Assalamualaikum.
Baik, saya sambung sikit lagi cerita jalan-jalan kami di laluan lereng tebing batu di Manarola yang merupakan sebahagian dari laluan Sentiero Azzurro atau Blue Path/Trail di Cinque Terre ini.
Pemandangan ikonik yang cukup indah sekali di Manarola. Sebuah perkampungan yang asalnya dibina dengan sebuah castle untuk pertahanan dari serangan musuh.
Kini kampung yang mempunyai penduduk seramai tak sampai 400 orang ini menerima lebih dari 2.5 juta pelancong setiap tahun .
Selesai makan tengahari kebab dan spaghetti, kami pun proceed untuk berjalan sikit lagi di laluan tepi lereng bukit di tepi laut ini.
Saya baca ada yang kata laluan ini adalah yang paling scenic di sepanjang laluan di Sentiero Azzurro Trails.
Feri yang berlayar membawa pelancong dari satu kampung ke satu kampung di Cinque Terre ini.
Pemandangan Manarola Marina yang indah.
Jutaan pelancong ke sini untuk menyaksikan kehebatan dan daya tarikan wilayah Itali ini.
Agave americana var. franzosinii plant.
Satu lagi plak peringatan.
Agaknya pantang nampak pagar di tempat-tempat touristy macam ni, ada la saja pelancong yang nak pasang padlocks, ala love locks la tu... hihi 😄.
Sambil berjalan, sambil kejap-kejap bergambar lah 😄.
Blue Trail ini ialah denai yang paling terkenal di Cinque Terre. Ia menghubungkan kelima-lima kampung dan kerana itu ia terbahagi kepada empat bahagian atau empat laluan. Ia merupakan laluan terpendek antara dua kampung di Cinque Terre ini dengan laluan tepian laut dengan pemandangan yang cukup indah. Tetapi aspek negatifnya ialah sering berlaku tanah runtuh terutamanya selepas hujan lebat yang memaksa penutupan laluan-laluan yang terlibat untuk kerja-kerja pemulihan yang boleh berlangsung selama bertahun-tahun.
Ini antara spots yang best untuk melepak dan tengok views yang cantik.
Bukan sahaja pemandangan ke arah lautannya memukau, tapi tebing denai ini turut terhias cantik dengan tumbuh-tumbuhan liar yang hijau, from big shady trees to small succulent plants and flowery scrubs.
Masa kami lalu di sini ada bau yang cukup harum sekali. Rupanya dari bunga-bunga kuning pokok ini.
Wikipedia: It is the Japanese cheesewood. It is native to Japan (south of Kanto), China, Taiwan, and Korea, but it is used throughout the world as an ornamental plant in landscaping and as cut foliage.
Merupakan trail yang kedua paling mudah dilalui di Blue Trail (Sentiero Azzurro), denai ini mempunyai perbezaan ketinggian minimum yang hampir kita tidak dapat rasa. Tetapi disebabkan terdapat cerun curam di bawahnya maka sering berlaku tanah runtuh. Bertahun-tahun masa diperlukan untuk siap kerja-kerja pemulihan dan pastinya akses ke laluan ini adalah mustahil pada masa itu.
Sepohon pokok yang mampu tumbuh di tebing batu dan bertahan selama mungkin puluhan tahun menghadapi elemen-elemen tepian laut dan perubahan musim.
Ada trails untuk hikers lalui di lereng sana itu untuk sampai ke kampung Corniglia.
Kampung Corniglia.
Stesen tren Corniglia.
Kelihatan ada dipasang pagar dawai/besi (landslide barriers) pada lereng ini. Mungkin di sini pernah berlaku kejadian tanah runtuh.
Di sini pelawat boleh turun ke bawah untuk dekat pada air laut atau untuk mandi.
Perjalanan kami hanya sampai di sini sahaja sebab laluan seterusnya telah ditutup. Ini yang saya baca tentang laluan Manarola ke Corniglia ini:
Keadaan semasa laluan: ditutup untuk tempoh yang lama.
Sebab: tanah runtuh dan ketidakstabilan muka bumi.
Anggaran dibuka sepenuhnya: mulai Mei 2025.
Maklumat lanjut: hanya 300 meter pertama dibuka (dari sebelah Manarola).
Inilah perjalanan kami dari point A ke point B yang cuma sejauh 300 meter.
Denai ini selamat dibuka untuk pelawat lalui sekadar sejauh 300 meter sahaja dari Manarola. The rest of the path is not safe until pemulihan.
Ok, jom kita berpatah balik ke Manarola Marina.
Pelawat boleh turun ke kawasan bawah Manarola Marina ini untuk melepak, berjemur dan berenang dari pagi hingga senja. Walaupun tidak ada pantai berpasir di sini, ia mempunyai beberapa spots air dalam terbaik untuk berenang di sekitarnya.
Kami berdua malas nak turun ke bawah tu. Tengok dari atas ni pun dah cukup le. Also, kot tak tahan lutut nak panjat balik ke atas... hihi 😄.
Kelihatan sudah semakin ramai pelancong yang tiba di sini.
Ok, jom kita jalan ke tempat berkumpul dengan group members yang lain iaitu di dataran The Circle of Fishes sebelum sama-sama berjalan ke stesen tren Manarola untuk balik ke La Spezia.
Macam yang Amar, our tour guide, beritahu, di sini memang tiada restoran/cafe/food kiosk yang jual makanan halal. Tapi yang jual vegetarian meals ada la.
Masa ini sudah pun pukul 1:42 tengahari, jadi sudah agak terik juga.
Di dataran The Circle of Fishes.
Melalui terowong ke stesen tren Manarola.
Menunggu tren di Stesen Manarola.
Kembali ke La Spezia dengan menaiki tren yang berlepas dari Manarola pada pukul 2.30 petang.
Tiba di La Spezia.
Beware of Pickpockets!! Notorious katanya di sini 😕. Berhati-hatilah.
Terus keluar dari stesen tren dan berjalan kaki ke tempat bas parking ikut jalan yang sama yang kami lalui pagi tadinya.
Dataran Piazza Saint Bon.
An obelisk monument.
Kedai ganja.
🔸Wikipedia: At present, cannabis is legal in Italy for medical and industrial uses, although it is strictly regulated, while it is decriminalized for recreational uses. In particular, the possession of small amounts of marijuana for personal use is a civil infraction.
🔸MyCannabis.com: Is Cannabis Decriminalized in Italy? Yes, cannabis was decriminalized in Italy in 2016 and the possession and use of small amounts is not considered as a criminal activity. In 2014, the Italian government enacted a law that distinguishes between drug trafficking and personal drug use.
Piazza Saint Bon.
Masuk ke jalan Via Fiume.
A door with very elaborate decorations.
Di restoran Ali Baba tu adalah tanda Øلال.
Dataran Piazza Giuseppe Garibaldi.
This is Chiesa Salesiani Nostra Signora Della Neve / Salesian Church Our Lady of the Snow.Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment