
Taipei Expo Park |
Street art.
Philips juga bercerita tentang Compulsory Military Service di Taiwan. Disebabkan negara ini sentiasa terdedah kepada ancaman peperangan dengan negara China, semua rakyat Taiwan wajib mengikuti latihan ketenteraan selama 6 bulan selepas tamat sekolah menengah. Malah rekod perkhidmatan latihan ketenteraan ini juga menjadi dokumen wajib bagi rakyat yang ingin melanjutkan pengajian di universiti.
Namun begitu, ramai juga ibu bapa yang tidak suka anak mereka menyertai latihan ketenteraan ini. Oleh yang demikian, seawal usia 14 tahun ramai yang dihantar bersekolah di luar negara seperti Amerika Syarikat terutama di kalangan mereka yang mempunyai dua kerakyatan.
|
Dajia Elementary School, Binjiang St, Zhongshan District, Taipei City |
Rakyat biasa yang tidak mempunyai dua kerakyatan pula akan mengelak dari menjadi tentera dengan memilih menjadi obese sehingga dianggap tidak fit bagi tujuan latihan ketenteraan.
Iklan besar Hitachi inverter air conditioner dan South African national treasure tea.
The Papago!'s translations.
Di perhentian lampu merah ini, ada seorang lelaki orang tua yang menghampiri kenderaan untuk menyerahkan pelbagai risalah iklan. Kata Philips disebabkan kos kehidupan yang tinggi di Taipei, ramai penduduk tuanya yang mengambil upah bekerja begini. Mereka dibayar mengikut bilangan risalah yang diedar. Selalunya pemandu dan penumpang kenderaan akan mengambil apa juga risalah yang diedarkan untuk membantu mereka.
Kelihatan electrical pylon ini didirikan atas pelantar konkrit bertiang. Agaknya untuk dapatkan asas yang kukuh, mungkin kerana tanah di bawahnya tidak sesuai untuk dipacak menara pencawang.
Kami pun dibawa Mr. Liu masuk ke National Freeway 1 atau juga dikenali sebagai Sun Yat-sen Freeway.
Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat. Kata Philip pada hari Jumaat memang ada banyak kenderaan di lebuh raya ini kerana kebiasaan orang di sini ramai yang ambil cuti tambahan sempena cuti hujung minggu.
Starlight Bridge yang dibina merentang Sungai Keelung.
Menara telekomunikasi.
Pulau Taiwan ini mukabuminya bergunung ganang. Jadi banyaklah lebuh raya bertingkat-tingkat merentasi lembah-lembah gunung dan terowong-terowong lebuh raya yang menembusi gunung.
|
Pinfu Heavy Duty Truck-Pinfu Transportation Co., Ltd. |
Melalui sebuah terowong lebuh raya di Wanrui Expressway. Nama terowong ini ialah ηͺι΅ι§ι, literally translated as Maling Tunnel.
Masuk Maling Tunnel ini dari Qidu District dan keluar di Anle District, Keelung.
CPC Corporation ialah syarikat petroleum, gas asli dan petrol milik kerajaan di Taiwan dan merupakan teras industri petrokimia Taiwan.
Di Keelung ini pemandangan berubah dari pemandnagan bandar/pergunungan ke pemandangan laut.
Kelihatan dari Jijin Road ini Laut China Timur (East China Sea).
Di bawah sana itu adalah Dawulun Fishing Harbor.
Sebenarnya ada Dawulun Beach di sebelah kanan jeti itu, tapi tak nampak dari jalan raya ini.
Selama ini pernah nampak Laut China Selatan sahaja, kali ini Laut China Timur pula.
Ketika ini kami menyusur tepi Laut China Timur di North Coastal Highway, Wanli District.
Di tepi jalan raya ini ada kami nampak taman-taman tepi laut. Yang ini namanya Lion Park.
Kelihatan burung-burung helang berlegar-legar di atas gunung sana. Jom cuba zoom-in on those majestic birds.
Oh, ada bebrapa ekor rupanya. Kalau tak silap kawasan gunung itu ialah Wanliguanguang Park / Wanli Tourist Park.
Masih di Jijin Road.
Passed by White House Resort, Wanli District, New Taipei City, Taiwan.
Di Shijiao Road.
Shijiao Beach.
Di Yuao Road. Kelihatan Guihou Fish Market.
Pasar Nelayan Guihou ini terutamanya menjual produk perikanan segar, dijual terus oleh pemilik bot nelayan tempatan di Wanli pada harga rendah.
Ini Guihou Fishing Harbor. Ia adalah sebuah perkampungan nelayan kecil yang indah untuk pelancongan santai di pantai utara Taiwan.
Ini Guihou Crab Theme Park. Terletak di Daerah Wanli, New Taipei City, pengunjung ke taman ini dapat menikmati pemandangan laut yang indah bertemakan Ketam Wanli. Ada dua patung ketam besar comel di sini. Ia juga mempunyai antara pantai yang paling indah di Taiwan.
Kalau lapar, bolehlah pergi ke Guihou Fishing Port untuk makan "Ketam Wanli" yang terkenal. Lebih daripada 80% ketam laut Taiwan adalah dari Daerah Wanli ini. Kawasan pengeluaran terbesar ketam Wanli berasal dari "Northwest Fishing Ground", yang terletak di luar pantai Fuguijiao, New Taipei City.
Di tepi Yuao Road ini ada satu tourist attraction, namanya Wanli Camel's Hump. Di Yehliu ini terdapat banyak landskap geologi yang unik dan inilah salah satunya.
Wanli Camel’s Hump ialah gunung pantai bebas kecil yang kelihatan seperti unta yang menghadap ke laut.
Benteng pemecah ombak. Tanjung di hujung sana itulah Yehliu Geopark yang kami akan lawati sebentar lagi.
Ini Tung-ao Fishing Harbour.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment