Assalamualaikum.
Ok, masa ini kami sudah pun tiba di Venice.
Sudah hampir waktu tengahari dengan suhu nyaman 22℃ yang sesuai untuk kami buat outdoor jalan-jalan nanti di bandar Venice.
This is Nave de Vero, Venezia - Bustling, contemporary mall featuring major brand-name shops, restaurants & a large grocery store.
Ketika ini kami sedang melalui kawasan wilayah Venice di bahagian tanah besarnya. Belum lagi sampai ke pulau bersejarahnya.
So, bila saya tengok dalam peta, wilayah Venice essentially terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang di tanah besar dan pulau-pulaunya yang bersejarah.
Peta kiri ialah keseluruhan wilayah Venice yang bersempadan garis merah. Yang kanan adalah pulau Venice yang bersejarah yang popular itu. Pulau inilah yang kami akan lawat. |
Tren yang membawa penumpang berulang alik dari tanah besar Venice ke pulau bersejarah Venice.
Nama stesen tren di pulau ialah Stazione di Venezia Santa Lucia / Venice Santa Lucia Station. Jadi boleh ke pulau bersejarah Venice itu dengan tren. Dengan kenderaan lain seperti kereta dan bas pun boleh juga tapi kena park di tempat parking yang disediakan yang letaknya di luar kawasan pusat bandar bersejarah, seperti stesen tren juga. Fyi, Venice ialah bandar bebas kereta yang hanya boleh diterokai dengan berjalan kaki atau dengan bot.
Pelabuhan untuk bot-bot kecil.
Bas tidak terus ke pulau tapi berhenti dulu di Venice bus check point ini mendapatkan permit bas pelancong untuk ke sana.
Sudah ada permit baru boleh ke pulau.
Tanah besar Venice dan pulau bersejarahnya dihubungkan oleh Ponte della Libertà (Liberty Bridge) ini.
Ponte della Libertà (Jambatan Liberty) ialah jambatan jalan raya yang menghubungkan pulau-pulau yang membentuk pusat bersejarah bandar Venice dan bahagian tanah besar bandar. Jambatan sepanjang 3.85 km ini adalah satu-satunya akses kenderaan ke pusat bersejarah Venice.
Direka pada tahun 1932 oleh jurutera Eugenio Miozzi, jambatan ini dibuka oleh Benito Mussolini pada tahun 1933 sebagai Ponte Littorio ("Lictor's bridge") - nama yang digunakan semasa era Fasis untuk beberapa jambatan Itali yang lain.
Pada akhir Perang Dunia II ia telah dinamakan semula sebagai Ponte della Libertà untuk mengingati berakhirnya pemerintahan diktator Fasis dan pendudukan Nazi.
Jambatan ini dibina menyeberang Venetian Lagoon. Ia adalah sebuah teluk tertutup di Laut Adriatik, di utara Itali, di mana terletaknya bandar Venice.
Pemandangan indah Venetian Lagoon. Kelihatan di hujung sana municipality Porto Marghera di mana terdapat oil refinery Raffineria di Venezia ENI. |
Selalunya ramai, termasuklah saya, merujuk kepada air yang mengelilingi Venice sebagai "lautan". Venice, bagaimanapun, sebenarnya terletak di lagun yang cetek. Lagun ini, yang dipanggil Venetian Lagoon, adalah kawasan yang besar seluas 550 km persegi dengan kedalaman purata hanya 1.2 meter. Oleh itu, kedalaman perairan yang mengelilingi Venice bolehlah dikatakan sebagai lebih macam lopak, bukannya kedalaman lautan!
Itu dah nampak the historical center of Venice.
Di jambatan ini, di samping ada jalanraya juga ada trek kereta api.
Kelihatan kubah besar Chiesa di San Simeon Piccolo / Church of San Simeon Piccolo, sebuah Catholic church.
Ponte della Libertà (Liberty Bridge) ini juga digunakan sebagai laluan tren disamping kenderaan lain seperti kereta dan bas. Kenderaan dalam foto di bawah ini dipanggil 'People Mover'.
rotaie su piattaforma in sede stradale - rails on the platform in the roadway |
Sekilas pandang memang sistem catenary ini nampak macam berserabut tapi sebenarnya begitu teratur dan kemas.
Catenary: a system of overhead wires used to supply electricity to a locomotive, tram (streetcar), or light rail vehicle that is equipped with a pantograph.
Pantograph: a jointed framework conveying a current to a train, tram, or other electric vehicle from overhead wires.
Pemandangan Venetian Lagoon berhampiran pulau Venice historical center.
Perbandaran Venice mempunyai dua stesen tren utama: stesen Venezia Mestre di tanah besar Itali, dan stesen Venezia Santa Lucia di pusat bandar bersejarah iaitu 6 km di luar pesisir di Lagun Venetian.
Kelihatan Dove Vivo Campus San Giobbe dan University Ca' Foscari Venezia.
Kelihatan Forte della stazione. Ia terletak di hujung Ponte della Libertà dan dibina oleh Austria pada tahun 1861.
Tujuan fort ini dibina adalah untuk melindungi bahagian akhir jambatan kereta api yang menuju dari Mestre ke Venice. Pada abad yang lalu, jambatan jalan raya yang menghubungkan Venice ke tanah besar telah dibina dan kubu stesen itu dimasukkan ke dalam pembinaan jambatan itu sendiri. Kubu itu masih wujud walaupun sudah tidak kelihatan oleh mata semua orang.
Di sebelah kiri itu adalah stesen tren Stazione di Venezia Santa Lucia. Di sebelahnya itu adalah bangunan Fondamenta Santa Lucia (transit station building).
Ada satu monumen dengan patung bust di jambatan ini dengan tulisan 'è tornato con l'aureola dei santi alleluia' yang bermaksud 'he returned with the halo of the saints hallelujah'.
Yang ini pula ialah pemandangan pulau Tronchetto (juga dikenali sebagai Isola nuova, bermaksud "Pulau Baru"). Ia adalah sebuah pulau buatan di Venetian Lagoon yang terletak di hujung paling barat pulau utama Venice.
Pulau ini dibina pada tahun 1960-an, dan kini digunakan sebagai tempat letak kenderaan untuk pelancong kerana kenderaan adalah tidak dibenarkan dibawa masuk ke pulau bersejarah Venice. Di pulau ini juga merupakan lokasi stesen tren Venice's People Mover.
Ini peta Pulau Tronchetto.
Kelihatan tren di jambatan Ponte della Libertà sedang meluncur laju menuju ke Stazione di Venezia Santa Lucia.
Kami pun tiba di tempat parking di pulau Tronchetto.
Ini peta perjalanan kami dari Venice Bus Check Point ke pulau Tronchetto melalui jambatan Ponte della Libertà.
Stesen tren dengan design yang futuristik - the Venezia Tronchetto (Piazzale People Mover) train station.
Tronchetto Coach Drop off & Pick Up.
Parcheggio bus turistici - sosta breve (Tour bus parking - short term).
Venezia Tronchetto (Piazzale People Mover) train station.
Turun bas, terus dibawa Amar, our tour guide, ke tempat perhentian waterbus.
Memandangkan tempat parking bas/kenderaan ini merupakan tempat pertama pelancong turun, maka dibina deretan kedai-kedai souvenir yang perlu dilalui oleh setiap pelancong sebelum ke jeti waterbus. Biasalah kan, gitulah salah satu taktik tourism.
Di sini ada disediakan public toilet yang dipanggil bagni comunali atau communal toilets / city toilet. Nak guna fasiliti ini kena bayar 1.5 euro atau RM7.60.
Fyi, kedai-kedai souvenir di sini hampir semuanya menjual barang-barang yang lebih kurang sama. Dan hampir semuanya juga dijaga oleh pekerja Bangladesh/India yang pandai bertutur Bahasa Malaysia. Rupanya bukan di Pisa sahaja ada pekerja-pekerja Bangladesh/India.
Ok lah, sementara menunggu Amar beli tiket waterbus kami, jom kita jalan-jalan tengok apa souvenir yang dijual di sini.
Rows of souvenir plates with pictures of Venezia, Rialto bridge etc.
Boleh dikatakan, topeng Venetian yang paling popular ialah topeng Colombina: Topeng separuh berhias yang dihiasi dengan permata, bulu dan cat. Topeng ini sama ada diikat dengan reben di sekeliling kepala atau dipegang pada baton.
Ok, Amar dah beli tiket, jom kita ke perhentian waterbus, about 100 meter dari sini.
Itulah rupa waterbus yang akan kami naik. Di sini ia dipanggil Vaporetto, istilah yang digunakan oleh orang Itali untuk merujuk kepada bas air awam mereka.
Waterbus yang kami nampak ini datang dari arah sana, iaitu arah selatan dari jeti ini. Waterbus yang akan kami naik nanti akan menuju ke arah timur dari jeti ini.
Penumpang ada pilihan untuk duduk di depan atau belakang bot yang open air atau duduk di dalam.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment