Assalamualaikum.
Seterusnya kami dibawa Philip ke salah satu pasar malam yang popular di Taipei iaitu Raohe Street Night Market. Dari Songshan Station kami dijemput Mr. Liu (our driver) ke pasar malam itu. Ketika itu sudah hampir pukul 5 petang.
Sky Bridge yang menghubungkan dua bangunan Taipei Songshan hotel and Songshan Station ini namanya Xinyi Sky Bridge.
Even masa lalu di kawasan sibuk di tengah bandaraya, kami perhatikan ada banyak taman-taman kecil di celah-celah bangunan tinggi di Taipei ini.
Saya baca di Taipei ada program taman-taman bandar. Taman bandar telah mendapat populariti yang semakin meningkat di sini dalam naratif penyelesaian berasaskan alam semula jadi untuk bandar dan sebagai sebahagian daripada infrastruktur hijau bandar, yang memperkenalkan semula ruang hijau dan fungsi yang berkaitan ke dalam persekitaran terbina, dengan aspirasi menuju ke arah yang lebih mampan dari segi sosial dan ekologi bandar.
Ini sebuah restoran beef noodles. Bagi orang macam saya yang suka beef noodles, memanglah rasa seronok bila find out that there are several halal beef noodles restaurants here in Taipei 😋.
Berjalan ke Raohe Street Night Market di Section 2, Bade Road.
50 Lan, a tea and juice shop.
Masa lalu di sini, kami passed by Songshan Ciyou Temple. Kuil ini ada kami singgah sekejap setelah selesai jalan-jalan di Raohe Street Night Market.
This auntie is selling "large intestine wrapped with small intestine" with side dishes/fillings of vegetables, sauerkraut, garlic and sweet ginger.
Songshan Ciyou Temple.
Masuk saja di entrance ada gerai besar ini. Siap ada disediakan laluan untuk pelanggan berbaris. Tentu popular gerai ini.
Kata Philip memang gerai ini adalah antara gerai yang cukup popular di pasar malam ini.
Pepper cake ini adalah sejenis pastri Cina berbentuk seperti roti yang berasal dari Fuzhou, ibu kota wilayah Fujian di China. Roti itu dibakar dalam ketuhar tanah liat silinder yang serupa dengan ketuhar tandoori dengan menyusun doh secara menegak di bahagian dinding dalam oven. Roti ini disumbat dengan daging babi, bawang hijau dan lada hitam.
Inilah rupa pepper cake. Ia adalah salah satu dari snek/makanan yang ada dijual di pasar malam ini yang mencapai status Michelin / disyorkan oleh Michelin.
Raohe Street Night Market ini ialah salah satu pasar malam paling popular di Taipei di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Terletak di Jalan Raohe di daerah Songshan dengan panjang keseluruhan 600 meter, kawasan pasar malam utama ini terletak antara Seksyen 4, Bade Road dan Raohe Road.
Terdapat dua lorong deretan gerai makan menyusuri Raohe Street ini. Ini bermakna terdapat deretan gerai di tengah-tengah Jalan Raohe, membentuk lorong di kedua-dua belahnya. Sesetengah gerai sangat popular sehingga mempunyai ruang tempat duduk yang memenuhi ruang tengah jalan dan boleh diakses dari kedua-dua belah lorong.
Sebuah gerai menjual jambu batu. Di pasar malam ini ada banyak gerai yang kami nampak menjual pelbagai jenis buah-buahan potong dan jus buah-buahan.
Bermula ketika zaman dinasti China lagi, pasar-pasar malam Taiwan ini mula bertumbuh di bandar-bandar besar berhampiran kuil atau persimpangan jalan-jalan utama pada tahun 1950-an. Pasar pertama begini di Taipei membolehkan pendatang dari luar bandar mencari rezeki dengan menjual hidangan dan makanan ringan dari kampung halaman mereka.
Dibuat dari keladi, tepung ubi dan gula. Jadi halal la kan. Also gerai ini tak ada jual snek lain.
Pada kemuncaknya 10 atau 20 tahun yang lalu, berpuluh-puluh pasar malam individu seperti ini memenuhi bandar, masing-masing bagai pesta-pesta jalanan yang diterangi lampu-lampu neon dipenuhi dengan penduduk tempatan dan pelancong yang mencari makanan ringan kegemaran mereka. Lama kelamaan, Jalan Raohe menjadi paling terkenal dengan pasar malamnya. Hari ini, dianggarkan terdapat 400 gerai makanan dan restoran kecil di Raohe Road ini.
Di kiri kanan Raohe street ini juga ada banyak restoran-restoran.
Menu restoran ini ada 'big smelly' pot, fresh tofu hotpot, vegetable pot, fish head hotpot, lemongrass curry pot dan red tomato pot.
Gerai minuman. Ada black tea, green tea, pearl milk tea, black tea latte dan melon lemon.
Gerai jual sotong bakar.
Deep sea giant squid.
The big grilled sotong.
Siput laut juga ada.
Claw machine games shop.
Tapi tak la nampak hitam. Oh, btw mungkin ada yang tertanya tak ke saya terbau bau-bauan yang kurang menyenangkan, especially bila lalu di gerai-gerai jual pork. Saya boleh tahan sebab pakai mask... hihi 😅.
Satu lagi makanan yang kami nampak banyak gerai jual ialah braised meat. Braised itu adalah rebusan. Actually bukan daging saja yang direbus tapi ada juga animals parts yang lain seperti the innards.
Gerai Lu Wei (滷味 - braised meat). Nampak ada juga kaki ayam dan bahagian dalam haiwan.
Bahagian pertama pasar, terletak berhampiran pintu masuk, menampilkan penjual troli yang menjual pelbagai jenis barangan, seperti barangan keperluan harian, mainan, artifak tradisional dan makanan jalanan. Bahagian kedua menjual pelbagai jenis barangan seperti jambangan bunga, batu permata, dan seni rakyat. Bahagian ketiga adalah tempat kebanyakan gerai makan berada. Banyak jenis masakan Taiwan, minuman dan buah-buahan yang dipotong boleh didapati di sini. Terdapat kawasan rehat kecil dengan tempat duduk di kedua-dua belah pasar.
Gerai menjual Taiwan tempura fish dan shrimp rolls |
Ada gerai yang ada kerusi meja tempat duduk makan.
Mestilah pakai mask... hihi 😄.
Ini gerai menjual Taiwanese traditional dessert, namanya 涼圓 atau Liang Yuan.
Bebola kecil, sejuk dan kenyal ini mempunyai kulit luar yang lut sinar dan disumbat dengan kacang merah atau kacang hijau. Nampak 'photogenic' pulak kuih ini 😄.
Bebola QQ Liang Yuan sejuk kacang merah (kiri) dan kacang hijau (kanan). |
Liang Yuan ialah makanan ringan zaman dulu Taiwan yang ketika itu dijual oleh uncles and aunties dengan pushcarts. Kini ia merupakan salah satu Taiwan street food yang popular. Ia juga dikenali sebagai Cold Tapioca Pearls.
Sempat juga saya rakam cara membuat kuih tradisional ini. Nampaknya si pembuat perlu ada kepakaran dan kesabaran sebab mesti dibuat sebiji-sebiji.
Membalut atau menyaluti setiap ketul pes kacang merah dengan doh tepung ubi menggunakan dua batang lidi kecil.
Once steamed, the sweet potato flour coating will become translucent. Overall, they look like pearls hence the name Cold Tapioca Pearls.
Saya baca ini satu lagi makanan street food yang popular di pasar malam ini. Namanya Dongshan duck head. Tertera di depan gerai ini "An Eight-flavored medicinal diet @ Nationally Certified Qualified Meat".
Dongshan duck head.
Kepala itik direbus terlebih dahulu dalam maltosa, herba Cina, dan kicap, dan kemudian digoreng hingga teksturnya garing. Walaupun kelihatan gelap dikatakan rasanya sebenarnya masin dan manis, dan sangat ketagihan bila makan. Makanan yang dipesan akan digoreng semula untuk meningkatkan rasa dan tekstur. Terdapat juga rumpai laut, kek darah babi (pig's blood cake) dan telur puyuh.
Next, ini pula gerai jual oyster buns.
Selain oyster, juga ada shrimp dan 4 types of fresh meats.
Sampai di persimpangan Raohe Street dan Lane 221, Raohe Street ini kami berpatah balik di jalan yang sama dan lalu di lorong sebelah pasar malam ini pula.
Gerai buah-buahan. Pada papan harga di gerai ini juga tersenarai buah durian dan rambutan.
Fresh cut fruits.
Ini pula gerai crispy doughnuts.
Nice freshly baked golden crispy doughnuts.
Bahagian tempat permainan kanak-kanak.
Kelihatan poster-poster kempen Presiden Taiwan 2024, calon Terry Gou. Terry Gou ialah ahli perniagaan dan ahli politik billionaire Taiwan. Gou ialah pengasas dan bekas pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Foxconn, pengeluar kontrak elektronik terbesar di dunia termasuk untuk Apple. Tapi saya baca dia sudah pun menarik diri dari bertanding.
Oden telah diperkenalkan kepada masakan Taiwan semasa pemerintahan Jepun dan dirujuk dalam bahasa Hokkien Taiwan sebagai 'olen'. Selain bahan yang lebih tradisional, olen Taiwan juga menggunakan banyak bahan tempatan, seperti bebola daging babi dan puding darah.
Restoran ini menjual masakan ayam cara tradisional Cina: sesame oil chicken Buddha, chicken drumstick with sesame oil, sesame oil kidney and sesame oil chicken feet.
Juga ada mushroom chicken feet soup, shredded ginger chicken soup, Suyoushan chicken feet, ginger pork belly soup, ginger pork heart soup and ginger pork liver soup. Orang Taiwan memang suka makan pork.
Gerai Taiwanese fried chicken.
"Taiwanese fried chicken is a popular recipe. Unique sauce, crispy skin, tender and juicy meat, chewy cartilage, more meat and less bone, super mouth-watering".
Gerai beef steak.
Those are 'chicken thigh/drumstick rolls'. Satu lagi snek popular di pasar malam ini. Ia adalah daging peha/drumstick ayam dibalut dengan kulit ayam, boleh digoreng, kukus atau panggang.
Kedai games.
Tembak belon.
Gerai-gerai dengan tempat makan.
Ini yang dijual di gerai-gerai ini, one of them is the stinky tofu yang terkenal itu.
Pork and lamb dishes.
Fried stinky beans.
Di kawasan pasar malam ini ada Song Shan Market.
Songshan Market is located on Bade Road, next to Raohe Street. It was established in 1909. It was originally just a pig slaughtering and distribution ground. Over time, various types of vendors gradually took shape, and the stalls were spread throughout Raohe Street. The street became famous and prosperous for a while. It was not until the 65th year of the Republic of China that Songshan Market gradually transformed into its current market form. It was designated as a monument and historical building by Taipei City.
Gerai minuman.
Hong Kong style frozen lemon tea and frozen milk tea.
Ini satu lagi Michelin recommended stall. Gerai Chen Dong ini menjual braised pork ribs with medicinal herbs.
Although there are many stalls selling medicinal herb stewed pork ribs, the quality of the meat at Chen Tung is sweeter and more delicious. The soup is made by simmering pork ribs and Chinese herbs, resulting in a rich and warm amber-colored broth.
Restoran makanan Jepun.
Fresh fish cutlets.
Gerai ini menjual grilled durian with cheese. Imagine the aromatic smell!
Bersambung dengan PART 02.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment