Monday, January 25, 2021

KUALA TERENGGANU - PANTAI BATU BUROK DAN TAMAN AWAM LAGUN KUALA IBAI - DAY 03 - PART 04

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Masih lagi dengan cerita bahagian kedua 'Terengganu Private Instagram Day Tour' kami. Next Shafik akan bawa kami ke pantai pula.

Ini peta lokasi tempat-tempat yang sudah kami lawat setakat ini dalam Klook's 'Terengganu Private Instagram Day Tour'. Next we're heading south to Taman Awam Lagun Kuala Ibai dan Masjid Tengku Tengah Zaharah.


Pangsapuri Ladang Tanjung.

KTCC Mall.




Dalam perjalanan tu kami passed by Pantai Batu Burok. Kami tidak turun, just pass by sahaja. Shafik drove us ikut jalan dekat tepi pantai just to show us suasana di pantai ini.

Pantai Batu Buruk (atau Batu Burok) ini lokasinya cuma sekitar 1.5 km saja dari pusat bandar. Jadi ia popularlah. Ada info yang saya baca di sini tidak dibenarkan berenang mandi manda. Tapi ada juga sumber lain yang kata boleh mandi manda tapi kena sangat berjaga-jaga sebab ombak di sini kuat. 

Btw, saya saja la nak tahu cerita asal nama 'Batu Burok' ni dan jumpa la dua cerita.
Kisah 01:
Kisah mitos pergaduhan dua beradik kerabat diraja (tiada kaitan dengan Raja Terengganu) yang berakhir dengan mereka disumpah menjadi batu, seorang di daratan di bukit air terjun dan seorang lagi di laut dekat Pantai Batu Burok. Katanya setelah sumpahan maka lenyaplah juga keturunan diraja itu. ~ Tranung Daily.

Kisah 02:
Dikatakan nama Batu Burok sudah mula digunakan sejak tahun 1940an oleh sekumpulan pekerja tukang rumah yang telah datang dari luar Terengganu dan menetap di kawasan Kampung Batu Burok. Masa mereka mula-mula sampai ke kawasan ini mereka ternampak batu-batu besar seperti sebuah pulau yang rupa batunya buruk. Dari situlah asalnya nama kawasan Batu Burok ini, katanya. ~ ffterengganu.blogspot.com

Banyak juga gerai-gerai yang kami nampak. Tentulah, kan ini tempat berkelah. 

Agaknya ada tak makanan laut celop tepung 😋.


Saya baca Pantai Batu Buruk adalah tempat Gendang Gangsa atau Gendang Dong Son ditemui pada tahun 1964. Penemuan ini amat bersejarah kerana ia membuktikan pantai Batu Buruk telah didiami sejak zaman Mesolitik.

Gendang Dong Son juga ada dijumpai di Sungai Tembeling, Pahang. Dan Gendang Dong Son bersejarah itu pernah saya lihat sendiri di pameran dalam Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang. Maklumatnya seperti di bawah.

Ukiran Bangau seperti depan perahu Payang sering dijadikan hiasan di Terengganu ini.

Amboi... ada fairytale horse and carriage! 😀

Bila tengok horse carriages di sini teringat saya pada other horse/other animal carriages (real/statues) yang pernah saya nampak masa cuti-cuti dulu, though they are not quite as fairytale-like... hehehe 😄. Ini foto-foto kenderaan kereta kuda dan lain-lain binatang yang dapat saya rakam semasa percutian-percutian kami dulu.

Masa kami bercuti di Bukittinggi Sumatera Barat, kami pernah naik kereta kuda ini yang dipanggil Bendi keliling Kota Bukittinggi. Nama kuda ini adalah Ababil and he is a very well behave horse and a beautiful one at that sebab warna dia yang cantik dan bulunya berkilat. Not exactly a fairytale-like ride but we enjoyed it immensely 😃.

Yang ini pula foto kami naik kereta kerbau di Villa Escudero Plantation and Resort di Tiaong Quezon, Philippines. Nama kerbau ni Sandara, cantik dan sihat! Of course speed tak laju, slow and leisurely je 😄.

Dan ini pula pengalaman kami naik kereta kuda di Giza Pyramids Complex, Cairo, Egypt. Ketika ini berlatar belakangkan (dari kiri) Pyramid of Khufu, Pyramid of Khafre dan Pyramid of Menkaure bersama the smaller pyramids ~ the Pyramid of Menkaure's three satellite pyramids or Queens Pyramids. 

Yang ini masa kami naik kereta kuda dari village of Hohenschwangau untuk naik bukit menuju ke Neuschwanstein Castle semasa percutian kami di Jerman. Masa ni walau pun suasana tengah turun salji dalam enchanting Bavarian forest dan kira macam romantik tapi sebenarnya tak romantic sebab kami naik berasak bersama dengan 8 orang pelancong yang lain... hehehe 😄. Despite the packed carriage, still it was quite a 'magical' ride.. hehe. 

Kami juga sempat merakam kenderaan beroda yang ditarik binatang-binatang lain selain kuda seperti below photos.

Kereta unta di Agra, India.

Kereta keldai di Kaherah, Mesir.

Kereta lembu di Desa Talawan, Minahasa Utara, Sulawesi Utara, Indonesia.

Selain di Pantai Batu Burok ni, di tempat lain di Malaysia ada juga saya nampak kereta kuda seperti di Jelita Ostrich Show Farm, Seremban Negeri Sembilan.

Kalau di India pelbagai binatang digunakan untuk menarik kenderaan beroda seperti kuda, unta, lembu dan kerbau.

Kalau di Mesir binatang penarik yang kami nampak yang paling kerap digunakan adalah kuda dan keldai yang selalunya untuk membawa barang-barang. 

Kereta kuda juga digunakan untuk membawa pasangan pengantin di Sumatera Barat. Kalaulah saya dapat ambil gambar kereta kuda ini dengan pengantin kan best! 😄

Kereta kuda/binatang lain juga ada digunakan untuk membawa pelancong dekat kepada places of interest di mana kenderaan bermotor tidak dibenarkan bagi mengelak pencemaran dan kerosakan pada monumen/bangunan etc. 

Ini pula kereta-kereta kuda di Europe. Kereta kuda di sana dibuat lebih elegant la sebab nak bawa pelancong.

Di negara seperti Mesir, India dan Indonesia pengunaan binatang penarik kenderaan beroda banyak digunakan untuk tujuan kerja.

Patung-patung kenderaan beroda ditarik binatang pun ada juga.
Patung kereta lembu di Taman Bunga Merdeka, Melaka; Patung Satria Gatotkaca di Wisata Kabupaten Badung, Bali, Indonesia; Anglesea Art Walk, Victoria, Australia dan miniature kereta kuda di pameran diorama miniature 3D bertajuk 'Once Upon A Time In Beijing' di Miniature Wonders Art Gallery, Ipoh, Perak.

Saya selitkan juga foto-foto kereta-kereta kuda lama.
Kanan: Foto lama kereta kuda 1880an di Melaka dari pameran di Muzium Dunia Melaya Dunia Islam, Melaka.
Kiri: Kereta kuda lama di Muzium Kota Mahsuri, Langkawi.

Selain dari sebagai kenderaan beroda, binatang juga digunakan untuk menarik peserta dalam acara-acara sukan. Ini di Gelanggang Pacuan Kuda Bukik Ambacang Bukittinggi Sumatera Barat. 

Yang ini pula acara Pacu Jawi di Sumatera Barat. 

Ketika itu acara Pacu Jawi ini diadakan Sawah Talimun, Nagari Parambahan, Kecamatan Limo Kaum, Tanahdatar, Sumatera Barat. 


Di Malaysia kita jarang nampak pengunaan kenderaan beroda ditarik binatang except at very few tempat tarikan pelancong. Di negara yang pernah kami lawat seperti Mesir dan India ia banyak digunakan untuk pelbagai tujuan pengangkutan dan ada juga untuk tujuan rekreasi. 

I digresses.... 😅. 

Ok, jom kita ke destinasi seterusnya. 

Gerbang Jalan Sultan Mahmud.

'Allah Peliharakan Sultan dan Sultanah Terengganu'. 

Permai Hotel Kuala Terengganu.

Pelam Asam Boi 😋.

Gerbang Jalan Sultan Mahmud AH18 (Asian Highway 18) Terengganu.

Istana Badariah, Kuala Terengganu.
Istana Badariah telah didirikan pada tahun 1940 di Padang Seri Negara Mukim Batu Buruk.
Istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah iaitu Sultan Terengganu yang ke 13 (1920 - 1942).
Istana ini menjadi tempat sambutan lawatan tetamu agung/negeri.
Istana ini telah menjadi warisan kebangsaan dan pusaka negeri. 

Sebelum ke Masjid Terapung, kami ke Taman Rekreasi Kuala Ibai dulu. 

Gerbang masuk ke Taman Awam Lagun Kuala Ibai dan Masjid Tengku Tengah Zaharah.

Taman Awam Lagun Kuala Ibai. Di pantai ini juga kami cuma pass by sahaja tak stop turun dari kereta sebab Shafik kata dia akan bawa kami stop di Pantai Pulau Kekabu nanti. Kami ok je.  

Ini lokasi Taman Awam Lagun Kuala Ibai dan Masjid Terapung.

Pengunjung pantai ini boleh sewa buggy dan electric motors.

Taman Awam Lagun Kuala Ibai merupakan sebuah taman awam dan rekreasi yang terletak bersebelahan dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung). Taman Awam Lagun Kuala Ibai mempunyai keluasan seluas 48 hektar.

Taman Awam Lagun Kuala Ibai ini merupakan teluk sungai Ibai dan mempunyai beberapa aliran sungai berhampiran. Kerana itu kawasan ini memang kawasan utama untuk kaki pancing. 


Pada waktu lewat petang kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai untuk pelbagai aktiviti terutamanya kanak-kanak yang mandi-manda kerana kawasan ini kurang berbahaya, lebih-lebih lagi apabila air sungai ini surut.





Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments: