Friday, January 15, 2021

KUALA TERENGGANU - PENERAPAN SENI WARISAN DI BANDARAYA KUALA TERENGGANU - DAY 03 - PART 02_01

   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Next dalam itinerary Terengganu Instagram Tour kami ialah lawatan ke Kampung Cina. Lepas kekenyangan makan keropok lekor, memang elok kami go for walking tour.. hehe.

Marine Conservation Is Everyone's Responsibility.

Gerbang Kampung Cina di Jalan Kampung Cina.


Beautiful colorful murals.

Kami diturunkan oleh Shafik di Esplanade Pulau Warisan ini.

Pulau Warisan adalah sebuah pulau buatan manusia yang terletak di bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Pulau yang di tambak dalam Sungai Terengganu berhampiran Kuala Terengganu Chinatown ini kini menjadi salah satu tempat kunjungan utama pelancong ke Kuala Terengganu. Antara tarikan yang terdapat disini adalah River Cruise menyusuri Sungai Terengganu dari terusan di Pulau Warisan ke Masjid Kristal di Pulau Wan Man melalui juga Kuala Terengganu Waterfront. ~ Wikipedia

Terdapat monumen-monumen menghiasi laluan keluar/masuk jambatan yang menghubungkan Pulau Warisan dan tebing selatan Sungai Terengganu yang direka bentuk mengikut bahagian depan sebuah perahu nelayan tradisional. 

Reka bentuk monumen Pulau Warisan ini pada pengamatan saya hampir menyerupai bahagian depan perahu-perahu nelayan tradisional Terengganu seperti Perahu Payang dan Perahu Buatan Barat. 

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri, bandar Diraja dan pusat ekonomi utama Negeri Terengganu Darul Iman. Status bandar raya diberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 1 Januari 2008. Mungkin dengan gelaran 'warisan' begitu maka sebab itulah kami nampak banyak ciri-ciri kesenian dan binaan tradisional Terengganu diterapkan dalam usaha pengindahkan bandaraya ini. Selain pengindahan mungkin juga untuk menjadikan seni dan budaya Terengganu lebih relevan. Contohnya seperti monumen-monumen Pulau Warisan di atas. 

Di bawah adalah beberapa lagi contoh-contoh lain pengindahan Bandaraya Kuala Terengganu dibuat dengan menerapkan nilai-nilai kesenian budaya Terengganu yang sempat kami rakam. 

Contoh yang paling jelas adalah keindahan seni bina rumah tradisional Terengganu yang diterapkan dalam pembinaan bangunan Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Bangunan ini dibina mencerminkan senibina Melayu tempatan dengan rekabentuk Rumah Tele ataupun Rumah Bujang Berserambi Selasar. 

Di bawah ini gerbang Pasarnita Tanjung di tapak pasar malam Tanjung yang menampilkan senibina bumbung rumah tradisional Terengganu yang mempunyai papan pemeleh dan buah buton seperti Rumah Bujang Serambi Selasar.

Perkarangan masuk ke Kampung Budaya Terengganu yang dihiasi dengan wakaf dan gazebo yang menonjolkan kesenian binaan budaya Terengganu.

Bangunan Galeri Pelayaran dan Perdagangan di Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini dibina seperti reka bentuk Rumah Bujang Berpeleh.

Ini adalah Jeti Muzium (Pintu Masuk 2) di Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Bumbung jeti ini dibuat seperti atap genting singgora, jenis atap yang sering digunakan pada rumah-rumah tradisi Terengganu. Juga ada papan pemeleh yang merupakan salah satu ciri Rumah Bujang Serambi Selasar, yang dibuat pada bumbung bertingkat dua. Pada papan pemeleh pula dipasang 'Buah Buton' yang merupakan salah satu features yang ada pada reka bentuk bumbung Rumah Limas Belanda/Potong Belanda.

Reka bentuk bumbung berpapan pemeleh dan berbuah buton juga saya perhatikan ada diguna pakai pada bumbung bangunan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. 

Bot river cruise yang kami naiki iaitu Pulau Warisan River Cruise juga mempunyai hiasan ukiran kayu yang cantik seperti yang ada pada rumah-rumah tradisional Terengganu. 

Hiasan ukiran kerewang juga ada pada BAS KITē,  di bahagian atas sekeliling bas. Bumbung bas ini juga dibuat panjang melintang dan dipasang pemeleh di hujung perabungnya menyerupai reka bentuk rumah tradisional Terengganu iaitu Rumah Bujang Berpeleh. 

Di bahagian dalam bas ini turut dihiasi dengan ukiran-ukiran kayu. Pada pintunya ada penghadang berukiran kayu larik yang cantik seperti yang ada pada serambi rumah-rumah Melayu tradisional. 

Pada atas pintu masuk dan tingkap ada dihias dengan ukiran kayu yang cantik yang mirip seperti lubang pengudaraan rumah Melayu lama. Sebahagian silingnya juga dihiasi dengan petak ukiran kayu motif tumbuh-tumbuhan dan juga dengan jaluran kain-kain batik yang cantik berwarna warni menceriakan. 

Kehalusan dan keindahan seni ukiran Terengganu juga diterapkan pada facade dan interior bangunan hotel penginapan kami di Kuala Terengganu iaitu Paya Bunga Hotel Terengganu.
Paya Bunga Hotel Terengganu.

Paya Bunga Hotel Terengganu.

Hiasan papan pemeleh pada gerbang-gerbang Muzium Negeri Terengganu.

Keindahan ukiran kayu hiasan bangau pada perahu nelayan tradisional Terengganu turut menghiasi kolam di depan bangunan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Papan pemeleh berbuah buton pada bumbung laluan di depan bangunan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Gerbang Dataran Shahbandar dengan tiang-tiang berbentuk ukiran bangau perahu nelayan tradisional Terengganu.

Ukiran kayu yang cantik menghiasi pintu masuk ke ruang solat utama Masjid Abidin, Kuala Terengganu.

Projek pengindahan Bandaraya Kuala Terengganu melalui lukisan mural dinding turut mengenengahkan keindahan seni budaya Terengganu.
Ukiran bangau perahu nelayan, wau dan seni tari.

Tiang-tiang lampu jalanraya di Kuala Terengganu juga dihiasi dengan dekorasi berbentuk papan pemeleh. 

Gerbang Pulau Warisan yang memaparkan keindahan design seni ukir Terengganu.

Facade bangunan Pasar Besar Kedai Payang Lama dihiasi dengan mural besar lukisan Batik Terap/Blok dan Batik Lukis/Canting. 

Gazebo di depan Pasar Besar Kedai Payang sementara ini juga dihiasi papan pemeleh pada bumbungnya.

Seni binaan bumbung rumah tradisional Terengganu digunakan pada tempat rehat di tepi Pesisir Payang.

Mercu tanda Pesisir Payang menampilkan keindahan ukiran depan perahu nelayan tradisional Terengganu. 

Interior Paya Bunga Square (shopping mall) yang cantik dihiasi seni ukir Terengganu.

Begitulah pemerhatian serba ringkas saya tentang penerapan nilai-nilai seni warisan Terengganu dalam usaha kerajaan Negeri Terengganu mengindahkan Bandaraya Warisan Pesisir Air ini. I am sure there are a lot more tapi ini sahaja yang sempat kami rakam 😀.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. mesti kat sana mereka panggil buah butong..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... kan. Sebab most words there pronounced with 'g' at the end. Love it!

      Delete
  2. Dinding hias rmh tganu atau muzium tu.. dinding janda berhias.. ye.. buah butong untuk rumah atau bumbung limas belanda.. untuk rmh atap berpeleh..atau pemeleh . Xperlu buah butong. Kesilapan pada rekabentuk bumbung airport terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan. Appreciate perkongsian info tuan di sini.

      Delete