Assalamualaikum.
Jom kita pergi ke kilang satay ikan pula. Kalau sudah ke Pulau Pangkor ini elok la singgah kilang satay ikan untuk beli some seafood snacks. Kami beritahu Mr. Kobu (pemandu teksi/tour guide kami di Pulau Pangkor) yang, kalau boleh, kami bukan sekadar hanya mahu ke kedai di kilang itu tapi ingin juga untuk melihat secara ringkas kerja-kerja di sebalik penghasilan seafood products itu. Mr. Kobu kata 'no problem' dia akan bawa kami tengok beberapa proses yang terlibat.
Pangkor Bus Resort by BESLA - old buses converted to accommodations.
[més] | ميس. Definisi : (més) tempat para pegawai tentera beristirahat, makan, minum dsb: pertemuan itu berlangsung di ~ pegawai pd petang se-malam.
Kelihatan juga bot-bot nelayan keluar menangkap ikan. Kata Mr. Kobu, bot-bot itu nak keluar menangkap ikan bilis. Kawasan perairan di sekitar Pulau Pangkor terkenal dengan penghasilan ikan bilis dan spesis ikan bilis yang paling terkenal adalah Ikan Bilis Mata Biru.
Mr. Kobu juga menunjukkan kepada kami sebuah kawasan perumahan rakyat yang cantik berhampiran. Kawasan perumahan rakyat ini banyak didiami oleh ibu-ibu tunggal di Pulau Pangkor.
Mr. Kobu kata ini bengkel-bengkel buat dan repair bot-bot nelayan. Kalau buat bot, harga satu boleh cecah sampai RM5 juta.
Ini Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan LKIM Pulau Pangkor.
🔵Pusat Pemperosesan Hasil Perikanan (PPHP) telah mula dibangunkan pada tahun 1990-an, yang mana berfungsi sebagai pusat mengumpul, memproses dan membungkus produk hasil laut, seperti keropok, keropok lekor, bebola ikan, budu dan lain-lain produk berasaskan hasil ikan.
Kerja-kerja pengeringan makanan laut di sini melibatkan meletak, menyebar, memusing dan mengumpul.
🔵Hai Seng Hin ialah pengeluar dan pembekal produk makanan laut dan makanan ringan yang terletak di Perak, Malaysia.
🔵Selain daripada menghasilkan pelbagai jenis produk berkaitan makanan laut, ia juga menjalankan perdagangan untuk makanan laut kering, makanan laut beku dan lain-lain.
🔵Ia ada di Pulau Pangkor dan Sri Manjung. Terdapat pelbagai jenis snek makanan laut, ikan bilis kering, udang kering, ikan masin dan makanan tempatan yang lain.
Tidak terus ke kedai kilang ini, Mr. Kobu bawa kami dulu ke bahagian belakang permis ini untuk melihat jika ada kerja-kerja pemprosesan sedang dilakukan.
Jenis ikan termasuk gelama, selar kuning, tamban sisik, selar pucat, talam, tenggiri dan sebagainya.
Seterusnya Mr. Kobu bawa tengok bahagian jemuran. Proses menjemur ikan kering memerlukan cuaca panas sepenuhnya dan kebiasaannya mengambil masa antara satu hingga dua hari atau sehingga betul-betul kering.
Mr. Kobu menunjukkan dan menerangkan pada kami produk ikan jeruk.
Ini jeruk Ikan Tenggiri Bapan.
🔹Ramuan: Ikan Tenggiri, Minyak Sayuran dan Garam.
🔹Tidak mengandungi bahan pengawet.
🔹Simpan di dalam peti ais antara 0°C - 5°C untuk mengekalkan kualiti.
🔹Ranggup selepas digoreng.
🔹Terbaik dimakan dengan sambal dan bubur nasi.
🔹Tambah perisa hidangan harian (sayur-sayuran, kari dll).
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment