Selesai jalan-jalan di Bratislava Castle dan dengar pelbagai penerangan sejarah yang menarik tentangnya dari Eva our local guide, kami pun bertolak ke Bratislava Old Town.
Untuk walking tour di Bratislava Old Town, kami turun di sebuah dataran kecil, Župné Square/County Square, di tengah bandar.
Di Župné Square ni ada sebuah gereja, Trinity Church. Nama sebenar gereja baroque style ni ialah Old Cathedral of Saint John of Matha and Saint Felix of Valois.
Ini Trinity Church.
Dari Župné Square ni juga boleh nampak Bratislava Castle.
Nearby ada bangunan Postova Banka dan Posta, bangunan pos Bratislava.
Pengangkutan awam di Bratislava terdiri daripada bas, trolleybuses dan trem.
Nampaknya di dataran ni merupakan laluan tram yang agak sibuk. Each few minutes mesti ada tram lalu. And as you can see from below photo, antara pedestrian pavement dan trek tram tu tak ada sebarang barrier.
View Obchodna (ulica) Street dari Župné Square.
Ok, jom mulakan our walking tour di Bratislava Old Town. Dari Obchodna Street, Eva bawa kami masuk ke Bratislava Old Town melalui Michael's Gate, satu-satunya city gate yang telah dipelihara dari kubu zaman pertengahan dan merupakan antara bangunan bandar tertua di Bratislava. Pada zaman dulu asalnya ada 4 pintu masuk kesemuanya.
Nak masuk ke Michael's Gate, kami lalu satu jambatan, Michael Bridge, menyeberang moat atau parit lama. Since dulu ianya adalah sebuah medieval fortifications, untuk lintas moat ni, sebuah drawbridge digunakan. Drawbridge ini digantikan dengan jambatan batu bata yang ada sekarang ni pada 1727 dan ia adalah jambatan tertua di bandar Bratislava.
Di sebelah kiri Michael Bridge ni ada moat/parit lama, dipanggil Bratislava Moat. Dah dibuat taman di bawah tu. Bratislava Moat yang tinggal cuma yang ini saja, dibuka pada umum sejak 2006. Bahagian moat yang lain dah ditutup. Pada musim panas, taman hijau kecil yang dikelilingi bangunan lama ini berfungsi sebagai reading garden.
Di Michael Bridge ini juga ada Statue of Saint Michael.
Bersetentang dengan patung Saint Michael ialah patung John of Nepomuk.
View di sebelah kanan Michael Bridge. Ada green patch with houses.
Di mana ada jambatan, ada je la love locks ni.. hehe.
Ini adalah gate masuk ke Bratislava Old Town. Bangunan ini dipanggil 'barbican', sebuah fortified outpost atau gateway, seperti pertahanan luar ke kota atau istana, atau mana-mana menara yang terletak di atas pintu atau jambatan yang digunakan untuk tujuan pertahanan. Biasanya barbicans terletak di luar garis utama pertahanan. Walaupun tembok kota telah hilang, barbican ini masih dipertahankan, sebahagiannya dah dijadikan rumah-rumah di No.25, Michalská Street. Ia pernah ada tingkap (lubang) yang menghadap ke kawasan parit untuk intai kedatangan musuh, yang kelihatan pada akhir tahun 1960-an, tetapi kini ditutup sepenuhnya.
Berjalan ke arah Michael's Gate. The only surviving watchtower di Bratislava Old Town ni.
Michael's Gate adalah satu-satunya city gate dari kubu zaman pertengahan di sini yang telah dipelihara. Ia adalah antara bangunan yang tertua di bandar ini. Dibina kira-kira tahun 1300, bentuknya sekarang adalah hasil pembinaan semula style baroque pada tahun 1758. Menara ini 51 meter tingginya dan mempunyai 7 tingkat. Ada Museum of Arms dalam menara ni.
Ada patung St Michael slaying a dragon di puncak tower ni.
Pada dinding Michael's Tower ni ada 3 coat of arms. Bottom left tu ialah Slovak National Coat of Arms. Bottom right is Bratislava Coat of Arms. The top one tak tau coat of arms apa.
Ada plak di dinding menara ni. Roughly translated dari bahasa Czech as: 'Monumen budaya gerbang Michalska benteng pertahanan zaman pertengahan bandar itu berasal dari 14 abad Baroque yang dibina semula dari 1757-1758'.
Batu yang tidak bercat ini adalah binaan asal Michael's Gate.
Di laluan bawah Michael's Tower ni ada golden circle. Ini spot kilometer zero, spot jarak dari Bratislava ni ke 29 bandar ibu negara lain.
KL tak de. Nearest is Jakarta, which is 10,491 km away from here.
Never knew this was how I take photos.. hehehehe..
Ini coat of arms of Maria Theresa, put up in 1758 by the grateful citizens of Bratislava after the tower was rebuilt.
Ini ialah Baštová Street. yang dikatakan jalan yang paling romantis di Bratislava. Ia adalah salah satu jalan di Bratislava yang sebahagian dari karakter zaman pertengahannya dikekalkan hingga ke hari ini. Ia dibina di sepanjang dinding tembok kota, yang membentuk jalan yang sempit.
Di jalan ni juga ada the legendary house of the executioner, rumah si Pelaksana Hukuman, hangman (hanging) atau headsman (beheading). The last executioner was Augustín Spindler who executed people until 1849. A common stereotype of an executioner is a hooded medieval macam dalam foto bawah.
Pedestrian walk di Michalska street ni memang charming, bangunan warna warni di kiri kanan dengan shops, restaurants and cafes.
Zamocnicka Street.
Kedai souvenir jual traditional puppets, handmade marionettes.
Lots of cafes, restaurants and bars.
A knight awaits for your to dine in his restaurant. Agaknya hidang local medieval themed dishes.
Kedai jual women coats with Slovakian emboidery design.
Suveniry.
Cukraren Na Korze, cafe pastry, dessert and sweets di Michalska Street.
Looking back at Michael's Tower.
Eva stop kejap di bangunan ni. Dia minta kami tengok bangunan ini. Dia tunjuk pada kami satu bola hitam pada dinding bangunan. Ehh.. apa tu?
Gini kisahnya. Pada tahun 1809, Napoleon menghujani Bratislava selama tiga hari dengan peluru meriam seberat 12-pound menghancurkan bangunan-bangunan dan seluruh bahagian selatan bandar terbakar. Beberapa bola peluru meriam itu tertanam di dinding bangunan di situ. Itu la yang kami nampak tu.
"Tiga puluh tahun yang lalu, terdapat kira-kira 100 Napoleon's cannonballs yang terlekat pada bangunan di sekitar bandar," kata Stefan Holcik, pengarah Muzium Arkeologi Nasional Slovak. "Selepas pembinaan bandar, cuma tinggal 5 sahaja".
Jadi yang kami nampak ni bukanlah peluru bol meriam yang sebenarnya. Why like that?
Gini kisahnya. Setelah tentera Napoleon dikalahkan, Penguasa Bandar Bratislava menawarkan pengecualian cukai selama 2 tahun bagi rumah-rumah yang rosak dalam serangan Napoleon. Ramai penduduk yang ingin mengambil kesempatan atas tawaran kerajaan ini menanam dengan sengaja peluru-peluru meriam Napoleon di dinding rumah untuk melayakkan pengecualian cukai tersebut. Peluru meriam ini masih dapat dilihat di beberapa buah bangunan di Bratislava Old Town sehingga sekarang.
Then I just had to stop at this particular souvenir shop. Well, not to shop exactly. But to admire these fabulously creative, adorable, make-me-smile cat figurines! 😊
These are beautiful Goebel design moon-faced porcelain cat figurines by Rosina Wachtmeister, an Austrian artist.
What I like about these are that the cats figurines were made to mimic the characteristics and mannerisms of a cat. Not like, for instance, humanizing them.
Ini University Bratislava Multifunctional Cultural Center. Perpustakaan Universiti di Bratislava ini adalah perpustakaan tertua di Slovakia. Ia ditubuhkan pada tahun 1919 dan merupakan perpustakaan terbesar dan paling banyak dikunjungi di republik Slovakia.
Pada dinding bangunan perpustakaan ini ada plak yang terjemahannya lebih kurang begini:
'Perpustakaan ini mengandungi koleksi manuskrip Islam Bašagić yang didaftar di Senarai Warisan Dunia UNESCO'.
Di perpustakaan Universiti ini ada menyimpan Koleksi Manuskrip Islam Bašagić (Bašagić Collection of Islamic Manuscripts). Koleksi ini tersenarai di dalam UNESCO Memory of the World register pada tahun 1997. UNESCO Memory of the World register: Nak tau tentang register ni? Sila klik sini.
Tak sangka dalam library ini ada tersimpan koleksi manuskrip Islam.
Bašagić Collection of Islamic Manuscripts compiled by Safvet Beg Bašagić:
Koleksi yang mengandungi manuskrip yang unik dan karya-karya penting dalam kesusasteraan ilmiah Islam abad pertengahan, merangkumi dari abad ke-12 hingga ke-19, dan cetakan dari dua abad, bermula dari tahun 1729. Ia mengandungi sumber unik budaya Islam dunia sebagai dokumentasi bertulis yang komprehensif dalam kesusasteraan bertulis Bosnia pada abad ke-16 dan ke-19 dan bukti unik kesusasteraan (prosa, penulisan ilmiah, teologi Islam, undang-undang, sejarah, falsafah, sains, tradisi, mistisisme Islam) dan aktiviti penulisan ulama Muslim Bosnia di dalam bahasa Arab, Turki dan Parsi. Sila lah baca mengenainya di sini.
Safvet Beg Bašagić - source
Dr. Safvet-beg Bašagić (6 Mei 1870 - 9 April 1934), juga dikenali sebagai Mirza Safvet, adalah seorang penulis Muslim Bosnia yang dianggap sebagai bapa kepada Renaisans Bosnia, dan salah seorang penyair paling dihormati Bosnia dan Herzegovina pada awal abad ke-20 .
|
Ini contoh manuskip dalam Koleksi Bašagic 1450 AD.
Title: Tafsīr al-Qur’ān
Author: Abū 'l-Lajŧ Nasr bin Muħammad bin Aħmad bin Ibrāhīm as-Samarqandī
Source: |
Walking tour di Bratislava Old Town diteruskan.
Iklan pameran fotografi oleh Vladimír Birgus, a contemporary Czech photographer, a photography historian and a university professor. Eva cerita pameran ini menggambarkan keadaan penduduk Slovakia yang menyedihkan di negara-negara Komunis pada tahun 1970-an dan 1980-an, hence tajuk pameran 'So Much, So Little' - the years when so much was demanded and so little was allowed.
Wrought iron sign with golden dragon sebuah farmasi.
Bratislava pernah menjadi kota penobatan raja-raja Hungary selama hampir 300 tahun. Antara tahun 1536 dan 1830, 10 raja, 1 ratu (Maria Theresa) dan 8 pasangan diraja telah dinobatkan di Katedral St. Martin di Bratislava. Dan laluan koronasi itu kini ditandai dengan 178 plat tembaga dengan ikon mahkota di lantai jalan.
Ini bangunan University Library Bratislava, perpustakaan saintifik tertua dan terbesar di Republik Slovak.
Perpustakaan Universiti di Bratislava ini adalah institusi budaya, maklumat, saintifik dan pendidikan negara teratas dalam bidang pustaka, kegiatan bibliografi dan kebudayaan. Ia adalah perpustakaan sains taraf dunia yang menyediakan akses percuma kepada pengetahuan dan maklumat yang disebarkan di semua jenis media.
Ada plaque stating Franz Liszt pernah membuat concert di bangunan ini masa dia berumur 9 tahun. Kira dia ni genius la.
Franz Liszt was a prolific 19th-century Hungarian composer, virtuoso pianist, conductor, music teacher, arranger, organist, philanthropist, author, nationalist and a Franciscan tertiary.
Dari jalan Prepoštská ni boleh nampak Bratislava Castle yang dah kami lawat tadinya.
Kaffčo Cafe - croissant, cappuccino, cakes and hot wine.
Agaknya sebuah hotel atau apartment.
Diteruskan walking tour di Ventúrska Street ni. Sladovna - House of Beer.
Kami berhenti sebentar di bangunan ini kerana Mozart pernah perform di sini.
According to this plak, Mozart pernah buat concert di bangunan ini pada 1762.
Wolfgang Amadeus Mozart - a prolific and influential composer of the Classical era.
Sekarang di bangunan ni ada pejabat Honorary Consulate of the Commonwealth of Bahamas.
View ke depan (foto kiri) dan view ke belakang (foto kanan - Michael's Tower) di Ventúrska Street.
Dan ini pula ialah Keglevich Palace - Beethoven Apartments.
Bangunan itu sendiri dikenali sebagai Keglevich Palace dan ia dibina pada abad ke-17 yang dibina oleh Joseph Keglevich. Sekarang ni sebuah hotel dan ada pejabat Honorary Consul of the Lao People’s Democratic Republic in the Slovak Republic.
Penghuni paling terkenal di Keglevich Palace ini pada abad ke-18 ke-19 ialah Anna Louise Barbara Keglevich, yang juga dikenali sebagai Babetta (1780-1813). Dia adalah anak perempuan Carl Keglevich dan Catherine Zichy. Dia diberi private lessons oleh Ludwig van Beethoven di Vienna dan Bratislava. Beethoven menyusun beberapa sonatas didedikasikan kepada Countess Anna Louise Barbara Keglevich. Beethoven juga pernah membuat consert di Keglevich Palace ini.
Ludwig van Beethoven - a German composer and the predominant musical figure in the transitional period between the Classical and Romantic eras.
Sambung jalan lagi.
Kalau tak nak jalan, boleh juga round Bratislava Old Town ni dengan 'Bratislava by Sightseeing Bus' ni.
Ride the sightseeing bus along the Danube River while listening to audio commentary about the passing monuments, then explore Bratislava's historic Old Town. |
Bila jalan di area old town Eropah macam ni tentunya boleh nampak banyak patung. Tapi yang ni unik. Pada kedai optik Fokus di Jalan Panská ni ada satu patung lelaki kecil yang bogel tengah mengintai. Dikatakan untuk mengejek bekas pemilik kedai ini yang suka mengintip orang-orang yang lalu di depan kedai dia melalui sebuah tingkap kecil. Ada-ada je.. hehe.
Ini bangunan yang pernah diduduki antara 1745-1750 oleh Gregory Skovoroda (atau Hryhorii Skovoroda) - a philosopher of Cossack origin, who wrote primarily in the Sloboda Ukraine dialect of the Russian language. He was also a poet, teacher and composer of liturgical music.
Tokoh penting Gregory Skovoroda ni sampai muka dia ada pada Soviet stamp dan pada Ukraine's largest banknote.
Ini Csáky palace, 1775 - a National Cultural Monument of the Slovak Republic.
Ini St. Martin's Cathedral. Salah satu gereja terbesar dan antara yang tertua di Bratislava di mana Queen Maria Theresa dinobatkan. Ia adalah lokasi pelancongan kedua yang paling popular di Bratislava. Taman kecil ini ialah Rudnay Square.
Dikenali terutamanya sebagai coronation church of the Kingdom of Hungary antara 1563 dan 1830. Katedral ini mengandungi kubur Saint John the Merciful yang meninggal pada awal abad ke-7.
Pada spire gereja setinggi 85 meter ini diletak gold-plated crown replica, iaitu replika Crown of St. Stephen untuk memperingati kepentingan katedral sebagai gereja pertabalan.
Replika pun, disalut dengan 8 kg emas tu! Kanan tu crown sebenar yang digunakan masa pertabalan raja Hungary zaman dulu, Crown of St. Stephen, the first Hungarian king. Dibuat dari emas, semi-precious stones, genuine pearls and almandine.
Di perkarangan St. Martin's Cathedral ni ada patung Anton Bernolak, seorang ahli bahasa Slovak dan Catholic priest, dan pengarang bahasa kebangsaan Slovak yang pertama.
Ini bangunan yang dulunya ada kedai farmasi, now unoccupied. Salvator’s apothecary namanya di Panská Street ni. Ia adalah farmasi yang tertua di Bratislava sejak 1904 dibuka oleh pharmacist Rudolf Adler. Ia dapat bertahan selama semua regim dari zaman monarchy hinggalah ke first republic dan ketika socialism tapi telah ditutup pada 1995 hingga sekarang.
Facade bangunan ini ada beberapa architectural styles seperti late gothic, renaissance dan baroque. Objek paling dominan pada facade ialah statue of Christ the Saviour by the popular sculptor Alojz Rigele. Pada bangunan ni juga ada 3 nama farmasi berlainan dalam bahasa Slovak, German dan Hungary.
Facade bangunan ini ada beberapa architectural styles seperti late gothic, renaissance dan baroque. Objek paling dominan pada facade ialah statue of Christ the Saviour by the popular sculptor Alojz Rigele. Pada bangunan ni juga ada 3 nama farmasi berlainan dalam bahasa Slovak, German dan Hungary.
Ni kedai SAMSA Boho & Ethnic Shop - brings a bohemian style of dress, textile accessories, BOHO costume jewelery, or silvery jewelry with ethnic pattern.
Ni sebuah bar, Norton Club. Saja letak foto-foto ni sebab ada props bloody cut off leg with protruding bones hanged with chains. Yikes!
A beautiful decorations set on a barrel in front of Mondieu: Cafe-Chocolaterie-Dessert.
Bangunan-bangunan lama di Panská Street (Aristocracy Street). Dulu ini adalah area high society. Actually, di jalan ni ada 5 palaces. 2 dari 5 tu dah jumpa dah earlier iaitu Keglevich Palace Csáky palace. One of them Palffy Palace tak jumpa. Tak perasan sebab sungguh pun 'palace', nampak macam bangunan-bangunan lain je.
Palace? Tak nampak macam palace pun kan. Suka hati diaorang le nak panggil apa ye tak... hehe.
Palace? Tak nampak macam palace pun kan. Suka hati diaorang le nak panggil apa ye tak... hehe.
Palace yang ketiga yang kami jumpa ialah Balass Palace ni yang dibina pada 1762. Ia menunjukkan dengan jelas bagaimana gaya seni bina berubah dalam tempoh 20 tahun dan bagaimana seni bina rococo menggantikan gaya baroque.
Patung-patung tu menggambarkan human virtues - judgement, moderation, justice and courage.
Ada cafe jual kopi dari merata dunia.
Di jalan ni juga ada Habibi Cafe ran by mixed Arab - Slovak couple.
Palace ke empat yang kami jumpa di Panská Street ni ialah Esterhazy Palace, 1743, dengan baroque facade dan monumental gate dengan arch.
Dibina to celebrate salah satu keluarga terpenting Hungary iaitu the Esterhazy family. Seni bina bangunan ini amat mencerminkan pengaruh seni bina Viennese.
Ini bangunan Corporis Christi Chapel tapi tak nampak macam rupa gereja. Ia berada dalam kawasan perumahan dengan style baroque-classical. Chapel 1775 yang ada sekarang adalah menggantikan chapel asal dari tahun 1396 yang telah dimusnahkan semasa pemberontakan menentang monarki Habsburg. Pada facade bangunan ni ada embossment yang menggambarkan Resurrection dengan inscription yang panjang dan Coat of Arms of Archbishop John Telegdy yang membiayai kerja-kerja membina semula bangunan ini.
Di Bratislava Old Town ni ada satu lagi tarikan menarik iaitu patung-patungnya saiz manusia yang terletak di merata tempat di kota lama ini. Memandangkan mereka adalah begitu 'eye catching', sentiasa je la ada pelancong yang mengambil gambar dan bergambar dengan patung-patung tu. Jadi kiranya macam tak lengkap la lawatan ke sini kalau tak tengok patung-patung ni. So Eva bawalah kami ke lokasi paung-patung ni. Acually more like stop over kejap while on the way to the next tour location.
When it comes to this sort of attractions, still it is up to the indivuals. Some may be excited, some indifferent, some couldn't care less and some felt intrigued. Yang intrigued tu kami lah.. hehehe.
Dan inilah patung pertama yang Eva bawa kami tengok. Namanya Cumil (the watcher) atau Man-at-work di simpang jalan Laurinská and Panská.
It is a statue of a man sticking out of a manhole. Apa yang tengah dia buat? Ada yang kata dia ni seorang pekerja zaman komunis yang tidak peduli pasal kerja yang patut dia buat. So dia melepak je la. Dan ada juga yang kata dia tengah tengok bawah skirt wanita yang lalu lalang... hehehe.
Saya fikir benda elok je la, yang dia ni naik sekejap ke permukaan selepas lama bekerja dalam tunnel kumbahan tu for a short breather, for a breath of fresh air. Kan macam iklan pameran fotografi oleh Vladimír Birgus, a contemporary Czech photographer yang saya share earlier in this entry, pameran yang menggambarkan keadaan penduduk Slovakia yang menyedihkan di negara-negara Komunis pada tahun 1970-an dan 1980-an, the years when so much was demanded and so little was allowed. So in general life was hard for them. May be statue ini represent an overworked person, at a time when welfare of the workers were not a priority. Nak breather pun dibenarkan jengok keluar gini je. Or may be I am putting in too much into something meant to be tongue-in-cheek je.. hehe..
To add in, nampak tak kenapa kepala patung ni berkilat? Sebab dah ramai sangat yang pegang masa bergambar dengan patung ni? Mungkin juga. Sebab lain katanya wish akan jadi nyata kalau sentuh kepala patung ni. Tapi ada syarat pulak masa nak wishing tu - mesti sentuh dengan tangan kiri dan wish tu mesti selama-lamanya dirahsiakan. Dan ada satu lagi sebab. (Banyaknya sebab!!) Sebelum adanya tiang 'MAN AT WORK' didirikan di sebelah patung ni, dah beberapa kali dah patung di ran over by vehicles. Tu yang sampai jadi berkilat. Apa-apa je la.. hehe.
Terus lagi dengan walking tour. Sambil tu sembang dengan Eva.
Our local tour guide di Bratislava, Eva Krajňáková. Very eloquently sharing with us chock-full of fascinating historical and current information about Bratislava. And it does not hurt that she's lawa also orangnya, I'm just saying... hehe.
Then we came upon this pavement plaque indicating the location of the fortification gate with tower and the foregate built in the 14th century called Rybárska brána or Fishing gate.
Pemandangan bawah tanah dengan batu bekas bangunan asal Rybárska brána yang dipelihara.
Beginilah rupa fortification gate with tower tu. Yang bahagian merah tu lah yang ada di bawah tanah tu.
Dan ini pula ialah bangunan Slovak National Theatre. Ia adalah teater profesional Slovak yang tertua yang terdiri daripada 3 ensembles (opera, balet dan drama). Terletak di Dataran Hviezdoslav, bangunan Neo-Renaissance ini telah dibina oleh dua arkitek Viennese pada tahun 1885-1886 semasa Austro-Hungarian Empire or the Dual Monarchy.
Pada teater ni ada a stone sculptural group statues, the 'Muse of Thalia' by the Viennese sculpture T. Friedl. Thalia is the goddess who presided over comedy and idyllic poetry.
Ada juga patung-patung kepala famous musical composers.
Depan teater ni ada Ganymede’s Fountain yang menggambarkan mitologi kuno.
Ada helang (jelmaan Zeus) membawa a young Ganymede (a divine hero - Greek mythology) ke puncak Gunung Olympus, supaya dia dapat serve the Gods dan sebagai balasan gain eternal youth and immortality.
Juga ada aquatic creatures.
Di bahagian bawah fountain ni ada 4 patung-patung kanak-kanak yang melambangkan tragedi dan komedi, yang masing-masing pegang 4 jenis ikan; carp, catfish, sander and pike.
Dataran depan Slovak National Theatre dinamakan Hviezdoslav's Square. Eva kata dataran ini adalah meeting point yang popular di Bratislava.
Hviezdoslav’s Square ni ada patung Slovak poet Pavol Országh Hviezdoslav. Was also a dramatist, translator, and for a short time, member of the Czechoslovak parliament.
Eva kata harga tiket persembahan di Slovak National Theatre ni adalah murah. Jadi ramai peminat opera, ballet dan drama dari Vienna datang menonton persembahan di sini, lebih-lebih lagi sebab jarak antara Vienna dan Bratislava hanya sekitar 2 jam driving.
Everyone has their own way of doing things kan 😊.
Dekat dengan patung Man At Work tadi ada patung Schon Naci (The handsome Naci). Patung ni je yang dibuat dari silver. Yang lain tu bronze. Ni memang lelaki betul, seorang penduduk di Pressburg (nama lama Bratislava) ni sekitar 19th dan 20th century. Nama dia Ignar Lamar. Kisahnya lelaki tua ni sering bersuit and tie, saluting the passers and bowing with his hat di Sedlárska Street. Dia ni sebenarnya mentally ill.
Next kami ke Main Square. Dataran yang hampir tepat berbentuk segi empat sama ni dianggap sebagai the center of the city. Satu ketika dulu ia pernah digunakan sebagai pasar utama, tempat untuk mengalu-alukan kedatangan monarchs, tempat perhimpunan warga Bratislava dan juga sebagai tempat hukuman bunuh dilakukan. Sekarang ia lokasi diadakan music festivals masa musim panas dan Christmas market masa December.
Di dataran yang pernah dipanggil Hitler's Square semasa WWII ni ada Roland Fountain.
Dan ada juga Old Town Hall dengan menara jam.
Di keliling dataran ni ada banyak restoran, cafes, shops and ada juga kedutaan Greece, Japan, and France.
Roland's Fountain yang juga dikenali sebagai Maximilian fountain ini dibina pada 1572 dengan sumbangan kewangan dari King Maximilian II Hungary.
Di fountain ini pada column setinggi 10.5 meter ada patung knight Roland, pembela lagenda of the city’s rights. Ada yang kata itu patung King Maximilian II.
Di kolam fountain ni ada beberapa ukiran muka. Kolam ini besar saiznya dan dibuat begitu untuk menakung banyak air kerana dulu pernah berlaku kebakaran besar sewaktu pertabalan King Maximilian II di sini dan sukar nak dipadam sebab tak cukup air.
Walau bagaimanapun, yang paling dominan di dataran ini ialah Old Town Hall ni dengan menara jamnya. Ia adalah city hall tertua di negara ini dan ia merupakan salah satu bangunan batu tertua yang masih berdiri di Bratislava, dengan menara yang dibina kira-kira pada tahun 1370. Sekarang bangunan ini adalah lokasi Bratislava City Museum, mempamerkan pameran sejarah Pressburg. Barang-barang yang dipamerkan termasuk instrumen penyeksaan, penjara bawah tanah bandar lama, senjata antik dan perisai, lukisan dan miniature.
Tujuan asal ia dibina agak menarik. Sejak dahulu Bratislava tidak mempunyai kubu kuat, jadi wealthy families bina benteng peribadi mereka sendiri dalam bentuk menara batu untuk melindungi harta benda mereka. Old Town Hall ni adalah satu-satunya yang terpelihara hingga hari ini.
Yang menariknya juga tentang bangunan ni ialah pada dindingnya masih ada melekat cannonball yang ditembak oleh tentera Napoleon pada tahun 1809 semasa pengeboman kota ni.
Patung Virgin Mary with child Jesus di Frantiskanske square, bersebelahan dengan Main Square.
Lepas patung Cumil dan Schon Naci, ada juga patung Napoleon’s soldier ni di Main Square, leaning on a bench.
Napoleon dan tenteranya berada di Bratislava pada tahun 1805. Tentera ini ketika di Bratislava telah jatuh cinta dengan seorang gadis local, lalu terus tinggal di kota itu dan menjadi produser sparkling wine. Namanya adalah Hubert - yang juga nama jenama sparkling wine Slovakia yang paling popular. Gitu le kisahnya.. hehe.
Ada satu lagi patung Napoleon’s soldier. Yang ni berdiri tegak dalam Town Guardhouse.
Kisah Town Guardhouse ni.
Bangunan-bangunan di sekitar Main Square.
Selesai di Main Square, kami berjalan lagi.
Next kami nak bersolat dan lunch. Eva bertanya pada owner restoran halal ni dan diterangkan bagaimana nak ke masjid. Kebetulan ada restoran halal dekat masjid tu. So to save time, lepas solat kami akan ke restoran tu untuk makan tengahari.
Sepatutnya kami say our goodbyes to Eva di Main Square tadi tapi Eva kata dia nak pergi juga supaya tahu exactly di mana masjid tu so that in future kalau dia bawa Muslim tourists, tau la dia nak ke masjid. Sambil jalan tu terus mengetik kamera.
We passed by Primate's Palace. Di bangunan inilah perjanjian Peace of Pressburg ditandatangani oleh wakil-wakil Raja Perancis dan Maharaja Austria selepas Napoleon menang dalam Perang Austerlitz. 'Pressburg' adalah nama yang digunakan bagi Bratislava pada masa itu.
Eva bawa kami jalan di celah-celah bangunan, jalan shortcut ke masjid. Since dia local, mudah je pada dia.
Berhenti sekejap di WC.
Terus berjalan lagi.
Eva bawa kami ikut jalan pintas through this building.
Dah sampai. Masjid di Bratislava ini letaknya di Obchodna (Ulica) Street, di belakang sebuah kedai wain. Ada lorong masuk ke belakang.
Berjalan masuk.
Dan inilah masjid Bratislava. Tapi as per the signboard, kenapa namanya Cordoba Culture Center? Dan tak dinamakan 'Mosque'? Slovakia adalah satu-satunya negara dalam Kesatuan Eropah tanpa masjid. Dari banci terakhir di Slovakia pada tahun 2001, seseorang tidak boleh menyatakan mereka adalah umat Islam kerana masyarakat Islam di situ belum lagi didaftarkan sebagai komuniti beragama dan oleh itu Islam tidak diiktiraf oleh negara ini sebagai salah satu agama di Slovakia. Oleh itu semua permohonan untuk membina masjid ditolak oleh kerajaan. Slovakia tidak mempunyai agama rasmi negara dan Perlembagaan membenarkan kebebasan beragama. Islamic Foundation di Slovakia umumnya dianggap sebagai institusi rasmi masyarakat Islam. Pada tahun 2009, Islamic Foundation di Slovakia berjaya membuka sebuah pusat kebudayaan Islam, yang dikenali sebagai Cordoba Centre for Intercultural Dialogue ini di Bratislava.
Salah seorang MP mereka kata “Mosques serve as recruitment centres for Islamic terrorists. And we cannot differentiate between radical and moderate ones or those that are moderate today only to become radicalised tomorrow.”
Ini di bahagian dalam Cordoba Culture Center. Ruang solatnya selesa tapi rasanya tidak begitu selesa bila ramai jemaah terutama ketika solat Jumaat. Tiada ruang solat wanita jadi partitions digunakan. Tapi syukur Alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya ada tempat bersolat dan gathering yang proper untuk penduduk Islam di situ bersolat.
Selepas solat kami lunch di Tulipan Kebab, nearby the Cordoba Culture Center. Sedang kami baca menu-menu makanan di luar restoran ni, kami ditegur oleh seorang lelaki dan dia beritahu yang restoran ini memang Halal.
Nampak Lahmacun tu terus excited sebab teringat keenakannya masa kami makan di Istanbul dulu. Terus decide nak order. Unfortunately not in their menu that day.. hehe.
Restoran Tulipan Kebab ni menyediakan makanan Turki.
Super size and sedap! Alhamdulillah.
Selesai makan, kami berjalan ke tempat bas turunkan kami earlier. Masa jalan tu ternampak lukisan bangunan Town Hall di tingkap sebuah galeri.
Saya put side by side foto dan lukisan Menara Town Hall ni. Beautiful.
Dari Obchodna Street ni boleh nampak Bratislava Castle yang dah kami lawat pagi tadinya.
Dan kami pun sampai di tempat menunggu bas di Župné Square ni.
Masa menunggu tu, ambik gambar lagi dan bergambar.
Tunggu bas dekat former monastery, now a county house, sebelah Trinity Church.
Seterusnya kami akan meninggalkan Bratislava di Slovakia untuk menuju ke Budapest di Hungary.
Bersambung...
For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE
03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Nepomuk tu ada kat mana mana ..
ReplyDeleteyup.. comellah sangat kucing kucing muka bulan tu!!!!!! and the postures memang macam kucing betul!!!
saya suka pintu kayu berukiran orang berjanggut tu...
dan patung bogel tang tengah mengendap tu... hahhahaha
baru tau lepas google apa itu almandine.. :)
bergambar tak dekat patung patung bronxe tu?
Indeed. I think kisah dia yang paling menarik. Ada elemen jealously, betrayal, loyal, power, abuse, distrust... semua yang major2 lah.
DeleteYesss!!! Comel dan act like real cat mannerism!
The things is doc, pada saya la kan, bila jalan-jalan di tempat2 macam ni kena not only see the bigger things, the obvious things, but also the smaller ones, the almost hidden ones. And my wife pulak dah buat a bit of research and she knew what to expect, what to look for.
Ada yg ada, ada yg tak.. hehehe...