Assalamualaikum.
Setelah selesai dengan lawatan melihat Royal Alcázar of Seville, Cathedral of Seville dan General Archive of the Indies (yang merupakan landmarks utama kota Seville yang telah mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 1987), sudah tiba masanya kami bertolak ke Portugal pula.
Kami akan menaiki bas berdekatan Tower of Gold (Torre del Oro) di tepi sungai Guadalquivir. Jadi dari Plaza Virgen de los Reyes, Zarina membawa kami berjalan kaki ke sana.
Di kiri kanan jalan C. Fray Ceferino González ini ada deretan gerai-gerai menjual pelbagai souvenirs.
Boleh dikatakan souvenirs yang ada di sini adalah lux souvenirs kerana kebanyakkannya adalah menjual jewelries made from precious and semi-precious stones. I believe they are local Spanish made products.
Bersimpang dengan jalan C. Fray Ceferino González ini adalah Av. de la Constitución. Terdapat sebuah bangunan lama ini, yang nampaknya bersejarah juga yang kini ada pejabat kerajaan, hotel, hostel and business premises
Di bandar-bandar Eropah selalunya ada cannabis shop seperti ini.
Adakah ganja (cannabis) legal di Seville?
🔵Walaupun penggunaan ganja secara persendirian tidak dihukum di Sepanyol, penjualan dan pengiklanan awamnya adalah dilarang.
🔵Kelab ganja beroperasi dalam rangka kerja undang-undang yang membenarkan penggunaan dikongsi di kalangan ahli dalam ruang peribadi.
🔵Sepanyol menawarkan pelbagai destinasi untuk diterokai oleh peminat ganja. Beberapa bandar paling popular untuk pelancongan ganja (cannabis tourism) termasuk Barcelona, Madrid, Valencia dan Ibiza. Barcelona, khususnya, telah menjadi pusat bagi pelancong ganja kerana budaya ganja yang rancak dan terbuka.
Di depan sana ialah bangunan Edificio Coliseo (Colosseum Building).
It was opened in 1931 as the Teatro Coliseo España. In the 1970s it became the headquarters of the Bank of Vizcaya. In 2002 it became the headquarters of the Junta de Andalucía.
Apartamentos Casas de la Moneda - a Holiday apartment in Seville.
Asalnya bangunan Royal Mint in Seville (Real Casa de La Moneda in Seville) - was a money production centre.
Agencia Tributaria - Administración Sevilla Centro (Tax Agency - Seville Center Administration) - Inland Revenue Board.
Di jalan ini kelihatan sebuah menara lama namanya Torre de la Plata (Silver Tower) dan di sebelahnya ialah Postigo del Carbón atau Coal Gate.
🔵Sepanjang sejarah, Seville mempunyai beberapa tembok-tembok berdinding dibina untuk pertahanan tentera mengelilingi bandar.
🔵Bersama dengan Oil Gate dan Arsenal Gate (kini sudah tiada), Coal Gate ini adalah salah satu jalan masuk ke dalam kota ini pada zaman itu.
🔵Ia dibina oleh dinasti Almoravid pada abad ke-12 dan dibina semula oleh orang Kristian pada abad ke-16.
🔵Gate itu merupakan bahagian penting dalam kehidupan di Seville pada zaman dulu, kerana ia merupakan jalan masuk untuk membawa arang batu ke dalam kota untuk tujuan pemanasan dan memasak, terutamanya semasa musim sejuk apabila suhu menurun pada waktu malam.
🔵Pada dinding Coal Gate ini terdapat jubin azulejo yang didedikasikan untuk Virgin of Carmen (Virgen del Carmen) dan Souls of Purgatory (Ánimas del Purgatorio).
This is Casa Temprado, another holiday apartment.
🔵Saya baca di Seville ini memang ada begitu banyak holiday apartments kerana sangat ramai pelancong yang datang bercuti di Seville dan bersama itu terdapat permintaan accommodation yang lebih murah berbanding menginap di hotel-hotel, terutama untuk kumpulan pelancong yang ramai. Oleh itu pelancong boleh menginap di pangsapuri itu lebih lama lagi dan ini membenarkan mereka memenuhi keinginan mereka to just take their time to explore this historic city in leisurely pace.
🔵Saya juga baca harga sewa di Seville dan bandar-bandar besar lain di Sepanyol telah melonjak sebanyak 70% dalam tempoh 10 tahun yang lalu, dan di mata penduduk tempatan, sewa jangka pendek pangsapuri percutian itu harus dipersalahkan. Oleh itu, mengikuti jejak langkah bandar-bandar utama Sepanyol yang lain seperti Barcelona dan Madrid, majlis bandaran Seville telah menjanjikan sekatan baharu ke atas pemberian lesen cuti percutian jangka pendek, di mana di seluruh 108 kejiranan berbeza di Seville, tidak lebih daripada 10% hartanah boleh dijadikan pangsapuri pelancong.
Di persimpangan C. Postigo del Carbón dan P.º de Cristóbal Colón ini kelihatan Torre del Oro atau The Golden Tower.
🔵Menara setinggi 36 meter itu dibina oleh Almohads pada abad ke-12 dan merupakan sebahagian daripada tembok kota Moor, yang terletak di antara Istana Alcazar dan seluruh Seville.
🔵Tujuan menara itu dibina adalah mengawal kemasukan kapal melalui sungai Guadalquivir. Rantai besi diletak merentangi dasar sungai Guadalquivir dari Golden Tower ke seberang sungai untuk menghalang kapal musuh daripada belayar masuk.
🔵Pengunaan rantai besi bagi tujuan menyekat laluan air sebuah bandar dari dicerobohi oleh kapal-kapal musuh itu mengingatkan saya pada rantai pertahanan besi yang pada zaman dahulu yang dipasang di laluan masuk Golden Horn, Istanbul. Foto-foto rantai itu (di bawah) saya rakam di Military Museum and Cultural Centre Command di Istanbul.
🔵Nama menara "Emas" merujuk kepada kegiatan kapal-kapal memunggah kargo emas mereka di sini ketika zaman kemakmuran Andalusia semasa zaman koloni Amerika Latin.
🔵Juga dinamakan menara emas kerana bayang menara ini pada permukaan sungai Guadalquivir dikatakan nampak berkilau keemasan.
🔵Turret kecil menara ini telah ditambahkan ke bahagian atasnya hanya pada tahun 1760.
🔵Selain sebagai tempat penyimpanan, bahagian tengah menara ini pernah dijadikan penjara.
🔵Kini ia adalah sebuah muzium maritim, Museo Naval de Sevilla, memaparkan alat perkapalan antik, model skala dan peta laut.
Kelihatan sebuah replika kapal lama.
🔵Namanya ialah Victoria or Nao Victoria (Spanish for "Victory").
🔵Kapal sebenar Nao Victoria ini terkenal sebagai kapal pertama yang berjaya mengelilingi dunia.
🔵Nao Victoria yang asal, commanded oleh Juan Sebastian Elcano, meninggalkan Seville pada 1519 dan kembali ke bandar yang sama pada 1522, selepas mengelilingi dunia buat kali pertama dalam sejarah.
🔵Ia adalah sebahagian daripada ekspedisi Sepanyol ke Maluku (sekarang Kepulauan Maluku Indonesia) yang diperintahkan oleh penjelajah Ferdinand Magellan.
🔵Untuk memperingati the five hundredth anniversary of the first circumnavigation, Fundación Nao Victoria, menugaskan satu lagi replika Nao Victoria. Ia telah dilancarkan pada 11 Februari 2020, dengan destinasi untuk menjadi pameran tetap di sebelah Torre del Oro. Replika itu tiba di Seville pada 9 Mac 2020.
Seterusnya kami ke Portugal. Tapi sebelum itu, kami singgah ke restoran untuk makan tenagahari dulu.
🔵Banyak struktur Pameran Dunia direka bentuk untuk sementara. Sebaliknya, perancang Ibero-American Exposition of 1929 memutuskan lebih awal untuk membina astaka berkaitan negara yang mereka harapkan boleh menjadi kedutaan.
🔵Contoh yang baik ialah bekas Pavilion Portugal di María Luisa Park ini.
🔵Bangunan Neo-Baroque dengan bumbung jubin merah yang dramatik ini kini berfungsi sebagai Konsulat Jeneral Portugal di Seville.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment