Monday, December 25, 2023

TAIWAN - TAIPEI - WANHUA DISTRICT & XINING MARKET

Assalamualaikum.
Ok, sudah hari ke 3 kami di Taiwan. Per itinerary kami akan ke sebuah geopark. 

Pukul 7 pagi kami sudah turun ke restoran hotel untuk sarapan. Saja breakfast awal sebab sebelum Philip, our tour guide, sampai pukul 9 pagi nanti, kami bercadang hendak buat morning walk di sekitar hotel kami ini. 

Semalam kami sudah request Halal Breakfast pada pihak hotel. 


Ada tanda halal pada mangkuk/piring/sudu. 

Inilah Halal Breakfast kami pagi itu. 

Kami makan bersama dengan family Muslim dari Thailand. 

Ada lauk daging, telur dadar dan kobis. Juga ada mee goreng vegetarian. 

Selamba je pak cik Thai ni berkain pelikat turun sarapan... 😄.

Alhamdulillah.




Lepas sarapan kami pun jalan-jalan morning walk di sekitar hotel penginapan kami iaitu Hotel PaPa Whale. Nama area ini ialah Wanhua District.

Hotel and apartments buildings di pesimpangan Kunming Street dan Section 2, Kaifeng Street.

Tiada kesesakkan jalan raya. Mungkin masa itu masih awal lagi. But then it was already almost 8 am. 

Street cleaner's push cart. Penyapunya dibuat dari ranting-ranting kayu yang kental. I bet it is way more efficient than the conventional sweepers.

The translation.



Pushing restaurant's groceries.

Hotel PaPa Whale.

Ada 2 ekor blue whales di facade depan hotel.

Sebuah restoran dengan specialty squid thick soup. 

Ada jual dishes such as baked squid soup with rice, meat tea balls with pork belly, fish crispy pancake, pork rice, Lu pork rice, mutton rice, dry noodles, clear soup noodles, pork cake, fish cake, squid cake and squid pudding.


Auntie sedang cuci sayur.

Street cleaner/street sweeper.


Saya baca di bandaraya Taipei ini terdapat kekurangan tempat letak kereta yang serius. Jadi Taipei City Government merancang membina tempat letak kereta baharu secara aktif berdasarkan perancangan bandar dan menggalakkan sektor swasta melakukan perkara yang sama, seperti memilih tanah untuk kemudahan awam (seperti taman, taman permainan sekolah dan pasar makanan) yang sesuai untuk pelbagai kegunaan untuk membina tempat letak kereta.
Beberapa inner city parking signages.

Taipei youth. 

Sekali sekala ada juga kami ternampak projek-projek pembinaan di tengah kota ini. 


Fuxing Social Housing building.

Having breakfast.

Peralatan pembersihan jalan raya.

Nampaknya ada sebuah taman di hujung lorong tepi bangunan Fuxing Social Housing ini. Let's check it out. Selalunya morning walks kami memang begitu. Jalan je dan explore apa yang kami encounter 😄.

Very nice garden. 

Cantik, bersih dan rapi.

Ada pokok-pokok besar yang rendang. Ini juga sesuatu yang kami perhatikan, mesti ada taman-taman kecil begini di tengah-tengah bandar Taipei ini.

So green, beautiful and inviting. Complete with wooden planks walkways.

Apparently there are green efforts by the Taipei City Government by keeping these beautiful old trees. Wonderful!

Di sebelah taman tadi ada bangunan University of Taipei. 

Ditubuhkan pada 2013, ia adalah satu-satunya universiti di bawah pentadbiran Taipei City Government. 

Di universiti ini terdapat Huiyang Wanhua Sports and Health Science Center and Health Sciences Department Industry-Academic Alliance.

Taipei Wanhua Sports Center.



Morning walk kami ini membawa kami ke Louyang Street. 



Persimpangan Luoyang Street dan Xining Road.


Di junction ini kami ternampak ada sebuah pasar di seberang jalan sana. Jom kita singgah.

Namanya Xining Market.


Pasarnya di bawah dataran dan ia merupakan sebuah pasar basah. Ok juga kalau explore sebab malam semalamnya kami sudah explore night market, sekarang explore pasar basah pula.

Masuk saja, kebetulan bahagian daging. Dan tentulah banyak gerai pork. Face mask On! 😅

Semua pig parts ada dijual di sini. Dari hujung telinga hingga ke hujung ekor.


Taiwan mempunyai tahap pemakanan daging per kapita tertinggi di Asia: kira-kira 90 kilogram, di mana daging babi merupakan bahagian terbesar. Saiz pasaran tahunan daging babbi di Taiwan dianggarkan antara 960,000 dan 970,000 tan metrik. Kebanyakan bekalan daging babi disediakan oleh pengeluaran domestik. Pemakanan daging babi per kapita di Taiwan adalah antara 35-40 kilogram, antara 5 teratas di dunia. Daging babi merupakan sumber protein utama bagi penduduk Taiwan.

I must say I had never seen so much raw pork! 😅

Pengeluaran daging babi Taiwan oleh local farmers pernah terjejas teruk pada tahun 1997 akibat wabak penyakit kaki dan mulut dan pada tahun 2014 apabila Taiwan dilanda teruk dengan wabak cirit-birit wabak babi (porcine epidemic diarrhea).
Pig feet and intestines

Kami tidaklah explore sampai hujung lorong ini. Cukuplah setakat ini sahaja.

Next kami ke bahagian makanan laut pula.

There are so many variety of seafood here. Semuanya segar dan kami tidak terhidu pun bau-bau hanyir dan yang tidak menyenangkan. 

Negara Taiwan adalah sebuah pulau, jadi tentulah orang Taiwan makan banyak makanan laut, terutamanya tilapia, makarel, tuna, sotong dan jerung. Kira-kira satu perempat daripada ikan yang dimakan - ikan bandeng (milkfish) dan belut khususnya - diternak dan bukannya ditangkap dari laut.

Penjual ikan salmon.

Wikipedia:
Taiwan is one of the largest fishing nations on earth and the associated fish processing industry is also significant. More than one third of the worlds longline tuna fishing vessels are operated by Taiwanese companies with the total strength of the distant waters fishing fleet at more than 2,000 vessels. The fishing industry is estimated to be worth approximately two billion dollars. Taiwan's ocean fisheries sector employs 350,000 people and there are 130,000 fishing households in Taiwan. The Taiwanese seafood industry was worth 1.3 billion dollars a year in 2020.

Import keseluruhan makanan laut Taiwan mencecah AS$2.1 bilion pada 2022, meningkat 20% daripada 2021. Namun, pasaran menuntut pelbagai spesies makanan laut yang tidak dapat dibekalkan sepenuhnya. Lima kategori makanan laut mengikut nilai import terbesar untuk penggunaan makanan ialah frozen shrimps and prawns, fresh/chilled Atlantic salmon, frozen squid and cuttlefish, frozen scallops, and frozen halibut and Greenland turbot.
Kedai jual ikan salmon SalMar yang diimport dari Norway.
SalMar, Norway ialah salah satu pengeluar salmon ternakan terbesar dan paling cekap di dunia. 

Norway telah mendahului arah aliran dalam pemakanan salmon. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh gangguan pengangkutan udara akibat perang Ukraine, bekalan dan harga salmon menjadi tidak menentu, membawa kepada penurunan 19% dalam jumlah import Taiwan pada 2022.

Mengikut kuantiti pemakanan, kebanyakan produk makanan laut yang lazim adalah pollock (import), tuna, udang, salmon (import), dan sotong. Untuk restoran mewah, udang galah, tiram dan ketam dianggap sebagai item menu mewah.

Pasar basah Xining Market ini kami perhatikan adalah bersih dan tidak berbau.

Taiwan mempunyai reputasi sebagai salah satu tempat terbaik di dunia untuk menikmati makanan laut, seperti di Taipei yang mempunyai banyak restoran-restoran makanan laut. Pulau ini mempunyai warisan perikanan yang lama, dan ini dapat dilihat dalam hidangan makanan penduduknya, daripada makanan jalanan hingga santapan mewah.

Kedai 三兄弟海鮮批發零售 - Three brothers seafood wholesale and retail. Perhaps most stalls here are family run businesses.

Ikan segar yang ada dijual di kedai ini adalah grouper, salmon, catfish, pantou fish, golden pomfret, Tainan milkfish, Shishamo (Willow leaf fish), mackerel fillet  and Taiwanese snapper fillet.
Selain ikan segar kedai ini juga ada menjual fish eggs, squids, Hokkaido dried scallop, New Orleans Boneless Chicken Thigh Steak, Huazhi Moon Shrimp Cake, Huazhi shrimp paste, Huazhi Gao Shrimp Cake, Thornless Milkfish Vacuum Pack and Hong Yu Hong Huazhi Shrimp Steak.

Taiwan mempunyai industri eksport makanan laut yang besar, menghantar lebih AS$1.3 bilion hasil setiap tahun. Disebabkan terlalu banyak penangkapan ikan (overfishing), pakar telah menggesa orang ramai untuk makan secara tempatan dan bermusim serta memakan keseluruhan ikan dan bukannya hanya fillet.

Kedai menjual packed shrimps and prawns.

Dengan setiap penduduk memakan purata hampir 30 kg makanan laut setahun, pulau Taiwan adalah bagaikan syurga untuk pengunjung yang gemar makanan laut. 

Lebih 80% penduduk Taiwan makan makanan laut sekurang-kurangnya sekali seminggu dan lebih 40% makan makanan laut lebih daripada tiga kali seminggu.
Red mullets, grouper, yellow croaker, sardines, tuna and salmon

The marine harvest includes a wide selection of fish and cephalopods (squids, octopi, and cuttlefish), shellfish such as clams and oysters, and crustaceans (shrimp, crabs, and lobsters), as well as oddities like sea cucumbers, urchins, and various seaweeds.

Fyi, penjual-penjual di sini semuanya baik-baik belaka, tak kisah pun kami ambil gambar mereka atau jualan makanan laut/kedai mereka, like these nice aunties 😀. Saya rasa macam nak sembang dengan mereka ni, tapi ada language barrier lah 😅.

Ada koffer fish, sardines, Japanese horsehead tilefish and pomfret. 

Kelihatan juga ikan-ikan yang diikat begini, pada mulut dan ekornya sampai badannya melengkung seperti dalam foto di bawah. Cara ini dipanggil fish tethering. Penambatan ikan cara ini adalah popular di Taiwan, di mana ia dipercayai bahawa ikan itu kekal segar lebih lama jika ia dibengkokkan yang menyebabkan insangnya terbuka/terdedah untuk memastikan ikan itu dapat bertahan hidup lebih lama (prolongs its suffocation). Mereka kekal seperti ini sehingga mereka dibeli, yang boleh bertahan sehingga 10 jam selepas mereka ditangkap. Ada kempen di Taiwan yang menyeru agar amalan menambat ikan ini dihentikan, mendakwa amalan itu "adalah satu bentuk penyeksaan" dan melanggar piawaian kebajikan haiwan.




Gerai sotong. Satu ketika dahulu sotong pernah menjadi import untuk Taiwan, tetapi kini ia menjadi eksport. Dengan perkembangan industri perikanan, hasil tangkapan sotong Taiwan kini berada di tempat ketiga di dunia, dan sotong yang dahulunya dianggap sebagai "hadiah" berharga, menjadi kebiasaan di pasar malam dan kedai makan murah.


Besar betul ikan tu. Tuna agaknya. Berapa lah agaknya harga sekeping tu?




Bersaing kuat dengan red meat yang semakin popular, pemakanan per kapita makanan laut Taiwan mencapai 27 kg pada 2021, dan jumlah itu adalah 26% lebih tinggi daripada purata global iaitu 20 kg. Memandangkan masyarakat Taiwan telah memasuki peringkat "masyarakat yang semakin tua", industri peikanan Taiwan telah mempromosikan makanan laut sebagai sumber protein yang berkualiti dan mudah dihadam.

Di samping itu, Taiwan juga mengimport makanan laut dari 125 negara. 10 negara teratas merangkumi hampir 70% daripada jumlah nilai import Taiwan.

Huge squids and octopus. 

Kedai menjual ketam

Banyak restoran-restoran makanan laut di bandar-bandar besar seperti Taipei dan Kaohsiung menyediakan makanan laut segar di mana pengunjung boleh memilih apa yang mereka inginkan daripada tangki-tangki besar.


Right: Portunus sanguinolentus, the three-spot swimming crab, blood-spotted swimming crab or red-spotted swimming crab, is a large crab found throughout estuaries of the Indian and West Pacific Oceanic countries.
Left: Charybdis feriata, the crucifix crab, is a species of swimming crab in the family Portunidae.[1] It is found in the tropical and subtropical Indo-Pacific region. The crab is named by its cross pattern on the carapace in English. In Chinese, the crab is named by its rusty-red color. 


Juga ada kedai buah-buahan.







Loading bay.




Ini sea cucumber atau gamat. Jepun, satu-satunya pembekal asing yang mencapai pertumbuhan 10 tahun berturut-turut, adalah pembekal dominan untuk sea cucumbers and scallops Taiwan. Pada 2022, Taiwan mengimport AS$84 juta scallops, lebih 80% daripadanya dari Jepun.





Lobsters



Tak tahu kami apa bendanya ni. Lepas check di internet, rupanya mullet roe / telur ikan belanak.


Now this is interesting. Mula-mula ingatkan chicken wings, rupanyaaaa....

Rupanya katak! Skinless frogs!
Wikipedia:
🐸The Chinese edible frog, East Asian bullfrog, or Taiwanese frog (Hoplobatrachus rugulosus) is a species of frog in the family Dicroglossidae. It is found in Cambodia, China, Hong Kong, Laos, Macau, Malaysia, Myanmar, the Philippines, Taiwan, Thailand, and Vietnam.
🐸The Chinese edible frog is commonly referred to as 田雞 ("field chicken") or 虎皮蛙 ("tiger-skinned frog") in Mainland China, Hong Kong, Taiwan, Macau, and Chinese communities worldwide.  


Ok, kepala itik pun ada ya. They are sold at night market as snacks. 

Makanan ringan Cina yang dibuat dengan menambah rempah dan herba pada kepala itik yang digoreng.


Ok, selesai sudah jalan-jalan kami dalam pasar basah Xining Market ini. Totally unplanned sebab kami tak tahu pun ada pasar berhampiran dengan hotel penginapan kami. 

Berjalan balik ke Hotel PaPa Whale. Masa itu sudah pun hampir pukul 8:30 pagi. Kejap lagi pukul 9:00 pagi Philip dan Mr. Liu akan tiba untuk bawa kami touring pada hari ke 3 kami di Taiwan ini.




Terserempak dengan Tesla biru ini. 


Tiba di Hotel PaPa Whale.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment