Friday, January 26, 2018

EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH

Lepas river cruise, kami naik semula bas dan was dropped of at the Central Market Hall. Jadi ramai dalam group kami took the opportunity beli souvenirs di situ. Kami yang sememangnya tak shopping, used the free time to explore Budapest further. Kami merancang untuk menyeberang Sungai Danube dengan Liberty Bridge untuk ke Gellert Thermal Bath dan Cave Church.

Berjalan masuk ke Central Market Hall.

Di pintu masuk belakang market ni ada pokok-pokok hiasan yang nampaknya macam sayur. 

Ada juga purple lettuce ni. Cantik pulak dijadikan tanaman hiasan.

Sunset view di Sungai Danube.

Kami menyeberang Sungai Danube dengan Liberty bridge sambil ambik gambar sunset over Budapest.

Di tengah Liberty Bridge.

More sunset shots.


Budapest ialah satu bandar yang unik kerana ia satu-satunya bandar besar di dunia yang mempunyai banyak fountain of healing water. 70 juta liter air panas dari mata air bersuhu antara 21°C hingga 78°C terhasil sehari dari 118 natural thermal springs. 

Dan tempat mandian panas yang paling popular di Budapest dan di Eropah ialah Gellért Baths yang ada 10 kolam air panas pelbagai saiz dan suhu antara 35°C dan 40°C. Sekali dengan bangunan ini ialah Hotel Gellért.

Bila dah sampai di Gellért Baths ini maka haruslah saya selit below photos.. hehe.

Kami jalan-jalan dulu di luar bangunan historic ini dan ambik gambar facade with all its decorations. 

Pintu masuk ke Gellért Baths. Tempat mandian ini diasaskan pada 1918, nak dekat 100 tahun usianya. Jadi dah ramailah orang yang dah menikmati kuasa penyembuhan semulajadi air geothermal ini. 

Pada abad ke-13, King Andrew II Hungary membina sebuah hospital kecil yang terletak di kaki Gellért Hill di mana kolam mata air di situ menawarkan cara untuk menyembuhkan, membersihkan dan menenangkan. 

Telaga dan kolam 'penyembuhan berkuasa ajaib' ini popular dikalangan Hungarian monks, the Knights of St John, hermits, Turkish soldiers dan pashas. 

Dan pada abad ke 19 mandi panas jadi sangat popular apabila semakin ramai warga Budapest dan pelancong asing ingin mendapatkan manfaat terapi air di sini. Maka kolam dan tempat mandian baru dibina untuk menampung permintaan yang meningkat ini. 

Pada abad ke-16, ketika Turki Uthmaniyah menduduki Kerajaan Hungary sebuah Turkish Bath dibina di lokasi Gellért Baths ini. Dikatakan berduyun-duyun orang datang dengan kereta kuda kerana air panas di situ boleh mengubat 'French disease' dan 7 lagi penyakit lain. Dikatakan juga peraturan menggunakan mandian di situ ialah dengan merendam seluruh badan sehingga 'red hot', lepas tu barulah keluar dan then to keep warm.

Selepas Turki, pada tahun 1686, Buda ditawan pula oleh tentera Austria dan tempat mandian panas ini menjadi milik home doctor / personal practitioner of Leopold I, the Holy Roman Emperor, King of Hungary and King of Bohemia.



Udah le tu, enough history lesson kan.. hehe. Moh kita masuk dalam, tengok macam mana rupa di dalam tu.

Sebenarnya kami tak pasti samada pelawat boleh masuk ke dalam atau kalau nak masuk kena bayar. So I told my wife kita masuk je dulu. Kalau tak dibenarkan masuk, (i.e katalah yang boleh masuk cuma customers mereka yang nak guna bath tu je) I said kita keluar je la. Saya memang nak sangat masuk sebab saya masih ingat dalamnya cantik masa saya ke sini dulu. Dan kalau kena bayar, depends la kalau tak terlalu mahal, perhaps we'll pay lah.

As it turned out, masuk ke bahagian dewan utama adalah percuma. Kalau nak ke bahagian mandian panas kena bayar lah.

And as it also turned out, ambik gambar di main hall juga dibenarkan.

Pamphlet St Gellért Thermal Bath and Swimming Pools.


Di Gellért Baths ini juga ada kolam di luar. Popular masa musim panas.

Beautiful mosaic tiled floors. 

Beautiful ceiling.

Ini dewan utama spa ini. Di sini ada Cash Desk, hairdresser, beauty saloon, spa shop, sitting area dan cafe.  

Spa ini dihiasi dengan style art nouveau, artistic mosaics, stained glass windows and sculptures. Cantik stained glass dome ini.


Beautiful Grecian-style columns.

Bila tengok balik foto lama di baths ni, can't help but teringat balik experience saya dan kawan berendam dalam kolam panas di situ dan bermassage. Sakit betul masa massage tu! Hehe...

Beautiful stained glass dome dan lantai dengan tile mosaic. 

Nak mandi di Gellért Baths ini dikenakan bayaran antara 4900 HUF (RM76) untuk weekday dan 5100 HUF (RM80) untuk weekend. Massage pun ada, 4400 HUF (RM68) untuk basic massage. Yes, ada kolam berasingan untuk lelaki dan wanita. 

Air mata air mineral dari bukit Gellért ini mengandungi calcium, magnesium, hydrocarbonate, alkalis, chloride, sulfate and fluoride. Dari segi perubatan, air panas di sini boleh membantu masalah kesihatan seperti degenerative joint illnesses, spine problems, chronic and sub-acute joint inflammations, vertebral disk problems, neuralgia, vasoconstriction and circulatory disturbances; inhalation problems for the treatment of asthma and chronic bronchitis problems.

Ada macam-macam jenis massage di spa ni.  Ada Spa water massage, Aroma relax massage, Hot stone massage, Cellulit treatment, Mud treatment, Carbon acid bath, Complex healing cure, Medical examination fee, Chocolate massage, Tub bath with medical water or herbs, Cleopatra bath. Urut coklat? Macam mana tu? Dilumur dengan coklat ke? Tak messy melekit ke? Hehehee..

More photos dalam Gellért Baths.




Statues Venus and Cupid.




Having a bit of fun with 360° camera.. hehe. Masih belajar, terkial-kial lagi.. bergelombang lantainya... haha... 






Then kami daki sikit naik ke Gellért Hill di sebelah Gellért Baths.

Kami ke Gellért Hill ni sebab nak ke Cave Church. Di depan gereja gua ni ada patung St Istvan. Dia adalah seorang hermit yang mendiami gua ini pada masa dahulu. St Istvan juga terkenal kerana sering merawat pesakit yang datang kepada beliau dengan menggunakan air panas semulajadi di Gellért Hill.

Dari lokasi Gellért Hill ni juga boleh nampak view Liberty bridge sepenuhnya.

Pintu masuk ke Cave Church. Cave Church dibina pada tahun 1926 dan dijaga oleh sekumpulan Christian monks yang dinamakan Hungarian Pauline Order. Kesemua monks Hungarian Pauline Order ditangkap oleh polis rahsia Komunis pada tahun 1951. Ketua mereka yang bernama Ferenc Vezer dihukum mati manakala yang selebihnya pula dipenjara antara 5 sehingga ke 10 tahun. Gereja ini juga terbiar selama 40 tahun bila pihak Komunis memasang dinding konkrit setebal 2.25 meter di pintu masuknya. Ia walau bagaimanapun dikembalikan kepada Hungarian Pauline Order selepas kejatuhan Komunis pada tahun 1989.

Pamphlet Cave Church.




Bayaran masuk 600 Forints (RM 9.30) seorang dikenakan untuk melawat ke dalam gereja ini. Kita juga diberi sebuah audio penerangan dalam Bahasa Inggeris untuk melawat ke dalamnya. Pengunjung lelaki juga diminta untuk membuka topi sebagai tanda hormat sewaktu melawat gereja ini. 

Ini first time kami masuk ke sebuah gereja gua. Kami pernah ke beberapa gereja-gereja besar sebelum ini. In fact, they are cathedrals, seperti Cologne Cathedral di Jerman dan  St Vitus Cathedral di Prague yang sangat besar. Jadi bila masuk gereja gua ini saya rasa agak claustrophobic. 

Ada banyak statues dalam gereja ini.

Seorang saint dari Hungary, St Elizabeth yang terkenal dengan kisah Miracle of Roses turut diberi penghormatan di gereja ini.
Elizabeth adalah anak kepada King Andrew II of Hungary dan Gertrude of Merania. Dia terkenal sebagai seorang wanita yang pemurah dan sering bersedekah roti kepada orang miskin. Perbuatan Elizabeth yang sering bersedekah ini diketahui oleh suaminya, Ludwig yang juga seorang bangsawan. Ludwig tidak pernah menghalang perbuatan isterinya tetapi sikap pemurah Elizabeth ini tidak disenangi oleh bangsawan yang lain.

Suatu hari sewaktu Elizabeth sedang dalam perjalanan hendak bersedekah roti kepada penduduk miskin, dia terserempak dengan suaminya dan rakan-rakan beliau yang sedang pulang dari berburu. Untuk membuktikan cerita yang pernah mereka dengar kononnya Elizabeth sering mencuri roti dari dapur istana untuk diberi kepada penduduk miskin, rakan-rakan Ludwig meminta Elizabeth untuk menunjukkan apa yang sedang disembunyikan di bawah jubahnya. Bila jubah Elizabeth terbuka, terburai keluar bunga-bunga ros dan bukan roti seperti yang disangka. Kejadian ini seolah-olah membuktikan kepada Ludwig yang perbuatan isterinya itu mendapat restu dari Tuhan.

Foto kiri: Statue of Our Lady yang memakai Crown of Hungary

Walau cuaca sejuk di luar, suhu di dalam gua ini kekal 20°C sepanjang masa disebabkan kehadiran air panas semulajadi di sekelilingnya. 
Foto kanan: Sebuah ruang di dalam gereja ini yang dinamakan Polish Chapel dibina oleh Polish Hungarian Brotherhood pada tahun 1994 sebagai tanda terima kasih kepada gereja kerana menumpangkan paderi dari negara tersebut semasa peperangan. Helang ini adalah Heraldic Animal bagi negara Poland.

Ini ruang paling besar dengan siling tinggi dalam gua ini.

Ada muzium kecil di dalam Cave Church ini. 



Selesai di Cave Church kami pun berjalan semula ke Pest menyeberang Sungai Danube dengan Liberty Bridge.


Lewat senja di Sungai Danube dengan pemandangan Gellért Hill.



Sampai di Pest kami terus ke Central Market Hall. Masih awal lagi kami rupanya sebab masih ada lagi beberapa group members masih belum tiba di rendevous point ini. So kami pun jalan-jalan la sikit di Vaci Utca, sebuah pedestrian street yang terletak tidak jauh dari Central Market Hall. Masa jalan-jalan tu kami terjumpa kedai roti ini maka kami pun belilah sebuku roti untuk bekal esok nak makan dalam bas sebab perjalanan dalam bas esok ke Vienna akan ambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Moreover, kami juga telah diberitahu oleh Tour Leader yang makan tengahari agak sukar diperolehi dalam perjalanan yang seterusnya. Jadi makan roti je la kami esok. Dengan serunding daging 😊😋.

Malam tu kami dinner di Star Kebab, same restaurant we had our lunch siang tadinya. Sepatutnya dinner di sebuah restoran India tapi our reservation was cancelled sebab paip air restoran tu pecah. Tak jadi hal pada kami berdua sebab makanan di Star Kebab ni memang sedap. 

Delicious! Alhamdulillah. 

Bersambung...

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. apa makanan yang gambar paling bawah tu , yang kat tengah?
    baklava?

    tak shopping langsung?
    hehehhe..
    fridge magnet ke .. key chain ke ....

    sungguh ranggi pelancong ber seluar pendek itu... :)

    macam kobis
    cantik sangat..
    kalau cantik macam tu pasti saya makan...:)

    ReplyDelete
  2. salam ziarah & singgah sini.. cantiknya tempat2 tu..semua nampak menarikkkkkkkkkkk... x puas tgk gambar..hihihi

    ReplyDelete