Assalamualaikum.
Kami bangun awal sebab di Portugal masa itu waktu Solat Subuh adalah pukul 4:50 pagi. Suasana di luar cepat terang. Waktu sarapan lambat lagi, jadi kami decided untuk jalan-jalan sekali lagi di Passeio Marítimo de Oeiras, promenade di tepi hotel penginapan kami ini, Hotel Inatel Oeiras.
🔵Saya baca ada banyak mural di Lisbon/Oeiras ini. Salah satu yang paling penting ialah mural ini yang didedikasikan untuk 25 April, ulang tahun Carnation Revolution yang menamatkan, pada tahun 1974, fasisme Portugis dan perang penjajah yang panjang dan berdarah.
🔵Salah satu tempat terakhir penyerahan diri semasa peristiwa '74 itu berlaku di penjara Caixas, yang terletak dalam Perbandaran Oeiras.
Carnation Revolution yang menggulingkan pemerintahan diktator dan memulakan demokrasi di Portugal.
Tiba di Passeio Marítimo de Oeiras atau Oeiras Promenade. Malam semalam kami sudah ke sini, menikmati suasana malam di promenade ini. Jadi kali ini menikmati suasana paginya pula.
🔵Berjalan-jalan di tepi sungai Tagus di Oeiras memang sungguh menenangkan. Healing.
🔵Ia bermula di tepi pantai di Paço d'Arcos dan berakhir di Praia da Torre, melalui dok, kolam lautan air masin dan pelbagai pantai di kawasan itu.
🔵Promenade ini sangat popular di kalangan penduduk tempatan untuk berjalan kaki, bersukan dan menikmati cuaca yang sangat baik yang ia alami sepanjang tahun.
🔵Ia merupakan salah satu tempat dengan kualiti hidup terbaik di Lisbon, di mana terdapat suasana santai dan udara laut bergabung dalam keharmonian, ketenangan dan keindahan sekelilingnya.
🔵Pada masa ini dengan jumlah panjang 5,500 meter, promenade ini adalah mercu tanda di perbandaran Oeiras, di mana pengunjung boleh berlari, berjalan, berbasikal, meluncur atau sekadar menikmati pemandangan laut.
🔵Objektif Oeiras Municipality adalah untuk menyediakan seluruh tepi sungai ini dengan persiaran pinggir laut, dan pembangunan semula pantai secara keseluruhan.
🔵Objektif ini telah dibangunkan secara berperingkat, melalui projek intervensi bandar yang dirangka oleh prinsip kemampanan, menghormati alam sekitar dan kekhususan lokasi di mana ia berada.
Dari tebing ini kelihatan ada sebuah kubu di tengah-tengah lautan.
Ada sebuah yacht sedang berlabuh. Tidak jauh dari lokasi kami ini ada sebuah marina; Porto de Recreio de Oeiras (Marina de Oeiras) - Oeiras Recreational Port (Oeiras Marina).
Inilah foto Oeiras Marina yang sempat kami rakam semasa dalam perjalanan ke hotel penginapan lewat petang semalamnya.
🔵The Oeiras Marina, located next to Praia da Torre, is a complex that brings together the Oeiras Marina, the Oeiras Promenade and the Oeiras Oceanic Pool, a set of three structures that have changed the paradigm of leisure in Oeiras.
🔵With different areas of sports, leisure, tourism and nautical activities, it also includes a shopping and restaurant area, with bars and terraces, shops and nautical services, a press center and an ATM.
🔵Integrated into the natural area at the mouth of the River Tagus , the Oeiras Marina was built to achieve the best possible landscape fit with the surrounding environment.
https://oeirasviva.pt/porto-de-recreio-de-oeiras/
Struktur binaan yang kami nampak di tengah sungai/laut itu adalah sebuah kubu dan lighthouse: Forte de São Lourenço da Cabeça Seca (São Lourenço da Cabeça Seca Fort) dan Farol do Bugio (Bugio Lighthouse).
🔵Fort of São Lourenço do Bugio, juga dikenali sebagai fort of São Lourenço da Cabeça Seca (Saint Lawrence of the dry head) atau ringkasnya Torre do Bugio (Bugio Tower), terletak di tengah-tengah muara sungai Tagus, berhampiran Lisbon di Portugal.
🔵Dengan tiada lagi keperluan untuk fungsi ketenteraannya, ia kini merupakan rumah api.
🔵Lokasi kubu itu adalah di atas tebing pasir yang terbentuk oleh kelodak muara sungai, hasil pertemuan perairan sungai Tagus dengan Lautan Atlantik.
🔵Menjadi satu-satunya belang pasir sungai Tagus dengan permukaannya melebihi air pasang sepanjang tahun, ia diberi nama "dry head".
🔵Rumah api ini dinamakan Bugio kerana ia terletak di Fort of São Lourenço do Bugio, di muara Sungai Tagus.
🔵Ia dibina sebagai sebahagian daripada strategi untuk mempertahankan pantai Portugis secara amnya dan pelabuhan Lisbon khususnya, pada abad ke-16, sekitar 1590.
🔵Pelbagai serangan oleh lanun Perancis dan Turki pada tahun 1552 dan 1556 hanya menyerlahkan lagi keperluan untuk mengukuhkan pertahanan wilayah, dengan peningkatan dalam Fort of São Julião da Barra yang berlaku pada tahun 1556 dan 1559.
🔵The main objective of this fort was to defend the coast, and it was equipped with 14 24-gauge guns, 12 12-gauge guns and one 6-gauge gun, all made of bronze.
🔵Pada awal ianya dibina, rumah api ini dinyala menggunakan minyak zaitun atau lemak binatang oleh penjaga rumah api. Kemudian menggunakan minyak, wap petroleum dan elektrik. Kini ia dinyalakan dengan tenaga solar dan rumah api ini dikawal dari jauh oleh Lighthouse Management Center.
Ok, jom saksikan keindahan pemandangan Sungai Tagus dan Lautan Atlantik Utara dari promenade ini.
Sebahagian dari Oeiras Promenade ini adalah sebuah kubu lama namanya Forte de Santo Amaro de Oeiras (Fort of Santo Amaro de Oeiras).
Sejarah ringkas Fort of Santo Amaro de Oeiras.
That's a single-outrigger canoe. Nampaknya macam atlit-atlit yang sedang berlatih untuk satu pertandingan lumba canoe.
Ok, selesai sudah morning walk kami di lokasi yang sangat cantik ini. Obviously this fun excursion was not on our vacation schedule. It's something my wife and I do early in the morning during our vacations, exploring the area around the hotel, whenever time permits. And staying at a hotel located by the promenade was definitely a big bonus for us. Alhamdulillah.
Memandangkan bilik penginapan agak jauh dari bangunan restoran, kami dinasihatkan supaya membawa bagasi siap-siap ke bas sebelum ke restoran untuk bersarapan.
The breakfast spread. Zarina, our local guide, sudah tolong check yang mana boleh dimakan.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment