Wednesday, October 16, 2019

KUANTAN - DAY 04 - PART 03 - RUMAH KLASIK KUANTAN

Assalamualaikum and Good Day everyone 😊. Saya sambung lagi cerita Jalan-Jalan Kuantan saya.

Pada hari ke 4 saya di Kuantan ni, belah paginya saya ber'morning walk' menyusuri Sungai Kuantan dari Laman Teruntum hingga ke hujung Taman Esplanade. Lepas tu saya berpatah balik menuju ke hotel tapi singgah sekejap di Pusat Penerangan Pelancong Kuantan atau Tourist Information Center Kuantan (TICK), untuk dapatkan cadangan tempat-tempat menarik yang boleh saya lawati. 

Masa saya di TICK, saya dicadang pergi melawat 'Rumah Klasik Kuantan' atau RKK. Dari penerangan Wani dan Megat (staf di TICK), bunyinya macam menarik 'Rumah Klasik' tu.  So lepas bersolat dan berehat sebentar, saya pun buat plans untuk ke sana. 

Saya ke Rumah Klasik Kuantan naik Grab Car. Tak jauh, cuma lebih kurang 10 minit driving dari Mega View Hotel. Saya bertolak pada pukul 3 pm sebab owner RKK tu, En. Faizal, hanya akan available pada pukul 3 pm onwards sahaja. Saya ok je, rasa sesuai sangat time tu pun sebab boleh la saya rehat lama sikit di hotel sebelum ke RKK tu. 

Melalui Jalan Besar yang merupakan sebahagian dari Kuantan Heritage Walk.

Gio Mall. Dikatakan ia adalah Pasaraya Fesyen Muslimah pertama di Malaysia yang terletak di Jalan Tun Ismail, Kuantan, Pahang.

Ok, sampai dah ke Rumah Klasik Kuantan. Oh ya, kalau hendak melawat RKK ini, silalah contact one of the owners untuk buat appointment dahulu. Which means ia bergantung pada availability of the owner/s. Jadi hubungilah mereka awal-awal. Owner yang saya hubungi ialah En. Faizal.

Alamat RKK ini adalah di A106, Jalan Galing, 25000 Kuantan, Pahang. Ia terletak bersebelahan Sekolah Kebangsaan Galing, SK Galing, Jalan Beserah, Kuantan.

Di depan rumah ini ada beberapa poster dan keratan akhbar. Let's have a closer look.

Rumah Klasik Kuantan ini adalah sebuah Galeri Rakyat. Ada entry charge untuk masuk ke rumah ini. Ia adalah sebagai sumbangan untuk menampung kos operasi RKK ini.
Untuk buat temujanji lawatan sila hubungi salah seorang pemilik Rumah Klasik ini. The contact numbers ada di bahagian bawah poster ini. 

Ini objektif Rumah Klasik Kuantan ditubuhkan.

Rumah Klasik Kuantan ada menawarkan perkhidmatan membeli, menjual, menyewa dan mempamerkan barang lama/antik. Antara barangan lama dan antik yang dipamekan di RKK ini termasuk dokumen, gambar, perabut, matawang, barang hiasan, peralatan dan sebagainya.


Rumah Klasik Kuantan juga ada mendapat liputan akhbar dan TV (Astro Awani Dec 2018). Di bawah adalah keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 4 April 2017. 

Kedatangan saya disambut oleh En. Faizal. Saya pun dijemput untuk duduk di ruang tamu yang ada kerusi-kerusi living room zaman dulu ini. Nostalgia betul saya rasa sebab masa kecik dulu di rumah saudara saya pernah ada kerusi begini. And these chairs are in good condition.

Lepas berkenalan, saya pun menyatakan tujuan saya ke RKK ni. I told En. Faizal that I really like looking at collections of barang-barang lama especially barangan harian yang pernah digunakan satu ketika dahulu. 

I explained to him, selain barangan bersejarah seperti di muzium-muzium, barang-barang lama dan antik harian seperti di RKK ini dapat berikan saya insights of what it was like in the 50s through the 80s. Pada saya itu semua sangat menarik sebab ia beri gambaran kehidupan rakyat pada dekad-dekad itu.

Begitu minatnya saya, saya cerita la pada En. Faizal yang saya sampai masuk cafe-cafe seperti 'Kuantan Pickers & Kedai Kopi', 'Kafe Seni TJANTẽK' dan 'burgerak! Kuantan' di bandar Kuantan tempohari semata-mata sebab nak tengok dan ambil gambar barang-barang koleksi lama yang ada dalam cafe-cafe tu.. hehe. 

Inilah En. Faizal. Orangnya sangat ramah dan very knowledgeable tentang barang-barang lama dan antik dan juga tentang sejarah Kuantan dan Pahang. Dan dia sangat passionate about collecting antiques. Seronok sebenarnya dapat sembang dengan orang seperti En. Faizal ni especially since bukan senang saya dapat peluang begini. To me it is always inspiring meeting people like En. Faizal and listen to them talk about what interest them. 

Saya pun bertanyalah serba sedikit bagaimana mulanya ada Galeri Rakyat ini. En. Faizal kata RKK ini ditubuhkan pada 2016 dan dibuka pada orang ramai pada 2017. Ia adalah idea bersama dengan beberapa orang kawan-kawan beliau yang lain yang juga meminati barang lama dan antik.
Kata En. Faizal lagi, RKK kini menjadi 'Pusat Sehenti Pelancongan Warisan dan Budaya' di Kuantan yang mempamerkan serba sedikit barang/bahan sejarah tinggalan orang Kuantan dari era 50an, 60an, 70an dan 80an.

Specifically, fokus mereka adalah mencari dan mempamer barangan yang ada kaitan dengan sejarah Kuantan. Pameran dibuat untuk beri pendedahan dan memupuk rasa cinta dan menghargai barang lama dan bersejarah kepada masyarakat, terutama generasi baru.
Ada sebuah meja dan kerusi kayu guru seperti yang ada di sekolah-sekolah pada satu ketika dulu. Nostalgik saya tengok kerusi meja kayu ini.. hehe. Ingat lagi saya masa sekolah rendah, cikgu selalu libas meja kayu guru macam ni dengan rotan untuk menakutkan murid-murid atau untuk mengawal situasi dalam bilik darjah. Maklum la kan, budak-budak umur macam tu memang sangat rambunctious.. hehehehe.

Rumah ini juga, tambah En. Faizal, adalah sebuah club house that brings together all the fans, collectors or keepers of the collection of old items untuk sama-sama mempamerkan 'treasures' mereka.

Di RKK ini juga ada banyak foto-foto lama bandar Kuantan, some of them dated back to early 1900s. 

Ini foto Kuantan pada 1926.

Jalan Mahkota 1936.

Panggung wayang pertama di Kuantan pada 1939.

Jalan Mahkota 1920.

Jalan Besar 1933.

Pasar Besar Kuantan di awal 1900an.

Hentian Bas Kuantan 1932. 

Bercakap pasal rumah ini, En. Faizal juga menerangkan serba sedikit pada saya tentang rumah ini. Ia dipanggil 'Rumah Klasik Kuantan' kerana ianya sebuah rumah yang dibina sekitar tahun 70an. Ia bukanlah sebuah rumah tradisional Pahang. Jadi fokus RKK bukanlah kepada senibina rumah ini tapi kepada barangan lama dan antik. Dan rumah ini adalah disewa dari jiran sebelah rumah ini. 

Di RKK ini juga ada lukisan-lukisan oleh Seniman Osman Limat.

Inilah Osman Limat, Pelukis Warisan Pahang. 
🌓 Telah menunjukkan bakat melukis sejak berumur 9 tahun, beliau mula melukis pada tahun 60an.
🌗 Seorang pelukis dari kumpulan Seniman Rajawali, beliau adalah bekas atlit negara pada Sukan SEA Singapura pada 1972. Pernah juga menjadi pembantu jurulatih sukan berbasikal kebangsaan, jurulatih pasukan berbasikal pada Sukan SEA Indonesia 2011 dan pembantu jurulatih untuk pelumba basikal negara, M Kumaresan.
🌓 Beliau adalah seorang pelukis yang unik kerana boleh melukis dengan kedua-dua tangannya dalam masa yang sama.  Beliau dilahirkan dengan hanya memiliki empat daripada 10 jari di kedua-dua tangannya. Osman Limat juga boleh melukis dengan kaki kiri sambil berstokin. Walau bagaimana pun, beliau tidak boleh melukis dengan kaki kanan dengan berstokin atau tanpa stokin. Osman Limat juga boleh melukis menggunakan mulut.
🌗 TV3 pernah membeli lukisan kecil beliau dengan harga RM15,000.
🌓 Beliau pernah dibawa Balai Seni Visual Negara untuk menyertai L'artigiano In Fiera, Milan,  Italy, yang merupakan sebuah acara bazar seni. 

Ada 2 buah lukisan oleh Osman Limat di RKK ini. Ini adalah sebuah lukisan tentang peristiwa Perang Bahaman di Lubuk Terua. Kalau tak silap saya, ia dilukis pada 1989.

Lukisan yang kedua menggambarkan peristiwa Pawang Nong membanteras orang minyak yang dilukis pada tahun 2004.

Pawang Nong atau nama sebenar beliau ialah Haji Nong Taib Bin Santan adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu. Beliau juga adalah pengikut serta dikatakan pernah menuntut dengan pahlawan pahang yang terkenal iaitu Mat Kilau yang berjuang menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.
◐ Beliau merupakan pengasas atau pembuka Kampung Ulu Cheka bersama 7 orang kawannya pada 7 Julai 1907. Dan beliau dilantik sebagai ketua kampung pertama sehingga tahun 1966. Selain itu beliau merupakan pengasas masjid Kampung Ulu Cheka serta merupakan Pawang Utama di kampung ini serta menjadi Pawang Diraja.
◑ Beliau juga merupakan pengasas seni silat cekap di kampung Ulu Cheka serta merupakan Pahlawan Melayu Pahang yang menentang penjajahan komunis dan tentera Jepun di daerah ini. Di kalangan penduduk setempat yang rapat memanggilnya dengan gelaran Aki We atau Moyang We.
◐ Selain dari kebolehan beliau mengubati pelbagai jenis penyakit dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional beliau juga merupakan seorang pendekar silat cekap dan diceritakan mempunyai ilmu kebal serta ilmu kalis besi. Dari sumber lisan orang tua dahulukala pernah menceritakan bahawa Pawang Nong pernah ditangkap komunis lalu dirantai tangan beliau dengan besi namun dengan kehebatan ilmu yang beliau ada dengan mudah sahaja melepaskan rantaian atau ikatan besi tersebut serta beliau pernah ditembak namun pelurunya hanya memasuki poket baju yang beliau pakai sahaja tanpa dapat mencederakan beliau. Dan dikatakan beliau jugalah yang berjaya menangkap orang minyak yang berleluasa di sekitar perkampungan Ulu Cheka dan Kampung Damak suatu masa dahulu.
◑ Dikhabarkan juga melalui cerita lisan orang tua-tua dahulukala bahawa ketika zaman penjajahan tentera Jepun, beliau berjaya memagari dari dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun untuk memasuki kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka. Oleh kerana kemasyuran nama beliau ketika itu ramai yang datang untuk belajar dan berguru dengan beliau khususnya dalam bidang perubatan tradisional.
Sumber: Wikipedia

⬤ Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.
⬤ Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.
⬤ Orang minyak mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah. Selain itu ia dikatakan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Mampu melekat pada siling seperti cicak. Mampu juga naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan pelesit.
⬤ Kemungkinannya ia bermula dengan pencuri yang melomorkan dirinya dengan minyak agar sukar ditangkap kerana licin. Minyak yang gelap juga akan menjadikan dirinya sukar dilihat pada waktu malam, sunggupun ia membahayakan dirinya ketika memanjat. Pada 24 November 2006, seorang pencuri yang melomorkan dirinya dengan minyak telah ditahan di kampung Tawas, Malaysia.
Sumber: Wikipedia

Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem Orang Minyak ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd (MPF) dan diarahkan oleh P. Ramlee.

Pada saya yang bestnya lawat galeri seperti ini ialah ia mempamerkan bukan barangan seperti di muzium tapi barangan yang kita, ibu bapa kita dan datuk nenek kita guna hari-hari. Which to me makes it even more relatable and nostalgic as well. Yang buat galeri rakyat ini lagi best ialah ia juga ada dokumen seperti sijil nikah, bil api, sijil akedemik, surat pajak, saman majlis perbandaran dll, disamping buku-buku dan majalah lama. Itu yang membezakan RKK dengan muzium yang biasa kita lawati.

Contohnya, ini adalah surat-surat pajak gadai dari kedai Gold Smith Yee Chen & Co (kiri) dan Thin Chen & Co Gold Smith and Watch Maker, Gramophone Repairers 1998 (kanan). 

Yang ini pula ialah 'Register of Occupants' tahun 1950 untuk keluarga salah seorang penduduk Kuantan Mohd Hashim bin Abu Samah.

Rumah Klasik Kuantan ini menjadikan era pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai pameran utamanya.

Foto kanan: Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.



Ini pula adalah surat saman dari Majlis Perbandaran 'Offer to Compound an Offence Under the Town Board Enactment', bertarikh 02/11/1971 menyaman seorang warga Kuantan atas kesalahan 'Menjemor ikan di-atas kaki-lima mengakibatkan halangan di-atas kaki-lima'. Dan dendanya adalah sebanyak 20 ringgit dan mesti dibayar dalam masa 7 hari. 

Sebuah peta lama 'The Map of Malaya'. Since nama Malaysia mula diguna pakai pada tahun 1963, makanya peta ini tentulah bertarikh sebelum tahun 1963. 


Sejarah Ringkas Kuantan.




Foto-foto lama Kuantan: Jalan Mahkota dan Perkampungan Nelayan.

Padang MPK (1913) dan Jalan Mahkota.

Foto-foto DYMM  Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Dalam display kaca ini ada beberapa dokumen, buku-buku lama dan sebagainya. Let's have a closer look.

Ada buku-buku commemorative, surat-surat berdaftar, majalah MPK, pingat-pingat dan buku tahunan sebuah sekolah di Kuantan. 

Juga ada beberapa matawang yang pernah digunakan di Pahang. 
..." maka harimau pun ganas menangkap orang, dan buaya pun ganas di sungai;...".  
Catatan Abdullah Munsyi tentang matawang negeri Pahang sewaktu singgah di Pekan Pahang dalam kisah perlayarannya ke Kelantan pada tahun 1837-1838.
Sebermula adalah adat negeri Pahang itu menjadi susah dalam fikiran sahaya: darihal belanja negeri itu enam belas TAMPANG seringgit, dengan tiada boleh dipecah-pecah dengan tiga suku dan setengahnya dan sesukunya.
Maka jikalau kita hendak membeli barang perkara yang kecil, melainkan setampang juga diberikan.
Maka sahaya bertanya kepada putera Bendahara yang bernama Tengku Sulaiman, Tiadakah boleh Tengku diubah-ubah adat belanja negeri Pahang ini? "
Maka tertawa ia, serta katanya, 'beberapa kali sudah ayah sahaya hendak mengubahkan adat ini maka harimau pun ganas menangkap orang, dan buaya pun ganas di sungai; sebab itulah tiada jadi diubahkan adat itu, kerana dari asalnya negeri ini demikianlah belanjanya.'
Maka apabila sahaya mendengar khabar itu, tersenyumlah sahaya lalu diam, tetapi dalam hati sahaya, sekali-kali tiada percaya akan hal itu.

Sewaktu itu negeri Pahang diperintah oleh Dato' Bendahara Seri Maharaja tun Ali ibni Tun Koris (1782-1858). Beliau memerintah dari tahun 1806-1857.

1) Sampul surat commemorative lama: First Day Order - Commemorating the Attainment of Independence 31st. August, 1957.
2) Surat berdaftar lama yang tertera alamat 'Wall Street' iaitu nama lama untuk Jalan Mahkota. 
3) Pingat Peringatan Malaysia - 16 September 1963.
4) Pingat-pingat dengan wajah Queen Elizabeth.
5) Sticker (mungkin juga coaster) Tai Soon Gold Smith 

1) Kiri: Buku Bank Simpanan Pejabat Pos Tanah Melayu (Di-jamin oleh Kerajaan) - "Simpan-lah wang selalu dalam Bank Simpanan Pejabat Pos untok menolong diri sendiri dan Negara". 
2) Kanan: Buku Federation of Malaya Post Office Saving Bank (Guaranteed by Government). 

RKK mengadakan ruang pameran buku, majalah, suratkhabar, komik lama dan juga sedikit sejarah tentang pencetakan awal dalam Bahasa Melayu.
Setem Malaya 1 sen dan buku 'Keharmonian Antara Kaum di-Negeri Pahang'.

RKK juga da beberapa bahan rujukan tentang kemajuan Negeri Pahang semenjak era pemerintahan moden bermula daripada Sultan Ahmad 1 dan lebih ketara pada era pemerintahan Almarhum DYMM Sultan Abu Bakar.
Kiri: Warta Pertanian - Keluaran Khas Tahun Buah2an - Bilangan 15 - Jabatan Pertanian Negeri Pahang - Perchuma.
Tengah: Berita Negeri Pahang.
Kanan: Berita Negeri Pahang - Gerakan Maju - Kemajuan Ra'ayat dan Negara Terletak di-Tangan Kita.

Sebagai sebuah 'Galeri Rakyat', RKK cuba mengembalikan nostalgia lama tentang perjalanan kehidupan sebuah masyarakat. Mungkin dianggap biasa sahaja dan tidak penting tapi pada saya ia sangat penting terutamanya kerana perubahan gaya hidup yang bertambah serba moden sekarang menjadikan gaya hidup lama itu will soon flicker out and be forgotten.  

🌓 State Express Cigarettes merupakan jenama rokok yang asalnya dihasilkan di United Kingdom. Tin rokok dari 1950an ini dijual di ebay UK dengan harga  £40.00 (RM205).
🌗 The Garrick Cigarettes, Lambert & Butler adalah jenama rokok Britain. Juga dari 1950an. Di ebay selling at USD30 (RM125). Di website lain at RM160. 
❈ Of course la harga-harga di atas tu depends on the conditions of the items. 

Abdulla 37 Magnum Virginia 20 Cigarettes Tin Vintage - SGD40 (RM121). 
Gold Leaf Player's - 1960an - RM40.
50 Players Navy Cut cigarettes - 1940an/50an - EUR100 (RM460).
Torchlight Cigarette - SGD40 (RM121). Or RM70. Mula ada di Malaya pada tahun 1930an, dibuat oleh Gallagher Ltd. dan syarikat itu ditutup pada tahun 60an.

Ehh.. kenapa ada banyak barangan rokok lama je? Sabor le, ni baru di bahagian rokok.. banyak lagi benda lain.. hehe...

Capstan Navy Cut Cigarettes, Player's Navy Cut Cigarettes "Medium", Marcovitch Black & White Cigarettes dan Double Ace Cigarettes. Semuanya rokok dari UK. 

Beberapa lagi kotak-kotak rokok vintage.

Dengan diiring oleh En. Faizal, saya terus lagi explore RKK ni dan ambil gambar. Sambil itu En. Faizal terus memberikan penerangan. He shared with me that most of the collections in RKK are from his and his friends' own personal collections, some of which were bought or contributed dan ada juga yang dikutip di tempat pembuangan sampah. Basically they are willing to go seek at various locations to find and identify the antiques. As of now kata En. Faizal, mereka masih lagi meneruskan usaha mencari dan mengumpul barang-barang lama.

Ada Refined Camphor, Elastoplast, Strepsils dan typewriter ribbons.

Wills's Gold Flake Cigarettes dan Mancis Keselamatan Cap Ikan. Saya tak pernah nampak mancis ni. Yang pernah nampak mancis-mancis Flyingman dan Cap Lada. 

Kata En. Faizal lagi, salah satu perkhidmatan yang ada di RKK ini ialah juga menjual barang lama dan antik di situ tapi ianya bukanlah untuk mendapat keuntungan kerana mereka lebih fokus dalam membantu mengangkat sejarah daerah Kuantan.

Ada botol-botol susu, Chefilin Cough Cure, Sloan's Liniment dan Silex Cough Syrup.

Old Man Mosquito Killer dan Lingkaran Nyamuk Cap Ikan dan Ridsect (Larutan Minyak Racun).

Angel Fish Brand Mosquito Destroyer. 

Bedak Kulit Agnesia, Minyak Kayu Putih Cap Burung Kakatua, Bedak Sejuk Nyonya Sam Fong, Old Spice Hari Cream dan d'amor all purpose perfumed talc powder.

Bunga Raya Hair Oil, Selamat Hair Oil, Code 10 dan Brylcreem. The first two hair oils tu I can't even find it in the internet.. hehehe.

Ok ni klasik sungguh. Banana shaped glass baby bottle cap Shake Hand's. Yang ni siap ada kotaknya sekali. Dah rare agaknya botol ni. May be sebab dibuat dari kaca jadi susah nak survive after decades.

National Hyper batteries (1954 - 1963) and vintage round chicken toys.

Gelaran 'Galeri Rakyat' digunakan kerana galeri ini mempamerkan barangan rakyat biasa iaitu barangan harian yang digunakan oleh rakyat dan bukannya oleh golongan atasan. 
Blue vintage owl & trees blue wind up alarm clock with moving animated eyes. Dibuat di Shanghai, China masa 70an dan 80an.

Vintage cash register cap National dari 1950an. Cash register ini pernah dimiliki oleh sebuah syarikat General Contractors di Kuantan.  


Talipon vintaj. Retro sungguh.  Berat ganggang gagang tu. Unik talipon ni sebab ada Chinese characters dalam rotary dialer tu. Mungkin dari 1950an. 

'Nak selamatkan barang-barang lama', tambah En. Faizal. Dia kata begitu sebab ramai orang berpendapat barang-barang lama kepunyaan, contohnya datuk dan nenek mereka, adalah tidak bernilai lalu dibuang sahaja. Mungkin barang-barang itu ada nilai sejarahnya, tambah En. Faizal lagi. Ada juga yang tahu barang-barang itu ada nilai sejarah tapi mahu orang lain yang menyimpannya. Dan ada juga yang ada koleksi tapi tidak penah didedahkan. 
Di sini juga ada banyak majalah-majalah lama dari tahun 60an, 70an dan 80an seperti HerWorld (1967), Maju (siaran Lembaga Kemajuan Kampong dan Perusahaan) (1953), Lagu2 Filem & TV (1968), Mastika (1966), Pembangunan, Angkatan Baru dan Wak Dojer.

Majalah wanita 'HerWorld', komik 'Wak Dojer' dan majalah hiburan 'Lagu2 Filem & TV'. 

Beg-beg kertas lama. 

Radio vintage juga ada.

I must say I had never seen a radio dial quite like this before. Unik betul. Look at all the names of city all over the world. Agaknya ini jenis radio yang multi band with world wide shortwave receiver. Ter'perflexed' dan ter'impressed' saya sekejap.. hehe. 

Tempayan lama, tin-tin (Milo, Dumex dan susu Every Day), wooden crates, glass jar, iklan kad-kad gambar (keindahan alam semesta) percuma bagi setiap pembelian Milo dan mesin penimbang vintaj.

Sloan's Liniments, Ronuk furniture cream dan Topps Cream Wax.

En. Faizal terus bercerita. Cita-cita beliau serta rakan-rakan adalah untuk menggabungkan unsur-unsur yang terdapat dalam muzium, perpustakaan dan juga arkib seperti barangan bersejarah dan antik, bahan-bahan bacaan dan dokumen-dokumen. Adalah hasrat mereka juga ingin menjadikan RKK tempat pelancong singgah untuk melihat pameran dan bahan sejarah daerah Kuantan dan Pahang. A very tall order indeed. Semoga mereka berjaya merealisasikan cita-cita itu.

Di dinding ada metal advert board KDK Electric Fan dan Milkmaid Brand Condensed Milk. 

Juga ada iklan-iklan tin sign Double Ace, Torchlight Cigarettes dan State Express 555 Cigarettes. 

Then saya masuk ke dalam salah satu bilik di rumah ini. Sambil itu En. Faizal terus memberi penerangan; RKK tidaklah cuba hendak ambil alih tugas atau peranan mana-mana pihak kerana itu bukan matlamat mereka sama sekali. RKK diujudkan sebagai sebuah 'rumah riadah ilmu' di mana rakyat Kuantan khasnya dan juga siapa-siapa sahaja are very much welcomed to visit it untuk mengenal sejarah Kuantan. RKK juga ujud atas usaha pengasas-pengasasnya sendiri dan tidak diberi sebarang bantuan kewangan dari mana-mana pihak samada kerajaan atau swasta, tambah En. Faizal.

On one side of the bedroom ada vintage brass bed dengan tilam kekabu, matress cover dan bantal kekabu. Juga ada kipas lama dan vintage vanity table. Di bawah katil ada vintage bag.

On the other side ada mesin jahit dan rak kayu. Di dinding ada baju-baju tradisional lama.

Mesin jahit lama cap Singer, model 1956 Singer 319W. In good condition, harganya di ebay ialah USD750 (RM3,140).

Sign board kedai jahit Yee Wah dan foto lama pelajar-pelajar menjahit 'Singer Embroidery Sewing Class 8th October 1961'. Teringat saya dulu ada mak saya kata dia pernah ambil kelas menjahit seperti ini.

A few pages dari Majalah Wanita keluaran Januari 1972 menunjukkan cara-cara menjahit. 

Artikel tentang 'Baju Kurong' dari Majalah Wanita keluaran Oktober 1971. Seronok pulak baca rencana ni.. hehe. Gaya bahasa dan banyak ejaan pada masa itu lain dari sekarang.  

Antara yang menjadi model2 dalam 'temasha' itu adalah Che' Maria Musa dan Zeti Akhtar. 

Pakaian tradisional vintaj wanita.

Kalender-kalendar lama dihiasi dengan foto-foto wanita cantik dengan pose klasik dulu-dulu. 

Vintage GEC cast iron fan. And it is in working condition. From early 1930s/40s. Di Carousell harganya RM570.

Foto-foto lama warga Kuantan. 

Keluarga bangsa Cina dan India. Sekarang ni masih ke lagi ada yang ambil family photo begini? Pakai lawa-lawa then semua pergi photo studio atau bergambar ramai-ramai di laman rumah 😄.

Pasangan pengantin dulu-dulu. Look at how high the tanjak was.  And look how lovely and longgar pakaian mereka. Sekarang ni kalau tak ketat sampai nampak bentuk susuk badan, boleh sampai tak jadi kawin agaknya. 

Such a lovely couple.

Atas gerobok-gerobok lama ni ada baby stroller dan beg-beg lama. 

Some of these bags do look familiar to me... hehehe.

Vanity table. 

Perasan tak selalunya cermin dulu-dulu mesti ada deco/carving/etching at the edges like this mirror. 

Ada oil lamp dan radio lama.

Tilam kekabu warna hijau tu la tilam yang saya gunakan masa kecik-kecik dulu. Saya ingat lagi betapa beratnya tilam tu... hehe. Masa tu memang mak suruh gulung tilam tu, everyday, every morning. 


Hair oil, face cream, medicated powder dan bedak sejuk.

Seterusnya kami ke ruang tengah RKK ini. At the moment En. Faizal kata di RKK ini ada koleksi basikal lama, barangan elektronik, perabot, kamera, bahan bercetak, foto, barangan tembikar, pakaian, papan tanda, peralatan industri dan sebagainya.

Di sebelah kiri ruang tengah ini ada meja dan kerusi kayu di mana di situlah selalunya En. Faizal bersembang dengan pelawat/pemberita selain di ruang tamu. Di sini juga ada 'Balai Polis' dan 'Kedai Minuman'. Let's have a closer look shall we.

Ini 'Balai Polis' atau 'Pondok Polis' pada zaman dulu. Ada meja kayu dan kerusi, di belakang ada rak senapang, vintage first aid kit box, baju seragam polis, plak dan beberapa dokumen di dinding.

Uniform polis, foto dan buku-buku tentang undang-undang kepolisian. 

Pakaian Seragam Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu. 
Sumber: Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia

Sebuah foto lama anggota pasukan Polis Kuantan satu ketika dahulu. 
👮 Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu dianugerahkan gelaran Diraja pada 24 Julai 1958 oleh Yang Dipertuan Agong yang pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad. Gelaran Diraja tersebut adalah sebagai pengiktirafan kerajaan dan rakyat terhadap perjuangan serta pengorbanan pasukan polis menegakkan kedaulatan dan keamanan negara sewaktu darurat.
👮 Pasukan Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu mengekalkan pakaian seragamnya yang terdiri daripada baju lengan pendek, seluar pendek berwarna kuning dengan jenis kain khaki, tali pinggang berkepala ular dan topi berlencana Polis Diraja Persekutuan.
👮 Selain dari lencana bahu ditukarkan kepada perkataan “POLIS DIRAJA”, warga pasukan ketika itu turut memakai butang yang tertera perkataan Polis Diraja Persekutuan dan lambang harimau, nombor polis di kocek kanan, tali wisel, hostop serta anklet berwarna putih.
Sumber: Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia

Antara buku-buku yang turut dipamerkan di 'Balai Polis' RKK.

Buku-buku Kanun Acara Jenayah, Undang2 'Am dan Atoran2 (Negeri2 Melayu) Bahagian II, Undang2 Kesaksian (Negeri2 Melayu) dan Kanun Keseksaan. 

Plak 'Federation of Malaya Police'.

Di dinding 'Balai Polis' ini ada 'Laporan Aduan Polis' yang dibuat oleh seorang warga Pekan Lama di Pondok Polis Peramu bertarikh 16/02/1966. 

Kesian pak cik ni terlanggar kerbau. 
Lebeh, balek, ampunya, ka-kanan, chuba, itu jam, sadikit, sa-belah....😊. 

Replika senapang / rak senapang dan jam dinding lama. Jam dinding tu nampak macam jenis jam yang ada dalam bot atau kapal besar.

Satu lagi foto lama anggota Polis. 

Ini pula ialah Sijil Penghargaan yang diberikan kepada Enche Govarthanapany oleh Pengarah Gerakan Negara Malaysia kerana jasa beliau kepada negara ketika berlakunya Darurat 13 Mei 1969. 

Sijil Penghargaan 

Dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasehani

Ada-lah di-nyatakan sijil ini di-sampaikan kapada ENCHE GOVARTHANAPANY

sebagai tanda penghargaan kerajaan malaysia atas jasa perkhidmatan dan kerjasama dengan kerajaan malaysia daripada terchetus-nya keadaan Dharurat pada 13hb Mei 1969, dalam usaha2 bagi mengujudkan semula keharmonian kehidupan bersama pendudok2 negara ini demi keselamatan,keamanan dan kema'amoran negara.

Di-dalam memberi sumbangan-nya ENCHE GOVARTHANAPANY tidak menghiraukan bahaya yang mungkin di-hadapi, harta benda yang mungkin terancham, masa dan tenaga yang terkorban. Sikap dan tingkah laku-nya itu telah menunjokkan kesedaran di-atas tanggong-jawab-nya kapada negara, yang mana sangat2-lah di-sanjong tinggi oleh kerajaan.

Ada-lah di-harap dgn ada-nya penghargaan ini satu semangat baharu akan lahir untok ENCHE GOVARTHANAPANY berusaha dengan lebeh giat lagi bagi menchapai perpaduan yang erat di-antara semua pendudok di-malaysia ini

Bersatu dan berjaya-lah Malaysia.

Pengarah Gerakan Negara Malaysia

Termaktub di-Bangunan Parlimen, Malaysia pada 31hb Ogos, 1969.

Sambil saya ambil gambar, saya terus mendengar penerangan-penerangan dari En. Faizal. Ehh... terasa macam guided tour pulak. Awesome! Sesiapa saja yang dengar En. Faizal beri penerangan masa 'guided tour' ini for sure they can see how passionate he is about all his barang-barang lama dan antik. He knows the history of each and every items in RKK ini.  

Foto-foto lama: Jalan Mahkota 1928 dan 1934.

Book end stand (ada Logo Polis Diraja), tempat letak pen, talipon, buku, topi polis dan police stick.


Buku 'Subsidiary Legislation and Other Legal Notifications. 

Pejabat Daerah dan Mahkamah 1912.

Beberapa barangan tembaga seperti piala, candle holder and decorative items such as mini cannons.

Di bucu ruang tengah rumah ini, bersebelahan 'Balai Polis', ialah sudut 'Kedai Runcit'. 

Antara signboards yang ada di sudut ini. En. Faizal highlighted signboard bottom-right tu. Dia kata dulu-dulu in order to ensure business survival, pemilik perniagaan akan jual unrelated items dalam kedai mereka. 

Dulang-dulang commemorative dan iklan dalam bentuk dulang.
Top-left: Cendera mata Hari Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Tengku Ampuan Pahang pada 8.5.1975 

Di dinding 'Kedai Runcit' ini ada botol-botol soda drinks seperti Coca Cola, Pepsi, F&N, 7UP, Mountain Dew dan A&W Root Beer.

According to En. Faizal, botol-botol ini belum dibuka lagi. Wow! Dah berpuluh tahun tu!



Mesin kisar ais dan penapis air tembikar Cheavin's. Penapis air tu dibuat sekitar akhir 1800an dan awal 1900an.

Di Carousell harga water filter adalah SGD550 (RM1,680).

Lesen Perniagaan Makanan. 

Ini adalah foto-foto lama yang menunjukkan gaya hidup dahulu. Saya memang suka foto-foto begini kerana, well, for one they are photos developed from film. Secondly, they are in black and white. These 2 reasons alone for me, saya fikir memang wajarlah RKK letak foto-foto sebegini as they definitely brings the nostalgia back. But more importantly, as I stated earlier, they gave insights of what it was like back then.  

En. Faizal pointed out this particular photo to me. Waaaa... sebelum ada komputer/Photoshop pun dah ada orang boleh buat foto effects macam ni. Floating girl over a fountain. Impressive!

Kereta Datsun model tahun 1960an.

Vespa and Datsun.

Juga ada duit kertas lama seperti 5 ringgit, 10 ringgit, Malaya Ten Cents, Malaya 1 Dollar dan Malaya and British Borneo 10 Dollars and 1 Dollar. 


And what I found to be quite interesting ialah tiket loteri ini yang dikeluarkan oleh Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan. Jadi dulu perjudian dalam bentuk nombor ekor begini ada lembaganya sendiri sebagai khidmat dan kebajikan untuk masyarakat yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Mulanya loteri ini tidak dianggap sebagai judi sehinggalah pada tahun 1991 Loteri Kebajikan Masyarakat ini dimansuh dan dibatalkan.

Pada tahun 1991, kerajaan Malaysia telah menutup operasi Lembaga Loteri. Penjualan tiket Loteri Kebajikan Masyarakat (LKM) ini sebenarnya sudah sekian lama bergerak. Ketika itu ramai umat Islam keliru sama ada tiket Loteri Kebajikan Masyarakat ini ditakrifkan sebagai judi atau tidak kerana ia berlabelkan ‘kebajikan untuk masyarakat’.
Tiket loteri tahun 1986.

Inilah hadiah-hadiahnya kalau memang loteri pada masa itu.

Pada zaman dulu arak juga bebas dijual dan diminum oleh orang Islam. Malah pernah ada iklan arak seorang wanita Melayu sedang minum arak. 

Iklan cetak arak pada tahun 1960an. Model-model Melayu digunakan.

Also on display many commemorative glasses dan cawan-cawan dengan nama-nama restoran. 


Commemorative glasses. 

En. Faizal juga ada merancang untuk membuka sebuah cafe di RKK ini yang bakal menyediakan makanan dan kuih-muih tradisi untuk pelawat yang datang.


Ada buku 'Rules of the Kuantan Cafe Association'. 

Vintage cash register machine.

Vintage meat grinders.

Di RKK ini juga ada 'Kedai Gunting Rambut'. Nice.

Ada vintage wooden vanity table.

Ada barber chair. Juga ada saloon beehive bonnet floor stand hair blower/dryer. 

Ada ketam rambut dan kipas vintage.

Iklan dan lesen Kedai Gunting Rambut.


Jom tengok apa ada dalam almari ini pula.

Di atas almari ni ada tong-tong fire extinguishers lama. 


Dalam almari ada pelbagai jenis telefon lama. 


Juga ada jam meja, projector (I think) dan alat penimbang.

Di bahagian atas dinding ini ada beberapa lagi foto-foto lama.

En. Faizal menerangkan tentang fofo-foto lama.

Padang KRC - 1953.

Gambang - 1905.

Pelabuhan Kuantan - 1936.

Jalan Telok Sisek - 1939.

Psersimpangan Jalan Mahkota dan Jalan Masjid - 1963.

Perhentian Bas Jalan Besar - 1962.

Signboard 'Telefon Rakyat'.

Ada satu lagi almari yang penuh dengan pelbagai barangan.

If I'm not mistaken, ini adalah peralatan yang digunakan oleh pelombong-pelombong.

Koleksi buku-buku lama. 

Juga ada section basikal. 

Kata En. Faizal, RKK juga adalah merupakan pusat bagi Kelab Basikal Klasik Kuantan dan masih dalam proses mengumpul koleksi.




Almari ini pula penuh dengan permainan kanak-kanak lama.

Ada toy train and cars. 

Green plastic soldiers and Talking Telephone. Masa kecik dulu saya ada satu set green army men tu. They were liat and unbreakable dan susah nak dipotong-potong... hehe. Jadi since susah nak kerat-kerat saya bakar a few of the soldiers. Terus kena marah dengan mak. She knew sebab kuat bau plastik terbakar tu. Kenapa pulak saya nak potong, kerat dan bakar? Sebab nak kudungkan tangan atau kaki soldiers tu sebab mereka adalah mangsa kekejaman perang dan mereka cedera ketika diserang. Baru la real.. hehe.  

Haa... ni pulak game tikam-tikam. Ingat atau tahu tak pasal game berjudi budak-budak ni? Popular game ni dan ada di kebanyakkan kedai-kedai runcit pada masa dulu. 

Kalau 'bertuah' dapatlah hadiah mainan dan duit. 

Kecik-kecik lagi dah terdedah kepada elemen perjudian dan dipupuk budaya berjudi dengan permainan tikam-tikam ni. Memang kami adik beradik ditegah keras dari bermain game ini. 

Satu lagi almari mainan.


Tabung porcelin ni pun ada. Rasanya yang popular ialah tabung ayam. 

Kamera dan seterika lama. Ada camera vintage Zenit buatan Russia dan Yashica buatan Jepun. 


Seterika besi pakai arang ni memang popular among collectors.

Lampu-lampu Limph dari studio filem dan lampu landasan kereta api.



Masa saya berumur lebih kurang 3 atau 4 tahun, rumah kami belum ada letrik. Jadi tiap petang arwah abah akan pasang lampu pam ni. Dan setiap kali dia nak nyalakan saya akan perhati dengan penuh minat. Fascinated sungguh saya masa tu memikirkan macam mana 'mentol' macam kain tu tak hangus terbakar dan boleh menyala terang macam tu.. hehe.

Radio-radio lama cap Philips.

Next saya ke bahagian ini pula. Di sini ada bilik darjah dan dapur.

Bilik darjah. Comelnya kerusi meja kayu ni. 

Chakap dan Tulis Bahasa Kebangsaan.

Ini pula mesin pengasah pensil cap Guhl & Harbeck. Besar betul! Anggaran dibuat antara tahun 1905 dan 1910.

Koleksi buku-buku. 

'Ilmu Mengarang Melayu' oleh Za'ba dan 'Latehan Bahasa Kebangsaan' oleh S.M Zainal Abidin.

Kitab Hisab III dan Report on the Education Committee 1956. 

Pencil box and geometry set. 

Di bahagian dapur. Ada siya / mangkuk tingkat / mangkuk tepen.

Resepi buat kek Sultana Berjagong dari majalah Wanita keluaran Februari 1971.

Chamcha, achuan, champor, banchohan, hanchor. Jadi pada tahun 1971 bahasa kita masih lagi menggunakan ejaan begitu. Bila agaknya ejaan lama ini ditukar dan ejaan baru digunakan? Adakah dibuat secara beransur-ansur? Anyway, I love Sultana cake 😋.

Iklan Pyrex dari majalah Wanita Januari 1972.
Waaa... banyaknya set Pyrex Che Rabiah! 😃

Che Rabiah sudah sedaya upaya melupakan kechantekan Pyrex tapi dia tetap tewas juga! 😃

Iklan Nescafe dari majalah Wanita Oktober 1971.


Ruang dapur.

Patterns bunga pinggan yang popular pada zaman dulu. Now they're back like those we can see at kopitiam cafes.

Dulu di rumah saya ada almari makanan yang ada jaring ni to keep away lalat. And I also remember masa kecik saya selalu curi lauk ikan goreng dari gerobok lauk mak. Curinya secubit-secubit pulak tu sebab kalau ambik sekor mesti la mak akan perasan... hehe. Was I not caught? Of course I was la.. hehe. 

Haaaa... ini pattern bunga kegemaran mak saya 😊. Sampai sekarang masih ada lagi.

Old tin canes for baby food and oats.

Nestle's Nestum and Farex baby cereals. Farex tu harganya RM75 di internet.

Nestle's Nestum cereals. Left: from late 1980's di internet dijual at RM90. Yang kanan at RM80. 

Nestle's Nestum cereals' print advertistment yang menggambarkan berbilang kaum di Malaysia.

Lam Soon Margarine dan Planta Marjerin.

Iklan cetak Lam Soon Margarine featuring Maria Menado. 

Kotak coklat.

Beberapa lagi vintage tin cans. 

Earl Grey Tea.

Di dapur ini juga ada meja style dulu-dulu, kukur kelapa dan lesung penumbuk padi. 

Oven lama dan peralatan dapur lain.


Dapur minyak tanah. Masa kecik dulu mak selalu suruh pergi beli minyak tanah di kedai runcit. Bawak botol kaca dari rumah dan uncle kedai tu pam minyak tanah dari tong minyak tanah empat segi. 

Pam minyak tanah dan tong minyak tanah. Tengok dua benda ni pun jadi rasa nostalgik.. hehehe.


Alat penimbang sukatan resepi (kanan). Masa kecik, masa nak Raya je saya akan nampak penimbang ni sebab masa tu mak keluarkan nak timbang tepung dan majerin atau butter nak buat kuih raya. Yang kiri tu saya pernah nampak tapi tak tau apa bendanya. 

Acuan Kuih Putu Kacang. 

En. Faizal pointed out papan acuan kuih putu ni yang acuan bentuk senapang, keris dan kuda.  



Maka selesailah lawatan saya ke RKK ini. Very nostalgic for me indeed. And I learn a few new things too about our nation's past. And no doubt yang paling best dalam lawatan saya di sini adalah penerangan-penerangan dan 'guided tour' yang dibuat oleh En. Faizal. He is of course very knowledgeable of all the items in RKK ni because of his passion for creating collections of vintage items and antiques. Dan saya di RKK ini bukan sekadar melihat dan mengambil gambar tapi dapat juga tahu serba sedikit tentang barang yang saya lihat itu, making the whole visit that much more interesting. Dah la saya ni memang suka tengok benda-benda lama macam ni.. hehe. 

Kepada sesiapa yang meminati barang-barang vintage silalah ke Rumah Klasik Kuantan ini. Kalau pun tak minat, tetap saya recommend ke RKK ni sebab ia adalah tempat riadah ilmu. Jadi kalau anda nak buat program jalan-jalan di Kuantan, masukkanlah lawatan ke RKK in dalam itnerary anda ya. 

Terima kasih saya ucapkan kepada En. Faizal kerana sudi menerima lawatan saya and for the 'guided tour' as well. Saya doakan semoga cita-cita En. Faizal dan rakan-rakan akan tercapai, InsyaAllah. 

Di bawah adalah antara kata-kata yang saya ambil dari FB RKK yang menyimpulkan matlamat murni pengasas-pengasas RKK.
"Sejarah semalam yang menjadi kenangan di masa depan".
"Sejarah kita, kita jaga sedikit seorang".
Di sini lahirnya sebuah cinta.......
Sepanjang perjalanan ini.....
Di sini tersemai cita-cita......
Bercambah menjadi warisan.....

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. dibina pada tahun 70-an
    eh.. sama umor dengan saya dah RKK ni lahh....
    jemur ikan kering kena denda 20 ringgit. besar nilai 20 ringgit kan masa tu. berat jugak nak bayar tu . kesian dia ..
    ) tu lah .. jemur lah kat belakang rumah !! :)

    refined champor tu apa kegunaanya ya?
    first time saya nengok banana glass bottle.. i suppose , to ease the flow of the milk kot

    rajin en syed check harga
    barang-barang tu dekat e bay!!

    tak ada pulak gambar zeti akhtar dekat paper tu
    suraiya hussein tu ketua jabatan saya masa dekat dermatology dept hkl dulu. baik yet garang . dan cantik . yang gambar 3 orang tu tak ada gambar dia kan?

    apa tujuan report polis pasal langgar kerbau tu ? nak mintak ganti rugi/ saman daripada tuan kerbau ?tapi zaman tu saya rasa tak ada lagi cobaan mintak ganti rugi or saman kan...

    hehehhehehe
    f;oating girl!!
    menakutkan pun ada
    i suppose double exposure tech lah kan?

    yang lelaki dalam iklan arak tu pelakon femes jugak tau.. saya lupa nama dia

    yang nak di kudungkan askar tu kenapa lahhhhh...
    kesian dia..
    nanti kawan kawan askar dia rasa dia a burden .. maka ditinggalkan di medan perang ..
    kejam..
    kejam.....

    cantik kan che rabiah tu ?!sweet sangat.
    berapa lah umur dia sekarang . ada lagi ke tak....

    pinggan tu mama dia pinggan bunga kangkung . saya baru tahu..
    yang belah kiri sebalah mesin penimbang tepung tu adalah acuan buat maruku .

    gambar second last tu ada tong eskrim!!
    dulu dulu gaji cikgu kecik .nak tambah pendapatan . ayah n ibu saya buat eskrim malaysia , bekukan , letak dalam tong eskrim tu . bawak pergi sekolah. jual dekat sekolah
    masa tu ngajar dekat kampung . mostly depa tak ada fridge . so laku lah eskrim tu .5 sen kot sebatang
    so nostalgik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. And I am slightly older than the house la.. hehehe..
      Kan. Masa tu mmg RM20 was a lot! Must have been considered to be quite a serious offence blocking the kaki lima. Actually masa saya di Kuantan tu di Jalan Besar pun saya ada encountered pekedai jual dried food jemor keropok ikan di kaki lima, tepi kedai dia dan atas kereta dia di tepi jalan.

      Camphor tu saya baca: 'used topically to relieve pain, irritation, and itching'.

      Ini yg saya jumpa about the banana bottle:
      "From the 18th century, manufacturers tried to improve the comfort of newborns during feeding by making it easier to clean the receptacles. The ‘flat-shaped’ feeding bottle was then developed, followed by the Anglo-Saxon ‘banana’ made from blown glass. Its elongated shape allowed the baby to remain in an inclined position while its mother controlled the flow of the milk by pressing her thumb over one of the holes. The "clog" bottle featured a raised neck."

      A'aa... me so curious nak tau berapa harga barang2 lama tu. I knew from watching TV program like 'The Pickers' that such items are popular among collectors and their customer are wiling to pay top dollars for them.

      Betul, I dah cari foto Zeti and yg the 3 ladies tu was not her. They are Maria Musa, Shamsiah Majid dan Zaleha Yusof.
      'Baik yet garang'... hehehe ingat lagi ya. Kalau doc pulak, how do you describe yourself? 'Baik yet ??'.. hehehe..

      I think may be for car insurance so kena buat police report. Agaknya la. Atau since kerbau tu mati kena langgar, driver tu kena la lapor.

      Kan.. hehehehe... I also felt seram bila tgk foto tu at first. Tapi lepas tu jadi fascinated pulak.. hehe.
      I think so too. Use the same film frame and shoot twice. Or may be overlapping processing. I donna la sebenarnya.. hehehe..

      Oh ye ke? I tak recognize who the actor is dlm iklan arak tu.

      Mesti la doc. Baru la real. Casualties of a cruel war. Kan in real life byk berlaku kecederaan. Just keeping real it.. hehe.
      Ehh... takkkk... kalau their fellow army buddies cedera, they will never be left behind. In fact saya guna kotak-kotak mancis sebagai stretchers for the injured soldiers to be carried to safety. Lepas tu kena marah dgn mak suruh simpan balik anak-anak mancis tu dalam kotak-kotak tu.. hahaha.

      Indeed. Check out her saloon hair! Hehehehe...
      Hehehe.. sampai wondering Cik Rabiah's age pulak.. hehehe...

      Ooooo.... bunga kangkung.. saya pun baru tau. Ingatkan bunga seri pagi.
      Ooooo.... utk buat maruku rupanya. I had always wondered apa la alat tu.

      Wah.. terimbau kisah mak/ayah jual aiskerim ya. So nostalgic indeed.
      Talk about that my parents pun ada jugak jual aiskerim tapi di rumah. Paling popular ais krim air tebu sebab arwah ayah ada berkebun tanam tebu.
      Thanks for sharing your beautiful story about your parents doc. Tetiba saya rasa terharu pulak memikirkan our parents' struggle to raise us up. Pengorbanan mereka... *mata masuk habuk*...

      Delete
    2. saya?
      saya macam kucing..
      comel
      kahkahkahhhhhhh

      Delete