Assalamualaikum.
Selepas melawat Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin, Mr. Kobu membawa kami melawat ke sebuah masjid istimewa di Pulau Pangkor yang bernama Masjid 1000 Doa.
🔴Masjid Al-Khairiah atau lebih dikenali sebagai Masjid Seribu Doa atau Masjid Cina terletaknya di Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor.
🔴Kedudukan masjid ini yang dikelilingi komuniti masyarakat Cina membuatkan idea reka bentuk dan hiasan dalaman masjid ini menggabungkan motif oriental dan unsur ketimuran dari negara China.
🔴Masjid ini diserlahkan lagi dengan ukiran dan tulisan doa-doa dari Qur’an dan hadith di setiap sudut.
Sumber: Tourism Perak
🔴Dari luar, bangunan masjid ini kelihatan unik kerana dindingnya dihiasi dengan kaligrafi Arab. Tambahan pula reka bentuk binaan di sekelilingnya, termasuk atap, pintu gerbang dan pagar mirip seperti tokong masyarakat Cina.
🔴Idea asal pembinaan masjid ini adalah dari bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
🔴Jika dilihat dari luar, ia kelihatan seperti tokong sehingga ramai pelancong kerap bertanya sama ada ini tokong atau masjid.
🔴Pada tahun 1926, telah dibina masjid lama dengan struktur kayu di tapak ini oleh masyarakat setempat ketika itu yang terdiri daripada orang Melayu, Cina Muslim dan India Muslim.
🔴Masjid ini dibina semula pada tahun 1946 dengan dinding bata. Oleh kerana kawasan ini kini dihuni oleh masyarakat berbangsa Cina, konsep reka bentuk dan hiasan dalamannya menjadi lebih tertumpu kepada motif oriental.
🔴Masjid ini kini berada di bawah pengawasan Jabatan Kerja Raya Perak dan Daerah Manjung serta Pejabat Daerah Manjung.
🔴Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti Negeri Perak telah mengesahkan kaligrafi yang terdapat pada masjid ini.
🔴Yayasan Restu bertanggungjawab ke atas keseluruhan pembinaan masjid ini, termasuk pemilihan ayat, motif, warna dan susun atur reka bentuk hiasan dalaman.
🔴Jom kita masuk ke bahagian dewan solat utama masjid ini.
🔴Bagi pembinaan masjid ini, Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam, adalah lokasi di mana pelbagai proses dilakukan termasuk penyelidikan dan pembangunan, reka bentuk, penulisan kaligrafi, susun atur hiasan dalaman, pembuatan dan pemasangan jubin.
🔴Keseluruhan kaligrafi di masjid ini menggabungkan doa daripada ayat al-Quran, hadis Nabi Muhammad SAW, dan doa daripada ulama terkenal.
🔴Di tiang masjid ini, Asma' al-Husna ditulis dalam kaligrafi Cina.
🔴Sesetengah reka bentuk di Masjid al-Khairiah ini menggabungkan elemen ketimuran China dan ciri negeri Perak dalam bentuk hiasan.
🔴Pelawat boleh masuk ke ruang solat utama untuk melihat dengan lebih dekat keindahan gabungan motif oriental dan kaligrafi doa.
🔴Pelancong yang bukan Islam juga dibenarkan masuk, dan pihak masjid ada menyediakan jubah khas untuk mereka.
🔴Dewan solat adalah seluas lebih 7,250 kaki persegi dan mampu memuatkan lebih daripada 500 jemaah.
🔴Kaligrafi indah yang menghiasi bahagian dalam dan luar masjid adalah hasil kerja khat tempatan yang mahir dari Yayasan Restu.
🔴Ia digabungkan ke bahagian dalam dengan motif botani dan reka bentuk geometri yang berasal dari negeri Perak.
🔴Motif-motif itu mendapat inspirasi dari Masjid NiuJie di China, terutamanya Chinese Peony dan Apple Blossom.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment