Thursday, March 23, 2023

RIPLEY'S ADVENTURELAND - RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT ODDITORIUM - PART 01

Assalamualaikum. 
Lepas lawat Jurassic Research Center dalam 'Ripley's Believe It or Not Adventureland' ini, seterusnya saya ke Ripley's Believe It or Not Odditorium pula. 

Tarikan utama dalam 'Ripley's Believe It or Not Adventureland' ini ialah Ripley's Believe It Or Not Odditorium. Ia adalah salah satu Odditorium yang paling unik berbanding cawangan lain kerana Odditorium ini dipenuhi dengan pelbagai koleksi keanehan interaktif. Ia menempatkan lebih 300 pameran yang didedikasikan pada benda-benda yang 'bizarre, quirky and weird'. 


Dalam Ripley's Believe It or Not Odditorium terdapat keseimbangan yang teliti antara yang pelik, yang mengejutkan, dan yang indah. Di Odditorium, terdapat karya seni yang diperbuat daripada objek harian, koleksi yang luar biasa, dan hobi pelik. Terdapat pameran dari dunia sains dan ilusi, paparan interaktif secara langsung, video, patung lilin, kartun, foto, artifak yang jarang ditemui dan kesan khas terkini, semuanya terletak dalam persekitaran bertema eksotik, termasuk tanah perkuburan yang menyeramkan, hutan rimbun dan pemandangan keajaiban alam. - owg.com.my

Koleksi Ripley merangkumi bermacam benda daripada arca miniatur mikro, kepada gorila gergasi yang diperbuat daripada tayar dan Ferarri yang diperbuat daripada lantai dapur. Dari prasejarah hingga futuristik, koleksi Ripley's termasuk arkib terbesar dokumen peribadi Robert Ripley yang legenda itu sendiri.

Ok jom kita masuk tengok apa yang ada di dalam.




























































































Bersambung dengan bahagian kedua dalam entry seterusnya.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 


No comments:

Post a Comment