Wednesday, June 7, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY: PIAZZA DEI MIRACOLI - CAMPANILE - THE LEANING TOWER OF PISA

Assalamualaikum.
Ok, sudah pun sampai ke Pisa. Dan selalunya kalau sudah ke sini, maka lawatan akan dibuat untuk melihat menara condong Pisa. Menara ini lokasinya adalah di dalam kompleks sejarah Piazza dei Miracoli atau Square of Miracles.

Untuk ke Piazza dei Miracoli, semua bas menurunkan pelancong di tempat parking bas khas yang namanya 'Parcheggio auto per la Torre di Pisa' atau 'Car parking for the Leaning Tower of Pisa'. Pastinya ini adalah bertujuan untuk mengelak kesesakan lalu lintas berdekatan dengan tempat-tempat lawatan yang setiap hari mungkin dilawat beribu-ribu pelancong. 

Jarak dari Parcheggio auto per la Torre di Pisa ini ke Piazza dei Miracoli adalah lebih kurang 1 km. Jadi ada disediakan keretapi ini untuk bawa pelancong the dataran bersejarah itu.

Seronok pulak kami nak naik theme park train ini... hihi ๐Ÿ˜„.

Ok, jom ๐Ÿ˜ƒ. 

Bergambar dalam tren menuju ke Piazza dei Miracoli.

Ambil foto gerabak keretapi di belakang kami ๐Ÿ˜ƒ.

Melalui jalan Via Pietrasantina. 

 Masuk ke jalan Via Marinello Nelli. 

Dan melalui jalan Via Contessa Matilde. 

Dan kami pun sampai di train stop ini yang lokasinya betul-betul di sebelah tembok Piazza dei Miracoli (tembok kanan dalam foto).

Amar, our tour guide, sedang bertanya driver tren tentang jadual perjalanan tren dari sini ke tempat parking bas tadi supaya bolehlah dia tentukan masa bila kami perlu ke tren stop ini nanti. 

Bergambar dengan tren dengan rekaan 'theme park steam engine train' ๐Ÿ˜ƒ.

Dari train stop ini kelihatan Fortress Torre di Santa Maria yang merupakan sebahagian dari Piazza dei Miracoli.


Dari train stop di jalan Via Contessa Matilde kami dibawa masuk ke jalan Largo Cocco Griffi untuk ke pintu gerbang utama Piazza dei Miracoli yang jaraknya lebih kurang 350 meter.

Di jalan Largo Cocco Griffi ini ada banyak gerai-gerai menjual pelbagai souvenirs. Jeling-jeling je dulu sebab right now mesti jalan cepat masuk ke dalam piazza dulu lah ๐Ÿ˜„. 

Yang kami tak sanga adalah penjual-penjual di sini rata-rata berbangsa Bangladesh/India. On top of that, mereka pandai pula bercakap dalam Bahasa Malaysia. 

Di belakang deretan gerai-gerai ini adalah tanah perkuburan Cimitero Ebraico di Pisa which is a Jewish cemetery of Italian Jews and Jews originating from Spain and Portugal who arrived and found refuge in Pisa. 

Bangunan kedai sovenirs, bar dan restoran. 


Ada restoran halal di sini, terletak betul-betul di luar Piazza dei Miracoli yang memudahkan kami untuk cari makan nanti.

Tembok tinggi dibina mengelilingi Piazza dei Miracoli yang dipanggil 'Mura di Pisa' atau 'Walls of Pisa'.


Dari jalan Largo Cocco Griffi kami masuk pula ke jalan Via Cammeo Carlo Salomone.

Boleh tahan ramai juga pelancong masa itu. Tapi tidaklah terlalu sesak.


Di atas tembok Pisa ini ada laluan pejalan kaki. Dengan ketinggian 11 meter, laluan ini memberikan pelancong peluang untuk memerhati bandar Pisa dari atas sambil mengagumi ciri panorama Pisa dari Piazza dei Miracoli ke Piazzetta Del Rosso. Pembinaan tembok Pisa ini bermula pada 1154 di bahagian bandar utara Arno dan berlangsung sehingga tahun 1161. Kerja-kerja penyiapan seterusnya dilakukan pada tahun 1284 di bahagian kawasan Cittadella Vecchia.

Ada beberapa gerai yang menjual beg dan barangan kulit. 

Gerai ini menjual pelbagai produk tempatan seperti extra virgin olive oil, wine, senduk kayu, pelbagai jenis pasta, balsamic vinegar dan chilli pepper dressing.

Yang ini pula menjual macam-macam souvenirs yang tipikal seperti fridge magnets, key chains, miniature tower of Pisa, ceramic plates and mugs with pictures of Italian iconic historic places and Pinocchio puppets. 

Stall selling typical Italian snacks and drinks plus ice creams.

Nampaknya gerai-gerai di sini menjual barangan yang lebih kurang sama sahaja. 



Ok, sudah sampai ke gerbang utama untuk masuk ke Piazza dei Miracoli. Gerbang ini dipanggil 'Porta Nuova', yang merupakan salah satu landmark di piazza ini.

Jom masuk.

Ini lokasi gerbang masuk Porta Nuova di Piazza dei Miracoli ini.

Pemandangan Walls of Pisa dan Porta Nuova dari dalam Piazza dei Miracoli. Di atas dinding tembok piazza ini ada 'Walkway of Pisa' di mana pelawat boleh buat walking tours. Di laluan sepanjang tiga kilometer ini pelawat boleh melihat menara-menara dan benteng-benteng serta berjalan di atas empat pintu bandar utama iaitu Porta Nuova di Piazza dei Miracoli, Porta a Lucca, Porta San Zeno dan Porta Calcesana.

Dinding Pisa adalah antara yang paling kuno di Itali yang hampir keseluruhannya masih utuh. Kerja pembinaan di lot pertamanya bermula pada 1154 di kawasan yang kini merupakan lokasi Piazza dei Miracoli. Tapak itu tidak dipilih secara kebetulan kerana dinding tersebut dibina bukan sahaja dengan tujuan untuk melindungi bukan sahaja Katedral dan Baptistery masa depan, tetapi juga ia merupakan titik yang paling terdedah dari sudut pandangan tentera.
Segmen dinding pertama ini, yang didirikan di utara bandar dari 1155 hingga 1161, dibina daripada batu kapur kelabu, dipanggil marmar San Giuliano, manakala untuk dinding yang didirikan kemudian, pada penghujung 1346, adalah dibuat dari batu kelabu merah jambu Asciano.

Piazza dei Miracoli, secara rasmi dikenali sebagai Piazza del Duomo, adalah kawasan berdinding seluas 8.87 hektar yang terletak di Pisa, Tuscany, Itali, yang diiktiraf sebagai pusat penting seni zaman pertengahan Eropah dan salah satu kompleks seni bina terbaik di dunia. Pada tahun 1987, seluruh dataran ini telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Dianggap suci oleh Gereja Katolik, dataran ini didominasi oleh empat bangunan keagamaan: Pisa Cathedral, the Pisa Baptistry, the Campanile, and Camposanto Monumentale (Monumental Cemetery). Sebahagian berturap dan sebahagiannya berumput, Piazza dei Miracoli ini juga merupakan tapak Ospedale Nuovo di Santo Spirito (New Hospital of the Holy Spirit), yang menempatkan Museo delle Sinopie (Sinopias Museum) dan Museo dell'Opera del Duomo (Cathedral Museum).


Ini peta Piazza dei Miracoli yang ada dipaparkan di info board di dataran ini ~ historic buildings yang ada di dataran ini adalah Battistero di San Giovanni (Baptistery of San Giovanni), Cattedrale di Pisa (Cathedral of Pisa), Torre di Pisa (Leaning Tower of Pisa) and Camposanto (cemetery).

Saya baca, dikatakan setiap monumen yang ada di dataran ini mewakili laluan kehidupan orang Kristian:
๐Ÿ”ธBirth - the Baptistery. 
๐Ÿ”ธLife - the Cathedral of the Assumption of the Virgin. 
๐Ÿ”ธSufferance - the hospital, now home to the Sinopie Museum;
๐Ÿ”ธDeath - the monumental Cemetery. 
๐Ÿ”ธResurrection - the bell tower, the worldwide famous Leaning Tower.

Ok, sebelum saya teruskan cerita jalan-jalan di piazza ini, saya kongsi dulu beberapa foto-foto lama replika miniature Pisa Cathedral dan Leaning Tower of Pisa yang kami rakam semasa di Ferrari World Abu Dhabi, United Arab Emirates pada 2016. Masa itu memanglah kami tidak pernah sangka yang satu hari nanti we will be seeing the actual historic buildings. 
Bell' Italia, Ferrari World Abu Dhabi

Bell' Italia, Ferrari World Abu Dhabi

Bell' Italia, Ferrari World Abu Dhabi

Bell' Italia, Ferrari World Abu Dhabi

Bell' Italia, Ferrari World Abu Dhabi

Bell' Italia, Ferrari World Abu Dhabi


๐Ÿ”ธThe square of the Cathedral of Pisa represents the best example of the Pisa Romanesque style through its magnificence and perfection, a harmonious fusion of classical, early Christian, Lombard and eastern motifs. The buildings maintain a stylish unity.
๐Ÿ”ธThe Cathedral, the Tower, the Baptistery and the Camposanto represent together the allegory of human life.
๐Ÿ”ธThe Sinopie Museum hosts the big preparatory drawings recovered beneath the frescoes decorating the Camposanto and the Opera del Duomo Museum shows the development of Pisa art and the great Middle Ages sculpture with a new and evocative museum path.
www.opapisa.it

Pusat Piazza dei Miracoli ialah katedral ini, yang merupakan the medieval cathedral of the Archdiocese of Pisa, yang didedikasikan untuk Santa Maria Assunta (St. Mary of the Assumption).

Diasaskan pada 1064 dan disucikan dengan kemegahan yang hebat pada 26 September 1118, katedral ini dibina dalam dua peringkat, satu oleh arkitek Buscheto, yang mencipta susun atur asal dengan badan basilican, dan satu lagi oleh Rainaldo, yang memanjangkan bangunan dan muka bangunan. Bangunan itu akhirnya tidak siap sehingga suku terakhir abad XII, apabila daun gangsa Bonannoรญ diletakkan di pintu tengah, yang kemudiannya dimusnahkan oleh kebakaran yang dahsyat pada tahun 1595.



On the right is the Museo delle Sinopie or Sinopie Museum: 1300s building housing restored frescos and their preparatory outlines, relocated from a cemetery.



Because others were doing it too... hahaha ๐Ÿ˜„.

Ini Campanile (menara loceng), biasanya dikenali sebagai Menara Condong Pisa. Pembinaannya bermula pada tahun 1173 dan berlaku dalam tiga peringkat selama 177 tahun, dengan ruang loceng hanya ditambah pada tahun 1372.
Torre di Pisa ~ ornate 14th century tower with a tilt

Lima tahun selepas pembinaannya dimulakan, apabila menara ini sudah setinggi tiga tingkat, tanah bawahnya yang lembut dan foundation yang lemah menyebabkan bangunan ini tenggelam di sebelah selatannya. Bangunan itu dibiarkan selama satu abad, yang membolehkan tanah bawahnya jadi stabil dan menghalang menara ini daripada tumbang. 

Pada tahun 1272, untuk melaraskan kecondongan menara ini, apabila pembinaannya disambung semula, tingkat atas dibina dengan satu sisi lebih tinggi daripada yang lain. Tingkat ketujuh dan terakhir telah ditambah pada tahun 1319. Pada masa menara ini siap, kecondongannya adalah kira-kira 1°, atau 80 cm dari menegak. Menara ini paling condong bila diukur sebelum tahun 1990, dengan ukuran kecondongan kira-kira 5.5°. Pada 2010, darjah kecondongan ini telah dikurangkan kepada kira-kira 4°.

Kelakar juga tengok pelancong bergambar dengan menara condong. Macam-macam gaya! Iya la, kan sudah sampai sini, maka harus la berinstagram.




Museo delle Sinopie or Sinopie Museum.





Yang sebelah kanan dalam foto ini adalah Fontana dei Putti atau Fountain with Angels.

Fontana dei Putti atau Fountain with Angels ialah air pancut marmar yang indah di Piazza dei Miracoli. Air pancut ini memang berfungsi sepenuhnya semasa ia mula-mula dibuat pada abad ke-17 dan bukan sekadar hiasan. Dipahat oleh Giovanni Antonio Cybei, ia menyediakan sumber air untuk warga tempatan di mana ketika itu di rumah-rumah belum ada sistem paip air rumah. 

Plak pengiktirafan UNESCO.




Di sini juga ada dipaparkan maklumat tentang bangunan-bangunan bersejarah yang ada di dataran ini untuk bacaan pelawat. Jom kita baca.

Maklumat tentang Museo dell'Opera del Duomo ~ a museum, on display are the treasures from the Piazza dei Miracoli.







Ini pula info tentang Museo delle Sinopie / Sinopie Museum ~ contains the historic frescos and outlines on display.






Ini pula tentang Cattedrale di Pisa / Cathedral of Pisa ~ medieval cathedral with marble facade.





Info board on Campanile / Bell Tower ~ Ornate 14th century tower with tilt.







Tentang Camponsato ~ cloistered cemetery with unique fresco.








Infomation on Battistero di San Giovanni / Baptistery of San Giovanni ~ Baptist church, celebrated acoustic and gothic sculptures.









Menara Condong atau Menara Pisa ini tidak pernah digunakan untuk mempertahankan bandar. Ia adalah sebahagian daripada kompleks keagamaan di Dataran Duomo ini dan berfungsi sebagai menara locengnya. 

Ia memainkan peranan aktif dalam penetapan masa dengan tujuh locengnya di mana setiap satu loceng adalah untuk setiap nota muzik. Loceng-loceng itu dibuat pada tahun 1655, seberat tiga setengah tan.

Ia terkenal di seluruh dunia kerana keindahan seni binanya dan kecondongannya yang luar biasa, yang menjadikannya satu keajaiban statik yang tulen. Dan inilah sebabnya ia adalah salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia.


Nak masuk dan panjat menara ini pelancong kena beratur ikut giliran dan jadual masa yang telah ditetapkan. Ini untuk elak over crowding di atas menara ini.

Kami tak larat lah nak naik ke atas sebab kena panjat 251 anak tangga dan dalam keadaan condong pula... hihi ๐Ÿ˜…. Lagi pun masa tak mengizinkan. Oh ya, nak masuk menara ini dan lain-lain monumen di dataran ini mesti beli tiket. Harga tiket ikut jenis-jenis pakej yang disediakan untuk pelancong. 




Madonna And Child Sculpture.

Foto atas: Ukiran pada dinding marble ini menggambarkan Porto Pisano, sebuah pelabuhan utama Republik Pisa satu ketika dahulu. Ia terletak di pantai Laut Ligurian berhampiran muara Sungai Arno. Pada abad ke-13, pada kemuncaknya, Porto Pisano adalah salah satu pelabuhan laut terpenting di Itali, yang menyaingi kedua-dua Genoa dan Venice.
Foto bawah: adegan lembu jantan, naga dan beruang yang menggigit ekor naga. Di bawah inskripsi tertulis: “+ AN DNI (M) CLXXIIII CAPANILE HOC FVIT FVDATVS MSE AVG” yang bermaksud “Menara loceng ini diasaskan pada tahun 1174 pada bulan Ogos”.






The tower's current inclination is about 5.115°.



Since kami tidak masuk ke dalam menara ini maka saya share di sini foto-foto di dalamnya dari www.opapisa.it. 







Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment