Wednesday, November 8, 2023

TAIWAN: DEPARTURE - KLIA TO TAIWAN TAOYUAN INTERNATIONAL AIRPORT

Assalamualaikum.
Ok, cerita perjalanan/penerbangan kami ke Taiwan pula.

Semalam masa buat check-in di kiosk, kami diberitahu oleh seorang petugas di kaunter Malaysia Airlines yang kaunter itu dibuka setiap hari dari pukul 4 pagi sehingga 12 tengah malam. Jadi kami berdua pun cepat-cepatlah keluar bilik lepas solat Subuh dan bawa beg-beg besar kami untuk buat bag drop. 

Naik buggy ke bangunan terminal. Tadinya kami nampak ada ramai hotel guests sedang beratur di reception untuk check-out. Kami pula lepas bag drop akan patah balik ke hotel untuk sarapan (which is included untuk rate semalam) dan lepas itu baru check-out.

Berdesup di drive oleh puan bertugas ini ke bangunan terminal. Sejukk...


Walau pun kami sampai awal, sudah terdapat barisan yang panjang di check-in counter. Tapi tidak lama beraturnya sebab semua kaunter buka dan urusan dilakukan dengan cepat oleh counter staff.

Flight info kami, MH0366 ke Taipei. Kaunter Check-in dan Bag Drop bagi penerbangan MAS ke Taipei pagi ini berkongsi dengan penerbangan MAS yang menuju ke Pudong Shanghai.

Buat Bag Drop. Actually handle bag saya patah masa nak turunkan dari buggy tadi. Jadi kenalah saya sign borang sebagai perakuan beg saya memang sudah rosak semasa buat bag drop ini. 

Masa buat bag drop ini, kami diminta untuk scan 'Arrival Card Form' National Immigration Agency Taiwan (imej kiri). Ia wajib dilengkapkan dan dihantar secara online. Lepas submit, akan dapat notification of approval via email (imej kanan).

Jom balik semula ke hotel untuk sarapan.


Berdesup sekali lagi kami naik buggy. 


Ketika kami sampai di hotel, ada barisan ramai hotel guests yang panjang menunggu buggy. Mereka adalah tadi yang kami nampak check-out earlier dan sedang bergegas untuk ke bangunan terminal untuk check-in flight mereka. Mujurlah kami sudah awal-awal hantar beg-beg kami tadi.

Ok, jom sarapan.



Lengang tiada ramai hotel guests di restoran. Agaknya mereka semua sudah siap sarapan, check-out dan hendak cepat check-in flight. 

Breakfast buffet ada Asian dan Western. Kami ke bahagian Asian lah.





Sarapan kami.




Lepas sarapan, naik ke bilik, makan ubat-ubatan, ke bilir air, kemas beg sikit, turun ke lobi dan check-out.

Alhamdulillah, dengan bermalam di hotel sehari sebelum departure amatlah membantu kami yang sudah berusia begini. Lebih relaks dan santai, tidak terburu-buru. Tidur malam tadinya pun cukup. InshaAllah, kalau kami dapat flight awal pagi lagi in future dan jika ada rezekinya, kami akan lakukan yang sama.


Ok, jom kita ke pintu Perlepasan Antarabangsa.



Turun ke Balai Imigresen. 



Lalu di Autogate.

Ke Pemeriksaan Kastam. 


Gate kami di C14. Kena naik bas untuk ke sana. Aerotrain upgrade tidak siap lagi.




Moh kita naik bas.


Sudah sampai ke Bangunan Satelit. 


Taburan 'bintang-bintang' di 'langit'.

Ke Gate C14. Sampai di gate kami pun menunggu. Pukul 8:15 am sudah mula boarding. Tapi yang kami nampak di Gate 14 ketika itu adalah penumpang yang beratur panjang yang hendak berlepas ke Sydney, Australia. Hairan kami. Bila check di flight information monitor, rupanya gate kami sudah ditukarkan ke Gate 25!

Sampai di Gate 25 sudah ada ramai penumpang yang sedang menunggu. 

Pesawat yang akan ke Taipei. Masih lagi sedang loading. 


Boarding Pass.

Then kami dengar announcement yang flight kami akan delay disebabkan pihak catering belum sampai menghantar inflight meals. Fyi, memang ketika itu Malaysia Airlines sedang dalam proses menukar syarikat catering selepas tamat tender catering bersama Brahims.

Departure dijadualkan pukul 9:15 pagi. Ketika ini sudah pukul 9:10 pagi dan kelihatannya inflight meals sedang di loading. 



Pada pukul 9:37 am penumpang dipanggil boarding. Jadi the delay tidaklah lama.




Melangkah masuk ke pesawat sambil membaca doa.

Full flight kelihatannya.

Off we went.

Malaysia Airlines MH366 berlepas ke Taoyuan International Airport di Taipei dari KLIA pada pukul 10 pagi, lewat 45 minit dari jadual. Dijangka ambil masa 4 jam 28 minit.




Flight path.

Compulsory shot 😄.

Suasana dalam pesawat.

Ramai penumpang yang tidur. Jika kami tidak menginap di hotel malam sebelum departure tentu kami akan rasa mengantuk dan tertidur juga.

Curious kami hendak rasa inflight meals Malaysia Airlines yang baru. 


Penumpang diberi pilihan Nasi Lemak atau Salmon Frittata. Saya pilih salmon dan isteri pilih nasi lemak. 
Nasi lemak

Salmon frittata

Sedap ke meals baru ini? Pada kami berdua, iya, sedap rasanya. Kalau hendak dibanding dengan previous meals, kami sudah tidak ingat. Sebenarnya kami berdua tidaklah picky sangat tentang inflight meals since it is what it is. Asal kenyang, Alhamdulillah. 
Juga ada kek, bun, kacang masin dan air mineral

Keindahan langit biru yang cukup memukau. SubhanAllah.

Terbang atas Laut China Selatan.

Jom makan bun pula dan minum jus oren dan teh susu.

Sambil itu baca inflight magazine. 

Earlier Pilot ada buat pengumuman kata masa second half of the flight, laluan adalah berawan dan dijangka akan experience a bit of turbulence. Alhamdulillah cuaca baik dan cuma ada sedikit gegaran every now and then. 


A short documentary by Customs Administration, Ministry of Finance, Taiwan.

Selepas video pendek dari Customs Administration, ditunjuk pula video tentang pork industry Taiwan. Begitulah pentingnya pork pada negara Taiwan sehingga siapa yang hendak masuk ke negara itu akan ditunjukkan video ini. 
🐷Taiwan mempunyai tahap pemakanan daging per kapita tertinggi di Asia: kira-kira 90 kilogram, di mana daging babi merupakan bahagian terbesar.
🐷Kebanyakan bekalan daging babi disediakan oleh pengeluaran domestik Taiwan, makanya kawalan dan penjagaan industri daging babinya sangat dijaga.
🐷Pemakanan daging babi per kapita di Taiwan stabil pada 35~40 kilogram, antara 5 teratas di dunia.
🐷Daging babi masih merupakan sumber protein utama bagi penduduk Taiwan.



Sudah pun sampai di selatan Pulau Taiwan. Penerbangan diteruskan ke Bandaraya Taipei, di utara pulau.

Malaysia Airlines' pillow and blanket.


Kelihatan pesisir barat pulau Taiwan di bahagian utara. 



Di bawah itu adalah Taoyuan City, Xinwu District. Yang terjulur ke laut itu adalah Yongan Fishing Harbor dan Yongan Conch Cultural Experience Park. 

Di hujung sana kelihatan juga beberapa wind turbines yang menghasilkan tenaga elektrik. Taiwan adalah sebuah negara yang berangin. Di sepanjang pantai barat laut dan di Penghus, penahan angin diperlukan untuk melindungi tanaman. Sistem anginnya juga sebahagian besarnya adalah hasil daripada monsun. Pada musim sejuk angin barat laut dari benua China terpesong oleh putaran bumi dan menjadi monsun timur laut. Namun tenaga suria adalah merupakan sumber penjanaan tenaga boleh diperbaharui terbesar di Taiwan pada tahun 2022. 

Kelihatan Provincial Highway No. 61, biasanya dikenali sebagai West Coast Expressway, yang dibina di sepanjang pantai barat Taiwan.



Kawasan padi yang cukup luas. Tanah pertanian di Taiwan adalah kira-kira 803 kilohektar, dan separuh daripada tanah itu terdiri daripada sawah padi untuk pengeluaran padi. Oleh kerana suhu dari Februari hingga Novembernya sesuai untuk pertumbuhan padi, padi ditanam dua kali setahun.




Kelihatan juga banyak tasik/kolam air/tadahan air yang digunakan untuk pengairan sawah-sawah padi.

Di Taiwan, air untuk tujuan pertanian kerap dikurangkan atau digantung untuk pengagihan semula sumber air semasa kemarau. Untuk menghadapi situasi sedemikian, daerah pengairan Takungan Shihmen di utara Taiwan menggunakan sepenuhnya fungsi kolam-kolam air untuk mengawal sumber air, supaya permintaan air industri dan domestik dapat dipenuhi.








Ini adalah salah satu dari banyak water ponds yang ada di kawasan ini, namanya Wantan Pi, yang dipasang solar panels. Walaupun kerajaan Taiwan bercita-cita tinggi dalam menetapkan matlamat tenaga boleh diperbaharuinya, namun ia tidak mahu memaksa pemilik kilang-kilang dan pemaju hartanah untuk memasang PhotoVoltaic (PV) pada setiap bumbung mereka yang sesuai. Panel-panel solar dipasang pada sekolah dan bangunan awam lain, sambil menawarkan insentif kepada pemilik hartanah. Di selatan Taichung, sistem PV di atas reban ayam, kandang babi dan gudang kini menjadi pemandangan biasa. Pada masa yang sama, semakin ramai petani menerima subsidi untuk menukar ladang mereka kepada loji tenaga solar. Dalam keadaan ini, tidaklah menghairankan bahawa usahawan tenaga solar Taiwan telah menumpukan perhatian mereka kepada kolam-kolam dan ladang-ladang ikan.
Wan Tan Pi/Wan Tan Tsai Pi (Taoyuan Dazhen No. 8-24 Pool)
Wantanpi Lujia Agricultural Zone


Dayuan District, Taoyuan City, Taiwan.

Jauh di pesisir pantai barat sana kelihatan Dayuan Chaoyinhai Windmills.

Tenaga angin adalah salah satu industri utama di Taiwan. Taiwan mempunyai sumber angin yang banyak namun kekurangan ruang di darat bermakna kebanyakan pembangunan utama adalah di luar pesisir. Sehingga Februari 2020, terdapat 361 turbin darat terpasang dan 22 turbin luar pesisir beroperasi dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 845.2 MW.




Ta-Hsin Senior High School, Dayuan District, Taoyuan City, Taiwan.


Apartments and condominium complexes.


Bangunan kuil berbumbung merah itu adalah Dayuan Renshou Palace, sebuah kuil yang terletak di Dayuan District, Taoyuan City, Taiwan, locally known as Dayuan Temple. Ia merupakan pusat keagamaan tempatan yang penting di Dayuan. Bersama-sama dengan Dayuan Fuhai Palace, ia disenaraikan sebagai "Dayuan Twin Temples".



National Highway 2A.


Alhamdulillah, kami pun selamat mendarat di Taiwan Taoyuan International Airport pada pukul 2.50 petang. Taiwan dengan Malaysia tidak mempunyai perbezaan waktu. Cuma waktu solat Subuhnya lebih kurang pukul 4:30 pagi dan Maghrib pukul 5:30 petang. Meaning paginya cepat terang dan petangnya cepat gelap. 

Suasana di apron Taiwan Taoyuan International Airport. 

Terdapat 2 lapangan terbang di Taipei iaitu Taiwan Taoyuan International (main airport) dan Taipei Songshan (menyediakan penerbangan sewaan, penerbangan dalam pulau dan penerbangan antarabangsa terhad).

Lapangan terbang ini dibuka untuk operasi komersial pada tahun 1979 sebagai Chiang Kai-shek International Airport dan dinamakan semula pada tahun 2006. Ia merupakan pusat pemindahan penghantaran serantau yang penting, hab penumpang dan pintu masuk untuk destinasi di Asia, dan merupakan salah satu daripada dua lapangan terbang antarabangsa di Taipei.

Wikipedia:
Taiwan Taoyuan International Airport currently has two terminals, which are connected by two short people movers. The third terminal is under construction, while the fourth terminal is planned, however plans may be halted. The Taoyuan Airport MRT links the terminals together underground, and provides transportation to Taipei City.




Disembarking.


Ke imigresen.



Welcome to Taiwan.


Poster besar Taiwan Tourism. Maskotnya ialah OhBear, a Formosan black bear 🐻😀😍.
In order to promote tourism, the Tourism Administration designed the super cute character "Taiwan Bear" with Taiwan's representative conservation animal, the Taiwan black bear, and appointed it as the "Super Task Team Leader of Taiwan Tourism Administration."
Source: eng.taiwan.net.tw

Beruang hitam Formosa adalah spesies terancam oleh itu adalah langkah baik ia telah dijadikan maskot pelancongan Taiwan: untuk mengingatkan orang ramai bahawa alam semula jadi terdedah dan pelancongan yang mampan dari segi ekologi adalah penting. 
🐻Beruang hitam Formosa hanya berhabitat di pulau Taiwan dan ia boleh dikenali dengan bentuk bulan putih pada perutnya.
🐻Ia adalah spesies beruang yang lebih kecil dan boleh hidup sehingga 35 tahun.
🐻Sejak 1989 spesies itu disenaraikan sebagai haiwan terancam dan dilindungi oleh undang-undang pemeliharaan Taiwan.
🐻Dikatakan dahulu terdapat lebih 2,000 ekor tinggal di pulau ini. Kini dianggarkan hanya ada antara 200-600 beruang hidup di alam liar.
🐻Mereka tinggal di kawasan perhutanan gunung di Taiwan, merangkumi kira-kira 45% daripada Taiwan. Penyelidikan menunjukkan bahawa habitat beruang Formosan terdiri daripada kira-kira separuh daripadanya, merangkumi 23% daripada Taiwan.
🐻Adalah amat jarang sekali untuk dapat melihat beruang ini di alam liar kerana ia adalah haiwan yang pemalu. Sejak 1990 hanya sekitar 1,017 penampakan telah dilaporkan.






Barisan di imigresen sangatlah panjang tapi fast moving. Well done Taiwan Immigration!

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Sungguh berinformasi. Belum pernah ke Taiwan lagi dan teringin juga untuk ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Faizal for the comment. Saya memang suka cerita details :)
      Bagus kalau consider untuk ke sana especially sebab Taiwan Tourism sedang giat buat Taiwan Muslim Travels.

      Delete
  2. Saya beri cadangan agar kurangkan gambar yg sama.....terlalu banyak gambar.

    ReplyDelete