Assalamualaikum.
Seterusnya Mr. Kobu bawa kami ke Teluk Dalam yang terletak di utara Pulau Pangkor.
Semasa dalam perjalanan, kami passed by Lapangan Terbang Pulau Pangkor. Satu masa dahulu Berjaya Air pernah terbang ke sini dari Subang Airport. Airport ini walau bagaimanapun tidak lagi digunakan sekarang.
Mr. Kobu bercerita, satu masa dulu, dalam kawasan Teluk Dalam ini ada beberapa resort mewah. Antara yang terkenal ketika itu adalah Pangkor Island Beach Resort yang setanding dengan Pangkor Laut Resort yang masih beroperasi sehingga sekarang. Pangkor Island Beach Resort itu kini malangnya telah pun ditutup. Satu-satunya resort mewah yang berada di Teluk Dalam sekarang adalah Casuarina Pangkor.
Kata Mr. Kobu, kawasan Teluk Dalam ini terkenal sebagai kawasan penangkapan ketam dan lala.
Di pantai inilah ada banyak lala yang besar-besar, kata Mr. Kobu.
Di Teluk Dalam ini, Mr. Kobu bawa kami ke Jeti Teluk Dalam yang merupakan salah satu Look-Out point yang ada di Pulau Pangkor ini dengan pemandangan-pemandangannya yang indah. Di lorong masuk ke jeti itu ada sebuah menara yang dibina untuk memberi peluang pengunjung menikmati keindahan pemandangan panorama sekitar Teluk Dalam. Saya fikir menara ini turut berfungsi sebagai pusat kawalan pantai di Teluk Dalam ini.
Menurut Mr. Kobu Jeti Teluk Dalam ini dulunya adalah jeti eksklusif milik hotel mewah Pangkor Island Beach Resort. Di waktu kegemilangannya, Pangkor Island Resort mempunyai bot persendirian yang akan membawa penginap mereka dari jeti di Lumut terus ke sini. Pada waktu itu juga, jeti ini tidak boleh dilawati oleh orang awam. Bila resort itu ditutup, barulah jeti ini telah dibuka untuk kunjungan orang awam seperti sekarang.
Seronok dapat buat video di sini. Lokasi ini memang bagus untuk saya cuba-cuba rakam video.
Asalnya jeti ini adalah dibina untuk menyambut kedatangan tetamu Pangkor Island Resort Beach.
"Kindly be advised that Pangkor Beach Resort is no longer operating." - Tourism Perak Malaysia.
Ada sebuah kapal lama yang dapat dilihat dekat Jeti Pangkor Island Beach Resort ini.
🔵Kapal Sea Otter ini ialah kapal yang sebelum ini dikenali sebagai Puteri Mahsuri. Ia dimiliki oleh Kumpulan Halim Mazmin.
🔵Puteri Mahsuri adalah sebuah "Tall Ship" yang menawarkan program seperti team building, adventure programs, and family charters.
🔵Semasa program itu Kapten, Ketua Pegawai, Ketua Jurutera, Boatswain, dek dan krew teknikal akan memastikan keselamatan dan kecekapan kapal, manakala pengajar profesional dari Wilderness Malaysia, yang sangat berpengalaman dalam program berasaskan pengembaraan, akan memberikan pengalaman pembelajaran yang terbaik untuk setiap peserta di atas kapal.
Sumber: halimazmin.com
🔵Sail Training Ship (Kapal Latihan Layar) Sea Otter, ialah "Tall Ship" yang megah yang dibina sebagai replika tepat "The Kanrin Maru" yang mengangkut Duta Besar Jepun dalam pelayaran sulungnya ke Amerika Syarikat pada tahun 1860. Sea Otter menandakan ulang tahun ke-130 pelayaran asalnya itu merentasi Pasifik, dengan belayar ke San Francisco, tiba pada 19 Mac 1990.
🔵Hari ini STS Sea Otter berlayar di mana lagenda sering diperkatakan, sebuah kepulauan yang terdiri daripada 99 pulau di Laut Andaman, dikelilingi dengan tarikan misteri dan kisah hebat tentang pulau lagenda Langkawi.
🔵Kehadiran kapal setinggi 66 meter ini telah mengubah landskap maritim Malaysia, kerana Sea Otter adalah kapal terbesar seumpamanya di rantau ini. Sea Otter ialah tempat latihan yang ideal, bukan sahaja untuk pembinaan pasukan organisasi dan perjalanan yang mencabar, tetapi juga platform untuk pembangunan nilai peribadi.
Sumber: halimazmin.com
The vessel KHF 1738 is a Fishing vessel and currently sailing under the flag of Malaysia.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment