Assalamualaikum.
Sebelum mulakan program lawatan for the day, mestilah sarapan dulu.
Baik, jom kita mulakan program hari ini menuju ke Seville, which is about 86 km away or 1 hour drive from where we were at that time i.e in Écija.
🔵Zarina, our local tour guide, kata ada satu Spanish proverb which says, ‘Hasta el cuarenta de mayo, no te quites el sayo’, yang secara literalnya bermaksud ‘until the 40th of May, don’t take your tunic off’.
🔵Pepatah itu merujuk kepada fakta bahawa cuaca panas di sini hampir selalu pasti bermula pada minggu kedua pada bulan Jun, apabila tiba-tiba suhu meningkat dari 20ºC kepada 38ºC dan kekal sehingga akhir September.
🔵Ertinya, jangan sesekali percaya cuaca akan menjadi panas dalam bulan Mei sehingga dah betul-betul masuk ke bulan Jun. Maklumlah, mana ada tarikh 40 Mei dalam kalendar.
🔵Suhu di Seville nyaman sekitar 18'C pada pagi itu. Walau cuaca agak nyaman, kami still pakai light jacket.
Patung Red Indian ini adalah hadiah dari Kansas City di Missouri, USA yang merupakan Sister City kepada Seville.
🔵Seville ialah ibu kota dan bandar terbesar bagi komuniti autonomi Sepanyol Andalusia dan wilayah Seville.
🔵Ia terletak di bahagian hilir Sungai Guadalquivir, di barat daya Semenanjung Iberia.
🔵Seville mempunyai penduduk perbandaran kira-kira 701,000 orang pada 2022, dan penduduk metropolitan kira-kira 1.5 juta, menjadikannya bandar terbesar di Andalusia, bandar keempat terbesar di Sepanyol dan perbandaran ke-25 paling ramai penduduk di Kesatuan Eropah.
🔵Pelabuhan Seville adalah satu-satunya pelabuhan sungai Sepanyol dan masih merupakan salah satu pelabuhan sungai paling aktif di semenanjung Iberia.
🔵Mata wang rasmi di Seville ialah euro (€).
🔵Seville terkenal di dunia dengan seni bina yang indah, monumen, flamenco dan tapas (pembuka selera atau makanan ringan dalam masakan Sepanyol).
🔵UNESCO telah mengiktiraf Seville sebagai salah satu bandar paling bersejarah di dunia. Fakta ini disokong oleh tiga tapak warisan dunia di bandar itu.
🔵Ia pernah menjadi lokasi penggambaran Game of Thrones, Lawrence of Arabia, Star Wars: Episode II, dan Knight and Day.
🔵Ia mempunyai salah satu katedral Gothic terbesar di dunia.
🔵”NO8DO” ialah moto rahsia bandar Seville. Ia ditulis dan terukir di merata bandar, daripada perabot hingga bangunan bandar dan dari bendera hingga papan-papan tanda jalan. Cogan kata itu didakwa datang sebagai hadiah daripada Raja Alfonso X untuk berterima kasih kepada penduduk tempatan atas sokongan. NO8DO bermaksud "has not abandoned me".
🔵Seville adalah bandar yang mempunyai bilangan terbanyak pokok oren dengan lebih daripada 25,000 pokok oren di plaza, jalan, dataran dan patio di bandar ini. Walaupun pahit untuk dimakan, penduduk tempatan menggunakan bunga dan oren itu untuk membuat minyak wangi, minyak pati, kek, minuman keras dan coklat. Oren itu adalah bahan utama dalam bitter orange marmalade.
🔵Royal Palace tertua di Eropah terletak di Seville iaitu Alcázar Palace. Ia pada mulanya merupakan kubu Moor sebelum pembinaan istana. Ia masih digunakan oleh kerabat diraja sehingga kini.
🔵Kubur Christopher Columbus ada di Sevilee iaitu di Seville Cathedral.
🔵Suhu terpanas pernah direkodkan di Seville, Sepanyol ialah 46.6°C pada 23 Julai 1995. Seville ialah salah satu bandar paling panas di Eropah dan terkenal dengan musim panas yang terik dengan suhu boleh mencecah lebih 40°C dan jarang hujan. Suhu purata ialah sekitar 36°C dan suhu minimum tidak jatuh di bawah 20°C.
🔵Bandar lamanya, dengan keluasan 4 kilometer persegi, mengandungi Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terdiri daripada tiga bangunan: Alcázar palace complex, the Cathedral and the General Archive of the Indies.
🔵Seville menempatkan salah satu katedral Gothic terbesar di seluruh dunia, Santa Maria de la Sede. Ia adalah Warisan Dunia UNESCO dengan keluasan anggaran 11,500 meter persegi. Ia lebih besar daripada Cathedral of Brasília di Brazil dan St Peter's Basilica di Rom.
🔵Bandar Andalusia yang indah ini mempunyai sejarah yang kaya melalui kawasan kejiranan yang menarik, gereja dan katedral bersejarah dan istana-istana.
🔵Seville, atau Ishbiliya seperti yang dikenali dahulu, adalah pusat budaya dan politik utama semasa pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia dari abad ke-8 hingga ke-13.
🔵Kawasan yang dikuasai Muslim di Semenanjung Iberia ketika itu dikenali sebagai Al-Andalus, dan pusat pemerintahan Islam ialah Sepanyol Selatan, atau Andalusia.
🔵Tempoh ini meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan di bandar itu, dengan Moors memperkenalkan teknik canggih dalam pertanian, sains, dan seni bina.
🔵Kejatuhan pemerintahan Islam di Sepanyol bukan sahaja disebabkan oleh peningkatan pencerobohan oleh pihak negara-negara Kristian, tetapi juga disebabkan oleh perpecahan di kalangan pemerintah-pemerintah Islam.
🔵Selepas penaklukan Kristian ke atas Seville pada tahun 1248 masjid Mezquita de Sevilla Seville (Seville Mosque) telah digunakan sebagai katedral Santa Maria de la Sede. Bermula pada awal abad ke-15 masjid itu kebanyakannya telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada katedral Gothic yang baharu.
🔵Seville mempunyai sejarah pengaruh Islam yang kaya, yang masih boleh dilihat dalam seni bina dan adat resam bandar ini.
🔵Sebagai contoh, Masjid Besar Almohad telah ditukar menjadi Katedral Seville, dan Giralda, dan menara loceng katedral itu, pernah menjadi menara masjid.
🔵Adat menghias halaman dengan tumbuhan dan air pancut juga diilhamkan oleh estetika Moor.
🔵Kajian demografi baru-baru ini daripada Union of Islamic Communities of Spain menunjukkan bahawa terdapat hampir dua juta orang Islam di Sepanyol.
🔵28,000 orang darinya tinggal di wilayah Seville. Daripada jumlah itu, kira-kira 50% adalah warga Sepanyol dan 50% lagi adalah warga asing.
🔵Komuniti Islam tertua di Seville yang masih wujud telah diasaskan oleh bekas penganut Katolik pada tahun 1985.
🔵Kumpulan itu, yang terdiri daripada mualaf dan keturunan mereka, di sebuah bandar besar yang sehingga 1284, merupakan salah satu ibu kota terbesar di dunia Islam.
🔵Ibu pejabat komuniti itu berada di Plaza Ponce de León dan menawarkan kelas Al-Quran, pelajaran bahasa Arab, amalan Solat dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam.
Kami diturunkan dari bas di Jardines del Prado de San Sebastián ini.
🔵Taman ini telah dirasmikan pada tahun 1997, diilhamkan pada taman arab tradisional, dengan bentuk geometri dan banyak kolam, air pancut dan lata kecil.
🔵Di kawasan lapangnya dikelilingi oleh pokok-pokok palma, di mana acara sosial dan budaya berlangsung, sebagai Festival of Nations (yang berlaku setiap Oktober).
🔵Taman ini terletak di tapak pertapaan purba San Sebastián, dibina pada abad ke-13, yang memberikan nama taman itu.
🔵Kawasan itu juga dijadikan tempat untuk pengebumian besar-besaran semasa wabak teruk yang menjejaskan bandar, seperti semasa wabak yang membunuh lebih 60,000 orang Sevillian pada tahun 1647.
Di taman ini juga adalah merupakan salah satu tempat pembakaran "Holy Inquisition" di Seville.
🔵Inquisition adalah prosedur dan institusi kehakiman Katolik yang digunakan untuk memerangi ajaran sesat, murtad, penghujatan, sihir, dan bahaya lain.
🔵Spanish Inquisition adalah sebuah institusi kehakiman yang berlangsung antara 1478 dan 1834. Tujuan yang nyata adalah untuk memerangi ajaran sesat di Sepanyol, tetapi, dalam praktiknya, ia menghasilkan pengukuhan kuasa dalam monarki kerajaan Sepanyol yang baru bersatu. Kaedah kejamnya membawa kepada kematian dan penderitaan yang meluas.
🔵Pembakaran terakhir berlaku pada tahun 1781, dengan kematian yang dipanggil "Beata Dolores". María de los Dolores López yang dikenali sebagai Beata Dolores, adalah seorang visionary Sepanyol yang dihukum mati kerana ajaran sesat.
Destinasi kami yang pertama di Seville adalah Plaza de España yang terletak di seberang jalan dari Prado Gardens of San Sebastián.
Policia Local yang menjaga keamanan di lokasi pelancongan.
Bas Hop On Hop Off. Seville mempunyai beberapa pilihan bas hop-on, hop-off, termasuk Green Ticket, Alsa Seville dan City Sightseeing.
Di depan kami adalah bangunan yang menempatkan Cuartel General Fuerza Terrestre del Ejército de Tierra / Headquarters of the Army Ground Force.
Confederación Hidrográfica del Guadalquivir / Guadalquivir Hydrographic Confederation. A Water utility company.
Kami masuk ke Plaza de España melalui pintu ini, namanya Puerta de Aragon / Gate of Aragon.
Gate of Aragon mempunyai dua kegunaan, yang pertama sebagai akses ke galeri dalaman, membolehkan akses ke teres galeri. Yang kedua sebagai laluan komunikasi dan untuk memudahkan hubungan dengan Prado de San Sebastián.
Azulejo (suatu bentuk jubin seramik tin-glazed Portugis dan Sepanyol yang dicat) yang indah di Puerta de Aragon.
Pada panel seramik ini ada memaparkan acara penting yang pernah berlaku di salah satu wilayah di Sepanyol.
Tangga menuju ke tingkat 1.
Juga kelihatan dari koridor ini, jauh di hujung bangunan separuh bulatan ini, Torre Sur atau South Tower.
🔵Plaza de España (Spain Square) ialah sebuah plaza di Parque de María Luisa (Maria Luisa Park), di Seville, Sepanyol.
🔵Taman itu telah direka oleh Jean-Claude Nicolas Forestier. Seluruh hujung selatan bandar telah dibangunkan semula menjadi hamparan taman-taman dan boulevards.
🔵Saiz Plaza de Espana adalah besar. Dengan bentuk separuh bulatan dan diameter hampir 200 m, ia mempunyai keluasan 50,000 m persegi di mana 19,000 m diduduki oleh bangunan utama dan dua menaranya.
🔵Plaza de España merupakan contoh penting seni bina Regionalisme, mencampurkan unsur-unsur Baroque Revival, Renaissance Revival dan Moorish Revival (Neo-Mudéjar) gaya seni bina Sepanyol.
🔵Pada tahun 1929, Seville menjadi tuan rumah Pameran Dunia Ibero-American Exposition, yang terletak di Maria Luisa Park (Parque de María Luisa) yang terkenal.
🔵Bangunan pameran itu dibina di María Luisa Park di sepanjang Sungai Guadalquivir.
🔵Sebahagian besar bangunan telah dibina untuk kekal selepas penutupan eksposisi.
Museo Histórico Militar de Sevilla / Military Historical Museum of Seville.
🔵Siling coffered wood di galeri ini adalah ciri seni bina Neo-Mudéjar di Sepanyol.
🔵Gaya Neo-Mudéjar berasal dari Madrid dan Barcelona pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ia cepat merebak ke kawasan lain di Sepanyol dan Portugal.
🔵Gaya Mudejar, yang mempengaruhi seni bina Neo-Mudéjar, telah dibangunkan di Aragon pada abad ke-12. Ia dipengaruhi oleh tradisi Islam dan gaya Eropah kontemporari, terutamanya Gothic.
Di galeri/koridor ini turut dipaparkan karya-karya seni mozek dengan lukisan yang menggambarkan wilayah-wilayah di Seville. Yang ini adalah untuk wilayah Badajoz. Ditulis juga "Exposicion Ibero Americana".
🔵Plaza de España telah dibina pada tahun 1928 untuk Ibero-American Exposition of 1929.
🔵Tujuan eksposisi itu adalah untuk memperbaiki hubungan antara Sepanyol dan negara-negara yang hadir, yang semuanya mempunyai hubungan sejarah dengan Sepanyol sama ada melalui penjajahan (sebahagian daripada Spanish America dan Amerika Syarikat) atau kesatuan politik (Portugal dan Brazil). Negara-negara lain telah diwakili di bahagian Antarabangsa di Barcelona.
🔵Negara-negara yang menghadiri eksposisi termasuk: Portugal, Amerika Syarikat, Brazil, Uruguay, Mexico, Peru, Argentina, Chile, Colombia, Cuba, Venezuela, Republik Dominican, Bolivia, Panama, El Salvador, Costa Rica dan Ecuador. Setiap wilayah Sepanyol dan setiap wilayah Andalusia turut diwakili.
🔵Projek eksposisi itu sangat besar dan mengambil masa hampir 30 tahun untuk disiapkan, kerana ia terganggu oleh Perang Dunia Pertama. Sepanyol membelanjakan sejumlah besar wang dalam membangunkan Plaza de España untuk pameran itu.
🔵Pameran itu direka untuk menunjukkan kemajuan teknikal dan saintifik, sosial dan ekonomi Sepanyol serta mengekspresikan budayanya.
🔵Kini, eksposisi ini tidak lagi betul dari segi politik (no longer politically correct) kerana pada asasnya ia adalah "pameran kolonial".
🔵Dalam masa beberapa tahun antara satu sama lain, London (1924-25), Seville (1929-30) dan Paris (1931) melaksanakan projek ini untuk meraikan kegemilangan Empayar mereka.
🔵England dan Perancis meneruskan penguasaan tanah jajahan mereka apabila mereka melancarkan idea eksposisi ini. Tapi bagi Sepanyol, pada akhir abad ke-19 telah berakhir penaklukan Sepanyol. Tidak ada lagi Kingdom of Spain dan semua wilayah Amerikanya telah membebaskan diri mereka daripada penaklukan.
Jadi mengapa pameran sedemikian diadakan di Sepanyol, dan mengapa di Seville?
🔵Seville adalah bandar keempat terbesar di Eropah pada abad ke-16 (selepas Paris, London dan Naples).
🔵Dari pelabuhannya di Sungai Guadalquivir, kapal-kapal perdagangan bertolak ke Dunia Baru, kembali sarat dengan emas dari benua Amerika.
🔵Bandar ini, yang pada masa itu kaya, menarik ahli bank, pedagang dan artis dari seluruh Eropah serta pengembara dari seluruh dunia.
🔵Pada awal abad ke-20, ia hanya sebuah bandar wilayah, tetapi ia masih sangat simbolik. Maka, kerana "simbol" inilah pameran yang dipanggil "Ibero-American" ini dibayangkan, dengan Seville sebagai tuan rumahnya.
🔵Oleh itu, di sebalik pameran ini, terdapat idea memperingati, identiti nasional, malah nasionalis, kembali ke masa lalu yang gemilang "membuktikan bahawa warisan penjajah Sepanyol juga sinonim dengan kemajuan".
🔵Sepanyol mempunyai hubungan yang kompleks dengan budaya Amerika-Hispanik dan lebih dipandang sebagai ibu tiri daripada ibu pelindung. Adalah diragui bahawa Plaza de España sebenarnya boleh memupuk komunikasi antara orang-orang yang mempunyai perspektif berbeza tentang peristiwa sejarah.
🔵Segala-galanya tentang Plaza de España telah difikirkan secara grand dan simbolik dan dikatakan bahawa bangunannya, yang didirikan dalam hemicycle berdiameter 170 meter dan disiapkan dengan dua menara setinggi 80 meter, adalah seperti seorang matron yang memeluk bekas Empayarnya.
🔵Hari ini, bangunan di Plaza de España telah dipulihkan dan disesuaikan untuk digunakan sebagai pejabat kerajaan.
🔵Di dalam terdapat Jabatan Kerajaan Pusat yang telah di renovasi dengan reka bentuk semula yang adaptif dengan kegunaan semasa.
🔵Selain pajabat kerajaan terdapat juga runag-ruang yang dijadikan muzium.
Bahagian ini adalah lokasi "Cuartel General Fuerza Terrestre del Ejército de Tierra" atau "Headquarters of the Army Ground Force". |
Lantai dataran ini juga dihias cantik dengan jubin yang disusun dengan corak geometrik.
🔵Bahagian hadapan bangunan ini dihiasi dengan 48 bangku batu yang dilitupi dengan seramik yang setiap satunya dikhaskan untuk wilayah-wilayah Sepanyol dalam susunan abjad, seperti Cantabria, Navarra, Asturias dan La Rioja, bergantung pada nama ibu kota mereka.
🔵Setiap alcove ini dihiasi dengan jubin seramik berlapis yang dihasilkan di Triana, kawasan kejiranan yang terkenal dengan artis seramiknya, di seberang sungai dari pusat bersejarah Sevilla.
🔵Setiap alcove ini diapit oleh sepasang rak buku bertutup yang boleh digunakan oleh pelawat sebagai "Little Free Library". Setiap rak buku selalunya mengandungi karya dengan maklumat tentang wilayah yang ia mewakili. Pengunjung juga telah menyumbangkan novel kegemaran dan buku-buku lain untuk dibaca oleh pengunjung lain.
🔵Di atas setiap bangku adalah jata wilayah.
🔵Setiap alcove mempunyai panel besar lukisan seramik sebagai sandaran yang menggambarkan peristiwa penting dari setiap wilayah dan di atas lantai terdapat peta wilayah tersebut.
🔵Lukisan seramik di alcove Alava ini menggambarkan penyerahan Alava kepada Raja Castile sewaktu pemerintahan Alfonso X.
Albacete alcove.
Ini pula adegan Battle of Almansa pada tahun 1707, semasa War of the Spanish Succession. Tentera Philip V dan Archduke Charles dari Austria berhadapan antara satu sama lain. Kemenangan dalam pertempuran ini menjadi milik Philip V.
Peta wilayah Albacete.
Alicante alcove.
Jubin yang menggambarkan pendaratan Hamilcar dan anaknya Hannibal di Akra Leuce semasa First Punic War (264-241 SM). Amilcar Barca dan Hannibal dianggap sebagai pengasas Alicante (Acra Leuca).
Alicante map.
🔵Kompleks Plaza de España berbentuk separuh bulatan yang besar.
🔵Ia boleh diakses dengan empat jambatan di atas moat (terusan), yang mewakili kerajaan purba Sepanyol.
🔵Dataran ikonik ini penuh dengan makna, begitu juga dengan empat jambatan yang melintasi terusannya, mewakili empat kerajaan yang pada asalnya membentuk Sepanyol: Aragon, Castile, Leon dan Navarre.
Earlier kami masuk ke plaza ini melalui Gate of Aragon yang terletak di belakang bahagian bangunan yang ini.
Monumento a Aníbal González Álvarez-Ossorio / Monument to Aníbal González Álvarez-Ossorio.
🔵Aníbal González Álvarez-Ossorio ialah seorang arkitek Sepanyol yang membuat bangunan-bangunan penting di Seville dan Madrid.
🔵Pada permulaan kerjayanya gayanya adalah Art Deco, tetapi kemudiannya berkembang ke arah regionalisme.
🔵Dia mereka bentuk Plaza de España dan dia adalah ketua arkitek Pameran Ibero-Amerika pada tahun 1929 di Seville.
🔵Ini lokasi untuk mendapatkan khidmat Horse & Carriage Tour.
🔵Dari Maria Luisa Park ini, kami akan berkereta kuda menuju ke Seville Historic Centre.
🔵Bayaran yang dikenakan adalah Euro 90 (RM 453) bagi setiap kereta kuda yang boleh dinaiki seramai 4 orang.
Ada deretan gerai souvenir.
La Señorita Spanish Flamenco Doll España Red Black Dots Dress.
Why do flamenco dresses have polka dots?
These dresses were especially worn by gypsy women. Most of these gowns were made with polka dot fabrics, which were actually “defective” fabrics due to printing errors, cheaper fabrics, acquired by women of humbler condition.
It is a 'he' sebab namanya Coby, kata pekedai di belakang tu. Dah la spesis sama dengan Tam Tam kami. Terus rindu! 😔
This adorable dog kept staring at us, which I definitely thought had something to do with Coby the gato 😄.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment