Wednesday, January 24, 2018

EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE

Masih lagi dalam program Budapest tour. Pagi tadinya dah ke Citadel, Fisherman's Bastion dan Heroes' Square. Now nak pergi river cruise pulak di Sungai Danube. 

Passed Budapest-Nyugati Railway Terminal semasa nak ke jeti di Sungai Danube. Alhamdulillah tengahari tu keadaan cuaca terus baik.

Lalu di Western Square, salah satu persimpangan paling sibuk di Budapest.  

St. Stephen's Basilica, salah satu top attraction di Budapest. 

St. Stephen's Basilica is a Roman Catholic basilica in Budapest, Hungary. It is named in honour of Stephen, the first King of Hungary, whose supposed right hand is housed in the reliquary. - Wikipedia

Ferenc Deák Statue. Ferenc Deák adalah seorang negarawan Hungary dan Minister of Justice. Beliau dikenali sebagai "The Wise Man of the Nation". Menteri Hungary yang bertanggung jawab atas 'Compromise of 1867', yang membawa kepada pembentukan 'Dual Monarchy of Austria and Hungary'.

Di bahagian bawah monumen ini ada 4 empat patung yang mewakili usaha dan pencapaian Deák - Justice, Austro-Hungarian Compromise of 1867, Education and National Progress dan ke 4 tak jumpa sumber untuk represent apa.
Kanan: Justice
Tengah: Austro-Hungarian Compromise of 1867

Di dataran kecil near Intercontinental Hotel, Budapest ni ada statue of József Eötvös, a notable 19th century Hungarian writer and statesman.

Ini bangunan Hungarian Academy of Sciences yang lokasinya di tepi sungai Danube. 
The Hungarian Academy of Sciences is the most important and prestigious learned society of Hungary. Its seat is at the bank of the Danube in Budapest. Its main responsibilities are the cultivation of science, dissemination of scientific findings, supporting research and development and representing Hungarian science domestically and around the world.

Di depan bangunan Hungarian Academy of Sciences ada bronze bust of Gábor Szarvas, with bronze female figure with a palm branch paying respect to Szarvas. He was a Hungarian linguist, creator of cultivation of the Hungarian language. 

Ok, dah sampai di tebing sungai Danube. 

Passed by Hungarian Parliament Building, ke jeti cruise boats.

Di depan bangunan parlimen ni ada Statue of Count Gyula Andrássy. 
Count Gyula Andrássy de Csíkszentkirály et Krasznahorka (8 Mac 1823 - 18 Februari 1890) adalah seorang negarawan Hungary, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Hungary (1867-1871) dan seterusnya sebagai Menteri Luar Austria-Hungary (1871-1879).

Mengikut legenda, Count Andrássy mempunyai hubungan romantik yang lama dengan Elisabeth, Permaisuri Austria dan Ratu Hungary, juga dikenal sebagai Sisi, isteri Emperor Franz Josef I dari Austria-Hungary. Ada dikhabarkan kononnya ayah kepada anak keempat Sisi ialah Andrassy. Tidak ada bukti untuk ini, dan khabar angin mungkin telah timbul disebabkan devotion kedua-dua mereka pada Hungary, dan banyaknya masa yang mereka habiskan bersama dalam mengejar impian mereka untuk Hungary.


Dan kami pun sampailah di Pier 0, di jeti cruise boat di Sungai Danube. Lokasi jeti ni terletak di satu pedestrian walk yang dinamakan Carl Lutz Rakpart (Carl Lutz Walk/Quay) yang terletak di Újlipótváros neighbourhood di bandar Budapest ni.

Carl Lutz (30 Mac 1895 - 12 Februari 1975).
Carl Lutz (30 Mac 1895 - 12 Februari 1975) adalah seorang diplomat Swiss. Beliau berkhidmat sebagai Naib Konsul Switzerland di Budapest, Hungary dari tahun 1942 hingga akhir Perang Dunia II. Dia dikreditkan dengan menyelamatkan lebih 62,000 orang Yahudi, operasi menyelamat terbesar Yahudi dalam Perang Dunia Kedua.

Moh kita belayar. 

Dan inilah peta laluan bot kami dalam program Danube River Cruise. Bermula dari Pier 0 sampailah ke Petofi Bridge dan lepas tu patah balik ke Pier 0. Best cruise ni sebab passed by most of the important landmarks di kedua-dua belah Buda dan Pest, important due to their historical significance and/or their beautiful architectural attributes. Additionally, it gave us a chance to view Buda and Pest and their landmarks from Danube river. Di dalam peta bawah ni dah saya labelkan sekali all the attractions yang boleh dilihat dari bot, historically important attractions, significant enough for some of them to be listed under UNESCO.

Pelayaran kami bermula dari jeti dengan arrow merah ni. 

Off we went. Beautiful clear day. And angin agak kuat juga masa tu so had to zip up lah. Oh ya, ingatkan group kami akan naik bot bersama-sama dengan tourists lain but as it turned out hanya kami 18 orang je. Bot khas untuk kami rupanya. Nice lah. Boleh la saya ke kiri kanan bot ambik gambar from both sides.. hehe. 

Bila shoot foto-foto landscape, for me la, saya prefer kalau ada dramatic sky sekali, macam below foto. It has that 'epic' feel.. hehe. Btw, blue building tu ialah Hungarian National Asset Management Inc building. 

Dari kiri: Margaret Island, Árpád Bridge dan Pest.

Margaret Island.
In the Danube River, between Buda and Pest, verdant Margaret Island is a tranquil getaway within the city. Pedestrian promenades navigate around parkland, an art nouveau water tower, the ruins of a 13th-century Dominican convent, a musical fountain and a small zoo. Other attractions include jogging tracks, thermal spas and swimming pools. Summertime brings pop-up bars and restaurants, as well as live music. - Source.



Di tebing sungai Danube di Margaret Island.

Carl Lutz Rakpart. 

Jambatan pertama yang kami lalui dalam program river cruise ni ialah Margaret Bridge. Ia adalah jambatan tetap yang kedua di Budapest dan merupakan satu contoh kehebatan French Neo-Baroque bridge-building di Hungary.

Margaret Bridge. Aerial view. 

Dikatakan rekabentuk arch dengan Parisienne-stlye ini membentuk sebahagian daripada landskap di Budapest.

Dari Margaret Bridge ni dah mula nampak Hungarian Parliament Building.

Margaret Bridge siap pada 1876.  

Patung-patung dan hiasan-hiasan lain di jambatan diukir oleh Thabard seorang pengukir Perancis pada tahun 1874. Juga ada satu  plak memperingati tarikh pembinaan, serta nama pereka.

Masa berlalu dan Margaret Bridge ni jadi jambatan paling sesak di Budapest. Jalur laluan tram kuda di jambatan ni yang dah ada sejak 1879 telah digantikan dengan laluan tram elektrik yang jauh lebih berat pada 1894. Pada tahun 1920, blok kayu jambatan ini dirobohkan dan diganti dengan turapan batu yang jauh lebih berat. Semua perubahan ini dan pertumbuhan pesat lalu lintas awam membuat beberapa perubahan struktur diperlukan. 

Masa Perang Dua Kedua, bahagian Pest jambatan ni musnah dibom oleh tentera Jerman yang sedang berundur ketika itu pada 1944. Pembinaan semula siap pada 1948.

Tidak lama selepas jambatan itu dirasmikan, ia menjadi tempat pilihan untuk orang bunuh diri atas sebab masalah peribadi atau kewangan. Pulak...

Then kami ternampak pulak bas ni. Ehh.... bas ni terbabas ke masuk sungai Danube ni ke?! Oooo, ni bas RiverRide rupanya.. hehe. 

Looks so cool, right! Nak naik ni kena bayar 8500 HUF atau RM130.00. Budapest adalah bandar pertama di benua ni yang menawarkan perkhidmatan bas amfibia ni. So boleh bersiar-siar di darat dan air tanpa perlu tukar bas ke bot and/or vice versa. I wonder though, passengers dalam bas ni kena pakai seat belt ke atau pakai life jacket? Atau kedua-duanya?

The magnificent Hungarian Parliament Building. Langit cantik pulak masa tu! 

Bangunan Parlimen yang berusia lebih dari 100 tahun ini adalah satu contoh hebat seni bina Neo-Gothic. Ia juga memaparkan seni bina Renaissance dan Baroque. Ia terletak di Lajos Kossuth Square, di tebing Sungai Danube.  

Ia mula dibina pada tahun 1885 dan dirasmikan pada ulang tahun ke-1000 Hungary pada tahun 1896 dan siap sepenuhnya pada 1902. Sekitar 100,000 pekerja terlibat dalam pembinaannya, di mana 40 juta batu bata, setengah juta batu berharga dan 40 kilogram emas digunakan. 

Oppss... cepat-cepat berposing (trying to look relaxed and natural.. hehe) masa lalu depan bangunan parlimen ni sebelum terlepas. Reason? For nostalgic purpose lah.. hehe. Ni ha.. 1998 vs 2017 😊.

Ok, sambung balik cerita pasal parlimen ni. Bangunan Parlimen Budapest ini adalah bangunan Parlimen ketiga terbesar di dunia. Ia mempunyai 691 bilik, 20 kilometer tangga dan di ketinggian 96 meter ia sama tinggi dengan  St. Stephen's Basilica.

Dalam komplek ini ada Museum of Ethnography dan Ministry of Agriculture. 

Mahkota yang dipakai oleh King Stephen sewaktu pertabalan baginda pada tahun 1000 dulu juga disimpan di dalam bangunan parlimen ini.
The Hungarian Crown Jewels were lost and stolen numerous times. After World War II, they were transported to Western Europe and eventually given to the American Army for safekeeping from the Soviet Union. For much of the Cold War, the Crown Jewels were held at the United States Bullion Depository (Fort Knox, Kentucky) alongside the bulk of America's gold reserves. They were eventually returned to Hungary under the presidency of Jimmy Carter in 1978.
Photo and text from: http://visitbudapest.travel/guide/budapest-attractions/budapest-parliament/

Dari tengah sungai Danube ni adalah antara lokasi yang paling best nak tengok dan ambik gambar bangunan parlimen ni.

Tebing sungai Danube ni dah disenarai dalam UNESCO World Heritage List.

Then we came upon area ni. Kelihatan ramai orang berkerumun terbongkok-bongkok tengok dan ambik gambar something di lantai benteng tu. 

Area ni dipanggil 'Shoes on the Danube Bank'. Ia adalah satu memorial yang dibuat oleh pengarah filem Can Togay di tebing timur Sungai Danube bersama pengukir Gyula Pauer untuk menghormati mereka yang dibunuh oleh fascist Arrow Cross militiamen di Budapest semasa Perang Dunia II. 

Pengukir itu mencipta enam puluh pasang sepatu besi yang bersesuaian dengan era ketika itu dalam pelbagai saiz menunjukkan mangsa yang terlibat adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak. 

Mangsa-mangsa diperintahkan berbogel, menanggalkan kasut-kasut mereka, mengadap ke arah sungai dan kemudian ditembak dari belakang dari jarak dekat di pinggir tebing sehingga tubuh mereka jatuh ke dalam sungai dan dibawa arus. Mengikut ceritanya lagi, bila Arrow Cross nak menjimatkan peluru, mereka akan mengikat mangsa beramai-ramai dan menembak hanya seorang sahaja di antara mereka sebelum ditolak masuk ke dalam sungai. Oleh itu mangsa yang sudah mati ditembak tadi akan menarik mangsa yang lain yang masih hidup ke dasar sungai yang sejuk sehingga kesemua mereka mati lemas. Jadi kasut-kasut di tebing ini mewakili kasut-kasut mangsa yang tertinggal di tebing. Berapa ramaikah mangsa-mangsa yang terlibat? 3,500 orang. 
Ada plak besi diletak di situ: "To the memory of the victims shot into the Danube by Arrow Cross militiamen in 1944–45. Erected 16 April 2005."

Approaching Chain Bridge.



Lalu di bawah Chain Bridge.

Di hujung Chain Bridge belah Pest tu ialah bangunan Four Seasons Hotel Gresham Palace Budapest. 

Looking back - Hungarian Parliament Building and Margaret Bridge.

Hungarian Parliament Building.

Hungarian Parliament Building and Margaret Bridge.

Four Seasons Hotel Gresham Palace Budapest.

Foto kiri: Ministry of the Interior building.

Ini Buda Castle. View komplek istana ni dari Sungai Danube memang la awesome. Can see the whole stretch of the huge building. 


Juga boleh nampak Fisherman's Bastion dan Matthias Church.

Fisherman's Bastion, Matthias Church dan Chain Bridge.


Approaching Elisabeth Bridge. Di belakang tu ialah Gellért Hill dengan St Gellért statue dan Liberty Statue. Ini di belah Buda.

View Gellért Hill dan St Gellért statue. Gellért Hill sekarang adalah kawasan kediaman yang mewah, kedutaan-kedutaan dan kediaman kedutaan. Sejak 1987, kawasan ini disenaraikan dalam UNESCO World Heritage site sebagai sebahagian daripada "the Banks of the Danube".
St. Gerard (Hungarian: Gellért) penyebar agama Kristian di Hungary sekitar tahun 1000 dulu dibunuh oleh penyembah berhala semasa the great pagan rebellion in 1046. Terdapat pelbagai cerita tentang kematiannya. Antaranya dia dilontari, ditikam dengan tombak dan tubuhnya dilemparkan dari tebing ke Sungai Danube. Satu lagi cerita mengatakan dia diletakkan di atas two-wheel cart, dibawa ke puncak bukit dan diluncurkan ke kaki bukit yang kini bernama Gellert Hill. Sampai di bawah dia masih hidup lalu terus dipukul sampai mati. Kisah lain yang tidak disahkan menceritakan dia dimasukkan ke dalam tong kayu berpaku dan digolekkan ke bawah bukit.  - Wikipedia

Patung Liberty, didirikan pada tahun 1947 sebagai memperingati mereka yang terkorban demi kemerdekaan, kebebasan dan kemakmuran Hungary.

Elisabeth Bridge dan Pest.

Di hujung Elisabeth Bridge tu ialah bangunan Inner City Parish Church.

Yang tengah tu bangunan Parish of the Holy Trinity

Yang kanan tu Budapest Mariott Hotel. Taman di sebelahnya ialah Danube Promenade. Bangunan hitam belah kiri tu ialah Intercontinental Budapest.



Elisabeth Bridge dan Pest. 



Ini Rudas Baths di Buda, di kaki Gellért Hill. Ia dibina seawal abad ke-16, semasa zaman pendudukan Turki.

Turkish baths in Budapest are amazing oriental monuments with modern day facilities. Many tourists who visited Turkey will expect to see the dry Turkish sauna as a Turkish bath, but the medieval Turkish baths of Budapest are not steam baths as in modern day Turkey, but historical Turkish baths with a central octogonal shaped pool extended with other baths. - Source.

Pauline Monastery and Rock Chapel di dinding batu Gellért Hill.

Approaching Liberty Bridge.

Lalu bawah Liberty Bridge.



Bangunan Corvinus MBA Center, University of Budapest. 

Di sebelah Pest: Liberty Bridge dan bangunan Corvinus MBA Center, University of Budapest. 

Di sebelah Buda: Liberty Bridge, Gellért Hill dengan Liberty Statue dan Gellért Baths.


Gellért Baths.

Budapest University of Technology and Economics. 
Budapest University of Technology and Economics adalah Universiti Teknologi yang paling penting di Hungary dan dianggap Institut Teknologi tertua di dunia yang mempunyai tahap dan struktur universiti. Ia merupakan institut pertama di Eropah untuk melatih kejuruteraan di peringkat universiti. Ia ditubuhkan pada tahun 1782. - Wikipedia

Ini Budapest Whale, sebuah cultural, shopping, entertainment and gastro centre. 

Bangunan glass-atrium berbentuk ikan paus ni digabung dengan dua bangunan gudang bersejarah dari abad ke 19. 

Dengan dinding kaca, pengunjung shopping center dapat lihat pemandangan indah sungai Danube dari dalam.


Gellért Hill dengan Liberty Statue dan Citadel.

Tiba di Petőfi Bridge.

Di Petőfi Bridge ni, the boat made a U turn heading back to Pier 0.



Liberty Bridge dan Corvinus MBA Center, University of Budapest. 


Liberty Bridge dengan background Buda.  

Di puncak tiang-tiang Liberty Bridge ni ada patung-patung gangsa besar Turul, seperti burung falcon, yang terkenal dengan mitologi kuno Hungary. 

Juga ada Hungarian coat of arms.


Elisabeth Bridge dan Pest.



Inner City Parish Church.


'Shoes on the Danube Bank'.








Hungarian Parliament Building.


RiverRide di darat.

Bas amfibia RiverRide. 

Hungarian Parliament Building.

Sebuah bangunan parlimen yang grand dengan seni bina Neo-Gothic, Renaissance dan Baroque.


Di Kossuth Square opposite Hungarian Parliament Building ada Museum of Ethnography. Istana Neo-Renaissance yang menempatkan Muzium Etnografi ini dibina antara 1893 dan 1896 sebagai Ministry of Justice. 

Ia dibina oleh Alajos Hauszmann dengan ciri Baroque dan Neo-Renaissance. Bangunan ini mempunyai fasad yang mengagumkan yang dihiasi dengan lajur dan patung. 

Terdapat arca three-horse chariot dengan patung Lady Justice di bumbung depan muzium ini.

Di depan Museum of Ethnography dan sebelah kiri Hungarian Parliament Building ada Tisza Istvan Memorial. 
Count István Tisza adalah perdana menteri Hungary antara 1903 dan 1905, dan dari 1913 hingga 1917, dan dia dibunuh pada Oktober 1918. Patung asal itu didirikan pada tahun 1934 dan ia telah dimusnahkan oleh Komunis selepas Perang Dunia II.

Ada singa putih di puncak column memorial ni.

Lokasi Hungarian Parliament Building, Museum of Ethnography dan Tisza Istvan Memorial.

Ok, back to the river cruise.

Locals sedang memancing. I guess it is allowed to fish di Sungai Danube di bahagian central Budapest ni.


Margaret Bridge.




Dan kami pun selamat sampai semula ke Pier 0. Alhamdulillah. Dengan itu selesailah program Danube River Cruise kami. Overall, pada kami memang menarik cruise ni sebab it gave us the opportunity to see both Buda and Pest from a different angle i.e from Danube river. Pada kami berdua yang memang suka ambik gambar ni memang la seronok. It was especially nice because from the river you can see the whole building, the whole complex and bridges, all in their entirety. Others in our group, some just duduk relax je and soak in the beautiful views on both sides of the river. Some enjoyed chit chatting with each other while resting after the walking tours. Suffice to say everyone had enjoyed the cruise. Nice lah.    

Di Pier 0 ni Peter our bus driver dah menunggu. Kami akan dibawa ke Central Market Hall where we'll have free time till dinner time. Dan kami berdua dah pun berbincang mana nak pergi masa free time tu. 

Masa dalam perjalanan ke Central Market Hall tu kebetulan jalanraya agak sesak juga. Tapi kesesakan tu ada baiknya juga sebab bila bas slow maka kami dapatlah tengok area 'Shoes on the Danube Bank' yang hanya dapat kami lihat dari jauh saja masa cruising tadi.

Ada 60 pasang iron-cast shoes dalam pelbagai saiz untuk menunjukkan mangsa-mangsa kekejaman pihak fascist Arrow Cross ini adalah melibatkan lelaki, perempuan dan juga kanak-kanak. 



Bersambung...

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

1 comment:

  1. apa yang kat celah celah kasut tu?
    lilin?

    di Langkawi dan Banda Hilir pun dah lama ada bas amfibian tu ..
    tak pernah naik lah tapi .
    mahal lah jugak ...

    view bridge yang sebelum zoomed in falcons tu cantik
    saya suka sangat ...


    ada hummed lagu cat Par tak masa cruise ni ?
    :)

    ReplyDelete