Friday, January 22, 2021

KUALA TERENGGANU - JAMBATAN ANGKAT - DAY 03 - PART 03_01

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Sekarang sambung cerita bahagian kedua 'Terengganu Private Instagram Day Tour' kami. Next Shafik akan bawa kami melawat Jambatan Angkat pula.


Passed by salah satu dari bangunan bersejarah Kuala Terengganu iaitu bangunan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Terengganu yang terletak di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu.

Gerbang Jalan Sultan Zainal Abidin.

Gerbang Dataran Shahbandar.

Pasarnita Tanjung.

Sudah hampir nak sampai ke Jambatan Angkat. Kelihatan Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sedang dalam pembinaan. Bila siap menara setinggi 30 tingkat ini bakal menjadi bangunan tertinggi di Kuala Terengganu. 

Ini lokasi Menara MBKT dan Jambatan Angkat. Menara MBKT di bina di muara Sungai Terengganu mengadap Laut Cina Selatan.

Menara MBKT dan Jambatan Angkat dilihat dari muara Sungai Terengganu.

Di jalan Jambatan Angkat.

Itu dah nampak menara/gerbang Jambatan Angkat.

Maklumat tentang Jambatan Angkat dari Beautiful Terengganu Guide Book.

Jambatan ini dikenali dengan beberapa nama: Jambatan Angkat Terengganu, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu City Centre Drawbridge atau KTCC Drawbridge. 

Jambatan ikonik ini adalah jambatan keempat di kawasan Bandaraya Kuala Terengganu yang melintasi sungai setelah Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir, dan Jambatan Pulau Sekati.

Jambatan Angkat merentasi Sungai Terengganu menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir.

Jambatan ini memendekkan perjalanan dari Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud hingga lebih kurang 10 minit melalui jalan pesisir.

Reka bentuk Jambatan Angkat berbentuk jambatan imbang daun kembar diilhamkan dari London Tower Bridge di London. 

Jambatan imbang daun kembar. Juga dipanggil Jambatan Bascule (Bascule Bridge).
Wikipedia

Jambatan Angkat Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).
Projek KTCC - memastikan pembangunan secara menyeluruh di muara utara (Seberang Takir) dan selatan (Kuala Terengganu). KTCC meliputi kawasan seluas tujuh kilometer dari muara Sungai Terengganu dan akan dibangun dengan pelbagai kemudahan termasuk hotel, pusat beli-belah dan kemudahan pelayaran bertaraf antarabangsa.

Jambatan ini mempunyai jalan raya satu jalur, dua hala dengan lebar 23 meter yang merentangi 638 meter di atas muara Sungai Terengganu. Ia menghubungkan Muara Selatan, sebuah kawasan tanah tebus guna di pusat bandar berdekatan Tanjung, dengan Muara Utara di Seberang Takir. Terdapat ruang legar setinggi 12.5 meter dari paras air ke jambatan apabila daunnya ditutup. Terdapat empat batang menara 15 tingkat tingginya, sepasang untuk setiap pangkal daun jambatan, setiap pasang dihubungkan dengan jejantas.
Elevation from sea level: 106M 
Elevation of street level (tower lobby): 88M
Has 4 main features: Tower, Skybridge, Bascule, Pile-Caps

Tujuan pembinaan Jambatan Angkat.
🔹menyediakan jalan penghubung antara pembangunan muara Utara dan Selatan dan Kuala Terengganu. 
🔹mengurangkan kesesakan lalu lintas.
🔹menyediakan laluan / pintu masuk alternatif yang lebih pantas dari lapangan terbang ke Bandaraya.
🔹menjadi pemangkin utama yang akan membantu mewujudkan pusat komersial Kuala Terengganu City Center.
🔹mempromosikan industri pembinaan kapal.
🔹mengelakkan masalah segmentasi antara kedua muara.
🔹menjadikannya tarikan pelancong yang akan meningkatkan industri pelancongan di Kuala Terengganu secara positif.

Papan tanda jambatan angkat pertama di Malaysia.

Kalau ikut peta ini, nak jalan kaki di jambatan ini akan ambil masa 3 minit sejauh 260 meter. 

Jambatan Angkat ini adalah Ikon Pelancongan Terengganu dan telah dinobat sebagai Ikon Pelancongan Baharu Terbaik tahun 2019 pada acara Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2019.

Di jambatan ini juga ada diadakan acara tahunan iaitu Terengganu Drawbridge Tower Run yang mempunyai larian sejauh 3 km dan 8 km. Selain itu juga ada Pertandingan Triathlon iaitu berlari, kayuh basikal dan berenang ‘across outer basin’ di jambatan angkat.

Shafik turunkan kami di roadside stopping bay ini yang berdekatan dengan pintu masuk untuk naik ke menara jambatan. Ini kerana tiada parking disediakan di atas jambatan ini so visitors have to be dropped off and picked up at this bay/loading lane. Later bila kami sudah selesai dengan lawatan, we'll call Shafik and he will come and pick us up.

Di Jambatan Angkat ini ada 2 pasang menara iaitu pasangan Menara Selatan dan pasangan Menara Utara yang tingginya adalah 72.5 meter tidak termasuk antena sepanjang 16.6 meter. Menara-menara ini adalah setinggi 15 tingkat dan kedua-dua pasang menara ini dihubung dengan skybridges. 

Di skybridge Menara Selatan ada Galeri Awam dan di skybridge Menara Utara ada Restoran (belum dibuka) yang mampu menampung 200 orang. Ruang Sky Bridge dibina dua tingkat, yang membolehkan penyediaan makanan dan peralatan HVAC berada di bawah ruang awam. Menara-menara ini dilengkapi dengan lif dan tangga, surau dan tandas. Ruang solat dan tandas ada di tingkat 13.

Di sini ada 4 lorong jalanraya, ruang pejalan kaki dan pembahagi jalanraya dengan kelebaran 23 meter. 

Untuk pembinaan jambatan ini, pertimbangan yang tinggi diberikan pada ciri estetika untuk memberikan gambaran moden, serta mengekalkan ciri-ciri seni bina tempatan. Contohnya, menara-menara jambatan ini dibuat seperti menara masjid.

Ok, sebelum naik ke menara, ambil gambar dulu di bawah ni.

Muara Sungai Terengganu.


Pulau Duyong.

Ok, jom kita naik ke atas. Di masa pandemik ini maskima 40 orang pelawat sahaja dibenarkan berada di galeri Jambatan Angkat ini at any given time.

Kami akan naik ke Sky Bridge Menara Selatan. Scan MySejahtera dan imbas suhu dahulu sebelum masuk ke lobi Menara Selatan. 

Due to promotion, harga tiket dipotong dari RM15 ke RM5 sahaja. Kami juga diberikan tag nombor yang mesti dipakai sebagai langkah pihak pengurusan jambatan ini mengawal bilangan pengunjung yang ada di dalam galeri pada satu-satu masa. 

Souvenirs yang dijual di lobi Menara Selatan.

Ada kawalan ketat oleh pihak security di entrance yang memastikan tidak lebih 40 pelawat naik ke atas at any one time. Since kami cuma berdua, maka kami dibenarkan naik dahulu. Ada satu keluarga besar diminta menunggu dulu sehingga pelawat-pelawat lain di atas turun and exit the tower.
Pemandangan jalanraya di Jambatan Angkat dari lobi Menara Selatan.

Menunggu lif untuk naik ke Sky Bridge. Kami boleh naik terus ke atas tanpa perlu beratur kerana masa itu tiada pengunjung lain. 

Di tingkat 15 ini ada ruang pameran seperti pameran koleksi seni, sains dan teknologi, sejarah, seni fesyen dan lain-lain.

Let's check out the views.

Di tingkat ini pelawat boleh menyaksikan panorama cantik Laut China Selatan, Sungai Terengganu dan Bandar Kuala Terengganu.

Pemandangan dari Menara Selatan: pelawat boleh lihat Menara Utara and its Sky Bridge dengan background Seberang Takir, Sungai Terengganu (kiri) dan muaranya (kanan) dan Laut China Selatan (at the horizon).

Pemandangan bahagian bawah Menara Utara dan bahagian di mana Jambatan Angkat boleh terbuka. 

Bahagian daun kembar Jambatan Angkat (jambatan Bascule) ini akan dibuka bila kapal yang tingginya melebihi 12.5 meter hendak lalu di bawahnya. Bila dibuka sepenuhnya, tidak ada halangan ketinggian bagi kapal-kapal yang lalu. Kami diberitahu kalau ada kapal nak lalu, notis 24 jam perlu diberi kepada pihak pengurusan Jambatan Angkat dan pihak Maritim. Sebenarnya memang sangat jarang ini berlaku buat masa ini. Selalunya kapal tinggi yang lalu adalah milik syarikat-syarikat Oil & Gas dan ia akan diiring oleh kapal Maritim Malaysia bila lalu di bawah jambatan. Waktu dan masa laluan bergantung kepada makluman di media sosial Facebook dan Instagram Jambatan Angkat.  

Jambatan bascule mempunyai rentang yang berputar ke atas menggunakan sistem hidraulik 3 piston yang terdiri daripada motor dan timbal balik untuk menyokong naik turun jambatan. 

Oleh kerana penjajaran daun dan mesin sangat kritikal, keputusan dibuat untuk menggunakan silinder hidraulik untuk mengendalikan daun-daun bascule. Tiga silinder digunakan untuk setiap daun supaya jika satu silinder gagal berfungsi, jambatan akan tetap beroperasi.

Kedua-dua daun bascule yang boleh dibuka tutup ini dibuat dari keluli dengan permukaan jalanraya konkrit. Setiap daun panjangnya 44.9 meter. Berat daun adalah kira-kira 1600 tan setiap satu.
Apabila kedua-dua daun ditutup, mereka dikunci bersama oleh empat 'batang kunci' atau 'lock bars'. Batang kunci ini dibuat dari keluli berkekuatan tinggi. Batang-batang kunci ini digerakkan dan ditarik menggunakan penggerak linear.

Jambatan ini dikendalikan oleh sistem berasaskan 'conventional relay-based system with a computer operator interface'. Pendekatan ini diambil supaya juruelektrik yang berkelayakan dapat memperbaiki sistem kawalan untuk mengekalkan operasi walaupun sistem berasaskan komputer gagal. Sistem komputer ini boleh mengendali kedua-dua operator interface dan juga sistem pemantauan untuk bekalan kuasa hidraulik dan fungsi sistem kawalan. Dalam lain perkataan, teknologi sistem kawalan dan operasi yang digunakan adalah teknologi yang canggih disamping penggunaan teknologi hidraulik bascule termaju.

Pada jambatan ini juga ada dipasang sistem pencahayaan hiasan yang boleh diprogramkan pada kedua-dua bahagian jambatan yang tetap dan yang bergerak. 

Dan ini pula pemandangan dari Menara Selatan ke arah selatan i.e area Tanjung. Kelihatan ada banyak kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan. 

Bila siap, menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu setinggi 30 tingkat ini bakal menjadi bangunan tertinggi di Kuala Terengganu.

Ruang Galeri Awam.


Hotel penginapan kami, Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu juga boleh dilihat dari menara ini.

Pelawat boleh juga bergambar di Green Screen Photo Booth ini.

Ada pameran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Malaysia Coast Guard), Maritim Malaysia.

Sky bridges di Jambatan Angkat adalah dibina setinggi 2 tingkat. Tinggi menara-menara ini tidak termauk antena adalah 72.5 meter. Antena tu sepanjangnya 16.6 meter. Jadi both combined lebih kurang 89 meter. 

Imej stitching yang tak menjadi.. hehe 😄.

Pemandangan bahagian Jambatan Angkat yang boleh dibuka/tutup.

Pameran di Galeri Awan, Sky Bridge Menara Selatan, Jambatan Angkat.


Pemandangan Menara Utara dengan background Seberang Takir.

Pemandangan menara Jambatan Angkat dan menara Tower Bridge London. Kedua-dua jambatan ada 2 sky bridges. 2 sky bridges Jambatan Angkat menyambungkan 2 pasang menara melintang jambatan sementara 2 sky bridges Tower Bridge menghubungkan 2 menara selari dengan jambatan.

Selain Sky Bridges, di menara ini juga ada Sky Terrace atau deck di kiri dan kanan hujung tiang menara. 

Sebelum masuk ke dalam Sky Terrace mesti tanggal kasut dan pastikan tiada lebih dari 10 orang di dalamnya. 

Pemandangan dari Sky Terrace ke arah Laut China Selatan.

Dalam Sky Terrace ini ada lantai kaca dengan ketebalan 12 mm yang disusun sebanyak sembilan lapisan. Jadi pengunjung bolehlah melihat tembus lantai ke bawah. Seram! 😅

Lantai berkaca di Sky Terrace Jambatan Angkut dan glass floor at London Tower Bridge's Walkway.

Ini pula lantai kaca di Menara Alor Setar (kiri) dan Auckland Sky Tower (kanan).

Pemandangan ke arah muara utara Sungai Terengganu.

Oooiii.. seram tengok sungai/laut di bawah tu! 😅

Ada orang siap duduk dan posing baring-baring atas lantai kaca tu. Kami letak kaki gitu je beraninya 😄. 



Mengadap ke arah muara selatan Sungai Terengganu, kalau zoom-in ketat-ketat boleh juga nampak sikit pantai di Primula Beach Hotel. 



Pemandangan ke arah badaraya Kuala Terengganu.


Pemandangan ke arah Seberang Takir.


Lokasi Jambatan Angkat dan gunung-gunung berdekatan.

Masjid Kampung Seberang Takir.


Gayat! 😅

Lantai kaca Jambatan Angkat dan Tower Bridge, London.

Ok dah, jom kita turun.

As arranged earlier dengan Shafik, bila kami sudah selesai dengan lawatan di Jambatan Angkat, we were to call him to pick us up.

Sambil menunggu Shafik, sambil ambil a few more shots.

Jambatan Angkat dan Tower Bridge, London.




Kami sebenarnya masa ini belum lagi selesai dengan cerita Jambatan Angkat ini sebab now Shafik nak bawa kami ke lokasi yang boleh lihat jambatan ini dari jauh pula.







Jambatan Angkat dan Tower Bridge, London. Actually ilham untuk bina Jambatan Angkat dari Tower Bridge adalah pada bahagian bascule. 

Bergambar sebentar di kawasan lapang ini berlatar belakangkan Jambatan Angkat.

Bergambar bersama Shafik.

Mereka juga bergambar 😊.

Menuju ke destinasi seterusnya.






As a summary, memang seronok dapat lawat ikon baru KT ini. New modern structure with amazing views. Walau pun tidak dapat lihat buka/tutup atau naik/turun bahagian bascule jambatan ini, still for us lawatan ke sini was quite memorable. Kalau anda ke KT, elok masukkan dalam itinerary lawatan ke Jambatan Angkat ini.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. boleh ke kalau nak berjalan kaki melintasi sungai atas jambatan ?

    best kalau dapat buat video/ time lapse masa ka[al lalu dan jambatan terangkat
    kena selalu tengok/cari update jadual..

    mana aci letak sebelah kaki !!!! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think boleh. Tak ada saya nampak sebarang signboard/warning boards prohibiting pedestrian walks.

      Indeed. And yes kena la rajin check their social media accounts. And when the date/time comes, better dah siap2 sampai awal cari location paling best untuk merakam sebelum org lain serbu tmpt yg sama.

      Hahaha.. huii.. itu pun dah dag dig dug dah jantung saya doc.. hehehe...

      Delete