Assalamualaikum.
Ok, ini bahagian terakhir cerita jalan-jalan kami di Raohe Street Night Market, Taipei ini.
Restoran noodles |
Nampaknya ramai celebrities pernah makan di restoran ini.
Restoran menjual fruits desserts like mango pudding with condensed milk and strawberry mango with condensed milk.
Gerai ini jual Crispy Egg Pancake.
DanBing, also known as egg pancake or rolled egg crepe, is a Taiwanese breakfast dish. Different regions makes the dish differently, in most cases, the dough is made by kneading flour, potato starch, glutinous rice flour, and water into a thin dough, and an omelet is baked on top of the dough. - Wikipedia
Gerai Banana Roti.
Banana Roti - crispy, soft and rich in layers. Kenapa ada bendera Thailand? Sebab asal Banana Roti ini adalah dari Thai Banana Pancake.
Gerai Babu - Taiwanese ice cream with several flavors like taro, pineapple and sour plum.
Peanut roll with ice cream and traditional Taiwanese ice cream.
Penjual sotong kering.
Beautiful hand painted shoes.
Beauty salon and massage center.
"Skincare is not superficial because it’s healthcare" |
Ini candied haw atau Tanghulu, sejenis makanan ringan buah-buahan manisan yang berasal dari China.
Ini gerai Fukushimaya Yaki Whole Grill, sebuah gerai Japanese food/snack.
Dimiliki oleh orang Jepun, gerai ini adalah antara gerai Jepun yang paling popular di pasar malam ini. Nama sneknya ialah Fukushima Yaki yang berbentuk bulat, dimasak dalam gelung besi bulat yang diisi dengan adunan tepung, kobis, bacon, sotong, udang, bebola keju, dan di atasnya dengan telur. Sebelum dihidangkan, mayonis dan kepingan bonito kering ditaburkan.
Next stall. Snek ini nampak macam apam balik kita tapi got both sweet and savory versions.
Jualan Taiwan Souvenirs.
Kebanyakkannya food products seperti purple sweet potato, mochi cookies, snowflakes cake, mochi rolls dan yang paling popular the pineapple cakes.
Gerai ini nampak kecil dan sederhana sahaja tapi ia sudah 5 tahun berturut-turut mendapat "Michelin recommended night market snack" untuk tahun-tahun 2018 hingga 2022. Namanya Mochi Baby, yes, menjual kuih mochi.
Di gerai ini mochi pressing machine klasik masih digunakan untuk buat kuih mochinya. Kuih mochi di gerai ini dibuat fresh setiap hari dengan jualan sekitar 150 portion sehari. Terdapat hanya dalam tiga perisa yang sangat tradisional iaitu kacang tanah hancur, gula tepung dan bijan hitam.
Di Malaysia ada saya nampak kuih "mochi" ini dieja sebagai "muah chee", seperti dalam foto-foto di bawah ini yang saya rakam di Penang.
Gerai ini juga mendapat "Michelin Bib Gourmand recommended night market snacks", menjual braised pork ribs with medicinal herbs.
Restoran ini menjual stinky tofu yang cukup popular di sini.
Stinky tofu is usually prepared spicy and stewed. For this variety, big hunks of semi-firm tofu are stewed in a spicy broth with tofu-like hunks of duck blood. The tofu is served in a bowl of the broth, topped with green onions and pickled vegetables.
This stall sells spicy stinky tofu and duck blood.
Gerai minuman winter melon dew and sour plum.
Cabbage Pork ~ pork stuffed with cabbage.
A stall selling Taiwan abalone and Hokkaido scallops.
Gerai jual millet donuts. Millet ialah sekoi.
Yang ini pula jual golden chicken wings stuffed rice. Kepak ayam sumbat dengan nasi? Macam-macam.
Gerai jual jus buah seperti lemon, orange, cranberry, plum and winter melon.
Nampak ada translucent candy on a stick.
These are maltose brown sugar flavor (malt candy) in shapes of cartoon characters. Ada lollipop Hello Kitty dan Ultraman. Adalah dipercayai golden malt candy ini melambangkan kekayaan dan kemakmuran.
Gerai pepper cake.
Gerbang masuk ke Raohe Street Night Market.
Maka selesailah lawatan lebih kurang selama 50 minit kami di pasar malam ini. Pada saya personally memanglah menarik melawat tempat begini kerana dapat tengok pelbagai jenis Taiwanese street food dan mengalami suasana pasar malam di Taipei yang sedikit sebanyak mencerminkan budaya dan gaya hidup orang Taipei/Taiwan. Tapi kalau anda tak sanggup nak tengok street food especially the pigs/pork dishes and snacks, atau tak sanggup terbau those street food especially when they are being prepared/cooked/grilled, eloklah jangan ke sini. Saya elak bau-bau tu dengan memakai face mask je 😄.
Kelihatannya makin malam, makin ramai pengunjung di pasar malam ini.
Ok, sebelum balik ke hotel, kami singgah sekejap di kuil ini. Namanya Songshan Ciyou Temple.
Kuil Ciyou ini ialah sebuah kuil Cina yang terkenal di Daerah Songshan, Taipei, Taiwan. Kuil ini didedikasikan untuk Dewi Matsu ~ Goddess of the Sea. Bahagian atas bumbung kuil dihiasi dengan indah; selain figura manusia, terdapat juga naga terbang diletakkan di situ kerana naga dipercayai mempunyai kuasa menghalang kebakaran.
Kuil ini telah dibina pada tahun 1753. Menurut legenda, kuil itu diasaskan oleh seorang sami yang mengembara yang menemui sekumpulan penganut Matsu. Bersama-sama mereka mengumpul wang selama sepuluh tahun dan kemudian membina kuil.
Kuil ini adalah salah satu tapak keagamaan yang paling indah dan popular di Taiwan dan terkenal dengan reka bentuk tradisional Cina yang menarik.
Pemandangan di dalam Ciyou Temple.
Kelihatan ramai juga penganut sedang sembahyang.
Di dalam kuil ini ada disediakan kepingan-kepingan kayu berbentuk kacang yang terbelah untuk penganut. Mereka yang ingin berdoa akan mengambil sepasang kepingan kayu ini dan berdoa di depan patung Dewi untuk meminta bantuan bagi memecahkan permasalahan yang dihadapi.
Berikut adalah penerangan yang kami dapat dari Philip (our tour guide) tentang cara penganut berdoa di kuil ini. Selepas berdoa, pasangan kepingan kayu ini akan dilontarkan lantai. Kalau kedua-dua kepingan jatuh dalam keadaan terbuka, itu bermakna Dewi memberikan jawapan "ya" kepada permasalahan yang dihadapi. Jika kedua-dua kepingan jatuh ke lantai dalam keadaan tertutup, itu bermakna jawapan yang diberi adalah "tidak". Kalau satu kepingan jatuh dalam keadaan terbuka dan satu lagi tertutup, itu bermaksud "mana-mana pun boleh".
Agak bising juga suasana dalam kuil ini ketika itu kerana ramai yang sedang berdoa sambil membaling kepingan kayu.
Ada 3 patung utama ditempatkan pada altar di temple ini. Patung utama dah pasti Dewi Mazu. Di sebelah kanannya adalah Earth God manakala di sebelah kirinya pula adalah Zhusheng Niang-Niang yang merupakan Goddess of Birth.
Pada mulanya, kuil ini menghadap ke pantai di mana si dewi dipercayai melindungi nelayan dan kelasi. Hari ini kuil ini menghadap ke jalan raya supaya semua orang dapat menghargai keindahannya, dan untuk akses yang lebih mudah. Selepas banyak pembinaan semula dan baikpulih, kebanyakan artifak asal kuil ini masih lagi terpelihara.
Seorang pengunjung sedang berdoa pada dewi.
Festival Kebudayaan Xikou disambut dari 15 Januari hingga 26 Mac di kuil ini untuk menghormati hari lahir dewi Mazu. Pada masa ini, terdapat persembahan opera Taiwan, upacara keagamaan dan perarakan.
Lepas lawat kuil, kami pun menunggu Mr. Liu untuk bawa kami balik ke hotel.
Perjalanan pulang ke hotel dari Raohe Street Night Market ke Hotel PaPa Whale.
Lampu-lampu bentuk macam kipas ini menandakan kedai-kedai yang ada menjual buah pinang, an addictive snack that is hugely popular in Taiwan.
Tiba di hotel, selepas berbincang dengan Philip tentang itinerari esok, kami beritahu Philip kami nak dinner di restoran mee halal seperti malam semalamnya, iaitu di Chang's Beef Noodles Shop. Lepas check Philip kata restoran itu tutup pukul 7:30 malam dan masa itu sudah pun pukul 7:00 malam. Jadi memanglah tidak sempat kami nak berjalan kaki ke sana. Kami ok je, boleh je makan maggi yang kami bawa.
Hotel PaPa Whale |
Kami pun naiklah ke bilik. Sudah terbayang maggi yang nak dimakan... hihi 😄. Entah kenapa saya rasa macam lebih seronok nak makan maggi masa bercuti-cuti begini. Tapi tiba-tiba Philip hantar mesej kata ada sebuah gerai shawarma halal within walking distance from our hotel. Dan gerai itu tutup pukul 11:00 malam kata dia. Jadi sempatlah kami ke sana. Maka kami pun simpanlah balik bungkusan maggi 😄.
Baik sungguh si Philip. Bukan saja dia tolong carikan tempat makanan halal untuk kami, dia siap hantar foto-foto di bawah ini untuk menunjukkan cara nak ke gerai itu.
Bila tengok foto-foto ini, I realized that Philip had actually walked from our hotel and searched for the stall on foot!! Baiknya dia! Padahal tugas dia sebagai tour guide kami sudah pun berakhir bila sampai di hotel tadi. He could have just message us about the stall and we could cari the gerai ourselves. But no, he walked there, took photos and asked the penjual bila gerai shawarma itu tutup.
Tak jauh, cuma 170 meter sahaja dari hotel penginapan kami.
Kami pun keluar semula dari hotel dan berjalan ke gerai shawarma, namanya Youssef Shawarma Halal dalam Google Maps.
Sambil berjalan, rakam suasana malam di bandaraya Taipei.
Bandar ini bersih dan kami rasa selamat berjalan di waktu malam di sini.
Mencari gerai shawarma halal di bandaraya Taipei.
Ada kedai tailor, kedai jual pork bun, kedai jual pig blood cake dan massage parlour.
Simple je gerainya. Tiada tempat duduk makan. Kami perhatikan memang kebanyakkan gerai-gerai begini di Taipei tiada menyediakan kerusi meja tempat makan. I guess itu normal sebab orang Taiwan seemed to be always on the go, macam yang Philip kata.
Ada dua pilihan shawarma; yang biasa berharga NTD 70 (RM 10), kalau tambah cheese NTD 100 (RM 15). Kami membeli Shawarma dengan cheese.
Pada banner gerai ini ada tertera "埃及口味" yang bermaksud "Egyptian taste". Jadi Mr. Youssef ini adalah dari Mesir lah.
Sedap sungguh bau shawarmanya 😋.
Sebelum balik ke hotel, saya bergambar kenangan bersama Mr. Youssef dari Mesir. Jauh dia mencari rezeki. Fyi, dia fasih bertutur dalam bahasa Mandarin dan orangnya sangatlah humble. I wish I could berbual with him a bit longer tapi masa itu dia tengah ada customers lain.
Berjalan balik ke Hotel PaPa Whale.
Singgah sekejap di 7E, nak beli drinks.
7E bertemakan Hello Kitty 😃.
Hello Kitty everywhere.
Di Taiwan ada sekitar 7 ribu 7Eleven dan banyak yang bertema. Selain Hello Kitty, juga ada tema-tema Pokemon, Peanuts (Snoopy), Maserati (car theme), aeroplane, Coca Cola, Mickey Mouse dan lain-lain cartoon characters yang popular di Taiwan.
Di siling pun ada muka besar Hello Kitty.
Bergambar bersama Hello Kitty di 7Eleven Taipei.
Sampai sudah di hotel. Kelihatan ramai hotel guests sedang check-in.
Mulanya kami merancang nak makan di communal table ini sebab ada kami nampak hotel guests lain duduk makan di sini. Tapi tak jadi sebab suasana di lobi masa itu agak bising dan ramai orang. Tak syok la. So kami makanlah di bilik.
Inilah shawarma beli di Youssef Shawarma Halal.
Alhamdulillah, sangat sedap dan mengenyangkan.
Minum orange juice.
Bersambung. Esok kami berjalan-jalan ke Geopark pula.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment