السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Lepas selesai lawatan ke Monument Park, Taman Tamadun Islam, kami balik semula ke hotel penginapan kami, Hotel Paya Bunga. Cadangnya lepas jalan-jalan dalam Monument Park, kami nak naik bot dengan TTI River Cruise but unfortunately trip untuk petang tu sudah fully book sejak dari awal pagi lagi.
Jadi kami pun cari river cruise lain dan kebetulan di lobi Paya Bunga Hotel ini ada banner Payang Water Taxi. Saya pun call to enquire more about the cruise. Unfortunately, yet again, no boat cruise sebab Payang Water Taxi tidak beroperasi untuk sementara waktu kerana kerja-kerja maintenance sedang dilakukan 😕.
However, the Payang Water Taxi staff that I spoke to mencadangkan kami naik boat cruise bersama Pulau Warisan River Cruise yang lokasi jetinya adalah di jeti yang sama dengan jeti Payang Water Taxi. Staff tu juga beri kami contact number Pulau Warisan River Cruise for us to enquire.
Mencadangkan boat cruise lain dan siap bagi contact number.... so very super helpful!
We 💕 Terengganu and its wonderful citizens!
Saya pun terus call Pulau Warisan River Cruise dan confirm mereka beroperasi pada petang itu. Mereka tiada jadual cruise yang khusus. Bot akan berlepas bila sudah cukup 20 orang penumpang and at the time of my call, mereka sudah ada 10 orang penumpang. Maka kelam kabut la kami cepat-cepat bersiap! I even asked the staff not to leave without us... hehe 😄.
Nekad nak naik bot cruise walau pun hujan renyai 😄.
Mujur tak ada masalah nak dapatkan Grab di KT ni. In fact, kami book Grab masa di lobi hotel dan bukan masa di bilik sebab within 3 or 4 minutes after I confirmed booking, the Grab car arrived at the front of the hotel. Cepat betul 😀.
Lalu Kampung Cina menuju ke Pulau Warisan.
Tak jauh, kurang 10 minit dah sampai.
Tiba di Jeti Pulau Warisan.
Jeti Pulau Warisan adalah jeti operasi untuk kedua-dua Pulau Warisan River Cruise dan Payang Water Taxi.
Masa kami sampai tu sudah ada ramai orang sedang berteduh menunggu masa bot nak berlepas.
Alhamdulillah sempat kami dapatkan tiket. Cajnya RM15 seorang.
Suasana di jeti.
Ok, jom kita naik bot.
Beginilah lebih kurang laluan bot untuk Pulau Warisan River Cruise ini. Bermula dari jeti Pulau Warisan, menuju ke Jambatan Sultan Mahmud, pass by Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam, pass by Masjid Kampung Seberang Takir, pass by Jambatan Angkat, menyusuri tepian Pesisir Payang dan akhirnya kembali semula ke jeti Pulau Warisan.
Ada tempat duduk di dalam bot dan penumpang juga boleh naik ke bumbung for 360° panoramic views.
Suasana di dalam bot Pulau Warisan River Cruise. Semua penumpang dimestikan memakai life jacket.
Kami decided untuk duduk di luar di bahagian belakang bot yang ada pangkin tempat duduk. Malas nak naik ke atas sebab tak ada seats dan kalau tiba-tiba hujan lebat kelam kabut pulak nanti nak turun ke bawah. Kalau duduk di belakang ni senang je masuk ke dalam kalau hujan.
Cumanya kalau duduk di belakang ni limited views la sikit. No biggies really.
Ok jom tengok pemandangan-pemandangan yang kami sempat rakam. Ini Pesisir Payang. Not far from here is the Pasar Kedai Payang sementara.
Ini adalah bot penambang yang berkhidmat membawa penumpang dari Jeti Shahbandar (Pasar Payang) ke Jeti Seberang Takir. Caj perjalanan sehalanya cuma RM1 dan ambil masa lebih kurang 10 minit sahaja untuk jarak lebih kurang 1 km.
Laluan bot-bot penambang Seberang Takir.
Bot-bot penambang ini beroperasi seawal pukul 6 pagi hinggalah ke pukul 7 malam. Selain dari untuk bawa the locals menyeberang Sungai Terengganu ini, bot-bot ini juga boleh disewa untuk river cruise.
Jeti Pulau Warisan dan Jambatan Pejalan Kaki Pulau Warisan.
Bangunan berwarna warni tu adalah bangunan lama Pasar Kedai Payang dan di belakangnya adalah hotel penginapan kami Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu.
Pesisir Payang.
Pesisir Payang dan Jambatan Angkat.
Nama bot merah ini adalah Nautica Langsat yang dimiliki oleh EA Technique Bhd, salah satu kumpulan syarikat Johor Corp (JCorp). Dipanggil 'super fast crew boats (FCBs)', bot MV Nautica Langsat ini mampu membawa 70 orang kru luar pesisir dengan kelajuan maksima 25 knot. |
Incorporated in 1993, EA Technique is principally a logistics provider, owner and operator of marine vessels, with its business focused on oil and gas marine transportation and offshore storage and provision of marine port services. |
3 bangunan di Pulau Duyong ini ialah bangunan pejabat dan resort ~ pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Pulau Duyong Jetty Terminal dan Duyong Marina & Resort.
Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu.
Ada pula sebuah bot nelayan kelas A tersadai di pesisiran. A menandakan bot nelayan itu boleh melakukan penangkapan ikan dari jarak pantai hingga 5 batu nautika.
Sign I 💗 KT dan Jambatan Pejalan Kaki Pulau Warisan.
Sebuah lagi FCB milik EA Technique Bhd, the Nautica Gambir.
Ini bot nelayan kelas B. Bot-bot nelayan kelas B boleh menangkap ikan dari jarak 5 batu nautika hingga 12 batu nautika. Tapi boleh juga masuk area bot-bot nelayan C dan C2.
Ini bot nelayan Kelas C. Untuk bot-bot nelayan C, boleh tangkap ikan dari 12 batu nautika hingga 30 batu nautika.
Ada guidelines untuk mengecat warna bot nelayan. Jika warna rumah kemudi sebuah bot adalah berwarna hijau, ia adalah bot nelayan dari negeri Terengganu. Jika merah ia dari Kelantan, oren dari Pahang dan biru dari Johor.
Bot-bot nelayan ni ada yang menggunakan pukat tunda dan pukat jerut. Zon-zon penangkapan ikan bagi bot-bot nelayan yang menggunakan pukat tunda atau pukat jerut adalah sama seperti zon-zon A, B dan C.
Ini zon-zon perikanan.
Ini adalah Jeti Nelayan Pulau Duyong.
Sangkar ikan di atas bot itu adalah bubu kerisi untuk menjerat ikan kerisi. Biasanya bubu dibuat dari buluh dan digunakan di kawasan perairan tidak dalam seperti di sungai dan tasik. Untuk kegunaan dasar laut, bubu yang digunakan adalah seperti bubu kerisi yang dibuat dari kawat. Kebiasaannya bila nelayan tidak turun ke laut ketika musim tengkujuh antara aktiviti yang mereka lakukan ialah membuat bubu kerisi.
Berikut adalah beberapa imej nelayan menangkap ikan kerisi menggunakan bubu kerisi.
Sambung balik cerita river cruise di Sungai Terengganu.
Pemandangan Pulau Duyong.
Sangkar-sangkar ikan di tepi sungai.
Terengganu mempunyai lebih dari 600 pengusaha ikan sangkar. Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ikan sangkar adalah banjir yang berlaku ketika musim tengkujuh boleh menyebabkan pengaliran air tawar meningkat dengan tinggi dari hulu sungai dan mengakibatkan kadar kemasinan air di lokasi sangkar ternakan ikan menurun secara mendadak. Ini boleh menyebabkan banyak ikan mati.
Pemandangan kedua-dua belah laluan river cruise ini. Kanan ialah Pulau Duyong. Kiri adalah benteng tambakan sungai.
Satu lagi bot tersadai yang kami nampak masa river cruise ini.
Pemandangan Jambatan Sultan Mahmud dan Bukit Besar.
Pada Bukit Besar ada sebuah mercu tanda terkenal di Kuala Terengganu iaitu sebuah signboard dengan tulisan besar 'الله PELIHARAKANLAH TERENGGANU'.
Pemandu kenderaan yang masuk ke Kuala Terengganu melalui Jalan Tengku Mizan dapat melihatnya dengan jelas.
Lokasi Jambatan Sultan Mahmud dan Bukit Besar.
Ia dapat dilihat dari jalanraya di Jambatan Sultan Mahmud.
Dibina pada tahun 1988, Jambatan Sultan Mahmud merentasi Sungai Terengganu. Ia juga dikenali sebagai Jambatan Duyong kerana ia merentasi Pulau Duyong.
Jambatan Sultan Mahmud dinamakan sempena Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Nama jalan di jambatan ini pula ialah Jalan Tengku Mizan (sempena Yang di-Pertuan Muda [Putera Mahkota] Terengganu Tengku Mizan Zainal Abidin).
Dari lokasi bot kami ketika itu, kita boleh lihat Jambatan Sultan Mahmud menghubungkan Pulau Duyong dengan tebing selatan Sungai Terengganu.
Sebenarnya 3 jambatan berturutan membentuk keseluruhan Jambatan Sultan Mahmud ini.
🔹Jambatan Utara No.1 (Seberang Takir ⇋ Pulau Besar)
🔹Jambatan Utara No. 2 (Pulau Besar ⇋ Pulau Duyong)
🔹Jambatan Selatan (Pulau Duyong ⇋ Kuala Terengganu)
Ketika ini kami sedang melalui Jambatan Selatan yang menghubungkan Pulau Duyong dan Kuala Terengganu.
Kelihatan Felda Residence Kuala Terengganu dan Paya Bunga Hotel Terengganu.
Ini peta kedudukan bot kami di Sungai Terengganu ketika itu. Juga lokasi Jambatan Sultan Mahmud, Felda Residence dan Paya Bunga Hotel.
Beberapa perahu dengan bubu kerisi di jeti ini.
Tu dah nampak Masjid Kristal.
Di pulau buatan manusia bernama Pulau Wan Man, Masjid Kristal terletak di kawasan Taman Tamadun Islam.
More of the Crystal Mosque in future entry.
Taman Tamadun Islam dilihat dari bot. Ini adalah bangunan Convention Center, TTI.
Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Kelihatan sebuah bengkel bot nelayan di Pulau Duyong. Pulau Duyong memang terkenal sebagai pusat pembinaan bot tradisional dan kapal layar bertaraf antarabangsa. Tak pasti samada bot ini sedang dibina atau sedang diperbaiki atau kerja maintenance.
Bot nelayan dengan sangkar-sangkar bubu kerisi di bumbung rumah kemudi.
Masjid Kristal dan Bukit Besar.
Tak sangka pula dapat rakam Masjid Kristal symmetrical begini dari dalam river cruise boat ini.
Jeti TTI River Cruise.
TTI River Cruise jetty and Convention Center.
Pada masa ini langit sudah mula mendung berat.
The TTI Waterwheel.
Replika Taj Mahal Taman Tamadun Islam.
Replika Kubbah As-Sakhrah/Dome of the Rock dalam Taman Tamadun Islam.
Gerbang Taman Tamadun Islam.
Merakam Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan Bukit Besar dalam satu framing.
Storm's a-comin' !!
Menacing clouds! It was quite a sight to behold!
Forces of nature. SubhanAllah.
Pada masa ini kami menyusuri pesisir Kampung Seberang Tuan Chik Haji yang merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Kuala Nerus, di tepi Sungai Terengganu. Kampung ini dinamakan Seberang Tuan Chik Haji kerana ia terpisah hubungan dengan bandar Kuala Terengganu oleh sungai Terengganu.
Nama sebenar Tuan Chik Haji adalah Syed Ahmad Al-Idrus. Kebanyakan penduduk awal di sini merupakan para saudagar dari Timur Tengah yang berdagang di Tanah Melayu kemudian menyusur ke negeri Terengganu dan menetap di pinggir Sungai Terengganu. Mereka berkahwin dengan orang tempatan dan beranak pinak dan kebanyakan mereka mempunyai pangkat Syed dan Tuan di hadapan nama mereka. Kebanyakan keturunan Syed/Tuan disini adalah dari Al-Khirid dan Al-Idrus.
Dan hujan pun mula turun dengan lebat. Maka berteduhlah kami dalam bot.
Pada masa ini bot sudah sampai ke kawasan Seberang Takir which is bersetentang dengan jeti Pulau Warisan, jeti tempat kami berlepas awal tadi.
Kami dibawa mendekati Jambatan Angkat.
Masjid Kampung Seberang Takir.
Pemandangan Pesisir Payang dan Pasar Kedai Payang sementara.
Epic dark clouds.
Jambatan Angkat. Ikon Terengganu.
Bila hujan sudah mula renyai-renyai bolehlah ambil beberapa lagi gambar.. hehe.
Kelihatan sebuah bot penambang sedang mendekati sebuah kapal. Setahu saya bot-bot penambang di sini hanya bawa penumpang dari Pesisir Payang ke Seberang Takir i.e land to land.
Oh, rupanya bot-bot penambang juga membawa penumpang dari darat ke bot-bot besar and vice versa. Pastinya penumpang-penumpang ini adalah kru kapal Aliya Sari ini.
Keesokkan hari (hari ke 3 kami di KT) kami ada rancangan untuk ke Jambatan Angkat ini. So it was nice to be able to see this drawbridge from this point of view pada hari kedua ini.
Hujan mula lebat balik. Sangat lebat sampai semua penumpang terpaksa menunggu sebentar dalam bot walau pun sudah sampai ke jeti.
Alhamdulillah. Selesai sudah program river cruise kami. Tak dapat naik TTI River Cruise (sebab sudah fully booked), kami dapat juga cruise di Sungai Terengganu bersama Pulau Warisan River Cruise, after finding out Payang Water Taxi was not operating that day due to maintenance. So di Kuala Terengganu kita boleh pilih river cruise dari 3 cruises yang saya sebutkan di atas.
Overall, memang seronok naik river cruise ini kerana ia beri peluang pada kita melihat Kuala Terengganu dan kawasan persisirannya dari sudut yang berlainan. It was a nice and very relaxing cruise with lots of photo opportunities. Tempoh cruise pun tidak lama, kurang sedikit dari sejam. Cajnya pun tidaklah terlampau mahal, cuma RM15 sahaja untuk dewasa. River cruise juga telah mempelbagaikan program percutian kami di Kuala Terengganu ini. Also family outing naik river cruise? Sesuai sangat.
Dari Jeti Pulau Warisan kami pun ambil Grab ke hotel. And oh, ini first time kami naik Grab car yang ada its own MySejahtera QR Code.
Fortunately hujan tidak berpanjangan ke malam. Bolehlah kami keluar for dinner.
Makan malam di PB Station.
Di PB Station ni ada restoran Naj D'Leaf Station.
Scan MySejahtera dan imbas suhu.
Di belakang restoran ini ada murals besar setinggi 4 tingkat.
Lukisan mural besar di bahagian sisi bangunan lama di Jalan Banggol ini dilukis bertemakan Wajah Tradisional Terengganu.
Jom order. Lapar dah!
Our dinner. Sedap sungguh masakan-masakannya. Alhamdulillah.
Tengah makan kami terdengar pelanggan di meja sebelah order keropok lekor. Tak perasan pulak masa tengok menu tadi ada keropok lekor. Kami yang memang teringin nak makan keropok lekor terus la order.. hehe.
Dah kenyang, berjalan balik ke hotel.
Suasana malam di KT.
Ini summary cuti-cuti kami setakat Day 02 di Kuala Terengganu. Alhamdulillah.
Day 01:
➤ Departure & Arrival
➤ Masjid Abidin
➤ Bas Kite
➤ Pesisir Payang
Day 02:
➤ KT Waterfront
➤ Kampung Budaya Terengganu
➤ Muzium Negeri Terengganu
➤ Taman Tamadun Islam
➤ Pulau Warisan River Cruise
Sebelum tidur check weather esok. Hujan juga...
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Alhamdulillah... terbaik Tn. Syed...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih.
Delete