Tuesday, January 7, 2025

TASIK CERMIN 02

Assalamualaikum.
Lepas jalan-jalan di Taman Rekreasi Gunung Lang, saya menuju ke Tasik Cermin pula. 

🔵Tasik Cermin 2 - Mirror Lake 2: Hidden World.
Located near Gunung Rapat in Ipoh, Tasik Cermin (Mirror Lake) can be found at the foot of some famous limestones of the city. This extraordinary lake is named Tasik Cermin after its beautiful reflection and it is due to its uniqueness that it was named one of the many geoparks by the Malaysian government.

🔵There are two main lakes in Tasik Cermin; Tasik Cermin 1 Mirror Lake and Tasik Cermin 2 Hidden World. Hop onto boats that will take you on a great adventure through tunnels and past magnificent hills to capture the beauty of the lake. The ideal time to visit Tasik Cermin is in the morning, as the reflections are best viewed when the morning sun is at its brightest.

🔵Tasik Cermin 2 Hidden World can only be explored by sailing on a boat. Tasik Cermin 2 is the perfect example of a hidden gem, as you will have to travel through a 130-metre-long water tunnel to reach the lake, a testament to Tasik Cermin 2 living up to its name; Hidden World.
#tasikcermin2 #mirrorlake2

https://www.malaysia.travel/explore/tasik-cermin

Here are the photos.

Dari Taman Rekreasi Gunung Lang naik Grab menuju ke Tasik Cermin.


Tiba di Tasik Cermin 2.


Ada lockers disediakan untuk simpan barang. 

Kaunter tiket.

Jeti untuk naik bot.

Kelihatan satu bot baru keluar dari lubang terowong di kiri itu i.e sudah selesai boat tour.

Perlahan-lahan berlabuh di jeti.

Crew akan tarik bot ke tepi jeti.


Bot sudah secure, baru penumpang keluar dari bot.

Suasana yang cukup indah sekali.


Ada sebuah kafe di sini. 

Rancangannya saya nak lunch di sini tapi tak jadi sebab tak nampak tanda 'Halal'. Yang ada "Muslim-friendly / No pork. No lard". 


Tiba masa dah untuk mulakan Boat Tour di Tasik Cermin 2 ini. Lifejacket is compulsory.

Jom kita naik bot. Kami dibantu oleh Boat Rider, kru yang bertugas di establishment ini. 
Melangkah masuk naik bot sambil membaca doa.

Bersama saya hari itu ada 2 group lain. Meriah! 😃

Kami dibawa oleh Boat Rider ini. Lupa pulak nama dia 😅. Sambil berlayar, Boat Rider berkongsi pelbagai penerangan mengenai Tasik Cermin dan alam di sekitarnya. 

Bot dikemudi masuk ke pintu terowong.




Mula masuk ke dalam terowong.

Waaa.... gelapnya. Mujur Boat Rider ada bawa spotlight. Barulah boleh nampak/rakam dengan agak jelas suasana dalam terowong ini.

Terdapat titisan air dari siling terowong. Boat Rider kata itu air mineral, boleh minum... hihi 😄.

Bila nampak siling berbatu begini yang agak rendah, kami semua otomatik mestilah tunduk atau bongkok tapi Boat Rider kata jangan risau, dia kata, "Tak kena, tak kena, jangan takut". Dia kata kepala kami tak akan terhantuk ke siling terowong ini pada ketika itu/di spot itu. Nanti masa lalu di spots silingnya rendah, dia akan beritahu kami.

Pintu masuk terowong dan laluan ke hadapan.

Haa... di sini silingnya rendah, jadi kami diminta untuk segera tunduk membongkok. 

The tunnel's ceiling. Kata Boat Rider, it is a man-made tunnel, sudah lebih 100 tahun usianya. Panjang terowong 130 meter, kedalaman air 7 kaki.

Bila sudah clear, barulah kami boleh duduk tegak semula.

Membongkok lagi. Rasanya kalau sesiapa yang klaustrofobik, mungkin tak sesuai untuk naik bot begini. Sebab itu Boat Rider awal-awal tadi ada bertanya pada kami kalau ada sesiapa yang klaustrofobik.



Sudah pun nampak hujung terowong. "Standby camera, video", kata Boat Rider.


Keluar saja dari terowong, we went "Oooo..." and "Wowww...". 

Memang pada saya saat itu adalah begitu magical. SubhanAllah. 

Suasana begitu nyaman dan damai. Air tasiknya tenang dengan refleksi alam sekitar yang cantik dan jelas di permukaan tasik.

Kami terus dibawa Boat Rider berlayar perlahan mengelilingi 'hidden world' ini.



Asalnya ini adalah kawasan lombong bijih besi.

Oh ya, I must mention that this Boat Tour uses electric boats. Jadi tiada bunyi bising enjin bot yang boleh mengganggu suasana di sini. 





Boat Rider memberi penerangan tentang rock formations yang ada di sini.

What a spectacular scenery!












Boat Rider sedang menerangkan rock formation stalactites and stalagmites.






Boat Rider kata di sini ada banyak jenis ikan: tongsan, patin, lampam, talapia, haruan, jelawat etc.




Kami dibawa stop sebentar di sini kerana ini adalah spot untuk menyaksikan efek 'cermin' yang indah di tasik ini.

Di spot ini kedalamannya adalah 30 meter.





Ok, selesai pusing tasik, kami dibawa masuk semula ke dalam terowong untuk balik ke jeti.




Sampai di hujung terowong. 






Boat cruise ini tak lama, lebih kurang 20 minit sahaja tapi pada saya sungguh mengujakan. It was an amazing experience actually. When we reached at the end of the tunnel while going in, upon entering the lake, it was almost surreal, like entering a different, untouched world. 

Highly recommended! Two enthusiastic thumbs Up!

Next, cerita jalan di Tasik Cermin 1 pula.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment