Assalamualaikum.
Selepas selesai dengan lawatan di Mezquita-Catedral de Cordoba, kami ke bandar Seville pula. Kami dibawa berjalan ke tempat bas sedang menunggu dengan melalui Roman Bridge menyeberangi sungai Guadalquivir.
Berhampiran Roman Bridge ada satu monumen Triunfo de San Rafael de la Puerta del Puente (Triumph of San Rafael of the Bridge Gate).
Monumen abad ke-18 ini menampilkan Archangel Raphael, guardian angel of Cordoba.
Foto kiri: Patung kiri ialah Saint Victoria. Di kanan patung Saint Barbara.
Foto kanan: Archangel Raphael.
Di jalan/Calle Torrijos. Di sebelah kiri itu ialah bangunan Palacio Episcopal (Episcopal Palace), the seat of Roman Catholic Diocese of Córdoba sejak 1330an.
Kanan: travel agents, hotels, restaurants
Iklan Bus City Sightseeing Cordoba.
Gerbang itu ialah Puerta del Puente (Bridge Gate).
🔵Terletak berhampiran Rom Bridge dengan pameran sejarah dan sudut pandang.
🔵Ia pernah menjadi sebahagian daripada tembok kota pertahanan.
🔵Dibina pada abad ke-16 untuk memperingati lawatan ke bandar oleh King Philip II.
🔵Apa yang dilihat sekarang ialah Bridge Gate yang dibina pada abad ke-16.
🔵Terdapat petunjuk bahawa pernah ada gate lain dari zaman Rom terletak di sini pada zaman dahulu.
🔵Sejak 1931, pintu gerbang ini bersama-sama dengan Roman Bridge dan Calahorra Tower, telah diisytiharkan sebagai Bien de Interés Cultural (Asset of Cultural Interest-kategori daftar warisan di Sepanyol) dalam kategori monumen.
🔵Ia juga merupakan sebahagian daripada pusat bersejarah Cordoba, yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1984.
Bus hop-on hop-off City Sightseeing Cordoba.
Inilah Roman Bridge of Córdoba, jambatan panjang yang telah dibaik pulih dengan banyak arked yang asalnya dibina pada awal abad pertama.
🔵Pada jambatan ini a plak - Plaque 2014 European Union Prize for Cultural Heritage / Europa Nostra Awards. Jambatan ini telah menang hadiah bahagian konservasi dalam projek konservasi mega Cordoba yang melibatkan Roman Bridge, Puerta del Puente (Bridge Gate - sebuah gerbang kebangkitan yang telah ditransformasi seabad lalu menjadi gerbang kemenangan), dan Calahorra Tower (asalnya Moor tetapi disesuaikan menjadi kubu kuat Kristian pada abad ke-15).
🔵The European Heritage Awards / Europa Nostra Awards were launched by the European Commission in 2002 and have been run in partnership with Europa Nostra ever since. The Awards are supported by the Creative Europe programme of the European Union.
🔵Since 2002, independent expert juries, with the help of expert assessors, have selected 644 award-winning projects from 34 countries. In line with the number of entries, Spain tops the list with 83 awards received. The United Kingdom is in second place (71 awards) and Italy comes third (61 awards).
www.europanostra.org/
🔵Pemandangan terkenal di sepanjang tebing Sungai Guadalquivir ialah kincir air Albolafia (Molino de la Albolafia) yang bersejarah.
🔵Khalifah Abdul Rahman II membinanya untuk memindahkan air sungai ke saluran air yang membekalkan air ke Istana Khalifah.
🔵Tetapi kerana bunyi kincir air ini, Ratu Isabel I memutuskan untuk berhenti menggunakannya.
🔵Roman Bridge of Córdoba ialah jambatan di pusat Bersejarah Córdoba, Andalusia, selatan Sepanyol, yang asalnya dibina pada awal abad ke-1 SM merentasi sungai Guadalquivir.
🔵Ia telah dibina semula pada beberapa masa sejak itu.
🔵Ia juga dikenali secara tempatan sebagai Old Bridge selama dua ribu tahun dan ia merupakan satu-satunya jambatan di bandar ini yang merentasi sungai Guadalquivir sehingga pembinaan San Rafael Bridge pada pertengahan abad ke-20.
🔵Guadalquivir ialah sungai kelima terpanjang di Semenanjung Iberia dan sungai kedua terpanjang dengan keseluruhan panjangnya di Sepanyol.
🔵Panjangnya adalah 657 km.
🔵Guadalquivir adalah satu-satunya sungai utama yang boleh dilayari di Sepanyol.
🔵Pada masa ini ia boleh dilayari dari Seville ke Teluk Cádiz, tetapi pada zaman Rom ia boleh dilayari dari Córdoba.
Bergambar kenangan di Roman Bridge, Cordoba, Sepanyol.
🔵Nama moden Guadalquivir berasal dari bahasa Arab al-wādī l-kabīr (اَلْوَادِي الْكَبِيرْ), yang bermaksud "the great river".
🔵Pengepungan, pertahanan dan penaklukan telah dilakukan di perairannya, dan begitu juga pembinaan jambatan-jambatan penyeberangan di tebing-tebingnya.
🔵Walaupun ada yang memanggil Sungai Guadalquivir sebagai "Beach of Seville," sebenarnya berenang di sungai adalah dilarang atas sebab keselamatan.
🔵Macam-macam spesisi ikan ada dalam sungai ini termasuk Rainbow trout, Brown trout, Northern pike dan Black bullhead.
🔵Guadalquivir ialah sungai terpenting di Andalusia dan salah satu sungai terpenting di Sepanyol, tetapi di Seville, Guadalquivir bukan sekadar sungai. Ia adalah kehidupan dan sejarah bandar dan hadir dalam semua manifestasi artistiknya.
Kelihatan Puente de Miraflores / Miraflores Bridge.
🔵Miraflores Bridge ialah jambatan bandar keempat yang dibina di Córdoba, di atas Sungai Guadalquivir dan sangat dekat dengan Roman Bridge dan Masjid-katedral.
🔵Itu ialah Molino de Pápalo o de Don Tello (Pápalo or Don Tello Water Mill). Nampaknya terbiar.
🔵Bersama-sama dengan kincir air Albolafia, kincir air Enmedio dan kincir air San Antonio, ia membentuk Empangan Culeb.
🔵Kebanyakan struktur sekarang Roman Bridge ini berasal dari pembinaan semula orang Arab pada abad ke-8.
🔵Sejak 1931, jambatan ini, bersama-sama dengan Puerta del Puente (Bridge Gate) dan Calahorra Tower, telah diisytiharkan sebagai Bien de Interés Cultural dalam kategori monumen.
🔵Ia juga merupakan sebahagian daripada pusat bersejarah Cordoba, yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1984.
🔵Roman Bridge ini dibina oleh orang Rom pada awal abad ke-1 SM, mungkin menggantikan jambatan kayu sebelumnya.
🔵Selepas pembinaan semula Islam bentuknya mempunyai 16 arked, kurang satu daripada asalnya, dengan panjang 247 meter. Lebarnya sekitar 9 meter.
🔵Semasa sejarahnya, jambatan ini telah dipulihkan dan diubah suai beberapa kali (khususnya pada abad ke-10), dan kini hanya gerbang ke-14 dan ke-15 (dikira dari Puerta del Puente) adalah asli.
🔵Pada 1 Mei 2004, Roman Bridge telah dijadikan pejalan kaki selepas pembinaan jambatan Miraflores (siap pada tahun 2003).
🔵Ia memainkan peranan penting dalam pertempuran kota melawan tentera Peter I, the Cruel.
🔵Seperti beberapa jambatan-jambatan di Eropah yang pernah kami lawatan, mesti ada patung-patung di jambatan-jambatan bersejarahnya. Roman Bridge ini juga tidak terkecuali.
🔵Ini adalah statue of St. Archangel Raphael.
🔵Menurut ceritanya sewaku wabak Black Plague melanda Cordoba pada tahun 1649, penduduk Cordoba berdoa kepada Archangel Raphael kerana dia dikatakan mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit.
🔵Selepas berdoa, ramai pesakit yang sembuh di samping jumlah kematian yang menurun.
🔵Oleh yang demikian, penduduk Cordoba mendirikan patung sebagai tanda terima kasih kepada Archangel Raphael di merata-rata tempat termasuklah di atas jambatan ini.
🔵Patung-patung Archangel Raphael selalunya dibuat memegang seekor ikan.
🔵Dikatakan dipercayai itu adalah simbol keupayaan Archangel Raphael untuk menyembuhkan dan melindungi.
🔵Ia merujuk kepada biblical story di mana Raphael menyembuhkan kebutaan seorang lelaki tua, dengan memberitahu anaknya untuk mengambil pundi hempedu ikan dan menggosoknya ke mata bapanya.
🔵Dari semua patung-patung Archangel Raphael yang ada di Cordoba, yang ini adalah yang tertua antara semua.
🔵Dicipta oleh Bernabé Gómez del Río, seorang pengukir yang menghasilkan kebanyakan karya seninya di Cordoba, patung ini dibuat bermula dari 1651, dan telah ditegakkan ke dalam tembok pembatas di tengah jambatan untuk memberkati semua pelawat yang melalui Roman Bridge ini.
🔵Penduduk kejiranan Campo de la Verdad yang berdekatan menunjukkan pengabdian istimewa mereka dengan meninggalkan persembahan lilin dan bunga.
Di hujung sana ialah Calahorra Tower. Is also a living museum.
🔵Calahorra Tower (Torre de la Calahorra) ialah pintu gerbang berkubu di pusat bersejarah Córdoba, Sepanyol. Ia adalah struktur binaan pemerintah Islam.
🔵Menara Calahorra Cordoba, sebuah kubu pertahanan purba, ada dicatat dalam beberapa sumber Arab di "Al-Andalus" (Arab Andalusia), serta rekod sejarah sejak penaklukan Kristian ke atas Cordoba. Seni binanya mencerminkan pengubahsuaian berturut-turut yang dibuat pada menara.
🔵Menara itu pertama kali didirikan oleh Abu'l-Hasan Khalifah Almohad pada tahun 1333 untuk melindungi Roman Bridge yang berdekatan di sungai Guadalquivir.
🔵Menara itu telah dipulihkan secara meluas oleh King Enrique II dari Castile pada tahun 1369 untuk mempertahankan kota itu daripada serangan saudaranya Pedro I the Cruel dari selatan.
🔵Calahorra Tower, yang terletak di hujung selatan Roman Bridge, pada asalnya terdiri daripada pintu gerbang melengkung.
🔵Menara ketiga telah ditambah kepada yang sedia ada, dalam bentuk dua silinder yang menghubungkannya.
🔵Pada abad ke-18 ia digunakan sebagai penjara dan pada abad ke-19 ia adalah sekolah perempuan. Ia kini sebuah muzium.
🔵Menara itu diisytiharkan sebagai monumen bersejarah negara pada tahun 1931.
🔵Pemulihan Calahorra Tower, bersama-sama dengan Roman Bridge, Bridge Gate dan kawasan sekitarnya, telah dianugerahkan European Union Prize for Cultural Heritage / Europa Nostra Award in 2014.
Seperti kebanyakkan kubu pertahanan Eropah pada zaman dulu, ada juga dibuat moats atau parit sebagai salah satu ciri pertahanan kubu.
Selepas menyeberang sungai Guadalquivir, kami pun berada di kejiranan Fray Albino, Distrito Sur (Southern District).
🔵Ini adalah kawasan kejiranan rumah keluarga tunggal, yang dibina oleh La Sagrada Familia Charitable Association, yang diasaskan pada 5 Februari 1947 oleh Bishop of Córdoba, Albino González Menéndez-Reigada,
🔵Tujuannya adalah untuk menyediakan perumahan yang layak kepada ramai orang dari Córdoba yang hidup dalam keadaan tidak menentu.
🔵Menurut data dari Institut Statistik Negara ketika itu, mereka adalah berjumlah 16,999 keluarga, iaitu tidak kurang daripada 85,000 orang, 49.5% daripada populasi.
🔵Kejiranan itu juga disediakan dengan kemudahan sosial seperti pasar, gereja, sekolah, pawagam, premis komersial dan stadium San Eulogio.
Dari tebing sini kami dapat menyaksikan Mezquita-Catedral de Cordoba, Triumph of San Rafael of the Bridge Gate, Bridge Gate, Roman Bridge, statue of St. Archangel Raphael dan Calahorra Tower.
🔵Seterusnya kami ke Seville, yang terletak 145 kilometer dari Cordoba atau lebih kurang selama 1 jam 30 minit perjalanan untuk sampai ke sana.
🔵Sama seperti Cordoba, Seville pernah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Islam Al Andalus.
Ok, jom kita saksikan rakaman landskap muka bumi Sepanyol ketika perjalanan dari Cordoba ke Seville kami ini. Kebanyakkannya adalah ladang-ladang gandum dan pokok zaitun, juga tanaman-tanaman lain. Sekali sekala kelihatan juga solar panels.
Beli jus oren. Yang kiri adalah "bajo en azucares" (low in sugar) dan yang kanan adalah "0% azucares anadidos" (0% added sugars).
Tiba di bandar Écija, Seville.
Tiba di B&B Hotel Écija, Seville. Sebuah hotel 3 bintang. The hall, reception and breakfast area shared same space.
Ini biliknya. Saiznya comel, jadi kena kreatif susun beg-beg besar kami dan supaya ada ruang solat yang selesa.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment