السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sambung lagi cerita 'Terengganu Private Instagram Day Tour' kami.
Hari tu hari Jumaat. Jadi selepas lawatan kami ke Kampung Cina, Shafik (our tour guide) drove us back to the hotel for a short program break untuk solat Jumaat. Lepas solat nanti, sambung semula tour program.
Masa kami sampai ke hotel baru pukul 11 pagi. So kami decided to do a bit more jalan-jalan. Cadangnya nak ke Bukit Puteri. So we took Grab car.
Masa on the way, pemandu Grab car beritahu kami yang Bukit Puteri tutup for renovation. Earlier kami sudah check di internet dan tak ada pula kata tutup.
Bila sampai, ya betul la, memang tutup. Yang buka cuma kedai-kedai souvenir di kaki bukit ini.
Kami decided nak ke Bukit Puteri ini kerana dari apa yang kami baca, tempat ini sangat menarik. Ada historical significance, disamping ada beberapa tinggalan sejarah seperti rumah api, singgahsana, loceng besar, kubu pertahanan, meriam dan kubur lama. Saya pula bersetuju untuk ke sini selepas isteri mencadangkan kerana lawatan ke sini akan mempelbagaikan program kami iaitu melawat tempat ada kesan peninggalan bersejarah di Kuala Terengganu.
Maklumat inilah sahaja yang kami dapat.
Memandangkan kami sudah berada di area ini, maka kami pun masuk la ke dalam Pasar Kedai Payang sementara. Jalan-jalan sekejap di dalam tu.
Ini salah satu entrance masuk ke dalam Pasar Besar Kedai Payang yang lama masa saya ke situ pada 2015.
Dulu dan sekarang.
Jom masuk.
Fikir dua kali juga kami nak masuk ke dalam sebab nampak macam sesak. Maklum la, tengah pandemik.
Sekali pandang memang di dalam pasar ini tidak menarik. Reka bentuknya sangat simple dan berpetak-petak. Ini kerana ianya sebuah pasar sementara sebelum siapnya pasar proper yang baru nanti.
Bila saya nampak pak cik ini terus saya teringat. Pernah saya ambik gambar dia back in 2015 masa saya lawat Pasar Besar Kedai Payang yang lama. Saya ingat sebab kedai dialah satu-satunya yang jual sangat banyak jenis kuih muih dan jajan lain.
Inilah foto lama tu.
Memang jenuh la kalau nak pilih kuih mana nak beli di gerai pak cik ni 😄. Unless you already have specific kuih in mind.
Saya beli karipap isi kentang. Minta la RM2. Ingatkan dapat 4 ketul macam di sini, rupanya dapat 10 ketul. Banyaknya.. hehe. Dan tak perasan pulak yang saya minta tu karipap ikan.. hehehe.
Saya perasan pak cik ni masih lagi menggunakan banner yang sama. Fyi, ada tertera 76 jenis kuih muih/jajan pada banner tu.
Section jual pakaian.
Kedai-kedai pakaian di Pasar Kedai Payang lama.
Most of these kuih muih I had to google... hehe. Terus pasang niat nak try semuanya next time di KT 😋😄.
Serunding.
Ini foto-foto lama gerai jual serunding di Pasar Kedai Payang yang lama.
Rempah-rempah gulai.
Foto gerai jual keropok di Pasar Kedai Payang lama.
Dan saya juga terserampak dengan mak cik ni. Foto beliau juga ada saya rakam back in 2015.
Ini foto gerai lama mak cik ini di Pasar Kedai Payang yang lama.
Di pasar ini juga ada barisan warung-warung makan.
Ini contoh gerai makan di Pasar Kedai Payang yang lama. Kalau banding dengan yang baru, yang baru nampak lebih selesa, with high ceiling, ventilation yang bagus dan lebih terbuka.
Ini pula suasana di luar Pasar Kedai Payang lama. Berbanding dengan Pasar Kedai Payang Baru ini, yang baru nampak lebih teratur.
Ok dah, jom balik ke hotel.
Naik Grab car balik ke hotel.
Our lunch. Order dari hotel je.
Ok, setakat ini dalam 'Terengganu Private Instagram Day Tour' kami ni, kami sudah pun ke lokasi-lokasi (termasuk Fauzi Nasi Kerabu) seperti dalam peta di bawah. Selepas short break, kami akan ke beberapa tempat lagi.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
punyalah banyak makanan asli terengganu , dia balik order kat hotel je ..?makan makanan omputeh pulak tu !! :))
ReplyDeletepok him tak ikut SOP ! pakai mask kat dagu!
ramainya yang pakai mask dekat dagu!! sakit mata saya nengok!!
pok him dah banyak uban dalam gambar baru
seriously ??!! rm2 dapat 10 biji karipap ??
sais biasa ? atau kecik !!??
tau tak ? boleh buat serunding guna bread maker !!!
ilmu baru ! saya dah cuba dan jadi!! :))
Hahaha... dah keletihan dah masa tu doc. Plus nak jln2 cari makan near the hotel masa tu tak byk choices. Mostly tutup sebab pandemik.
DeleteKan. Hmm... risau bila nampak yg pakai mask macam tu. Dah la dlm tmpt sesak macam tu. Dukung anak kecil lagi...
Yes doc. Saiz biasa doc, tak kecil sgt tak besar sgt. Jenuh nak ngabih kan.
Pakai bread maker? Huii.. tak pernah dengar pun... hebat tu!