Friday, June 9, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY: PIAZZA DEI MIRACOLI

Assalamualaikum.
Lepas decide tak naik Menara condong Pisa sebab long queue dan kena panjat 251 anak tangga 😅, kami pun bercadang untuk masuk ke Pisa Cathedral, di sebelah Pisa Tower. Petugas di pintu masuk ke katedral itu beritahu kami perlu ke pejabat tiket untuk dapatkan pass dan waktu berjadual untuk masuk ke dalam katedral itu. 

Satu benda saya nak kongsi, masa bertanya pada petugas wanita tadi, bila saya tanya berapa harga tiket, dia tanpa hesitation and with straight face terus beritahu saya "Ticket is free but if you wear mask, it will cost Euro 50,". Wah! Terkejut saya! Sebab saya ketika itu memang sedang memakai pelitup muka. Then petugas itu dan petugas yang seorang lagi tetiba tersengih dan ketawa... laaa... rupanya mereka bergurau. Cis! Hahahaha... 😄.

Berjalan ke pejabat tiket.





There were a lot of tourists tapi tidaklah sesak. 

Ini patung Angelo Caduto atau Fallen Angel. Dicipta oleh pengukir Poland Igor Mitoraj dan ditempatkan di padang ini pada 2012. 

Fallen angels are angels who were expelled from heaven. 


Tiba di pejabat tiket, kami terus ke kaunter dan buat enquiries. Rupanya ada bermacam pakej untuk lawat semua monumen-monumen yang ada di dataran ini dengan harga-harga yang sama atau berlainan, depending on which monuments you would like to visit. Tiada caj dikenakan untuk masuk ke Pisa Cathedral tapi ada masa yang ditetapkan untuk setiap pelawat masuk. Ketika itu, waktu lawatan seterusnya adalah pada pukul 5:30 petang. Tentulah slot masa ini tidak dapat kami join sebab kami mesti berkumpul pada pukul 4:45 petang untuk ke hotel. Penting menepati waktu rendezvous supaya kami sempat sampai hotel dan bersolat sebelum waktu habis. 

Ada kedai souvenir. Jom masuk tengok. 

Macam-macam ada. 




Ada satu pagi patung di dataran ini. Namanya Lupa Capitolina atau Capitoline Wolf. 

Serigala betina mitos menyusukan kembar, Romulus dan Remus, dari legenda penubuhan Rom.

Torre di Pisa and Cattedrale di Pisa.

Memandangkan ada kekangan masa, maka kami pun tidaklah dapat untuk masuk ke dalam monumen-monumen di sini. Hendak masuk pun mesti ikut jadual waktu lawatan yang telah ditetapkan. Jadi kami jalan-jalan saja pusing kawasan dataran ini. 

Pisa Cathedral.

Sebahagian Pisa Cathedral sedang dibaikpulih.





Ini Battistero di San Giovanni atau Baptistery of San Giovanni.

Bahagian luar kubah Baptistery ini disalut dengan kepingan plumbum di sebelah timurnya (menghadap katedral) dan dengan jubin merah di sebelah baratnya (menghadap ke laut), memberikan rupa separuh kelabu dan separuh merah dari selatan.


Ini pula bangunan Camposanto. 

Camposanto ialah monumen terakhir di Piazza del Duomo dibina dengan dinding marmar panjangnya mengapit sempadan utara datarannya. Ia diasaskan pada tahun 1277 untuk menempatkan kubur-kubur yang sehingga itu bertaburan di sekitar Katedral. Archbishop Federico Visconti mahu bangunan itu menjadi "tempat yang besar dan bermaruah, terpencil dan tertutup". Begitulah bagaimana salah satu seni bina Kristian Medieval tertua untuk pengabdian orang mati wujud.












Pisa Cathedral. Pembinaan katedral ini bermula pada tahun 1063 (1064 jika mengikut kalendar Pisan pada masa itu) oleh arkitek Buscheto, dengan kosnya dibiayai menggunakan harta rampasan yang didapati semasa memerangi umat Islam di Sicily pada tahun 1063. Kubah elliptical yang menarik yang ditambah pada bumbung katedral ini tahun 1380 adalah diilhamkan dari elemen binaan gaya Moors menjadikan ia yang pertama seumpamanya di Eropah pada masa itu.

Senibina katedral ini merangkumi pelbagai elemen gaya: klasik, Lombard-Emilian, Byzantine, dan Islam, berdasarkan kehadiran antarabangsa pedagang Pisan pada masa itu. Pada tahun yang sama, Basilika St. Mark memulakan pembinaan semula di Venice, bukti persaingan yang kuat antara dua republik maritim untuk melihat yang mana boleh mewujudkan tempat ibadat yang paling indah dan mewah.

Dengan siapnya kerja-kerja pembesaran pada tahun 1118, ia adalah Katedral terbesar di Eropah selama hampir satu abad, dan merupakan kebanggaan bandar ini.

Susunan selang seli hitam dan putih marmar adalah elemen ciri binaan gaya Islam.





Virgin Mary and Angels.

John the Baptist.

Saint Reparata - Christian martyr.












Foto-foto dalam katedral ini sumber dari www.opapisa.it.





Seterusnya, Battistero di San Giovanni atau Baptistery of San Giovanni. Pisa Baptistery of St. John ialah sebuah bangunan gereja Roman Katolik di Pisa, Itali. Pembinaannya bermula pada tahun 1152 untuk menggantikan tempat pembaptisan yang lebih lama, dan apabila ia siap pada tahun 1363, ia menjadi bangunan kedua, dalam susunan kronologi, di Piazza dei Miracoli.

Baptistery Pisa ini adalah contoh peralihan daripada gaya binaan Romanesque kepada gaya Gothic: bahagian bawah adalah dalam gaya Romanesque, dengan gerbang bulat, manakala bahagian atas adalah dalam gaya Gothic.

Bangunan Baptistery ini hampir sama tinggi dengan Menara Condong Pisa. Ia sebenarnya adalah tempat pembaptisan terbesar di Itali dengan ketinggian 55 meter dan dengan lilitan lebih daripada 100 meter. 

Tapak bangunan kompleks katedral ini dibuka pada tahun 1063. Katedral dibina terlebih dahulu, selepas itu kerja-kerja di Baptistery dimulakan pada 1153 yang merupakan tambahan yang layak kepada katedral terbesar di Eropah ketika itu. Dua puluh tahun kemudian tiba giliran menara loceng. Fenomena seni bina ini adalah bagaikan 'Pisa’s business card'. Satu cara untuk menunjukkan kepada dunia betapa berkuasa dan kayanya bandar Pisa ketika itu.

Sebenarnya banyak bangunan-bangunan di Pisa condong, bukan sahaja Menara Condong Pisa. Begitu juga dengan bangunan Baptistery yang besar ini. Walaupun tidak begitu ketara, ia sebenarnya condong 0.6° ke arah katedral. Sebab ini berlaku adalah kerana tanah di Pisa kaya dengan pasir dan tanah liat.

Baptistery selalunya adalah sebuah chapel, di dalam gereja di mana upacara pembaptisan diadakan. Ia mungkin mempunyai takungan menyimpan air suci yang ringkas, besen yang lebih berhias atau besen yang lebih besar untuk pembaptisan dengan rendaman.

Baptistery juga boleh merupakan bangunan yang berasingan sepenuhnya berlokasi di sebelah gereja. Ini agak biasa di gereja-gereja bersejarah Itali di mana baptistery dibina sama hebat atau lebih hebat dari gerejanya sendiri.

Bangunan Baptistery cenderung mempunyai beberapa perkara yang sama, bermula dengan sama ada berbentuk bulat atau, lebih simbolik, berbentuk segi lapan. Lapan sisi oktagon mewakili hari ke-8, yang dalam teologi Kristian adalah hari di mana kehidupan baru bermula. Baptisteries juga paling kerap dinamakan sempena San Giovanni kerana San Giovanni (St. John dalam bahasa Inggeris) dikenali sebagai San Giovanni Battista (St. John the Baptist). Dia melakukan upacara pembaptisan sebelum zaman Kristian sebagai satu bentuk penyucian. Dia kemudiannya menjadi salah seorang daripada 12 apostles.

Pada bangunan-bangunan keagamaan Kristian lama, pasti ada banyak hiasan patung-patung baik di facade luar atau dalam bangunan. Begitu jugalah dengan baptistery ini.


The architrave over the main portal. The architrave is divided in two tiers. The upper one is slightly tilted and shows Christ between the Mary and St. John the Baptist, flanked by angels and the evangelists. 

Christ between the Mary and St. John the Baptist, flanked by angels and the evangelists. 



The lower tier depicts several episodes in the life of St. John the Baptist, the natural patron of the baptistery: his sermon, the baptism of Christ, his imprisonment on behalf of Herod, Salome dances before Herod, his subsequent beheading and his burial. 






Since kami tak masuk dalam Baptistery ini, saya kongsi beberapa foto di dalam nya dari sumber www.opapisa.it.

















Ok, selesai sudah lawatan kami di Piazza dei Miracoli ini. Berkumpul pada pukul 4:45 petang, tapi kami keluar setengah jam awal untuk cari makanan. 


Kami singgah di restoran halal ini. Actually kami nak beli meals for lunch esok sebab di tempat lawatan kami esok iaitu Cinque Terre tiada restoran/cafe menjual makanan halal. 

Pintu depan restoran ini.

Kami order take-away Kebab, Spaghetti dan Samosa, around Euro 30. 

The menu.




Semasa menunggu kami dijamu oleh tuan punya kedai (seorang lelaki Muslim dari India yang sudah duduk di Italy selama lebih 9 tahun) minuman teh masala yang tersangatlah sedap 😋. Percuma pulak tu 😃.


Lepas itu kami singgah sekejap di Supermercato Carrefour Express untuk beli sebuku roti, just in case esok lusa kami tak jumpa makanan halal yang nak dibeli untuk makan tengahari. Bolehlah nanti makan roti tu dengan ready-to-eat food yang kami bawa dari Malaysia.


Suasana di dalam Supermercato Carrefour Express.


The bread.

Berjalan ke tempat berkumpul untuk naik tren. 

Terasa macam weird la juga bila jalan di sini, di Italy, ada penjual yang memanggil-manggil kami untuk beli barang dalam Bahasa Malaysia... hihi 😄.


Sampai di tempat menunggu tren.

Theme park train dah sampai. Jom naik. 




Berjalan ke bas. Ingin saya kongsi di sini, yang trip kami kali ini memang terasa begitu santai sekali. Tiada rasa terkejar-kejar, samada berkejar untuk habis cover jalan-jalan di kawasan lawatan atau berkejar masa untuk bersolat. Part solat itu yang pada kami sungguh melegakan sebab sepanjang kami di Italy dan Switzerland kami memang sempat bersolat di hotel, which were of course lebih tenang dan selesa. Syukur Alhamdulillah. 



Bertolak ke hotel yang terletak dalam Province of Pisa juga.









Kelihatan baptistery, katedral dan menara condong.

Boleh kata panas juga sebenarnya dengan suhu 24℃ sebab udara sini yang kering. Tapi better la dari kesejukan, ye tak. 

Gas station ESSO.









Sungai Arno.





Inilah hotel penginapan kami pada hari pertama kami di Italy - Hotel Galilei - 4 ✰.




Tarik beg masing-masing ke hotel.

Hotel Galilei, Pisa, Italy.

The lobby.


The front desk.


Bilik kami. Alhamdulillah, ada ruang yang selesa untuk kami bersolat dan letak beg-beg besar saiz XL kami ini 😀.


Bilik airnya ada bidet. 



Pemandangan dari tingkap bilik.


Semua makan malam kami sepanjang percutian ini sudah termasuk dalam harga pakej dan disediakan as packed meals. For this particular trip kami rasa cara makan malam begini adalah bagus sebab kalau kami dibawa makan dinner di restoran, kami yang mesti ke hotel dulu untuk solat jamak, tentulah perlu bersiap dan keluar semula dari hotel untuk pergi makan malam. Tambahan pula kemungkinan lokasi restorannya jauh jadi akan ambil masa. As for the travel agent, tentulah juga susah agaknya nak cari restoran halal dan restorannya yang boleh accommodate 25 of us. Anyway, bila tak keluar dinner, maka more time lah untuk kami berehat di hotel.

Moreover, walau pun packed, the meals were cooked on the day as oppose to having the factory made ready-to-eat meals. So kira fresh la dapat makan cooked food. Dan Alhamdulillah, rendang daging dan begedil sedap!

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment