Monday, January 15, 2018

EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE

Up next, to the 4th country dalam pakej percutian Eastern Europe kami, dari bandar Bratislava di Slovakia ke bandar Budapest di Hungary. 

Peta ringkas perjalanan kami dari Frankfurt ke Budapest selama 4 hari setakat entry ini. 

Jarak dari Bratislava ke Budapest adalah sejauh 200 km, lebih kurang 2 jam perjalanan. Seperti biasa saya share foto-foto captured during the journey.

Checkpoints yang no longer in use after Schengen Agreement. Dah mutual borders.

Gorgeous views!



Budapest, lagi 122 km.

Beautiful colors.





Suasana dalam bas pun kena juga rakam.. hehe. Di sana seat belts mesti pakai. Even dalam bas. Did we? Yes, of course, both my wife and I did 😊.

So many empty seats! Everyone can have window seats. Saya dan isteri dah pakat, saya ambik gambar belah sini dan dia cover the opposite side.. hehe.

Tak de toll ke? Kalau tak silap pengguna highway di sini kena beli motorway stickers yang boleh dibeli di service stations. If not, akan kena saman and their highway police sangat diligent.  

Also di sana mesti pasang headlights at all time, as you can see in below photo.

Hungary adalah ahli European Union dan dengan itu terlibat dalam strategi EU untuk meningkatkan penggunaan renewable energy, hence the wind turbines. 

Iberdrola Renovables, sebuah company di Spain, pakar dalam renewable energy, particularly wind power.



Ada wifi dalam bas ni. Definitely a huge plus! Everyone was happy lah.. hehe. Meriah WhatsApp group members sharing photos 😊.



Bila nampak view macam ni, terus ke depan bas to capture.. hehe. Lepas tu duduk balik my seats dan pakai seat belts.. hehe.



Rasa lapar, so makan roti dengan serunding daging. Yummm.. hehe. 

Nice temperature out there. Ye la 15°C masa tu kira nice la sebab a couple of days back it was below 10°C! Hehehehe...

Selamat tiba di bandar Budapest, Alhamdulillah.

Hungary, sebuah negara di central Europe. Ibu negaranya ialah Budapest. Sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi dengan taraf hidup yang sangat tinggi. Well known for its rich cultural history.

Hungary bersempadan dengan Slovakia, Romania, Serbia, Croatia, Slovenia, Austria dan Ukraine. Penduduknya ada 10 juta orang. Hungary joined European Union (EU) sejak 2004 tapi guna matawang sendiri Hungarian forint (HUF) dan tak guna Euro.

Inilah rupa Hungarian forint (HUF).

Budapest adalah ibu negara Hungary, bandaraya yang paling ramai penduduk, dan salah satu kota terbesar dan paling padat di Kesatuan Eropah dengan penduduk seramai lebih kurang 1.7 juta (2016). Budapest menjadi ibukota Hungary pada tahun 1873. Ia adalah gabungan tiga buah bandar di pinggir Sungai Danube yang bernama Buda, Óbuda (Old Buda) dan Pest.

Budapest mempunyai sistem pengangkutan awam yang maju, dengan rangkaian sejumlah besar laluan trem, bas, trolleys, keretapi bandar dan bawah tanah. Contohnya, rangkaian Tram Budapest transport 1.08 juta penumpang setiap hari.

Jambatan hijau ni ialah Liberty Bridge, merentasi Sungai Danube, sungai kedua terpanjang di Eropah mengalir lalu 10 negara sebelum masuk ke Laut Hitam.

Ini bangunan Corvinus MBA Center, University of Budapest. Ia adalah sebuah universiti di Budapest, Hungary yang mendefinisikan dirinya sebagai universiti penyelidikan yang berorientasikan pendidikan. 

Noteable people seperti Hungarian former Prime Minister, Minister of Finance, Chairman of Budapest Stock Exchange, Chairman of the National Bank of Hungary dan best-selling artists pernah belajar di universiti ni.

Liberty Bridge.

Menyeberang Sungai Danube dengan Liberty Bridge.

Bangunan Corvinus MBA Center, University of Budapest yang kami nampak dari seberang sungai Danube tadi.

Patung-patung pada facade bangunan University of Budapest.

Ini Budapest's Central Market Hall. More of this market later bila saya bercerita jalan-jalan kami dalam bangunan ni. 

Budapest mempunyai bangunan-bangunan yang sangat menarik dalam pelbagai gaya dan dari masa-masa yang berbeza, dari zaman purba seperti Roman City of Aquincum di Óbuda (Daerah III), yang bermula pada sekitar 89 AD, ke  Palace of Arts, the contemporary arts museum dan concert hall.

Kebanyakan bangunan di Budapest adalah rendah dikawal di bawah building legislation yang bertujuan untuk memelihara landskap bandar bersejarah ini dan juga untuk memenuhi syarat World Heritage Site. 
Tiada bangunan di Budapest boleh dibina lebih dari 96 meter tinggi. Ini kerana peraturan yang menyekat ketinggian bangunan, dan fakta bahawa nombor 96 mempunyai nilai simbolik di negara ini. Pada tahun 896 lah orang Hungarian Magyars pertama kali datang ke kawasan itu, dan bermulanya the early stages pembentukan Kerajaan Hungary.

Juga permulaan legislation ini berkait langsung dengan dua bangunan paling bersejarah Budapest iaitu St Stephen’s Basilica dan Hungarian Parliament Building (mewakili Agama dan Kerajaan), yang kedua-duanya berketinggian 96 meter. 

Di downtown Budapest ada beratus sex shops dan peepshows. Dan iklan kedai-kedai ni dipasang pada tiang-tiang di simpang jalan yang sibuk, dekat traffic light like below photo. 

Kalau Karlovy Vary jadi lokasi shooting filem James Bond - Casino Royale, di Budapest pula jadi lokasi filem Mission: Impossible – Ghost Protocol.

Kalau tak di area city center, keadaan jalan tenang je macam ni.

Turun je dari bas ni nanti, kami akan go for walking tour di Budapest ni. So checking suhu adalah penting. Alhamdulillah di Budapest ni suhu masih lagi tak terlalu rendah.  

Pemandangan Sungai Danube. Fyi riverbank di sungai ni adalah listed dalam UNESCO World Heritage List. Tu dia, bersejarah sungguh bandar Budapest ni sampai tebing sungainya pun di declare jadi world heritage site. Ni sebab di sepanjang river bank ni ada banyak bangunan-bangunan bersejarah dengan pelbagai jenis seni bina.
By the way, ni Danube River cruise boat dengan bilik for overnight stay. It is huge!

Peter our driver parked bas di tempat parking bas di tepi jalan sebelah sungai Danube berdekatan dengan Liberty Bridge ni, which was just awesome sebab lokasi ni betul-betul right smack in the middle of the touristy area. Jadi tak perlulah kami berjalan jauh dari bas dan eventually balik semula ke bas dalam program walking tour. By the way ni belah Pest. Across the river ialah belah Buda.

Masa ni lebih kurang pukul 3:30 pm. Actually kami tiba Budapest awal so ada lebih masa untuk jalan-jalan sebelum hari mula gelap. At 3:30 pm ni pun dah mula nampak remang senja. 

So ok, since tak de local guide assign for today, maka walking tour kami masa ni dibuat secara on our own, free and easy, jadi tidak perlu berjalan secara berkumpulan. Esok baru ada guided tour. Maka all of us pun berpecahlah. Bagus la gitu sebab lain orang lain interests. Ada yang nak shopping, ada yang nak sight seeing. Dan ada yang tak habis-habis nak ambik gambarrrrrrr je.. hahaha... 😊.

Ini bangunan Corvinus MBA Center, University of Budapest. 

Bangunan utama universiti ini kini merupakan sebahagian daripada  UNESCO Heritage Site - terletak di Pest di tebing kiri Danube, bersebelahan Great Market Hall. Asalnya ianya dibina untuk Main Customs Office dengan Neo-Renaissance style yang siap dibina pada 1874.

Dah nak sunset. Kami pun merancang nak capture sunset di Bandar Budapest ni nanti. Maghrib di Budapest hari tu ialah pukul 16:34 pm.  Awal.  

Cahaya emas dah mula mewarnai Budapest. Beautiful pedestrian walk next to tram track. Laluan yang kami jalan ni (right lane in photo below) namanya ialah Salkaházi Sára rakpart atau Salkaházi Sára Quay. Salkaházi Sára ialah seorang Catholic Sister. Ada di bawah tu kisah dia.

Sára Salkaházi (May 11, 1899 – Budapest, December 27, 1944), born as Schalkház Sarolta Klotild, was a Hungarian Catholic religious sister who saved the lives of approximately one hundred Jews during World War II. Denounced and summarily executed by the Pro-Nazi Arrow Cross Party, Salkaházi was beatified in 2006 - Wikipedia.

Across the road tu ialah bangunan Bálna Budapest atau Whale Budapest - a commercial, cultural, entertainment and leisure centre. Dari sudut pandangan ini, langit kelihatan biru 😍. 

We then leisurely made our away around the Univeristy of Budapest and head on to the Central Market Hall. Ada this small park tepi university ni.


Di small park ni ada this wonderful abstract sculptures of horse and a pair of legs.  

Corvinus MBA Center, University of Budapest.


Bangunan Central Market Hall.

Lama dah dalam bas tadi so kami pun ke WC dulu before continue our walking tour. Kena bayar 150 ft which is about RM2.30. Dah memang itu standard charge atau sebab lokasinya di tourists area? Then I read caj antara 100 ke 200 forints adalah normal for public toilets. 200 ft = RM3.15. Toilet yang kami guna ni memang bersih la although I feel it could use some upgrades. Look dated gitu. Masa enter tu macam tiba-tiba berada di era 70an atau 80an... hehe. Oh ya, kami juga tukar duit ke Forint. 

Nama pun market, maka macam pasar le. Tapi beginilah rupanya. Everything look so clean dan tak de bau-bau hanyir.  

Nampak macam dalam old building, which I think memang dibiar begitu sebab Central Market Hall ni juga merupakan salah satu tempat lawatan pelancung yang popular di Budapest. Dibina pada 1894, yang ada sekarang ni ialah selepas direnovate antara 1991-94. 

Central Market Hall ni juga dikenali sebagai Great Market Hall atau dalam Hungarian "Nagyvásárcsarnok". Good luck in trying to pronounce that! Hehehehe...
You can get all sorts of goods on the 3 floors of the Great Market Hall of Budapest: fruits, vegetables, dairy products, fantastic salamis, pickles, fresh fish, Hungarian paprika, Tokaj wines, various souvenirs, and even home style meals, or Hungarian snacks like Langos at the upper floor food stands and eateries. - Source

Tak lama kami dalam Central Market Hall sebab lebih prefer nak jalan-jalan di luar, especially considering dah hampir senja. 

Haaa... sempat pun capture sunset in Budapest di Liberty Bridge. Kebetulan pulak masa tu kami di belah Pest dan sunset di belah Buda. So were facing the sunset la. 
Liberty Bridge: Di kedua-dua belah hujung jambatan ni ada Custom-houses. Bangunan 2 tingkat ni ada bilik-bilik untuk hand-out tickets, untuk simpan duit dan pelbagai peralatan dan untuk Officers. 

Next kami plan nak lintas Sungai Danube dengan Liberty Bridge. Di bawah tu ialah Henryk Sławik Wharf, di antara Liberty Bridge dan Rákóczi bridge.

Siapa Henryk Sławik?
Henryk Sławik (16 July 1894 – 23 August 1944) was a Polish politician in the interwar period, social worker, activist, and diplomat, who during World War II helped save over 30,000 Polish refugees, including 5,000 Polish Jews in Budapest, Hungary by giving them false Polish passports with Catholic designation. He was executed with some of his fellow Polish activists on order of Reichsführer SS in concentration camp Gusen on 23 August 1944. - Wikipedia

Dari Liberty Bridge belah Pest ni boleh nampak Gellért Hill dengan Liberty Statue di puncaknya. 

Sunset dari Liberty Bridge, Budapest. 

Liberty Bridge atau Freedom Bridge di Budapest ni menghubungkan Buda dan Pest di kedua-dua belah Sungai Danube. Di kedua hujungnya terdapat dua dataran awam, Gellért tér (di kaki Bukit Gellért, dengan Gellért Spa dan Hotel Gellért) dan Fővám tér (dengan Great Market Hall).

Stop kejap nak ambik gambar di atas tu. Nope, memang tak de pagar atau sebarang hadangan di tepi jalan tu atas jambatan ni. 

View jetty dari Liberty Bridge - jeti cruise boats di Sungai Danube. Meanwhile, the horizon was beginning to look really nice wih gorgeous colors lah.

Jambatan bertiang putih itu ialah Elisabeth Bridge. Ia dinamakan sempena  Elisabeth of Bavaria, seorang ratu dan permaisuri yang popular Austria-Hungary, yang dibunuh pada tahun 1898.

Ini Buda Castle yang boleh dilihat dari Liberty Bridge melepasi Elisabeth Bridge. Besar sungguh istana ni dan dengan lokasi atas Castle Hill buat nampak lebih hebat. Adalah sebuah istana bersejarah dan kompleks istana raja-raja Hungary di Budapest. Ia adalah sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia Budapest, yang diisytiharkan pada tahun 1987.
- The castle courtyard was used as the setting for Katy Perry's 2010 music video, "Firework", part of her Teenage Dream album. - Wikipedia
- Scenes from the famous Arnold Schwarzenegger movie, Red Heat, were shot here. 

Gellért Hill dan Liberty Statue dengan latarbelakang langit senja. 

Liberty Statue.

Ada sebuah gereja di Gellért Hill ni, dalam satu gua, di Gellért Hill Cave.

Gua itu juga dikenali sebagai Saint Ivan's Cave atau Cave Church. 

Pauline Monastery and Rock Chapel yang nampaknya dibina dengan menebuk/mengorek dinding batu di Gellért Hill ni.


Di tebing sungai Danube belah Buda ni juga ada Rudas Baths, sebuah kolam thermal (antara 10°C- 42°C) dan medicinal baths. Dibina pada 1550 semasa pemerintahan Ottoman. Baths di dalamnya masih dikekalkan Turkish baths berkubah dengan kolam-kolam octaganol. 

And the sun was setting, coloring Budapest's sky so beautifully.

SubhanAllah, cantiknya...



Tiba di sempadan antara Pest, where we came from tadi, dan Buda. Moh sambung jalan sampai hujung jambatan, ke belah Buda.

Sangat besar Sungai Danube ni.

Hotel-hotel terapung yang berlayar di sungai Danube yang mengalir melalui 10 negara Eropah, dari satu bandar ke satu bandar termasuk 4 ibu negara. 

Deretan bangunan-bangunan bersejarah di tebing sungai Danube ini menjadikan tebing di sini disenaraikan dalam UNESCO World Heritage List.

Cave Church. 

Dah sampai dah ke Buda. 

Di sebelah Buda ni, di kaki bukit Gellért, ada Gellért Baths ini. Bangunan dengan senibina art nouveau ni dibina pada 1918. 

Liberty Bridge yang kami lalui tadi, adalah jambatan ketiga dan yang terpendek dari Budapest dibina dengan stail art nouveau.

Di bahagian atas jambatan ini ada tiang dihiasi dengan patung-patung gangsa besar Turul, seperti burung falcon, yang terkenal dengan mitologi kuno Hungary. Di tengah ada Hungarian coat of arms. 

Tak lama kami di belah Buda ni sebab lebih menarik lagi kalau explore belah Pest. Ni View dari Liberty Bridge, on the opposite side of the bridge dari yang kami lalu tadi. 

On this isde of the Liberty Bridge boleh nampak Budapest Whale, sebuah cultural, shopping, entertainment and gastro centre. 

Berjalan balik semula ke Pest. 

Macam jambatan lain di Budapest ni, Liberty Bridge ni juga musnah dibom oleh tentera Jerman masa WWII. Kemudian dibina semula ikut yang original dan dibuka semula pada 1946.

Rasanya ni bot-bot for River Danube Night Cruise. 

That's the Buda side with Gellért Baths on the right.

Ha... tak de pulak love locks di pagar jambatan ni. Selalunya ada je di jambatan-jambatan di sini. Mungkin dah ditegah oleh pihak majlis perbandaran. 

Sampai dah semula ke Pest. Tu bas kami, ada park di bawah tu.

Dah mula gelap dah masa tu so lampu-lampu bernyala. Cantik pulak jambatan hijau bila dah menyala. 

Blue hour in Budapest. 

Satu untuk kenangan 😊.

Since masih ada masa lagi kami pun decide untuk jalan-jalan menyusuri Danube Promenade ni. 

Pemandangan malam dari promenade ni memang so beautidul.

Cruise boats and Liberty Bridge.

Dari promenade ni boleh nampak boat cruise di sungai Danube, jalanraya, Elisabeth Bridge dan nun di hujung sana Buda Castle. Breathtaking!

Liberty Bridge dari jauh.

Cruise boat mewah berlabuh di jeti sungai Danube Budapest.

Panorama satu.

Liberty Bridge dan Gellért Baths.



Mengintai bilik-bilik di cruise boat mewah ni. 


Berjalan towards Elisabeth Bridge. 

Sebenarnya ada sebab kenapa saya ajak isteri jalan ke sini. 

Sebab saya nak bergambar di sini dengan latarbelakang sungai Danube, Gellért Hill dan Liberty Statue, Rudas Baths dan juga Elisabeth Bridge. 

Juga kerana I was at this very same spot 19 years ago back in 1998. Masa tu saya bujang lagi, bercuti jalan-jalan di Budapest dan Vienna with a friend of mine who was posted in Budapest ni with the Malaysian Embassy. Entry jalan-jalan tu boleh dibaca di sini. So I think it'd be nice if I could track back the spots I've been to masa tu.  
19 years ago, in 1998.

Side by side, 1998 and 2017. Rasa nostalgic pulak.. hehe.

Kami tak jalan sampai Elisabeth Bridge sebab we still nak jalan-jalan lagi dalam Central Market Hall yang early tadi kami sekadar cepat-cepat pass by it saja.

Masa jalan balik tu terjumpa pulak wall statue ni di satu corner building Belgrád rakpart, sebuah government building, the Metropolitan Public Prosecutor's Office. Wall statue atau relief 'Seamen in 1919' ini adalah oleh sculptor László Szomor  

Kami pun sampai ke Central Market Hall. Cantik pulak facade depan market ni masa malam. Haruslah ambik gambar kan 😊. 

Nama market dalam bahasa Hungary.

Tile bumbung yang unik dan cantik menggunakan Zsolnay tiles. Zsolnay is a Hungarian manufacturer of porcelain, tiles, and stoneware. 

Boleh tahan busy jugak jalan depan market waktu malam.

Masuk ke dalam Central Market Hall ni kami terus ke tingkat atas. Ground floor dah kami lalu siang tadi.

View dari tingkat satu. 

Di ground floor jual makanan mentah. Di 1st floor ni ada cafe dan souvenir shops. 

Kedai pakaian dan embroidery.



Actually di kedai pakaian dan embroidery ni pun ada kenangannya pada saya. Ni la satu lagi spot saya bergambar 19 years ago...hehe.
Then and now. 

Lots of beautiful sovenirs.

Very colorful wooden hand painted Matryoshka Nesting Dolls. Tapi rasanya stacking dolls ni kan Russian doll? 

I have no idea apa ke benda dalam foto kanan ni. 

These woman jackets in traditional design kalau tengok dari dekat looks luxurious, delicate with intricate pattern design and embroidery.


Kedai-kedai di ground floor.


Time to leave the market and head on to the bus. 

Depan bangunan Corvinus MBA Center, University of Budapest.



Sempat bergambar lagi dengan latarbelakangkan Liberty Bridge.

Malam tu kami dinner di restoran Star Kebab ni. 


Restoran ni ada surau di bahagian basement.

Boleh pilih apa yang dimakan. Many delicious choices.

Besar dan selesa restoran ni.

Our choices. Alhamdulliah, sedap dan mengenyangkan. 

Menuju ke hotel.

Menginap di Leonardo Hotel untuk 2 malam. 

Bilik Leonardo Hotel ni agak kecil, so pandai-pandai la mana nak letak beg.. hehe. Tak pe, yang penting asal dapat solat dan tidur dengan selesa. Alhamdulillah.


Ok, ini summary perjalanan kami pada hari ke 4:
1) Bratislava, Slovakia: Bratislava Castle, Bratislava Old Town, Cordoba Culture Center. 
2) Budapest, Hungary: Central Market Hall, Liberty Bridge, Danube Promenade.

Bersambung...

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. duduk depan sekali eh ? macam biasa ?

    cantik nya gambar jalanraya berbukit yang lepas ambik tu terus duduk dan pakai seat belt tu .
    saujana mata memandangnya ...

    baru google apa makna 'beatified ' tadi lepas baca...
    hehehhehee... mahalnya kencing !! :))

    baru saya paham ... ada Buda , ada Pest ..
    dua tu dijadikan ibukota Hungary
    Budapest Whale tu cantiknya bangunannya !!

    ha ah kan.. matryroyska doll tu kan..
    hehehhe..
    exactly spot yang sama kat dua dua spot nostaljik !
    nasik ke tu ? macam kontot-kontot je berasnya .. beras apa tu ? alaa... saya ada ternampak kat supermarket hari tu.. lupa nama dia..

    malas lah nak puji sunset n blue hour tu..
    cantik sangat ... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dalam trip kami duduk 3 seats dari depan. Ke depan tu sekali sekala, agak2 ada view cantik, maka ke depan la saya.. hehe

      Sebab tu saya tahan mata mengantuk masa dalam bas takut terlepas pemandangan2 cantik.. hehe

      Ha! Mahal! Saya baca boleh je kalau di McDonald, free... Nak cari satu hal la pulak.

      Yes, very moden kan. Saya terfikir jugak kenapa bina bangunan ultra moden macam tu di bandar macam Budapest ni yang penuh dengan historic buildings. Macam tak sesuai pulak. Whale tu kami tak sempat nak masuk, or rather we avoid masuk sebab its a shopping mall. Moreover, we rather spend time at other places.

      Nostalgic sungguh doc! Happy dpt bergambar semula at that very same spot. Alhamdulillah.

      Tak tau la doc. Tu first time saya makan. Memang nasi tapi like you said kontot. Btw, nasi berempah/goreng tu sedap la sangat! :)

      Hehehe... it's ok, just enjoy keindahan kurnia Ilahi.

      Delete