Assalamualaikum.
Ok, sambung lagi cerita lawatan kami di Taipei 101 ini. Next, kami masuk ruang Tuned Mass Damper (TMD).
This is Damper Baby.
Wikipedia: The damper has become such a popular tourist attraction that the city contracted Sanrio to create a mascot: the Damper Baby. Four versions of the Damper Baby ("Rich Gold", "Cool Black", "Smart Silver" and "Lucky Red") were designed and made into figurines and souvenirs sold in various Taipei 101 gift shops. Damper Baby has become a popular local icon, with its own comic book and website.
Rich Gold Damper Baby |
Pendulum keluli seberat 660 metrik tan itu berfungsi sebagai "Tuned Mass Damper" (Peredam Jisim yang Ditala), dengan kos NT$132 juta (AS$4 juta). Digantung dari tingkat 92 hingga 88, bandul itu bergoyang untuk mengimbangi pergerakan dalam bangunan yang disebabkan oleh tiupan angin yang kuat atau gegaran gempa bumi.
Beberapa fakta menarik turut dipaparkan di TV screen besar ini untuk bacaan pengunjung.
The giant pendulum.
Wikipedia:
The tuned mass damper is visible to all visitors on the 88th through 92nd floors. It can reduce up to 40% of the tower's movements. Its ball, the largest damper ball in the world, consists of 41 circular steel plates of varying diameters, each 125 mm thick, welded together to form a 5.5-meter-diameter ball.
Sebagai salah satu struktur tertinggi di dunia, bangunan Taipei 101 ini terletak hanya 201 meter dari garisan sesar utama (major fault line), gempa bumi dan angin kencang merupakan ancaman yang serius.
Banyak bangunan-bangunan pencakar langit mengandungi peredam jisim yang ditala (TMD) untuk menahan goyangan, dan kerana puncak bangunan-bangunan tinggi boleh bergerak beberapa meter dalam angin, peredam jisim yang ditala atau mekanisme yang serupa selalunya diperlukan untuk mengekalkan integriti struktur. Di Taipei 101, peranti bersaiz bilik ini mampu bergerak 1.5 meter ke mana-mana arah, sekali gus mengurangkan hayunan sebanyak 30% hingga 40%.
Pada asasnya bertindak sebagai pendulum gergasi, sfera keluli yang besar itu bergerak sedikit ke depan dan ke belakang untuk menentang sebarang gerakan bangunan itu sendiri. Ia adalah keajaiban kejuruteraan yang bertujuan untuk mengehadkan getaran bangunan setinggi 508 meter ini.
Sfera keluli berdiameter 5.5 meter dengan 660 metrik tan ini digantung oleh lapan kabel di tingkat atas menara, dan boleh dilihat di antara tingkat 88 dan 92. Taipei 101 Tuned Mass Damping telah dibina dan diuji oleh A&H Custom Machine. Pembuatan komponennya mengambil masa lebih kurang setahun untuk disiapkan.
Tuned Mass Damper (TMD) ini adalah satu-satunya TMD di dunia yang beroperasi penuh yang terdedah untuk tontonan umum.
Ini maskot-maskot Tuned Mass Damper yang direka oleh Sanrio yang dinamakan "Damper Baby" yang ada dalam beberapa versi "Rich Gold", "Cool Black", "Smart Silver" dan "Lucky Red".
Bergambar bersama Tuned Mass Damper dan "Damper Baby Smart Silver".
Ok selesai di ruang TMD, kami habiskan pusingan di Aras 89 ini sebelum naik ke Aras 101.
Di beberapa spots dan bucu di Aras 89 ini ada disediakan props begini untuk pengunjung bergambar.
Sayap pun ada.
Juga ada screen menunjukkan bangunan-bangunan tertinggi dunia.
101RF/F Skyline460
Do you want to visit the highest outdoor platform (460 meters) in the world? You`ll truly feel like you`re walking in the clouds in downtown Taipei, with Greater Taipei seemingly within reach. Skyline 460 has never before been opened to the public. This outdoor area of the tower has an unobstructed 360˚-view of Taipei, from the mountainous peaks of the northern suburbs to where the Tamsui and Keelung Rivers meet. Don`t miss this once-in-a-lifetime chance to feel the mist of clouds on your skin and gaze far into the distance from Skyline 460.
Source: taipei-101.com.tw
Catatan kenangan pasangan Hirscherr dan Elodie |
Ok, masa ini sudah hampir pukul 1:00 tengahari, masa untuk kami lawat Aras 101. Lif naik ke Aras 101 adalah di dalam Taipei 101 Gift Shop ini.
Laluan ke lif untuk naik ke Aras 101 dan untuk aktiviti Skyline 460.
Such beautiful decorations. Like a scene in a fairy tale story.
Naik lif.
Tiba di Aras 101.
Di tingkat ini juga ada beberapa props untuk pengunjung bergambar yang nampaknya lebih elaborate dan cantik.
101RF/F Skyline460
On the 101st floor of Taipei 101, the entire floor area is about 2200 square meters. The entire space is a quadrangular structure. The four-sided panoramic windows are connected in series with the four-sided corridors, which is equipped with air conditioning, lighting, and carpets. The space is most suitable for hosting VIP parties and meetings. The scenery from the 101st floor is the highest and unique indoor view in Taipei City. When the weather is fine, you can see the distant mountain view surrounds the entire Taipei Basin.
Source: taipei-101.com.tw
Tidak seperti di Aras 89 dengan ruang observatory yang lebar dan luas, di Aras 101 ini koridornya agak sempit.
Ada staff yang ditugaskan untuk membantu pengunjung di sini.
Bandaraya Taipei merupakan kawasan bandar ke 40 paling ramai penduduk di dunia di mana kira-kira satu pertiga daripada warga Taiwan tinggal di kawasan metro ini.
Ruang di Aras 101 ini paling sesuai untuk menganjurkan parti dan mesyuarat VIP.
Ada hiasan siling yang cantik with crystal balls and doves embelishments.
Songshan Fengtian Temple - sprawling 19th-century temple complex in lush foothills decorated with ornate and colorful carvings.
Kelihatan juga solar panels di bumbung bangunan sebelah temple ini, which are encouraged due to Taiwan's urgent need for green electricity.
Bangunan tinggi itulah adalah Fubon Xinyi A25 HQ.
Yang berpintal ini adalah bangunan Tao Zhu Yin Yuan apartment complex / Agora Tower. Yang ada dome itu adalah Cathay Financial Center building.
Selesai di Aras 101, kami turun semula ke Aras 89 untuk guna diskaun vouchers yang diberi masa beli tiket earlier. Kami ke cafe Kadokado ini.
Discount voucher for Kadokado sebanyak NTD50 atau lebih kurang RM 7.
Boleh saksikan cara-cara penyediaan.
Ini yang kami order. Namanya Bai Shuidouhua, a tofu pudding. Exactly like taufu fa soya gula putih di Malaysia, cuma yang ini ada dessert condiments seperti kacang tanah, jeli dan crushed brown sugar flakes.
Kami juga order the egg cake. Mereka buat masa itu juga, jadi sungguhlah harum bau macam bau di kedai jual waffle.
Egg cake atau lebih kurang macam bahulu kita. Di sini mereka buat bentuk famous monuments/buildings/landmarks. Yang ini bentuk Taipei 101, London's Big Ben dan Mount Fuji.
In the shapes of Taipei 101 building, Sydney Opera House, Japan's Mount Fuji, the Roman Coliseum and the Singapore Merlion Fountain. The egg cake uses unsalted butter from New Zealand and Taiwan's high-quality single-farm milk. It is 100% pure fresh milk without any additives. It does not add a drop of water at all.
Tak ada disediakan tempat duduk, so makan saja di kaunter ini.
Ok dah, jom kita turun. Masa naik tadi, kami keluar lif di Aras 89. Untuk turun ke bawah, pengunjung guna lif di Aras 88.
Speed Elevator
The Taipei 101 Observation Deck is equipped with two ultra-high-speed elevators with rising speeds of up to 1,010 meters per minute. It takes only 37 seconds tot climb from the 5th floor to the 89th floor observation deck.
Source: taipei-101.com.tw
Beautiful milky way and constellations.
Philip sedang menunggu kami masa kami sampai di bawah.
Taipei 101 Gift Shop.
Botol air mineralnya berbentuk bangunan Taipei 101.
Baik, jom kita bersolat. Philip beritahu dia sudah pun check untuk kami di mana lokasi Muslim Prayer Room Taipei 101 ini. Dia siap tolong check sekali kalau di prayer room itu ada tempat berwuduk atau tidak. There's no ablution area in the prayer room, so he said we can berwuduk di toilet.
Peta lokasi Muslim Prayer Room di Aras 5, Taipei 101 |
Kata Philip lagi, untuk guna Muslim Prayer Room itu, we must inform the security. Dia sudah pun siap-siap beritahu on our behalf. To also inform the security after using the prayer room.
The Muslim Prayer Room is located inside the Observatory area. Since kami kena berwuduk di toilet which is located outside of the Observatory area, makanya to re-enter the Observatory area, we had to queue again for ticket checks and for security. Jadi supaya tidak hassle pada kami, Philip had informed the security guards of our intentions of exiting and re-entering the area to go to the Muslim Prayer Room to which the security guards had allowed us to re-enter passed the queues.
The Muslim Prayer Room.
Oh, rupanya tempat berwuduk (washlet) ada di Aras 3.
Ruang solat ini telah memperoleh pensijilan kerajaan Bandaraya Taipei sebagai mesra Muslim.
Lebih kepada partitioning dan bukanlah bilik proper. Namun, kami bersyukur sangat ada disediakan tempat bersolat ini untuk pengunjung Muslim. Sebenarnya praying area ini cukup selesa and secluded and suitable for its intended purpose.
Sejadah ada disediakan.
Arah kiblat turut diletakkan.
Sofa untuk solat duduk.
Muslim Friendly Environment certification from the Chinese Muslim Association.
Jadual waktu solat di Taipei juga ada disediakan oleh Islamic Commercial Development Ltd.
Pengunjung boleh juga bergambar bersama patung kartun in dengan posing yang sama - satu jari + mulut melopong + satu jari merujuk kepada "1-0-1" 😃.
Ilustrasi pemandangan Taipei 101 dan bandaraya Taipei waktu malam.
Ok, jom kita ke destinasi seterusnya. Tapi sebelum itu Philip kata kita turun dulu ke basement untuk redeem free gift, which was included in the ticket price. Mujurlah Philip beritahu, sebab kami tak tahu pun ada free gift itu... hihi 😄.
Di sinilah kedai untuk dapatkan free gift itu. Namanya Kuo Yuan Ye which is a chain of pastry stores in Taiwan. Again, thanks to Philip sebab if it was up to us to find this kedai, definitely tak jumpa... hihi 😄.
Philip tolong redeemkan untuk kami.
Inilah free gift yang dimaksudkan. Dalam satu kotak ada 2 keping chocolate cookies bentuk OhBear, Taiwan's Formosan black bear, Taiwan's Tourism mascot. It was light, crunchy, chocolatey dan tidak terlalu manis. Rupanya comel, rasa sayang pulak nak makan.. hihi 😄🐻.
Big OhBear poster at the Taiwan Taoyuan International Airport.
Keluar dari bangunan Taipei 101 naik escalator dari basement.
Bangunan Taipei 101.
Kami menunggu Mr. Liu, our driver, di dataran depan Taipei 101 ini.
Salah satu pintu masuk ke Taipei 101.
Kelihatan ada blok tembok-tembok berwarna warni. Jom kita tengok dengan lebih dekat lagi.
Philip sedang calling Mr. Liu.
Rupanya blok-blok ini dibuat untuk mengenang jasa semua mereka yang terlibat dalam pembinaan Taipei 101.
Kalau hendak pusing-pusing bandaraya Taipei ini sambil makan, bolehlah cuba Taipei Restaurant Bus ini. Duration 1 hour 30 minute. Ada menu Afternoon Tea and Dinner. Tapi tiada Halal certification. Alternatively, bolehlah naik Taipei Double-Decker Sightseeing Bus - Hop On, Hop Off. But no meals lah.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment