Wednesday, January 13, 2021

KUALA TERENGGANU - JAMBATAN KAYU PULAU SEKATI - KEROPOK WARISAN LOSONG - DAY 03 - PART 02

   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Seterusnya Shafik, our tour guide, bawa kami ke sebuah jambatan kayu iaitu Jambatan Kayu Pulau Sekati. Perjalanan kami dari Masjid Kristal ke jambatan itu melalui beberapa kampung seperti Kampung Losong Pasir, Kampung Losong Atap Zin dan Kampung Paloh. And we passed by Masjid Tok Ku Paloh.

Ini Masjid Tok Ku Paloh, sebuah masjid yang bersejarah di Terengganu yang mampu memuatkan 400 jemaah dalam satu masa. Masjid Tok Ku Paloh yang terletak di Kampung Paloh, telah didirikan oleh Engku Syed Abd Rahman (Tok Ku Paloh) bin Syed Muhamad (Tok Ku Tuan Besar) di atas sebahagian tanah yang diwakafkan oleh beliau sendiri bagi tapak masjid dan perkuburan. 


Dibina pada 1862, masjid ini kini sudah berusia lebih dari 150 tahun. Ia dibina oleh ulama besar Terengganu abad ke-19, Tok Ku Paloh (yang juga penasihat utama Sultan Zainal Abidin III), berasaskan kayu cengal dan tembesu berdekatan dengan Sungai Paloh bagi memudahkan jemaah mengambil wuduk. Masjid ini dipindah ke kawasan lain selepas tebing sungai mengalami hakisan sebelum dipindahkan kali kedua ke tapak masjid sekarang.

Dari semasa ke semasa bangunan ini diperbesarkan menjadi masjid namun masjid itu dikatakan mempunyai karamah dan ia tidak sewenang-wenangnya boleh diubah suai mengikut cita rasa sendiri. Jadi 99% reka bentuk asal masjid itu masih dikekalkan sehingga sekarang. Pernah seorang ustaz dan jemaah yang cuba mengalih mimbar ke sudut lain kononnya ingin membuat perubahan jatuh sakit menyebabkan mimbar itu dialih semula ke tempat asal.

Dan kami pun sampai ke Jambatan Pulau Sekati.

Lokasi Jambatan Kayu Pulau Sekati.

Jom kita jalan tengok jambatan kayu in dengan lebih dekat lagi. 

Dalam itinerary 'Terengganu Instagram Tour' kami ini ada lawatan ke Jambatan Kayu Pulau Sekati. Naturally saya tertanya juga apa yang istimewanya jambatan ini. Dah sampai sini.. Aaa.. I got it! What an amazing view! 

Jambatan Kayu Pulau Sekati ini hanya boleh dilalui basikal dan motorsikal sahaja. 

Jambatan ini menghubungkan tebing selatan Sungai Terengganu (Kampung Paloh) dengan Pulau Sekati.

Panjang jambatan kayu ini adalah lebih kurang 210 meter. 

Jambatan kayu ini sudah berusia lebih kurang 28 tahun. Sebelum ianya ada, penduduk sekitar menggunakan perahu untuk menyeberang sungai pergi balik antara tanah besar dan Pulau Sekati.

I guess I understand the 'allure' of this wooden bridge. It has its history and a certain charm that is both nostalgic and poignant. 

Dari Jambatan Kayu Pulau Sekati ini kita boleh lihat Jambatan Pulau Sekati (jambatan konkrit) yang dibina menggantikan jambatan kayu ini.

Ini pula pemandangan Jambatan Kayu Pulau Sekati dari Jambatan konkrit Pulau Sekati (Kuala Terengganu Bypass). 

Saya baca ramai juga orang yang melawat ke jambatan ini. It's like this wooden bridge is one of the attractions here in Kuala Terengganu. Mungkin kerana ia adalah satu-satunya jambatan kayu yang masih utuh dan selamat dilawati/digunakan. 

Jambatan Konkrit Pulau Sekati ini panjangnya hampir 1.58 kilometer dan ia menghubungkan Kampung Teluk Pasu dengan Losong, melalui Pulau Sekati dengan merentangi Sungai Terengganu. Jambatan ini dibina bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Terengganu. 

Ini foto kedua-dua Jambatan Konkrit Pulau Sekati dan Jambatan Kayu Pulau Sekati yang saya rakam dari Galeri Pelayaran dan Perdagangan, Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

Saya baca banyak juga cycling groups and motobike groups yang singgah di jambatan kayu ini dalam rangka program jelajah berkumpulan mereka. 





Actually memang cantik kalau bergambar di sini. Saya baca ada juga outdoor wedding photo shoot dibuat di jambatan ini. 

Tenang saja air Sungai Terengganu di sini menjadikan refleksi pada permukaannya nampak kemas dan tajam.

Di sebelah kanan adalah tebing selatan Sungai Terengganu. Jeti kecil di situ ialah Jeti Muzium di dalam kawasan Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

Jambatan ini kelihatannya agak rendah jadi rasanya hanya perahu dan bot kecil sahaja yang boleh lepas lalu di bawahnya. Saya jengok-jengok juga kot ada bot nak lalu, tapi tak ada pulak.
Foto Jambatan Kayu Pulau Sekati ini dirakam dari Jeti Muzium, Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

Kedudukan kedua-dua Jambatan Konkrit Pulau Sekati dan Jambatan Kayu Pulau Sekati adalah bersebelahan dengan jarak lebih kurang 100 meter di pemulaan kedua-dua jambatan ini di tebing selatan Sungai Terengganu. 
Foto Jambatan Konkrit Pulau Sekati dan Jambatan Kayu Pulau Sekati ini dirakam dari Jeti Muzium, Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu.


Ini Pemandangan Pulau Sekati. Ia terletak di pertemuan Sungai Nerus dan Sungai Terengganu. Terdapat lebih kurang 250 orang penduduk di pulau ini (setakat 2017). Menurut cerita, Pulau Sekati mendapat namanya kerana jumlah hadiah yang ditawarkan oleh Sultan Terengganu kepada Raja Chulan ialah sekati emas untuk menyabung ayam. Perlawanan sabung ayam itu diadakan di Pulau Sekati.

Bila baca tentang dahulu ada acara sabung ayam di Pulau Sekati, saya teringat membaca 'Sejarah Laga Kerbau di Kedah Dan Pengharamannya' (as below) yang dipamerkan di Muzium Padi, Alor Setar, Kota Setar, Kedah. Dalam paparan maklumat ini juga ada disebut acara laga ayam. So I gather laga ayam was one of the social events held periodically as part of community entertainment pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu. 

Ini contoh acara sabung ayam yang saya sempat rakam semasa percutian kami ke Bali pada tahun 2008. I remembered (still am) feeling very disturbed and very sad when eventually the brown cock ended up in a bloody death. Kesian sungguh melihat ayam jantan itu terbaring kaku sudah tidak bernyawa lagi. 

Saya baca sudah banyak kali jambatan kayu di perbaiki kerana kerosakan yang biasa berlaku pada struktur kayu seperti reput, kayu papan tercabut dan berlubang-berlubang. Tentulah begitu sebab ia dibuat dari kayu dan terdedah pada cuaca Malaysia yang panas/hujan. 

Penduduk Pulau Sekati berharap jambatan kayu ini tidak akan diroboh setelah adanya jambatan konkrit sebagai ganti kerana jambatan kayu ini memberi kemudahan kepada pelajar kampung itu berulang alik ke Sekolah Kebangsaan Paloh.

Tak gegar ke berada di atas jambatan ini masa motor lalu? Terasa la jugak gegarannya... hehe. 

And there's something about being on this bridge listening to the chaotic clunking sound of the wooden planks as it drew closer and louder to where I was standing as the Atok and his two cucu appproches me on their motorcycle. I was suddenly awashed with my childhood memories. Masa kecik begitu la juga saya didudukkan dalam bakul depan motor exactly macam yang arwah ayah saya lakukan... hehe. 

Masa tengah cari info tentang jambatan kayu ini, I came across a newspaper article yang membuat liputan satu acara larian santai yang dinamakan Fang Rang (Fun Run) 2018 bertema pakaian tradisi (pahlawan, serikandi, nelayan dan kaum) anjuran Muzium Negeri Terengganu yang sebahagian laluan lariannya adalah di Jambatan Kayu Pulau Sekati ini. What a fun event! 😃
Fang Rang... hehehe... I cannot... hehehe... 😄😆😂
Hadiah utama bagi acara larian santai ini adalah seekor kambing bernilai RM1,200 bagi pemenang berkumpulan 🐐😀. What a fabulous prize! I totally did not expect that 😄.

And apparently boleh juga terjun ke dalam Sungai Terengganu dari jambatan kayu ini. Tapi demi keselamatan, better not la.



Ok, here are a few wonderful aerial photos of the wooden bridge.





Ok, let's move on to the next destination. Shafik nak bawa kami ke Kampung Losong untuk membeli keropok, specifically at one particular keropok shop sebab dia kata di situ keropoknya paling sedap. Unfortunately kedai tu tutup pulak pada hari tu. 

So instead Shafik bawa kami ke kedai Keropok Warisan Losong. 


Patuhi SOP ~ scan MySejahtera dan imbas suhu. Masih awal lagi masa tu so tak ada ramai pelanggan lagi.

Ada pelbagai produk hasil laut dijual di sini.


Frozen packs juga ada sesuai for the long journey home dan supaya boleh disimpan lama. 

Ada bermacam versi keropok lekor dijual di sini. 

Let's have a closer look. Yang mana saya suka? Yang original dan yang rebus. Dan yang crispy!! 😋😄.

Keropok lekor frozen dan rebus.

Hmmmm.... 😋.

Prepping and membungkus for takeaways. 


Our takeaways.

Then saya decide nak makan sikit keropok lekor di kedai ini sebab saya nak makan yang baru goreng dan baru rebus. Freshly cooked. Baru best!!

Since kami baru sahaja bersarapan nasi kerabu, which to us was a pretty heavy breakfast, saya pun order cuma RM5 sahaja. Bila orders sampai.. tu dia!!! Banyaknya!! 😅😆

Memang la sedap sangat makan yang baru digoreng/rebus. Sos manis sikit to my liking tapi sedap juga. Needless to say, memang la kami tak boleh habiskan keropok lekor tu, so minta tapau la. 

I always make it a point untuk makan keropok lekor kalau ke pantai timur kerana pada saya hanya keropok lekor dari sana adalah yang paling sedap. Saya pernah beli keropok lekor di karnival seperti di MITI Karnival seperti di foto bawah ini, rasanya tidak sesedap yang di pantai timur. Kalau ada pun yang sedap, memang sangat jarang jumpa. 

Dan kalau boleh saya elak beli keropok lekor di pasar-pasar malam kerana banyak kali dah kecewa. Juga saya elak keropok lekor pelbagai versi sebab I pefer the original version. Tapi ada one time tu saya try juga versi cheese (below photo) yang saya beli masa jalan-jalan di KT Walk, Kuala Terengganu. Ehh... sedap jugak la 😀. 

Dan pada saya tiadalah keropok lekor yang lebih authentic selain yang di pantai timur, seperti yang dijual di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu, Terengganu (foto bawah). 


Dan juga seperti yang dijual di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.


Dan saya lebih confident dan berpuas hati kalau beli keropok lekor dari gerai begini (foto bawah - di luar Pasar Besar Kedai Payang) berbanding di pasar-pasar malam di KL ni.

Selain keropok lekor goreng dan keropok lekor rebus, saya juga suka teramat sangat versi keropok lekor crispy. First time rasa versi itu masa stop di deretan kedai keropok lekor di Kemaman. 

Selain Kemaman, saya juga pernah rasa keropok lekor di Cherating. Kalau ada beza antara keropok lekor ikut kawasan/negeri, saya tak perasan pun. Pada saya yang di pantai timur semuanya sedap belaka.. hehe 😄. 

Dan yang paling recent saya makan keropok lekor sedap pantai timur adalah ketika percutian kami ke Kuala Terengganu ini, yang dibeli di gerai di Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Punya sedap sampai cannot stop smiling masa tu... hehe 😁.

Dan kalau dari segi chance encounter with keropok lekor maker during my photography excursions, yang paling best adalah semasa bertemu dan bersembang dengan Puan ini di Kampung Kuala Kemaman. It was such a treat for me to be able to see how she make the keropok. 


Dan pengalaman yang paling best makan keropok lekor ialah masa di rumah dengan di Tam Tam ni 😄😍😘.
Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. tiba-tiba ada pulak dia kat hujung tu....
    dengan muka ngada dia tu !! :))

    kahkahkahhh
    ai am still laughing ni..
    fang rang !!!
    kahkahkahhhhhh....

    saya sekarang ni suka kepuk lekor rebus...
    yang goreng takut liat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... dia tgh tak tahan bau wangi ikan dari keropok lekor tu.. hehe

      I know right! Masa I first baca tu, I ingat apa la Fang Rang tu! Rupanya fun run!

      Yg goreng kalau dah sejuk, akan liat. So angkat je dari kuali kena terus makan.
      Tapi ada juga once saya beli yg masih ok bila dah sejuk pun.

      Delete
  2. I enjoyed reading your blog, thanks

    ReplyDelete