السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dan kami pun tiba di tepi sungai Ibai yang mengadap Masjid Tengku Tengah Zahrah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung.
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Almarhumah Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Setia DiRaja Tengku Omar.
Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Kedudukannya yang strategik di tepi Jalan Sultan Mahmud memudahkan pengunjung dan musafir singgah untuk menunaikan ibadah serta berehat. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan tahun 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh YAM Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
Pereka bentuk masjid yang indah ini telah diilhamkan oleh salah seorang kerabat diraja Terengganu, Yang Mulia Raja Bahrain Shah, iaitu seorang arkitek yang berkaliber. Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin adalah seorang arkitek yang terkenal dengan kepakarannya dalam seni bina Melayu Terengganu. Beliau cukup dikenali sebagai jurubina yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Muzium Negeri Terengganu dan Istana Melawati (Putrajaya).
Masjid ini dibina di tapak dengan keluasan 1,372 meter persegi, mempunyai menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter.
Ia mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang. Dewan solat dibahagian bawahnya dikhususkan untuk jemaah lelaki, manakala jemaah wanitanya pula ditempatkan di tingkat atas.
Masjid ini bercirikan tamadun Islam terdahulu, berdasarkan kepada reka bentuk masjid yang terdapat di zaman Othmaniah. Masjid ini bukan sahaja indah dari segi reka bentuknya tetapi hiasan dalaman dan persekitarannya turut mampu memukau pandangan.
Senibina masjid ini menggabungkan pengaruh moden dan 'Moor'. Pembinaan masjid ini dibuat dengan penggunaan batu marmar, seramik dan bomanit.
Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung, memberikan ia sudut unik.
Masjid putih berkilauan ini turut menjadi ikon baru dalam senibina Islam di negara ini.
Masjid ini ada menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.
Ok, saya kongsi juga foto-foto masjid ini yang saya rakam semasa lawatan saya ke sini pada tahun 2015. Masa tu the sky was bluer and the reflection was more defined 😀.
Jom kita lihat di bahagian dalam Masjid Terapung ini.
Suasana di dalam Masjid Tengku Tengah Zaharah.
"Tidak dapat dinafikan bahawa, institusi masjid sejak zaman Rasulullah SAW telah memainkan peranan yang penting di dalam penggubalan sejarah kebangkitan Islam. Sebagai salah satu pusat yang berperanan penting kepada simbolik wilayah Islam, institusi masjid juga terus berfungsi sebagaimana fungsi-fungsinya yang universal. Di dalam era globalisasi kini, fungsi dan peranan institusi masjid sentiasa dituntut supaya berperanan lebih luas sesuai dengan peredaran masa dan teknologi. Tidak wajar sekiranya sebuah institusi masjid yang dahulunya menjadi pusat pengembangan syiar Islam dikecilkan skopnya sebagai hanya sekadar rumah ibadat semata-mata dan juga sebagai sebuah ikon pelancongan yang hanya memaparkan keindahan senibinanya."
~ Perutusan Pengerusi Masjid Sultan Ismail Chendering, Kuala Terengganu.
Berikut adalah masjid-masjid 'terapung' lain yang berada di tepi laut / sungai / tasik / bodies of water yang pernah saya lihat.
Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Masjid Rahmah, Jeddah.
Masjid Selat, Melaka.
Masjid Omar Ali Saifuddien, Brunei Darussalam.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Kamarul baharin ni yang kecoh dulu masa kita kecik-kecik , yang dia bawak lari anak-anak dia balik malaysia ikut jalan laut , anak-anak dia ex wife dia bawak lari ke Australia kan ?
ReplyDeleteIndeed, that was him lah.
Delete