Next, Austria pula, negara ke 5 dalam program percutian Eastern Europe kami ini. Kami ke Vienna, jauhnya lebih kurang 2 jam 30 minit perjalanan dari Budapest, Hungary.
Sarapan dulu sebelum bertolak.
Sarapan dulu sebelum bertolak.
Lebih kurang pukul 8 am kami pun bertolak. Sejuk pagi tu.
Meninggalkan bandar Budapest buat kali kedua. First time dulu was in 1998. Banyak kenangan saya di sini.
Terus merakam a few more pemandangan indah di Budapest.
Búcsú budapest! Amíg újra találkozunk.
Goodbye Budapest! Till we meet again.
Masuk ke highway.
Berkabus di jalanraya. Nak dekat winter dah masa tu.
And it was getting colder.
Walaupun berkabus, tetap juga ambik gambar sebab nampak cantik pulak.. hehe.
Sebab nak take shots macam ni, maka kena la rajin ke depan bas 😊.
Wien ialah Vienna dalam bahasa Jerman.
Dah mula nampak wind turbines used to harness wind power.
Saya baca kerajaan Hungary will not be considering harnessing wind power as part of their renewable energy sources sebab angin di situ tak cukup kuat. More nak pakai solar energy. Tapi banyak pula kami nampak wind turbines ni.
Ada orang pindah rumah, like literally rumah dia berpindah...hehe.
Beautiful green farm and canola field.
Papan tanda amaran - berhati-hati di jalanraya.
Tengah sedap melayan pemandangan-pemandangan yang indah, tetiba ada akak group kami offer these red, succulent and juicy strawberries. Alhamdulillah.
Agaknya ini di kawasan Győr, Hungary.
Dah law di sini lepas 2 jam drive pemandu bas mesti berhenti rehat. So kami dibawa stop di R&R ni di Moson pihenő.
Stops macam ni memang la kami suka sebab dapat stretch and jalan-jalan serta ke toilet dan ambik gambar kawasan keliling.. hehe.
Ada restoran kecil di sini.
More wind turbines shots. Dah langit cantik biru macam ni, maka harus la take a few shots kan.. hehe.
Tak lama, cuma 30 minit je stop di R&R, which was more than enough. Sambung semula perjalanan.
Sebuah restoran tepi highway.
Tiba di sempadan Hungary-Austria.
Austria dan Hungary adalah negara Pakatan Schengen yang tak memerlukan pemeriksaan passport ketika melepasi sempadan. Tapi di sini ada queue sebab masih ada random checks yang dibuat. Tak lama queue tu.
Österreich adalah nama Austria dalam Bahasa Jerman yang merupakan bahasa rasmi Austria. |
Towards noon, suhu dah naik. Bagus la sebab we will be doing a bit of outdoor walking tour di Vienna.
Selamat tiba di Vienna. Sebuah landlocked country dengan lebih 8.7 juta penduduk. Official language ialah German. Tempat kelahiran ramai komposer terkenal seperti Franz Liszt dan Johann Strauss. Beethoven, Mozart dan Freud juga lama berada di Vienna. Terkenal dengan istana-istana (Schönbrunn dan Hofburg), baroque architecture dan sejarah imperial.
Sebenarnya kawasan yang kami lalu ni ialah sebuah pulau. Sungai dalam foto bawah tu ialah Donaukanal, yang asalnya sebatang anak sungai yang tercabang dari sungai Danube dan bercantum semula ke sungai Danube menjadikan tanah di antara sungai Danube dan Donaukanal ini sebuah pulau.
Ini Donaukanal (Danube Canal), bekas anak sungai Danube, kini dikawal selia sebagai saluran air (water channel) sejak tahun 1598. Ia panjang 17.3 kilometer dan, tidak seperti Danube, ia bersempadan dengan pusat bandar Vienna.
Menyeberangi Donaukanal dengan jambatan Rossauer (Rossauer Brücke).
Dari jambatan Rossauer boleh nampak Siemens Nixdorf Footbridge sebuah jambatan pejalan kaki yang juga melintasi Danube Canal. Ada bot juga. Mungkin Danube Canal cruise.
Ini Rossauer Lände Police Station dibina pada 1874. Ada balai polis dan pusat tahanan polis.
Foto kanan: Institute of Medical Chemistry of the Medical University of Vienna.
Passed by Wahringer Strasse.
Ini bangunan gereja neo-Gothic Votivkirche (Votive Church). Dibina berikutan terselamatnya Emperor Franz Joseph (Emperor of Austria, and King of Hungary, Croatia and Bohemia) dari satu percubaan pembunuhan pada tahun 1853.
Vienna mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang maju. Ada bas, keretapi, trem dan laluan bawah tanah. Dikatakan murah, kerap, cepat, bersih, cekap, selamat dan jarang sesak.
Suasana bandar Vienna. Kesian homeless guy tu. Mana dia tidur masa musim sejuk. I think ada homeless shelters for them. Saya baca salah satu cara untuk tolong mereka ialah menjadikan mereka tour guides. Yes, that's right, kerja as tour guides. So interesting. Sebagai tour guides mereka beri perspektif yang unik pada pelancong tentang Vienna yang tidak pernah diketahui oleh orang luar. Berkongsi cabaran dan cara bagaimana mereka survive. Dibawa juga pelancong ke night shelters and soup kitchens.
Foto kiri: Restoran Asala Halal.
Sampai di Vienna ni kami terus di bawa ke Schönbrunn Palace untuk lawatan pertama kami. Besar sungguh istana ni.
Nampaknya ramai juga tourists. Maklum je la istana ini is one of the most popular spot.
Pintu masuk ke Schönbrunn Palace.
Bas parked di luar Schönbrunn Palace as we waited for Katarina, our local tour guide. Looking out the bus' window saya nampak seorang wanita sedang merokok, in a public place and it was not a designated smoking spot. Which triggered me to find out more about Austria's smoking culture. If interested, baca la below tu.
Dan Katarina pun sampai. With cheers and big smile she welcomed us and proceeded with a short introduction about Austria and Vienna. My wife and I really liked her. She was very knowledgeable and professional.
Turun dari bas dan Katarina bawa kami berjalan masuk ke Schönbrunn Palace.
Ada 'Mozart' di depan gate masuk ke Schönbrunn Palace ni. Nak bergambar dengan dia boleh tapi kena bayar la.
Schönbrunn Palace ini memang truly is huge! Ni baru di gate masuk. Jauh tu nak jalan ke sana. Tak ingat suhu berapa masa ni but it was not very cold.
Masuk ke Schönbrunn Palace melalui obelisk gate.
Pada obelisks ini ada golden eagles, suatu simbol Labours of Hercules. Ada yang kata is simbol authority, ownership and virility.
Schönbrunn Palace (Jerman: Schloss Schönbrunn) adalah bekas kediaman musim panas imperial yang terletak di Vienna, Austria. Istana Baroque dengan 1,441 bilik ini adalah salah satu monumen senibina, budaya dan sejarah yang paling penting di Austria. Nama 'Schönbrunn' bermaksud 'beautiful spring' datangnya dari sebuah telaga, yang merupakan sumber air istana.
Sejarah istana ini dan tamannya yang luas menjangkau lebih dari 300 tahun, mencerminkan selera, minat dan aspirasi yang berubah-ubah raja-raja Habsburg. Ia simbol kuasa dan pengaruh House of Habsburg dalam sejarah Eropah dari abad ke 17 hingga awal abad ke 20.
Pada 1569, Holy Roman Emperor Maximilian II beli tanah istana ini, dipagarkan dan dijadikan tempat rekreasi memburu. Istana Schönbrunn dalam bentuknya sekarang dibina dan diubahsuai pada tahun 1740-50an semasa pemerintahan empress Maria Theresa yang menerima estet ini sebagai hadiah perkahwinan.
Franz Joseph, emperor yang paling lama berkuasa di Austria, dilahirkan di Schönbrunn dan menghabiskan hayatnya di sana. Dia meninggal di istana ini, pada usia 86 tahun, pada 1916. Berikutan kejatuhan monarki Habsburg pada November 1918, istana ini menjadi milik Republik Austria yang baru diasaskan dan dipelihara sebagai muzium.
Selepas Perang Dunia II dan semasa Penjajahan Sekutu Austria (1945-55), Istana Schönbrunn telah diminta untuk menyediakan pejabat bagi Perwakilan British ke Suruhanjaya Bersekutu untuk Austria, dan untuk ibu pejabat untuk Garrison Tentera British kecil yang hadir di Vienna. Dengan penubuhan semula republik Austria pada tahun 1955, istana sekali lagi menjadi muzium. Ia masih kadangkala digunakan untuk perjumpaan penting seperti pertemuan antara presiden A.S. John F. Kennedy dan perdana menteri Soviet Nikita Khrushchev pada tahun 1961.
Sejak tahun 1992 istana dan taman-taman telah dimiliki dan ditadbirkan oleh Schloss Schönbrunn Kultur-und Betriebsges.m.b.H., Syarikat liabiliti terhad yang dimiliki sepenuhnya oleh Republik Austria. Syarikat ini menjalankan pemeliharaan dan pemulihan semua harta istana tanpa subsidi negara. UNESCO mengkatalog Schönbrunn Palace dalam World Heritage List pada tahun 1996, bersama-sama dengan taman-tamannya, sebagai ensembel Baroque yang luar biasa dan contoh sintesis kesenian (Gesamtkunstwerk).
Fountain in the Forecourt - Danube, Inn and Enns |
Pemandangan keseluruhan komplek Schönbrunn Palace secara panorama.
Schönbrunn Palace aerial view.
Selepas penerangan di dataran depan istana, Katarina bawa kami ke taman istana ni pula.
Kami tak masuk ke dalam Schönbrunn Palace yang sangat besar ini sebab kalau nak lawat dalam tu perlukan sehari suntuk. Istana ini mempunyai 1,441 buah bilik dan 40 buah daripadanya dibuka untuk kunjungan umum.
Katarina cerita semua bilik-bilik di dalam istana ini memang grand dan hebat belaka. Ia adalah hasil sentuhan Empress Elisabeth of Bavaria yang lebih terkenal dengan gelaran Sissi. Sissi adalah isteri kepada cucu Maria Theresa yang bernama Emperor Franz Joseph I. Ketika Franz Joseph memerintah, Austria dan Hungary bergabung menjadi sebuah Empayar. Oleh yang demikian, kekayaan keluarga Habsburg melimpah ruah sehingga membolehkan Sissi mengubahsuai seluruh istana mengikut kehendaknya tanpa batasan.
Kami ke bahagian kanan istana dan jalan di laluan ini ke arah taman.
Masuk ke kawasan Botanic Garden Schönbrunn.
Di bahagian Rose Tunnel. Katarina kata masa late summer, banyak dengan bunga ros lorong ni.
Sewaktu kami tiba, tak nampak walau sekuntum bunga pun di taman Schönbrunn Palace. Kata Katarina, kami tiba lewat seminggu.
Setiap tahun, bunga-bunga di taman istana ini akan dikorek keluar pada 26 Oktober setiap tahun dan disimpan di rumah hijau untuk mengelakkannya mati sewaktu musim sejuk. Ia akan ditanam semula di taman ini selepas winter berakhir.
Taman-taman di Schönbrunn Palace ini banyak dihiasi dengan patung-patung.
Ini statue of Gaius Mucius Scaevola.
Statue of Amphion.
Musim sejuk, makanya lorong berpagar ni 'kering' je rupanya.
Memang luas sungguh taman-taman istana ni.
Bila Maria Theresa menghentikan cadangan membina istana Schönbrunn menyerupai Istana Versailles di Paris, dia menggantikan tapak bangunan yang tidak dibina dengan sebuah taman yang luas.
Ini bahagian Schönbrunn Palace yang mengadap Great Parterre. Since istana ini dikategorikan sebagai 'grand', maka mungkin pemilihan warna kuning keemasan untuk cat dinding istana ini dianggap sebagai a show of wealth i.e emas melambangkan kekayaan. Tapi in this case itu tak betul. Sungguh pun Sissi boleh ubahsuai istana ini ikut suka dia, dia berjimat dengan menggunakan cat yang paling murah untuk mengecat istana ini.
Masa Perang Dunia Kedua, Schönbrunn Palace pernah kena bom. Seketul bom jatuh dan tembus 3 tingkat bangunan istana ini tapi fortunately, bom tu tak meletup. Maka selamatlah istana ni dari kerosakan.
Kami berjalan ke kawasan dinamakan 'The Great Parterre' (French Garden) terletak antara Schönbrunn Palace dan Neptune Fountain/Schönbrunn Hill.
Di kedua-dua belah bahagian ini ada barisan ada 32 patung-patung bersaiz hidup yang mewakili dewa-dewa mitos. Ada la saya copy paste cerita-cerita pasal patung-patung ni di bawah, these mythological characters. Sebab datang sini banyak statues je kan. Kalau tak nak baca, scroll je terus ke bawah.. hehehehe.
Ini Statues of Mars and Minerva. Banyak betul god and goddes of war. Asyik berperang je gamaknya mereka ni.
Statues of Janus and Bellona. Creepy pulak tengok dua muka tu.
Peta Schönbrunn palace Garden.
Peta keseluruhan Schönbrunn Palace dan taman-taman. Betul la kata Katarina, kalau nak round habis istana sekali dengan taman-tamannya, satu hari memang tak cukup. Sampaikan dia cerita pernah ada sekumpulan pelancong Eropah yang buat lawatan khas selama 3 hari di sini semata-mata nak lawat taman-taman di sini. Uwah.. kami 3 hari tu boleh cover 3 negara.. hahaha....
Barisan sebahagian dari 32 patung-patung di Great Parterre. It was quite beautiful there.
Ok, on to the next set of statues. Saya tak la sampai ambik gambar semua 32 patung-patung tu, just a few of them je.
Ini statues of Abduction of Helena. Abduction? Tak nampak macam kena colek pun. Macam tengah hangat bercinta je panjat-panjat gitu.... hehe. Si Helen datang dari telur Zeus. Haa? Ke Leda yang bertelur? Keluar ikut mana? Confuse! Tak kira la telur siapa dan ikut mana keluarnya, yang lagi pelik si Helen tu menetas dari telur tu! Baca la bawah tu.. hehe. Betul la, bila baca kisah-kisah mitologi greek ni, logic kena park outside.. hehehe.
Taman-taman di sini ada banyak lorong-lorong. Ini view yang sangat cantik di lorong Tiergartenallee.
Taman Great Parterre.
Peta keseluruhan komplek Schönbrunn Palace.
Bangunan di atas bukit di sana dinamakan Gloriette.
The highest spot di Schönbrunn Palace ini ialah di Gloriette. Dari atas tu boleh nampak bandaraya Vienna dengan jelas. Nak masuk ke situ kena bayar.
Ini pula ialah Neptune Fountain.
Info tentang Neptune Fountain.
Napoleon Bonaparte (Emperor of the French) semasa berperang dan membesarkan jajahan takluknya, pernah 2 kali tinggal di Vienna. Dan beliau tinggal di Schönbrunn Palace ini. Di istana ini juga berlaku percubaan membunuh dirinya tapi gagal.
Banyak statues dan decorations pada facade istana ni.
These are the statues on the roof of the Schönbrunn Palace, facing Great Parterre.
And these are a few more statues on the sides of Great Parterre.
Statues of Aeneas Escaping Troy.
Statues of Ceres and Dionysus.
Statue of Jason with the Golden Fleece.
Statue of Aspasia.
Rows of statues at Great Parterre.
And the 'compulsory' group photos... hehe. Kata Katarina, ini pose wajib bagi groups yang datang ke Schönbrunn Palace.
The whole gang 😊.
Satu lagi lorong besar di taman, lorong Obeliskenalle.
Warna daun yang cantik kekuningan dengan simbahan cahaya matahari made this lorong super nice to photograph lah.
So lovely!
Pintu keluar dari taman.
Ini bahagian Privy Garden.
Gate keluar dari taman.
Bangunan kuning di depan tu dinamakan Orangery Garden kerana pada masa dahulu, pelbagai jenis oren ditanam di dalamnya. Sekarang ia digunakan sebagai greenhouse untuk menyimpan bunga-bunga di taman istana sewaktu musim dingin.
Info tentang Orangery Garden.
Berjalan keluar dari area taman ke exit.
Bangunan-bangunan istana yang digunakan sebagai pejabat pentadbiran dan cafe.
Boleh juga naik keretapi panorama ni untuk round komplek ini. Make sense, because the place is huge! 7 Euro untuk dewasa dan 4 Euro untuk kanak-kanak selama 60 minit.
Taman kecil di sudut istana.
Model Schönbrunn Palace dekat pintu keluar.
Since kami tak masuk ke dalam istana, maka kami pun masuk ke kedai souvenir ni untuk beli peta dalam istana dan buku about Schönbrunn Palace.
The book and the map.
The paper bag. Nice. Inilah Empress Elisabeth of Austria and Queen of Hungary, juga dikenali sebagai 'Sisi' atau 'Sissi' isteri Franz Joseph I of Austria.
Ok, saya share di sini the content of the map and the book.
The Emperor and the Empress.
Kita start dengan dewan 'Great Gallery'. Ini lokasinya dalam istana.
Dan ini foto galeri dan info.
Next, Empress' Salon.
Walnut Room.
Imperial Couple's Bedroom.
Mirror's Room.
Small Gallery.
Carousel Room.
Hall of Ceremonies.
Palace Chapel.
Stallions Room.
Blue Chinese Salon.
Vieux-Laque Room.
Napoleon Room.
Porcelain Room.
Millions Room.
Miniatures Cabinet.
Gobelin Room.
Archduchess Sophie's Study.
Portraits in Red Salon.
Rich Room.
Emperor Franz I and Maria Theresa.
Emperor Franz I and Maria Theresa and their children.
Maria Theresa's summer apartment.
Bersambung...
For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE
03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
siapa yang jaga jalur gemilang tu ?
ReplyDeleterasa dah tanya dulu tapi mungkin dekat komen yang hilang tu ...
gambar statue dengan accidental light flare tu cantik
Saya tahu pasal janus.. ada dalam tv series Sherlock Holmes.. .. heheheheh
gambar yang barisan 32 statue tapi tak cukup 32 tu saya suka..
hahahhahaa..
saya baca pun konfius!! telur lah .. swan lah .. itu kawen dengan ini lah..
Masa walking tours, local guide yg pegang.. hehe.
DeleteKan. Nak cepat masa tu, tu yg tak sempat nak compose without the flares :).
Janus in sherlock holmes? Mesti best je episode tu.
Luas sgt taman 32 statues tu. Sayup2 je patung2 belah hujung sana tu.. hehe.
Hahaha... dah tu kan, ada macam-macam version. Bila baca sumber Wiki, ceritanya begini. If refer to other sources, lain pulak ceritanya.