Monday, June 19, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY: CINQUE TERRE - MANAROLA - PART 01

Assalamualaikum.
Ok, sudah sampai ke pekan Manarola. 

Pada tahun 1997, UNESCO mengiktiraf Cinque Terre sebagai tapak Warisan Dunia: "landskap budaya yang luar biasa yang dicipta oleh usaha manusia sepanjang milenium dalam persekitaran semula jadi yang lasak dan dramatik. Ia mewakili interaksi harmoni antara manusia dan alam semula jadi untuk menghasilkan landskap kualiti pemandangan yang luar biasa”.
Lima bandar yang membentuk Cinque Terre adalah Riomaggiore, Manarola, Corniglia, Vernazza dan Monterosso, yang bermula dengan penempatan berkubu zaman pertengahan, masing-masing dilindungi oleh sebuah castle yang menghadap ke laut yang mengawal serangan Saracen.

Lepas melalui terowong yang menembusi bukit tepi laut dari Stesen tren Manarola, kami pun tiba di pekan Manarola ini. Kami terus dihidang dengan pemandangan bangunan-bangunan berwarna warni ini. 

Keluar dari terowong, ke arah kiri jalan akan membawa pengunjung ke tepian laut. 

Pemandangan ke arah kanan jalan dari terowong. 

Seperti semua 4 pekan-pekan Cinque Terre yang lain, Manarola juga ditutup kepada lalu lintas kereta. Ini bermakna tiada siapa yang boleh memasukinya dengan kereta persendirian termasuk juga penduduknya sendiri kecuali untuk tempoh singkat untuk memuat dan memunggah barangan.

Jom naik ke atas sana untuk ke tepi laut. 



Floor plaque - Parco Nazionale delle Cinque Terre - Cinque Terre National Park.
Wikipedia: Cinque Terre National Park (Italian: Parco Nazionale delle Cinque Terre) is a protected area inducted as an Italian national park in 1999. Located in the province of La Spezia, Liguria, northern Italy, it is the smallest national park in Italy at 4,300 acres, but also the densest with 5,000 permanent inhabitants among the five towns. In addition to the territory of the towns of Cinque Terre (Riomaggiore, Manarola, Corniglia, Vernazza and Monterosso al Mare), the Cinque Terre National Park encompasses parts of the communes of Levanto (Punta Mesco) and La Spezia (Campiglia Sunsets). Cinque Terre was included as a UNESCO World Heritage Site in 1999.

Lepas menaiki tangga tadi, di atas ini ada satu dataran kecil dengan pemandangan menghala ke arah laut dan pemandangan ke arah pekan Manarola. 

Dataran kecil ini boleh nampak bukit ladang anggur yang curam. Industri utama Manarola secara tradisinya adalah memancing dan membuat wain. Wain tempatan, dipanggil Sciacchetrà, sangat terkenal; rujukan daripada tulisan Rom menyebut kualiti tinggi wain yang dihasilkan di rantau ini.

Melihat cara perladangan di lereng bukit begini mengingatkan saya pada ladang-ladang lereng bukit atau gunung yang pernah kami nampak ketika percutian-percutian kami yang lalu. Here are the photos:
Ladang sayur, Cameron Highlands

Ladang teh, Cameron Highlands

Ladang sayur, Sabah

Ladang sayur, Sabah

Ladang bawang, Sumatera, Indonesia

Ladang bawang, Sumatera, Indonesia

Sawah padi bertingkat, Bali, Indonesia

Ladang sayur, Manado, Sulawesi, Indonesia

Ladang sayur, Subang, Jawa, Indonesia

Ladang sayur, dalam perjalanan ke Gunung Bromo, Jawa, Indonesia

Ladang teh, Katukithula, Sri Lanka

Ladang teh, Nuwara Eliya, Sri Lanka

Ladang teh, Hangzhou, China

Ladang pokok zaitun, Ajlun, Jordan

Ladang pokok zaitun, Ajlun, Jordan

Ladang pokok zaitun, Ajlun, Jordan

Ok, sambung semula cerita di Manarola... 😅.

Manarola ('Manaea' dalam dialek tempatan) ialah sebuah bandar kecil, Perbandaran Riomaggiore, dalam wilayah La Spezia, Liguria, Itali utara. Ia adalah bandar kedua terkecil di Cinque Terre yang sering dikunjungi pelancong. Populasinya hanya 353 orang.

Manarola mungkin merupakan bandar tertua di Cinque Terre, dengan gerejanya, San Lorenzo yang bertarikh dari 1338. Dialek tempatan ialah Manarolese. Nama "Manarola" mungkin merupakan evolusi dialektik dari bahasa Latin, "Magna rota". Dalam dialek Manarolese, ini ditukar kepada "Magna roea" yang bermaksud "roda besar", yang ada kaitan dengan mill wheel di pekan ini.


Dataran kecil ini namanya 'The Circles of Fishes' yang dihiasi dengan mozek yang sangat cantik. Seperti yang tertera di mozek ini, bulatan ini adalah karya Flavia Benedetto.

Di tengah bulatan ini ada mozek burung-burung camar sedang terbang hasil karya Silvio Benedetto, Olga Macaluso, Bruno Amman dan Silvia Lotti yang mempamerkan beberapa spesis burung camar yang ada di Cinque Terre National Park ini.

Mengelilingi mozek burung-burung camar tadi adalah spesis ikan-ikan yang ada di sekitar Cinque Terre National Park ini di Laut Ligurian / di Itali secara amnya.
Top: chromis chromis, painted comber, barracuda
Bottom: Symphodus, mullet, perch

Top: wrasse, scorpionfish, john dory
Bottom: moray eel, gobius, anchovy

Sea bream and butterfly blenny

Lepas a short introduction about this place dan tentukan masa untuk berkumpul semula by Amar, our tour guide, kami pun gerak to explore. 

Di sini ada beberapa cafes and restaurants and souvenir shops.

Di sini juga ada khidmat boat tours termasuk sunset tours. 

Turun ramp ini untuk ke area tepi laut.


Kelihatan tidaklah terlalu ramai pelancong.

Ada papan info besar di sini tentang Cinque Terre. 


Tentang perkampungan Manarola. 


Also about Cinque Terre Protected Area.


I really like the ensemble 3rd from right 😃.


Kedai gelato dengan bermacam perasa.


Salah satu cafe yang ada di sini.


Yes, pelancong dibenarkan bawa anjing di sini. 

Kata Amar berjalan di jalan ini rasa macam berada dalam movie set. I agree. 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Manarola dan bandar-bandar jirannya telah menjadi destinasi pelancongan yang popular, terutamanya pada bulan-bulan musim panas, dengan kira-kira 2.5 juta orang melawat pekan ini setiap tahun. Tarikan pelancong di rantau ini termasuk denai berjalan kaki yang terkenal antara Manarola dan Riomaggiore (dipanggil Via dell'Amore, "Love's Trail") dan denai kembara di bukit dan ladang anggur di atas pekan. 







Dah nampak Laut Ligurian. 


Manarola tidak mempunyai pantai berpasir tetapi menawarkan deep-water swimming terbaik di rantau Cinque Terre untuk aktiviti air seperti snorkeling. 

Boleh juga mendaki atau berjalan kaki, kerana di sini juga ada denai mendaki yang indah di bukit sekitar dan laluan pejalan kaki yang 'romantis' bernama Via dell'Amore yang menghubungkan Manarola dengan Riomaggiore yang berdekatan.

Alhamdulillah, cuaca cukup baik masa itu. Amar kata pernah sekali dia bawa group ke sini dan cuaca masa itu mendung dan suasananya suram dan kelabu, maka masa itu tidaklah nampak clear blue sky dan laut biru begini.

Boat tour for small group. Walaupun kami diberi masa yang agak lama untuk explore tempat ini tapi kami tidak buat boat tour but opted to jalan-jalan sehingga ke hujung di laluan tepi bukit berbatu ini.

Cantik air laut di teluk ini, blue and turquoise. 


Ada tangga turun ke bawah tu untuk melihat pemandangan pekan Manarola ini dari arah laut.


Anjung tinjau ini merupakan spot yang bagus untuk menikmati keindahan teluk di pekan ini.

Memanglah cantik bangunan-bangunan warna pastel ini tapi saya asyik terfikir tentulah payah dan kelelahan nak panjat tangga untuk naik sampai ke atas sana... hihi 😅.



Ada jeti feri besar di hujung untuk cruise for big groups.


Satu lagi view point yang ada di sini.

Itulah jalan tepi bukit yang kami akan lalui sekejap lagi. 



Laluan tepi laut di lereng bukit ini menghubungkan Manarola dan Corniglia melalui Volastra. Ini sedikit maklumat tentangnya.
Masa untuk berjalan: 2 jam 30 minit.
Jarak: 5 km (3 batu).
Ketinggian maksimum: 400 meter (1300 kaki).
Tahap kesukaran: sederhana.

Dari Manarola ini ada satu lagi laluan dan ia menghubungkan Manarola dengan Riomaggiore. Laluan itu namanya Via dell'Amore dan kami tidak lalu di jalan itu. Lokasi laluan itu adalah di sebelah kiri teluk ini jika kita mengadap ke arah laut. 

Kedua-dua laluan Manarola ke Corniglia dan ke Riomaggiore adalah merupakan sebahagian dari laluan yang menyambungkan semua 5 perkampungan di Cinque Terre ini. Keseluruhan trail ini namanya Sentierro Azurro atau Blue Path. 
Sentierro Azurro atau Blue Path

Dibina di muara Volastra Creek, walaupun Manarola mungkin diasaskan pada zaman Rom, penempatan sekarang ini bermula sejak dari akhir abad ke-12, apabila penduduk Volastra, Vicus Olestre purba, turun dari kawasan bukit untuk mengeksploitasi sumber semula jadi laut. Seperti perkampungan Cinque Terre yang lain; Monterosso al Mare, Vernazza, Corniglia dan Riomaggiore, Manarola berkembang di bawah Republik Genoa dan mengalami pembangunan di mana sebahagian besar penduduknya berkerja sebagai nelayan dan petani.

Kebanyakan rumah dan bangunan-bangunan lereng bukit di sini berwarna-warni, dicat dengan warna-warna terang yang merupakan peninggalan zaman pertengahan yang tidak ternilai. 

🔹I MANAROLESI QUESTA STRADA SE LA SONO SPONTANEAMENTE ARGHITETTAT E GOSTRUITA PER SÉ E PER GLI ALTRI DAL 1967 AL 1969
🔹THE MANAROLESI HAVE SPONTANEOUSLY DESIGNED AND BUILT THIS ROAD FOR THEMSELVES AND FOR OTHERS FROM 1967 TO 1969

Manarola, yang dibina di lereng batu tinggi 70 meter di atas paras laut, adalah salah satu pekan Cinque Terre yang paling menawan dan romantis. Pelabuhan kecil ini mempunyai tanjakan bot, piazza kecil dan rumah pelbagai warna yang indah menghadap ke laut.

Inilah pemandangan ikonik Manarola yang sering kita lihat kalau buat carian di internet.



Feri-feri di sini adalah dari pelabuhan Levanto, La Spezia dan Portovenere ke perkampungan Cinque Terre yang berhenti di Monterosso, Vernazza, Manarola dan Riomaggiore. Tiada feri ke Corniglia kerana ia adalah satu-satunya kampung yang tidak mempunyai akses melalui jalan air.



Memang cantik biru sungguh air lautnya.



Ok, jom kita jalan-jalan di tepian teluk ini. 

Jalan dari Manarola ke Corniglia ini adalah salah satu yang paling panorama di Cinque Terre yang melalui ladang zaitun, ladang anggur, hutan dan tebing, melalui Volastra.



Bergambar dengan latarbelakang ikonik Manarola.

Di sepanjang laluan ini ada disediakan banyak tempat duduk untuk pelancong berehat sambil menikmati keindahan Manarola.

Memang tak puas-puas ambil gambar pemandangan ini. Maklumlah, bila la kami akan dapat ke sini lagi, not that we plan to come here again lah... hihi 😄. Jadi haruslah diabadikan pengalaman ini dengan merakam banyak foto dan diblog di sini. Agar aku tidak lupa 😄.



Terdapat pelbagai jenis vegetations yang tumbuh subur di lereng bukit berbatu ini. 

This is a plaque in memory of a person named Dario Rollandi yang abu mayatnya ditabur di sini di atas permintaannya. Tapi saya baca di Gereja Katolik di Itali telah mengeluarkan garis panduan (dalam apendiks Funeral Rites issued by Italian Episcopal Conference) yang menegah penyebaran jenazah seseorang yang dibakar atau menyimpannya di dalam tabung abu mayat di rumah. Ia mestilah disimpan di tanah perkuburan. Amalan menyebarkan abu di alam liar atau menyimpannya di tempat selain tanah perkuburan menimbulkan banyak kebimbangan tentang konsistensi sepenuhnya dengan kepercayaan Kristian, terutamanya apabila ia membayangkan konsep panteistik atau naturalis.
Tegahan Gereja Katolik Itali itu telah dibuat pada 2012, sama tahun dengan tahun yang ada pada plak ini. Mungkin garis panduan oleh Gereja Katolik Itali ini dibuat berikutan dari perbuatan menabur abu mayat Dario Rollandi di sini.




This Hottentot fig. The fruits of the Hottentot fig are succulent and edible and may be dried or used to make jams.




Kaktus pun ada, yang juga boleh tumbuh di celah-celah batu di sini.


Since sudah lunch time, maka kami pun cari spot untuk makan tengahari. Tapi sebelum tu bergambar dulu 😄.



A man and his super cute dog. 

Our lunch - piadina rotolo kebab (flat bread kebab) and spaghetti al pomodoro (spaghetti with tomato sauce).

Super delicious.

Having our lunch sambil menikmati keindahan Manarolo.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment