Monday, December 11, 2023

TAIWAN - TAIPEI CITY TOUR - TAIPEI 101 - PART 02

Assalamualaikum.
Selesai lunch kami pun Taipei 101 Observatory di tingkat 89 bangunan Taipei 101 ini.


iPhone store.


Dari basement kami naik ke tingkat 4 untuk ke Observatory Ticket Counter. Then to the 5th floor Observatory Entrance.

Tingkat 4 ini adalah lokasi high-end stores. Gucci, Cartier and Chanel. 

Luxury retails ini actually ada dari tingkat 1F hingga 4F. So there are many boutiques for your retail therapy 😁.









Di lantai atrium ini ada bulatan menunjukkan arah bandar-bandar dunia. 




Jom naik escalator ke aras 5.


Pemandangan Taipei 101's luxury atrium dari escalator. 

Kedai teh, TWG Tea selling high quality luxury tea from the finest tea brand in the world.
Terpaksa blur muka uncle itu because he was doing something best not done in public 😆.


The Observatory. Jom masuk beli tiket.

Pengunjung boleh bergambar macam dalam poster ini di atas, di tingkat 101.

Ticket counter. Lega rasanya bila tengok tiada barisan panjang. Kata Philip, understandably, ramai pengunjung masa weekend dan public holidays.

Ada beberapa pakej yang boleh pengunjung pilih.

Philips tolong kami belikan tiket. Kami pilih pakej lawat Aras 89 dan Aras 101 yang harganya NTD 980 atau RM 145 seorang.

Ini resit tiket. NTD 1,960 (RM 291) for both of us. 
2 Adult tickets = NTD 600 X 2 = NTD 1,200
101F additional charge = NTD 380 X 2 = NTD 760
Total = NTD 1,960 (RM 290)

Bersama tiket juga diberi 'Welcome Pack' ini.

The tickets. Pada tiket ini tertera the 'Entry Time'. Ours was from 12:00 to 12:30. Untuk ke tingkat 101, the 'Entry Time' is between 13:00 to 14:00. Pada masa itu pukul 12:15 tengahari. 

The 'Welcome Pack'.

Dalam 'Welcome Pack' ini ada discount vouchers untuk beli snacks di atas nanti.

The vouchers.

Masa berjalan ke entrance, kami nampak pada dinding kaca ini 'Muslim Prayer Room'. Lega dan bersyukur sungguh rasanya. Philip kata nanti bila kami dah turun dia akan tunjukkan pada kami lokasi bilik solat itu. Notice that it is a proper dedicated Muslim prayer room for Muslims dan bukan 'Prayer Room'/'Multi Faith Room'/'Contemplation Room' yang juga boleh digunakan oleh penganut-penganut agama lain. 

Berjalan di laluan entrance ke lift.



Di sini juga pelancong ada pilihan untuk bergambar kenangan. Yang posing depan green screen tu la... hihi. 



Di depan lift ada model of the high speed elevator yang digunakan oleh bangunan Taipei 101 ini. Lift 'Guinness World Records' ini adalah lif penumpang terpantas di dunia.

Fascinating!

Di dalam lift.

Pada dinding lift ini (atas buttons panel) ada display menunjukkan pada kita aras, ketinggian, kelajuan dan tempoh perjalanan lif ini naik ke atas. 587 meter seminit! 😮

Suasana dalam lif. Rasa macam futuristik pula.

Dalam suasana kelam dengan siling lif dihiasi dengan lampu-lampu kecil bagai langit malam berbintang dan diiring pula dengan kesan bunyi dan muzik, menjadikan pengalaman ke tingkat 89 sangat mengujakan. 

Semasa di tingkat 63, lif ini bergerak naik ke atas dengan kelajuan maksimum iaitu 1,010 meter seminit. Kami sampai di tingkat 89 dalam masa 36 saat! 😯

Milky way and constellations. 


Observatory di Aras 89. Tak ramai orang, selesa. I reckon because it was a Thursday.


Information counter.

Luas area observatory ini.




Ada beberapa snacks and drinks kiosks.

Taiwan tourism mascot the "OhBear!" which is Taiwan's Formosan black bear.

Ok, jom kita tengok pemandangan bandaraya Taipei dari tingkat 89 bangunan Taipei 101 ini.

Dari observatory ini pengunjung dapat menikmati keindahan pemandangan 360°.



Di horizon sana ialah Pergunungan Yangmingshan.

These are the names of the buildings.


Kelihatan Shin Kong Life Tower, HSR Taipei Station (bumbung merah) and Zhongxiao Bridge yang merentasi Tamsui river.
🔸Shin Kong Life Tower: Tallest building in Taiwan from 1993-1997.
🔸HSR Taipei Station:  It shares the station with Taiwan Railway Administration and links the railway through Taiwan.
🔸Tamsui river: Sungai Tamsui adalah sungai ketiga terpanjang di Taiwan selepas Sungai Zhuoshui dan Sungai Gaoping, dengan panjang keseluruhan 158.7 km.

Padat kawasan ini.





Taipei Dome dan National Dr. Sun Yat-Sen Memorial Hall.



Taipei Arena (the dome) and Taipei Municipal Stadium.

Yang macam piramid itu ialah CTS Building, a television station.

Taipei City Council building.


Dalam foto ini kelihatan Keelung river yang direntasi oleh 4 jambatan; MacArthur Bridge One (kuning), MacArthur Bridge Two (biru), next is Minquan Bridge and yang paling hujung di sana ialah Sun Yat-sen Fwy bridge.

MacArthur Bridge One. 
🔸Jambatan ini dibina semasa pembinaan MacArthur Thruway (the first controlled-access highway in Taiwan) pada tahun 1964 dengan bantuan kewangan dari US. Nama asalnya Beiji Xin Road telah ditukar kepada MacArthur Thruway selepas Jeneral Douglas MacArthur meninggal dunia sebulan sebelum jalan itu dibuka, sebagai penghormatan kepada Jeneral tersebut. Hence the name of the bridge.
🔸Jambatan ini adalah salah satu daripada beberapa tempat di Taipei yang menggunakan nama orang asing sebagai penghormatan. Selain Jeneral Douglas MacArthur, adalah George Leslie Mackay (mubaligh Presbyterian pertama ke Taiwan) dan Presiden Franklin D. Roosevelt.
🔸Struktur yang mengagumkan ini ialah jambatan gerbang keluli dua tingkat rusuk tunggal yang pertama di Taiwan. Struktur dan reka bentuk jambatan ini adalah dianggap sebagai international rarities dan sistem pencahayaan berkomputer hiasannya menawarkan penonton pemandangan berwarna-warni dalam landskap waktu malam.

MacArthur Bridge Two. 






Minquan Bridge and Sun Yat-sen Fwy bridge over Keelung river.


Dari tingkat 89 bangunan Taipei 101 ini juga nampak Taipei Songshan Airport. 

Wikipedia:
🔸Taipei Songshan Airport is a regional airport and military airbase located in Songshan District, Taipei, Taiwan. 
🔸The civilian section of Songshan Airport has scheduled flights to domestic destinations in Taiwan and international destinations including Seoul, Tokyo, and select cities in China. 
🔸Songshan serves only a small portion of the international flights for Taipei compared to the larger Taoyuan International Airport. 
🔸Songshan Airport is also the base of certain Republic of China Air Force units as part of the Songshan Air Force Base. 
🔸The Songshan Base Command's main mission is to serve the President and Vice President of Taiwan.



Di Observatory ini ada panel/screen yang menunjukkan pemandangan berlabel waktu siang dan malam.

Cantik sungguh pemandangan malam bandaraya Taipei.



Dalam bangunan Taipei 101 ini ada dipasang Tuned Mass Damper untuk perlindungan dari taufan dan gempa bumi. Later kami ada melawat tempat damper itu.

Ada sudut lantai berkaca. Saya tak berani... 😅.


Gayat!!


Pemandangan sebelah timur bangunan Taipei 101. 


Yongchungang Park, popular for its hiking trails.

Terowong kembar yang menembusi gunung di Xiangshan.

Gift shop.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
  
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment