Friday, January 19, 2018

EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION

Tour Budapest diteruskan. Dari Gellért Hill kami dibawa turun semula ke bawah menuju ke Buda Castle, tak singgah, cuma pass by je castle tu. 

Pemandangan pagi yang indah di kaki Gellért Hill.

Sentiasa ada taman-taman yang cantik.


Kami passed by this Museum of Military History. Ia adalah sebahagian dari kompleks Buda Castle.
Although originally built as an army barrack in the 1830s, the museum itself was established in the early 1920s with the aim to research, organise, systematise and exhibit the artefacts of both universal and Hungarian military history and to house military items. - Wikipedia.

Ini bangunan National Library yang juga sebahagian dari bangunan Buda Castle.

Ini pula ialah sebahagian dari bangunan Hungarian National Gallery.

View sungai Danube dengan Széchenyi Chain Bridge di kiri dalam foto. Di tebing sungai Danube tu ada Las Vegas Casino Sofitel Budapest, InterContinental Budapest, Danube Promenade Budapest dan Lipótváros neighbourhood. 

Official Budapest Castle Bus - service minibus mesra alam yang guna lektrik membawa penumpang ke major city landmarks di Budapest’s historic Castle District. 

Ini Széchenyi Chain Bridge. Jambatan itu dibuka pada tahun 1849, selepas Hungarian Revolution of 1848, dan dengan itu menjadi jambatan kekal pertama di ibu negara Hungary. Pada masa itu, ia adalah salah satu yang terbesar di dunia. 

Patung-patung batu singa di jambatan ini diukir oleh pengukir János Marschalkó dan dipasang pada tahun 1852, serupa dengan reka bentuk singa gangsa di Trafalgar Square.

Patung-patung gangsa singa di Trafalgar Square.

Opposite Széchenyi Chain Bridge tadi ialah Castle Hill. Buda Castle terletak di atas sebuah bukit yang besar dan tinggi dan temboknya meliputi separuh bukit, manakala separuh lagi bukit dipenuhi dengan pelbagai bangunan tanpa dikelilingi tembok pertahanan. Kawasan yang "terbuka" tanpa tembok ini ialah Castle Hill.

Cara yang popular naik ke Castle Hill adalah dengan funicular yang dipanggil "Siklo". Boleh menunggu sampai 30 minit kalau nak naik funicular ni. Tugu batu di depan yang macam huruf "O" itu adalah Kilometre 0, jarak dari mana seluruh Hungary diukur.

Di sebelah funicular ada terowong menuju ke Castle Hill dan Buda Castle direka oleh Adam Clark. Panjangnya ialah 350 meter dan ia menembusi Castle Hill, melalui bawah Buda Castle. Di depan terowong ini ialah Clark Adam Square.

Next, kami akan ke Fishermen's Bastion. Tapi sebelum the walking tour there, kami dibawa dulu oleh Sophie untuk melihat Fishermen's Bastion ni dari arah depan, yang mengadap Sungai Danube. 



Fisherman's Bastion dan Matthias Church.


View bangunan Parlimen Hungary di seberang sungai Danube dari Castle Hill.

Prime Minister Project - Construction and reconstruction works at Buda Castle - Development of the Prime Minister's Office. 

Kemudian kami diturunkan di Disz Square to start on our walking tour towards Fisherman's Bastion. Dataran ini adalah kawasan rumah kediaman lama satu atau dua tingkat, di 1st district, di tengah Castle District.

Tapi sebelum tu kami noticed ada satu kawasan lapang opposite Disz Square. Kawasan lapang di jalan Szent György (St. George street) ni ialah kesan tinggalan Teleki Palace, yang kemudiannya dibina Archduke Joseph Palace (1902) di atasnya. 

Semasa pengepungan Budapest pada 1944-1945, istana itu rosak dengan teruk. Kemudian dijumpai runtuhan zaman pertengahan di tempatnya, dan sekarang penggalian arkeologi sedang dijalankan.


Ada satu patung namanya "Öreg huszár" (Old hussar) oleh Zsigmond Kisfaludi Strobl dan Gyula Wälder.

Ok, kami pun dibawa berjalan oleh Sophie melalui Disz Square ke Fisherman's Bastion. Ini Disz Square.

Ada sebuah post office lama di Disz Square ni. 

Di Disz Square ni ada Statue of the Independence War. 

Statues ini dibina untuk memperingati rakyat Hungary yang terkorban sewaktu perang kemerdekaan dari Austria pada tahun 1893. 

'1849 majus 21 Szabad hazaert' - '1849 . May 21 . Free Motherland'.

Then there's House of Houdini, di bangunan warna kuning ni yang mempamerkan kehidupan illusionist terkenal dunia yang dilahirkan di Hungary iaitu Houdini. Yang pertama dan yang satu-satu sepertinya di Eropah, dibuka pada Jun 2016. Ia merupakan tempat pertemuan utamanya bagi magicians and lovers of the art of magic dari seluruh dunia. Muzium ini terletak di daerah Istana Budapest.

Ia bertujuan untuk mempersembahkan pameran artifak Harry Houdini yang terbesar di Eropah dan menyumbang kepada pemeliharaan keseniannya untuk generasi masa depan.

Harry Houdini (born Erik Weisz, later Ehrich Weiss or Harry Weiss; March 24, 1874 – October 31, 1926) was an Austro-Hungarian-born American stage magician and stunt performer, noted for his sensational escape acts.
Harry Houdini died of peritonitis, secondary to a ruptured appendix, at 1:26 p.m. on October 31, 1926, in Room 401 at Detroit's Grace Hospital, aged 52.
Source: Wikipedia

Terus lagi berjalan di Tárnok Street ini menuju ke Matthias Church dan Fisherman's Bastion.

Rakam Statue of the Independence War di celah dua pokok dengan cahaya pagi yang cukup indah, berlatarbelakangkan House of Houdini.

Than kami stopped kejap di signboard ni sebab Sophie nak terangkan tentang kawasan Buda Castle ni. 


Laluan walking tour kami di area Buda Castle.

Ini peta yang lebih accurate. Berjalan dari Disz Square melalui Tárnok Street ke Matthias Church dan Fisherman's Bastion.

Tárnok Street berlokasi di kawasan perdagangan yang sibuk di Zaman Pertengahan (pedagang-pedagang Jerman), yang dipenuhi dengan rumah-rumah yang indah dengan façade yang dilukis, berbakoni berukir dan sentuhan hiasan baroque. Sekarang ni since dah jadi area tourists maka dah diganti dengan kedai-kedai souvenir, kedai-kedai menjual pakaian tradisional tempatan, embroidery serta cafés dan restaurants

Var Bistro dan Budapest Police Headquarters (1881).  
'Budapesti Rendor-Fokapitanysag' or Budapest Police Headquarters

Kata Sophie, bangunan-bangunan dalam kawasan Buda Castle ni memang very old belaka termasuk yang di Tárnok Street ni. Contohnya dua bangunan sebelah menyebelah ini.

Ini Tárnok Eszpresszó, Café & Bier Bár. Facade cafe ini yang dihiasi dengan patterns yang menarik adalah asalnya corak-corak yang dibuat pada awal abad ke-16, revealed setelah ditemui di bawah plaster selepas kemusnahan pengepungan 1944-1945 dalam Perang Dunia II.

Then and now.
Old photo: Source

Yang ini now sebuah restoran - Borozo-Sorozo Arany Hordo Vendeglo di Tárnok Street. 'Arany Hordo' bermaksud 'Golden Barrel'. Used to be a medieval trading house.

Dulu dan sekarang.
Old photo: Source

Ini pula ialah bangunan Semmelweis Orvostörténeti Múzeum atau Semmelweis Museum of Medical History atau Golden Eagle Pharmacy. 
The Semmelweis Medical History Museum was opened in 1965. Its collection covers Hungarian medicine, pharmacy and medical system enriched by the objective relics of western medicine. The permanent exhibit is dedicated to the development of western medicine from the prehistoric age to the beginning of the 20th century with emphasis on the development of Hungarian medical system, the work of Semmelweis and the establishment of the modern Hungarian medication. Joined with the National Medical History Library and the Archives, S.O.M. is an important research basis of the Hungarian physician history. - Source.

Dah nampak dah Trinity Column di Trinity Square di hujung Tárnok Street ni.

Berjalan ke Trinity Square yang merupakan the heart of Buda's Castle District. 

Mercu tanda di dataran ini ialah Matthias church, sebuah gereja yang paling penting di Buda.

Nama Trinity Square ini adalah dari Trinity Column, dibina antara 1710 dan 1713 dengan Baroque design oleh Philipp Ungleich.

Tiang ini dibina untuk memperingati mangsa wabak 1691 (black plague) dan meraikan akhirnya wabak itu. Penduduk di situ ketika itu berharap dengan adanya column ini akan melindungi mereka dari wabak lain. Arca di bahagian atas merupakan Holy Trinity. Ia terletak di atas tiang yang kukuh dihiasi dengan patung-patung little angels dan di bahagian bawah dengan patung-patung besar saints. Lajur ini terletak pada pedestal besar yang dihiasi dengan bas-reliefs dan Hungarian crest.

Column ini dibina untuk memperingati orang-orang Buda yang meninggal dunia akibat dua outbreaks of the Black Plague. Black plague telah menyebabkan kematian 30-60% penduduk di Eropah yang melanda Eropah pada tahun 1691 dan 1709. Ramai mangsa dikubur in mass graves. Kerana percaya bahawa mendirikan column ini akan menjauhkan wabak tersebut, maka ia mula dibina pada tahun 1700.

Walau bagaimanapun, lepas tiang pertama siap pada tahun 1706, tiga tahun kemudian wabak tersebut berlaku lagi di Budapest. Oleh itu satu tiang yang lebih besar telah dirancang dan dibuat untuk mengelak wabak tersebut dari berlaku lagi tanpa mengira kos. Dan dipercayai rancangan ini telah berjaya kerana black plague tidak pernah lagi berlaku selepas 1709.

Yes, ada area free Wi-Fi di Trinity Square ni.

Bangunan paling popular di Trinity Square ni adalah Church of Our Lady, lebih dikenali sebagai Matthias Church.

Gereja ini asalnya dibina pada abad ke-13 tetapi rupanya sekarang adalah selepas pembinaan semula pada abad kesembilan belas, dengan gaya neo-Gothic.

Gereja itu pernah jadi tempat penobatan beberapa raja, termasuk Charles IV pada tahun 1916 (raja Habsburg yang terakhir).

King Charles IV, taking his Coronation Oath on 30 December 1916 at Holy Trinity Column outside Matthias Church. - Wikipedia

Gereja ini juga telah menjadi tempat dua perkahwinan King Matthias (yang pertama dengan Catherine of Poděbrady dan, selepas kematiannya, dengan Beatrice of Naples).

Selama seabad setengah dalam pemerintahan Turki, ditakluk pada 1541, gereja ini telah dijadikan masjid utama di Budapest. Sebahagian besar khazanah dalam gereja ini dihantar ke Pressburg (sekarang Bratislava) dan semua lukisan hiasan di dinding lukisan hiasan yang sebelum ini menghiasi dinding dalaman gereja ini were whitewashed and interior furnishings stripped out. Sama la juga seperti di Hagia Sophia di Istanbul.

Ada miniature size Matthias Church dan Fisherman's Bastion di Trinity Square ini. 

Matthias Church, now a thriving Catholic church with holy masses, concerts, plenty of weddings and thousands of tourists. Also a museum. 

Selain design baroque, gereja ini juga popular kerana diamond patterned roof tiles. 

Semasa Perang Dunia II, gereja ini telah rosak teruk. Gereja Matthias telah digunakan sebagai kem oleh Jerman dan Soviet pada 1944-1945 semasa  Soviet occupation of Hungary.

Sekarang ia adalah Ecclesiastical Art Museum  (ecclesiastical: theological study of the Christian Church), yang bermula dengan kubur zaman pertengahan sehingga kepada St. Stephen Chapel. Galeri ini mengandungi beberapa peninggalan bersejarah dan ukiran batu zaman pertengahan, bersama-sama dengan replika Hungarian royal crown and coronation jewels. Kami tak masuk la tapi.


Ok, let's move on to the next tourist attraction di sini. Ini patung St Stephen. Terletak di belakang Matthias Church dan di depan Fisherman's Bastion. Stephen I, juga dikenali sebagai King Saint Stephen adalah Grand Prince terakhir Hungary antara tahun 997 dan 1000 atau 1001, yang juga merupakan King of Hungary yang pertama. 

Walaupun kedua-dua ibu bapanya dibaptis, Stephen adalah ahli keluarganya yang pertama menjadi seorang Kristian yang taat. Dia menggalakkan penyebaran agama Kristian dengan hukuman berat kepada sesiapa yang mengabaikan Christian customs.

Kematiannya pada 1038 menyebabkan peperangan sivil yang berlangsung selama beberapa dekad. He was canonized oleh Pope Gregory VII, bersama dengan anaknya, Emeric pada tahun 1083. St Stephen adalah seorang saint yang terkenal di Hungary dan wilayah-wilayah sekitarnya.
Canonization: is the act by which a Christian church declares that a person who has died was a saint, upon which declaration the person is included in the "canon", or list, of recognized saints.

Ketika St Stephen nak dikuburkan di perkuburan bawah tanah (untuk elak sebarang gangguan pada kubur), pengawal yang menjaga mayatnya telah curi tangan kanannya sebab dikatakan ia mempunyai kuasa ajaid. 'The Holy Right Hand' itu kini ditempatkan di St Stephen Basilica di Budapest dan setahun sekali, pada 20 Ogos, ia dibawa keluar dalam 'the Holy Right Hand ( Szent Jobb) procession'.
Source: Wikipedia dan hungarianspectrum.org

Ok, sekarang kita Fisherman's Bastion ni pulak. Teres white-stoned ini dibina dalam gaya neo-Gothic dan neo-Romanesque terletak di tebing Buda Sungai Danube, di Castle Hill mengelilingi Matthias Church. Ia direka dan dibina antara 1895 dan 1902.

Fisherman's Bastion ni dinamakan sempena persatuan nelayan yang bertanggungjawab mempertahankan tembok ini pada zaman Middle Ages. An old fish market also sat at this location during medieval times.

Teres ni ada banyak tangga dan laluan pejalan kaki. Jadi very nice to explore especially dengan pemandangan-pemandangannya yang cantik.

Di Fisherman's Bastion ini ada 7 menara yang mewakili 7 suku Magyar yang menetap di Lembangan Carpathian pada 896.

Dari Fisherman's Bastion ni boleh nampak pemandangan yang jelas Sungai Danube dan Pest.

Pemandangan Matthias Church dari Fisherman's Bastion. 


Across River Danube, St Stephen's Basilica.

View Buda, Sungai Danube, Chain Bridge, Pest dan St Stephen's Basilica.

Dari Fisherman's Bastion ni juga boleh nampak jelas puncak tower bell Matthias Church. 

And the gargoyles too.

Juga Trinity Column.

Pemandangan dari Fisherman's Bastion ni memang awesome. Cumanya ramai tourists masa tu. 

Gereja belah Buda tu ialah Szilágyi Dezső Square Reformed Church, a Protestant church. Di seberang Sungai Danube tu ialah Hungarian Parliament Building.

Ada orang menjual dolls in traditional costumes dan musician. Musician tu kalau diambil gambar, dia akan mintak duit. 

Such a beautiful day for photography lah.

Beberapa menara out of the seven. 

Untuk buat kenangan.

Dan untuk mengenang balik trip Budapest tahun 1998 😊. 

Such brilliantly blue sky.

A few more snaps before we left for the next destination.





Kami 😊.


Akak-akak dari Indonesia sedang berwefie. Nampaknya banyak shopping tu. Meriah sekali mereka ni.. hehe.



Enjoying the sun.

Statue of Regent John Hunyadi. 
John Hunyadi (1406 – 11 August 1456) was a leading Hungarian military and political figure in Central and Southeastern Europe during the 15th century. According to most contemporary sources, he was the son of a noble family of Romanian ancestry. He mastered his military skills on the southern borderlands of the Kingdom of Hungary that were exposed to Ottoman attacks. Appointed voivode of Transylvania and head of a number of southern counties, he assumed responsibility for the defense of the frontiers in 1441. - Wikipedia

Bersambung...

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment